Followers

Friday, March 25

nasib baik bukan benih aku..

"abang nak tau satu cerita tak??", berkata seorang member kat tempat kerja (kita gelar dia A jelah) kepada ana. take note that A is a girl.

"apa dia??"

"abang ingat tak kawan saya yang datang hari tu kat sini??" "owh, yang mamat pakai topi tu.." menjawab lah ana selepas beberapa ketika nak 'loading' balik.

"ha.. dia tu lah.. takdelah. semalam dia call saya lepas saya balik kerja. tengah nangis2. dah tu, saya tanyalah kenapa dia nangis2 ni. pastu dia ceritalah yang dia balik kampung dua minggu lepas... pastu dia macam terhenti kejap tau.." semangat benar A bercerita.

"then???" curious nak tahu selanjutnya..


"dia cakap yang dia dah mengandungkan anak orang. then, saya pun macam terkejut gilerr la. ingatkan dia main2 ke, saja nak bergurau ke. tapi, dia dah nangis2 tu. so, saya pun terima je lah pengakuan dia tu. pastu, saya tanyalah kenapa boleh jadi macam tu.. kenapa sampai mengandungkan anak orang??"

"then, dia ceritalah yang time tu dia balik kampung dengan abang dia. and dia mengaku yang dia ada ambil ganja tau. then, tahu lah bila dah ambil ganja ni, semua benda pun dah tak ingatlah.. pastu, terus dia buat benda tu" ekspresi muka si A sangat real tika cerita disampaikan...

"astghfirullah. umur baru 19 TAHUN dah ambil ganja. ish3.. dah tu, macam mana boleh kantoi??" ala2 inspektor pula ana bertanya.

"bapa si perempuan tu call bapa kawan saya ni. dia kata diorang dah buat ujian DNA dah. memang ada benih dia. then, sekarang dia kena balik kampung lah. tak tahu kalau kena nikah ke, ape ke..?" A mengakhiri ceritanya..

selang beberapa minggu selepas itu,

"abang, ingat lagi tak pasal kawan saya yang saya ceritakan tu. yang dia mengandungkan anak orang tu. tadi, saya terserempak dengan dia. muka macam happy je.." si A membuka cerita.

"owh mamat @#^&* tu ke?? ingat rasanya. kenapa lak dia happy??"

"tadi.. dia jumpa saya. dia ceritalah yang diorang buat ujian tu. then, dia katalah macam ni 'nasib baik bukan benih aku' .. tu lah, saya pun macam konpius sikit." si A menerangkan.

"aik, hari tu kata memang benih dia. ni bukan pula. yang mana satu ni??"

"mungkin yang ujian yang dulu tu diorang test kat perempuan je kot. so, diorang kata ada benih. sape lagi kan?? and kawan saya ni pun mengaku yang dia ada buat dengan perempuan tu.."

dengan sedikit keliru, ana pun membuat sedikit andaian, "maknanya, kalau bukan benih si mamat ni, ada benih mamat lain lah yang dah masuk ni?? dahsyatnya perempuan tu. hebat juga orang kampung ni...."



___________________________________________________________________

bismillahirrahmanirrahim...

ana memulakan post kali ni dengan sebuah cerita benar yang ana dengar sendiri dari mulut kawan sekerja ana. dan ana sendiri pernah melihat lelaki tersebut. semuanya benar belaka. cuma, watak di atas tidak dinamakan untuk menjaga keaiban.

terdapat beberapa isu yang ana ingin bincangkan bersama anda. yang pertamanya ialah masalah sosial yang makin menjadi. dalam hal ini, terdapat dua masalah iaitu ganja dan perzinaan. seawal usia 19 TAHUN menyalahgunakan ganja adalah amat serius. dan ia bersangkutan dengan maksiat perzinaan. apalah nak jadi dengan manusia zaman sekarang.

first thing yang salah tu adalah ganja. diorang ni tak rasa ke yang diorang ni hanya membazirkan duit semata2 untuk kesenangan sementara. dah lah mahal benda tu. then, menyusahkan diri pula. bila dah khayal tu, segalanya memang dah ingatlah. Tuhan ke mana, dosa pahala ke mana.. ditambah pula dengan berzina. dah topup dosa lagi. memang lah seronok bila buat. tapi, kena ingatlah akhirat jugak.

"dunia ini merupakan penjara bagi orang beriman dan syurga bagi orang kafir"

isu yang kedua ialah kita ni mudah merasa lega apabila dosa dan kesalahan yang kita buat disandarkan kepada orang lain. frasa "nasib baik bukan benih aku" dalam cerita ini menggambarkan bahawa si pendosa ini merasa amat lega apabila zina yang dia lakukan tak perlu dipertanggungjawabkan ke atasnya. bermaksud, si lelaki ni tak payah nak jadi bapa kepada bayi dalam perut si perempuan ini asbab bukan benih dia.

isu yang ketiga ialah perzinaan makin menjadi2. oklah. katakan benih tu bukan si laki ni punya, bermakna ada benih lelaki lain yang dah "buka kilang" dalam rahim si perempuan itu kan. maka, di manakah sifat malu seorang perempuan yang begitu diangkat tinggi dalam Islam?? dah hilang kah?? atau sekadar menjadi "R&R" bagi lelaki melampiaskan nafsu.


tayyib.

wahai sahabat sahabiah, brothers and sisters, muslimin dan muslimat,

"di manakah silapnya?". itu lah yang perlu ditanya pada setiap seorang daripada kita ni. adakah kerana ibu bapa tidak memainkan peranan dengan membiarkan anak bergaul bebas ke sana ke sini??

atau adakah silap langkah para guru yang tidak mendidik dengan baik anak murid mereka?

atau adakah kealpaan masyarakat pada isu2 sebegini yang MUNGKIN menganggap ini hanya perkara biasa dalam kehidupan?

atau salah kerajaankah yang tidak memperhebatkan lagi undang2 kemanusiaan dengan meninggalkan undang2 TUHAN??

atau kelalaian kawan2 kitakah yang tidak membimbing kita ke arah yang benar?

atau mungkin silap kita sendiri yang tidak menjadikan agama sebagai paksi hidup sehari-harian?
sama-sama kita fikirkan..

wallahu a'alam...

Tuesday, March 22

kematian peluang untuk kembang bisnes?

bismillahirrahmanirrahim..

syukur ke hadrat ALLAH yang masih lagi dengan RAHMATNYA memberi kita peluang untuk merasai kenikmatan iman dan Islam di bumiNYA ini. InsyaAllah.. setelah sekian lama menyepi, kini ana ingin membawa satu kupasan untuk dibincangkan secara dua hala, untuk kita bersama share pandangan, untuk menjadikan blog sebagai wadah sidang ilmu.

tayyib.

dua minggu lepas, ana dikejutkan dengan pemergian datuk saudara ana yang meninggal di Seremban kerana sakit tua. walaupun tak kenal sangat dengan arwah, tapi sebagai saudara ana turut rasa bersedih. so, ana terus "fly" balik ke melaka (meninggal di Seremban, kebumi di Melaka) untuk menziarahi.

sebaik tiba, masih tak ramai orang lagi kerana masih awal pagi. naik ke rumah, bacakan Yassin, ana turun balik untuk melihat gelagat manusia sekeliling. kebiasaannya, di hari kematian seseorang, dapat kita tengok orang menangis, bermuram durja, saling menceritakan kebaikan arwah semasa hidupnya. semua tu dapat ana tengok.

tapi ada juga perkara lain yang ana dapat tengok, yang telinga ana dapat dengar. ana saja2 la jalan2 dekat dengan orang tua2 kat situ. manalah tau, dapat juga sikit2 dengar pasal riwayat atok ana ni. lantas terdengarlah..

"ko tau tak yang %^$%$^#^%^*&&^#_)(*&&..."

dah mengumpat..

"aku ada sorang kawan ni tau. dia boleh tolong bisnes ko ni... bla3... "

dah bukak bisnes pula..

"lighter ada x??"

merokok pulak...

brothers and sisters,

kematian bukanlah satu tontonan atau sebagai sebuah lakonan air mata yang akan berakhir sebaik sahaja habis talkin di kubur. ia bukanlah semata2 untuk kita berziarah, baca yassin sedikit (ada jugak yang datang tengok sahaja..) dan blah begitu sahaja. ia juga bukan pusat untuk kita membuat bisnes, mengumpat atau apa2 saja yang boleh menambahkan dosa.

TAPI IA ADALAH SATU PERINGATAN KEPADA SEMUA. bahawa setiap yang bernyawa PASTI akan merasai sakitnya mati. tak akan terlepas pun. beruntunglah bagi sesiapa yang dapat husnul khatimah (pengakhiran yang baik), dan bayangkan kalau tengah sedap dok mengumpat mengeji orang tu kita pulak yang meninggal (nauzubillah...), maka suul khatimah itu amatlah hina.

wallahu a'alam...

Friday, March 18

ALHAMDULILLAH...

bismillahirrahmanirrahim..

segala syukur ana panjatkan ke hadrat Allah s.w.t kerana masih lagi memberi ruang dan peluang bagi ana untuk terus hidup di bumi sementara ini yang mana merupakan jambatan ke negeri akhirat yang kekal abadi. ALHAMDULILLAH..

ayuhlah sahabat sahabiyah sekalian kita panjatkan taubat kepada ALLAH yang MAHA PENGAMPUN selagi kita masih punya peluang. kita tak tahu berapa pahala kita dan yang pasti dosa kita mesti banyak. namun, usahlah kita berputus asa dalam memanjatkan doa pengampunan kepadaNYA.

setelah lama ana tak update blog ni, dah dua minggu lebih rasanya, ana ingin meminta maaf kepada sidang pembaca yang acapkali membuka site ini meskipun tiada apa yang di-update. asif ya.. untuk pengetahuan semua, banyak sebenarnya perkara yang ana ingin kongsikan, namun tidak berkesempatan. dalam jangka masa 2 minggu ni, banyak betul perkara yang berlaku. nanti ana kongsikan.

baik..

setelah 'berhempas-pulas' menekan butang refresh pada browser, akhirnya terlerai juga resah gelisah pelajar CFS IIUM yang menunggu untuk result sem 2 keluar. ana macam tu juga.. =) cuak.. hihi.. tapi seriously, ana tak expect result macam tu. ingatkan teruk lagi.. tapi apa2pun, ALHAMDULILLAH..

BASIC THEMES OF AL-QURAN = A
QURANIC LANGUAGE (ARABIC) = A
MATHEMATICS 1 = A
PHYSICS 1 = A-

GPA = 3.863
CGPA = 3.775

ALHAMDULILLAH.... =)

Saturday, March 5

Happy Birthday Emak..

bismillahirrahmanirrahim..

tanggal 5 Mac 1964 di Kampung Taboh, Naning, Melaka. lahirlah seorang insan yang amat bermakna dalam hidup ini. diberi nama Norlily Bt Leman, merupakan seorang ibu kepada dua anak lelakinya. itulah dia EMAK.

dari jauh, mungkin dia kelihatan sombong, suka marah. tapi sebenarnya dia seorang yang kelakar, sangat pengasih. meskipun ada yang melabelnya sebagai 'mulut laser', tapi setiap katanya itu penuh makna dan betul. dia tidak menipu. mudah juga mengalirkan air mata tatkala melihat kesedihan orang lain. emak juga sangat memahami isi hati seseorang dan juga air mukanya. tak tahu apa lagi yang ingin di'describe'kan mengenai si EMAK. hanya yang dapat ku katakan pada hari keramat ini ialah:

SELAMAT HARI JADI EMAK

tak seperti tahun2 yang lalu, tahun ini ana tak dapat nak hadiahkan yang special kepada mak. al-maklumlah poket tengah kering ni. gaji pon tak masuk lagi. so, ana komplot lah dengan adik untuk belikan kek SECRET RECIPE je. ok lah kan?? hadiah tak penting, yang penting ialah ingatan yang ikhlas terhadap emak.



"emak, epit nak ucapkan happy birthday kepada mak. maaf lah tahun ini tak ada hadiah yang special sangat. walaupun epit tahu mak tak akan baca benda ni dan mungkin tak tahu pun tentang kewujudan blog ni, epit nak mak tahu yang epit sayang kat mak. dengan harapan, keluarga kita akan terus bahagia dunia dan akhirat. agar kita ditemukan di dalam syurga nanti. InsyaAllah.."

"emak, setiap anak ada salah silapnya. kalau tak pernah buat salah tu, mesti ada something wrong somewhere kan. so, epit pun tahu epit ada banyak salah dengan mak. mungkin ada yang mak tahu dan mungkin yang ada mak tak tahu. mungkin dosa yang sengaja epit buat, dan mungkin juga dosa yang epit tak sengaja buat. so, EPIT NAK MOHON MAAF atas segala dosa dan keterlanjuran selama ni. halalkanlah makan minum epit, setiap titisan susu ibu yang mak bagi. setiap silap langkah epit, semua epit mohon maaf..."

"EPIT SAYANG MAK"

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...