Followers

Saturday, June 23

Hiburan Seorang Rasul

bismillahirrahmanirrahim..





notakaki : Aku tak reti berenang dan tak penah naik kuda.. ada sapa2 nak ajarkan?? =)

MAB 422 & MAB 126

bismillahirrahmanirrahim..

Sedang aku godek2 laptop, aku terjumpa la gambar2 lama yang duk bersarang buat sekian lamanya. Baru aku perasan yang aku tak pernah lagi post pasal bilik2 aku yang pernah aku diami kat mahallah dulu. Ok2.. Aku bermula...

Di MAB 422.. Tinggi bai~~ Hari2 duk panjat turun tingkat 4 tu. Tapi time tu memang tak merungut sangat la pasal tinggi ke tak bilik aku tu. Mungkin sebab kat sekolah aku dulu pun duk kat tingkat 4 juga. Hmmm... Bilik aku bermula dengan 10 orang. Dan aku tak tahu kenapa budak bilik aku ni senang benor rapatnya...






First two days je rapatnya macam dah kenal setahun. haha. But seriously kitorang cepat rapat. Mungkin sebab semuanya very warm and friendly. Aku teringat lagi masa nak ambil APT & EPT, malam tu kitorang sebilik (tapi tak semua la..) pulun duk study bahasa Arab. haha. Sebab dah ada beberapa orang yang A+ Arab Tinggi masa SPM dulu kan, so kitorang pun belajar la.. Last2, level 1 gak.. adeyai~~





Dan ada satu ketika tu, sorang member bilik aku tu dapat SMS dari junior dia. Soalan Add Maths. Maka, kitorang satu bilik pun sama2 la jawab soalan tu. Duk perah kepala jawab soalan tu. hahaha.. Cara nak cari jawapan tu macam la esok ada final paper maths. Discussion bagai.. Adeyai~~

Kat bilik aku tu, aku merupakan 'pendajal' yang amat kerap meng-prank member sendiri. Terutamanya time birthday. Ada yang kene simbah air la, ada yang kene gel rambut la, ada yang kene calit cream cake la.. Jahat betul aku~~ Tapi birthday aku diorang tak dapat buat time di MAB 422 dulu sebab birthday aku bulan 9. Adeyai~~


Time ni nak prank Rashid. Befday dia..



Yang ni pula time prank Rahimi...





Di awal sem, 2 orang dari member bilik tu keluar sebab dapat tawaran ke institusi lain. Sorang tetiba menghilang. Tak sempat nak ucap apa2 pun. Sorang lagi sempat la nak farewell kan.. Maka, tinggal la kami ber-8 dalam tu...





Di MAB 126.. Dah tak berapa tinggi dah. Masa ni la aku mula bergiat amat aktif dalam MRC. So, masa aku telah dibahagi dengan lebih banyak. Tapi, frankly speaking, hubungan aku dengan member bilik aku dah tak serapat dulu. Aku pun tak tau kenapa. Mungkin sebab tak banyak masa aku dapat luangkan untuk member bilik.. =(

Waktu ni, kitorang telah di-join oleh seorang budak Engineering dan sorang AED. Agak pelik mula2 sebab kitorang semua student Pure Sciences. Tapi lama2 kitorang dapat get along jugak la. haha.. Dan masa ni la aku telah melalui saat2 duka yang aku tak dapat lupakan sampai bila2. Aku telah 'perang dingin' dengan salah seorang member bilik aku tu, to be true, budak Engineering tu. (aku tak penah bagitau sapa2 pasal ni. Cuma ada la 2 3 kerat yang tau..) Sebabnya, biarlah kitorang dua je yang tau. Tapi yang pasti aku menangis sebab mengenangkan aku mungkin hilang seorang kawan baru. hmmm.. T.T





Dan bila masuk Semester 3, member kitorang seorang dah graduate ke Kuantan dan seorang ke Gombak. Haish.. Kembali menjadi 8 orang. Tapi bila masuk last Semester, bertambah menjadi 10 balik. Tapi, yang lagi aku terkejut, yang masuk tu kedua2nya ialah student IRKH. wow!! Memang penuh la bilik yang gelap tu dengan nur.. haha. Tapi, depa ni best. Sorang tu nampak mcm student HS, sorang lagi nampak mcm student AED. Style!! Kira ok la. Depa boleh get along dengan kepala kitorang yang gila2 ni. haha

Tapi yang bestnya bilik kitorang ialah terdapat MRC. Mainboard pulak tu. Kiranya banyak la privileges yang ada. Dapat makan free, kalau ada masalah berkaitan bilik memang cepat selesai la, and even bilik kitorang dah di-book oleh MRC sejak semester sebelumnya, dan bilik tu ialah paling besar dan cantik. Bilik kitorang tak penah kena saman padahal ustaz Hasan (principal) penah masuk nak buat spotcheck. haha.. Dapat 'adik' baru, sumbangan Kak Rose. haha.. Anak dia la. Kiranya boleh lepas rindu kat adik2 kat rumah kan~~






Dan pada setiap semester, kami akan buat SGV (Semester Grand Vacation).. haha. Sem 1 kami pergi Genting Highland. Sem 2 ke Melaka, tapi aku tak ikut. Sem 3 kami pergi Genting Highland dan Bukit Tinggi. Tapi Bukit Tinggi tak dapat nak pergi sebab dah tutup.. =( Sem 4 pergi round Shah Alam, tapi aku tak dapat nak pergi sebab poket aku dah bocor.. haha.. Tapi memang best la. Memang enjoy habis la tiap2 kali SGV tu. =D




























Last sekali, bila nak final semester sebelum balik tu, aku tetiba rasa sebak yang amat sangat. Walaupun tak nampak aku menangis, tapi Allah Maha Mengetahui betapa sayunya hati aku. Bila nak balik tu, aku sempat la peluk2 beberapa orang member aku. Memang sebak gila la time tu. Tak tahu la sempat ke tak jumpa depa kat Kuantan nanti. Harapnya, dapat la bertegur sapa. Keep in touch. T.T

To all my roommates :
MAB 422 & MAB 126
Ahmad Jazmi bin Abdul Rahman (JAZ)
Mohamad Azfar Rahimi bin Abdul Razak (RAHIMI)
Abdul Rashid bin Adenan (RASHID)
Muhamad Nur Syafiq bin Abdul Kadir (DEDEK)
Amirrul Hafizz bin R. Razmi (MIRUL)
Mohamad Ridhwan bin Ahmad Bidin (WAN / MAD DUAN)
Raja Aimerul Izzat bin Raja Alias (IZZAT)

MAB 422
Muhamad Hakim bin Husin (HAKIM)
ARIF ASASI (tak tahu nama penuh dia.,,)

MAB 126
Muhamad Arif Izzat bin Ayub (ARIP)
Muhammad Zulrahman bin Asmurad (ZUL)
Muhammad Akram Afifi bin Hj Salleh (AKRAM)
Muhammad Fadzly bin Dato' Kamaruddin. (ABAS)

notakaki : Harapnya semua memori kita kekal selamanya. Ceh!! Cakap macam memang dah takkan jumpa dah. Yela kan, mana la tau ajal menjemput kan!! *Credit to Jaz, Rahimi n Dedek for the pics.. =)

Thursday, June 14

Ber-video pulak!!

bismillahirrahmanirrahim..

Pagi rabu lepas sebelum aku pegi kerja, aku dikejutkan dengan satu panggilan telefon. Rupa-rupanya Ust Hasanul Basri (Principal Mahallah Abu Bak'r) yang call.. Cuak gak tetiba Ust call. "Aku tak bayar saman lagi ke.." haha

Ust Hasan : Assalamualaikum. Enta dah bangun ke..?

Aku : Dah bangun la ust. Pukul 9.30 dah ni. haha. Kenapa call, ustaz?

Ust Hasan : Macam ni. Malam esok (Khamis) akan ada mahallah briefing. So, ana rasa nak mintak tolong enta buatkan satu slide show ke, video ke, apa2 je la... untuk perkenalkan MRC kepada student2 baru ni..

Aku : Video?? Hmm.. Panjang ke ustaz? Nak bila?

Ust Hasan : Tak panjang. Dalam 5 minit je.. Enta letak la gambar2 program MRC. Dengan gambar Cambodia sekali. Ustaz nak pagi esok. Boleh?

Aku : InsyaAllah Ustaz. *dengan penuh blur..

Ust Hasan : Mintak tolong ya Nazrin. Ok terima kasih. Assalamualaikum...

_________________________________________________________________________________

Tu dia baq hang. Buat video nah.. Aku dah la keje pagi sampai malam hari tu. Kalau nak buat pong, masa aku rehat je la. Tu pun aku rehat 2 jam je. Dah la buat video. Bukannya reti sangat pon. Aku bawak laptop sekali masa keje, time rehat aku pulun buat. Tu pun tak siap lagi. Nak pikir idea lagi. Pergh!!

At last, aku cuba la buat sedaya upaya. Dengan masa yang amat terhad, aku berjaya jugak siapkan. Video ni amat simple. Mungkin membosankan. Sorry la adik2 junior ku yang menonton. Kalau korang still interested nak join MRC lepas tengok video tu, aku memang respek korang. HAHAHA. Memang pure punya MRC.


notakaki : Erk.. Kenapalah aku tak reti2 lagi nak buat video? Bila la nak berguru ni.. haish...

Tuesday, June 12

Working..

bismillahirrahmanirrahim..

It's been a while since my last update on my blog. I'm currently working as a full time cashier at Parkson and now hardly to get online and get my blog updated. My semester break of 3-month period really get my head bored if I were to stay at home unemployed. So, it's better for me to get myself a job and earn some money for living.. (as if like I'm living my life all by myself.. LOL)



So, if I have a time, by any chance, I'll get this thing updated with new topics. Till then...

notakaki : Tetibe la kan nak speaking memalam buta ni. Macam la terer BI sangat. Sorry la kalau BI terabur.. haha

Tuesday, June 5

InsyaAllah, Ke Kuantan

bismillahirrahmanirrahim..

Balik je keje tu, pas mandi solat bagai, terus aku online buka ibnuhajar tu untuk check result last sem aku before masuk main campus. Bila check, 0.o ~~

PeLiK..

Before that, biar aku summarize kan apa yang berlaku sem lepas berkenaan dengan academic aku. Pada mulanya aku target nak 4rata sem tu disebabkan result aku terbabas sem sebelumnya sampai CGPA aku jatuh kaw2. So, aku cuba la nak naikkan balik walaupun sikit kan~~

Maka, datang pulak kerja MRC aku yang bertimbun2. Adeyai~~ Tapi itu amanah, aku cuba ikhlaskan hati membuat segalanya. Masuk kelas, aku cubalah concentrate walaupun fikiran aku ni melayang ke mana2 kan. Segala report2 bagai tu aku cubalah nak buat sendiri, ambil iktibar Biology 1 yang aku dapat report rendah sebab kopipasta member punya... haha

Bila dah dapat result midsem exam tu, aku terlalu kecewa memandangkan 4rata itu bukan lagi milikku. Math 2 aku yang hentah hapa2 tu, dengan Biology yang merepek2 je result tu.. Aku hanya mampu fikir, "Mungkin rezeki aku kat kos lain kot~~" Tapi aku cuba jela sedaya upaya mengharapkan Allah Maha Mengetahui mengubah haluan ku ke arah yg lebih baik..

Akhirnya,

English for Academic Purposes : B
Mathematics 2 : A
Biology 2 : A-
GPA : 3.817
CGPA : 3.704

Alhamdulillah... Memandangkan kos Pharmacy memerlukan passing grade 3.5, so InsyaAllah, aku akan ke Kuantan untuk sambung degree. Tapi untuk bersaing sesama kami ni, entahlah lepas ke tidak. Sebab ramai yang bijak2 kan... So, aku hanya mampu berdoa dan bertawakal je la.. =)



notakaki : EAP aku dapat B je.. hmm.. Boleh la tu. Lagipun, EAP aku buat last minit je pong. haha... Tapi siyesly aku tak sangka Maths 2 aku dapat A. Hari hampir fail kot midsem aku.. haha.. papepong, ALHAMDULILLAH~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...