Followers

Sunday, May 2

majlis makan malam amal & anugerah cemerlang 2010 ASiS

bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah.. MAJLIS MAKAN MALAM AMAL & ANUGERAH CEMERLANG 2010 ASiS berlang sung dengan jayanya.. walaupun majlis tu tak se'grand' tahun2 yang lepas, but still ana rasakan yang majlis tu sangat meriah. majlis yang berlangsung hari sabtu lepas (1 Mei 2010) cukup meriah dengan kehadiran para pelajar cemerlang SPM dan Diagnostik.. tak ketinggalan para OASiS dari batch2 yang lepas turut meramaikan majlis..

pada mulanya, petang tu hujan lebat. ana da fikir mesti basah habis la meja makan kat situ.. tapi alhamdulillah it was still ok.. ana sampai awal kat skola.. tapi ana tengok macam takde pun member ana yang da sampai, so ana lepak je la kat surau.. ana memang da plan da nak overnite kat skola.. walaupun da tido minggu lepas (Program Motivasi Sains & Al-Quran), tapi ana nak juga overnite.. yela, minggu lepas tido kat 3b3, skang ni tido kat dorm ana sendiri, 3B4.. haha..


memang ramai la sahabat lama ana yang ana da lama tak jumpa... da dipertemukan di ASiS.. ana bersyukur di atas segala kurniaan yang Allah da kurniakan kepada ana, sama ada ana sedar atau pun tidak.. secondly, syukran jazilan ana ucapkan kepada barisan guru yang da mencurahkan ilmu mereka yang tak ternilai tu... ilmu yang cikgu kurniakan tu harapnya dapat keberkatan daripada Allah, insya Allah....



hah.... zaman persekolahan sudah tamat.. sekarang ni ana perlu melangkah ke alam IPT yang sememangnya menjanjikan dugaan yang sangat getir dan mencabar buat ana. ana berdoa sangat2 semoga Allah menguatkan diri ana dan sahabat ana yang lain supaya tidak terpesong dari akidah Isalam sejati.. harapnya, apa yang dapat untuk masa depan adalah yang terbaik buat ana.. ana dapat buat asasi farmasi kat UIAM.. insya Allah, seorang ahli farmasi Islamic akan muncul suatu hari nanti.. amin...

wallahu a'alam..

Tuesday, April 27

program motivasi sains & al-quran di ASiS (part 3)

bismillahirrahmanirrahim..

25/5/2010

hari ni merupakan hari last untuk program motivasi ni kat ASiS... sekejap je rasenye mase berlalu..
hmm... pagi tu, ada qiyamullail pukul 4.30 sepatutnya... so, ana ni tak tido kat bilik fasi. ana tido kat dorm 3B3. malam tu, ana set la jam pukul 4.30 sebab abang mizan kata ada qiyamullalil... da tu, ana da bangun tu, ana tengok takde sorang pun kat surau.. so, ana terus jela beribadat kat sana... da kat pukul 5.30 macam tu, ana buat la announcement.. fuh... lama betul ana tak buat pengumuman pagi kat ASiS.. haha..rupa2nya, fasi2 yang lain tu tak bangun lagi rupanya.. letih agaknya. takpela...

pagi tu, lepas subuh ,macam biasa ada tazkirah daripada abang shahman pula.. after that, kami breakfast and prepare for next session. pagi tu da ceramah "sains & al-quran" daripada saiful mizan bin saidin. sebenarnya, time tu ana mengantuk.. rasenya, ada gak student yang perasaan ana macam terlelap sekejap. hehe.. sebelum dengan selepas ceramah tu actually ada buat group presentation kat depan. semuanya berkaitan dengan sains solat yang student dapat time explorace semalam. topic yang paling famous ialah solat dapat mengubati mati pucuk. haha..






after that, ada slot LDK terakhir iaitu "peranan pemuda". untuk sesi ni, para fasi dikehendaki "membalun" student. maksudnya di sini ialah kami perlu cuba sedaya upaya kami untuk tarik minat para pelajar untuk join usrah yang akan diadakan. kira macam pelapis kami la ni.. so, ana sebenarnya kagum dengan kebolehan abang faridul berhujah. hujahnya mantap, amat menarik perhatian and interesting.. habis sahaja slot tu dan solat zohor, upacara penutup diadakan.. sesi bergambar dan penyampaian hadiah adalah suatu kemestian..

ana balik rumah ngan parent ana. so, ana balik dalam pukul 3.30 macam tu. in the meantime, ana lepak la ngan sahabat ana, Ar Afiq kat dorm.. banyak cerita yang keluar tentang perkembangan sekolah ana tu.. cerita punya cerita, tup2.. parent ana da samppai. sekejap rasenya duduk kat sekolah. takpe, minggu depan ana datang juga kat sekolah untuk makan malam amal.. haha.. anyway, mission ana is completed.. sebahagian tugas ana dalam menyampaikan dakwah da selesai..

sebenarnya banyak lagi cabaran yang kita perlu lalui untuk menyampaikan dakwah ni. cuma nak atau tak nak je. if you willing to do, believe me that you can do it..



wallahu a'alam..

Monday, April 26

program motivasi sains & al-quran di ASiS (part 2)

bismillahirrahmanirrahim..

ana sambung pasal pengalaman ana di asis untuk program ni.. hari ni merupakan second day ana...

24/4/2010

pagi tu kami bangun dalam pukul 5 untuk qiyamullail.. lepas subuh, ada tazkirah sikit daripada abang hanafi.. after that, kami pergi la breakfast kat dm.. kami makan kat tempat vip. tu memang first time ana makan kat tempat tu. tapi macam tak best je.. hehe.. lepas breakfast, ana ngan aizat (sahabat ana) pergi la round2 kat blok b. al-maklum la, da lama tak naik dorm. tapi cuak juga kalau ada warden yang ronda ke..

dalam pukul 8.30 macam tu, ada ceramah diadakan kat surau. ceramah tu disampaikan oleh Ir. faridul farhan abd wahab yang bertajuk, "Allah technology vs human technology".. it's quite interesting... tapi sayangnya, ana tak dapat nak dengar keseluruhan ceramah tu.. sebab fasi2 ada briefing pasal program untuk petang nanti.. lepas je ceramah tu, ada LDK iaitu "serangan pemikiran". slot ni ana pair dengan abang hanafi.. abang hanafi ni nampak cool je.. then. kami diberikan masa 2 jam untuk buat halaqah kecil dan sampaikan tentang perkara yang berkaitan dengan slot tu.. halaqah ana cerita pasal perang saraf dalam sistem kehidupan yang merangkumi aspek pendidikan, politik, sosial dan sebagainya. kebanyakan masa abang hanafi la yang bercakap. ana ada juga bercakap tapi tak la selama abang hanafi... ada la dalam setengah jam macam tu.. yela, ilmu ana pun tak la banyak sangat..



lepas zohor, kami ada "explorace sains solat".. mula2 tu, kami tengok macam takde student yang datang. abang mizan pun da pikir plan B.. dia kata kalau student tak datang, fasi2 bole balik dorm tuk tido... kami pun gelak dengan plan abang mizan tu.. ana jaga checkpoint di surau.. kat situ, ana ngan abang hanafi kene tunjukkan kepada student cara rukuk dan sujud yang betul, theoretically and practically... after that, student kene list down sumbangan tokoh2 Islam yang kami sebutkan.. tak la susah sangat pun...




petang ada riadah.. main bola sepak.. tapi ana ngan aizat skip benda tu sebab ana nak bayar duit makan malam amal dekat cikgu tuan norma.. dalam masa yang sama, kami pun jalan2 kat sekolah la.. malam tu, ada LDK lagi iaitu "menuju puncak ipta".. part ni ana tak bercakap sangat sebab ana tak tahu sangat pasal kehidupan di ipt macam mana.. so, kebanyakan masa abang2 fasi yang lain la yang bercakap.. then, lepas LDK tu, patutnya kene balik dorm fasi la.. tapi, ana dengan beraninya naik dorm kat blok B dan tido kat dorm 3B3.. haha... saje je.. tapi, ana cuak juga la.. mana la tau tibe2 warden ronda ke.. tak ke kene sound ana jam2 tu juga..bukan apa, lama da tak tido kat blok B... esoknya, kene bangun pukul 4.30 sebab ada qiyamullail lagi... ape2 pun, hari tu memang memenatkan tapi syok sangat...

wallahu a'alam....

Sunday, April 25

program motivasi sains & al-quran di ASiS (part 1)

bismillahirrahmanirrahim..

satu program telah diadakan di sekolah ana yang lama, iaitu ASiS. program tu berkenaan dengan sains serta kaitannya dengan al-quran. kalau nak diikutkan, memang banyak sebenarnya kaitan al-quran dengan sains moden ni. bayangkan, al-quran yang diturunkan untuk umat Muhammad telah diterima oleh nabi lebih daripada 1400 tahun yang lalu. subhanallah... betapa Islam ini merupakan agama yang syumul dan merangkupi segenap aspek kehidupan, tidak kiralah moden mahupun tradisional... so, ana nak ceritakan serba sedikit pengalaman ana dalam pengembaraan ana dalam menyebarkan dakwah Islamiyah untuk para pelajar..

23/4/2010

ana dapat jemputan daripada abang mizan pasal program ni dalam 2 minggu sebelum benda tu diadakan.. so, pagi tu, ana dapat mesej daripada seorang ikhwah, namanya Hanafi. dia mesej ana nak dapatkan kepastian for ana punya transport. ana katalah ana takde transport nak pegi sana. mulanya, abang hanafi kata nak ambil ana kat lrt bandar tu razak. then, dia cakap azhar (senior ana) pun ikut sekali, so dia suruh ana follow azhar je la. ana pun orait je.. tetibe, abang mizan mesej ana suruh tunggu kat lrt bandar tasik selatan.. nanti ada ikhwah lain yang akan ambil ana.

so, ana pun bertolak la dalam pukul 4 macam tu la... naik teksi, then ktm kepong sentral terus ke bandar tasik selatan.. faham2 je la, hari jumaat=hari kerja=tren, jawabnyer ikan sardin la.. dah la ana ni bawak beg segala macam, ditambah dengan ramai orang pulak tu. fuh... macam sardin penyek la.. tuhan je tahu perasaan ana time tu.. da hampir setengah jam bersesak2, sampai la ana di lrt bandar tasik selatan. ana mesej la abang mizan yang ana ni da sampai kat tempat tu. then, dia kata nanti abang faridul akan ambil ana..

al-kisah, abang faridul call la ana. time tu nak dekat pukul 6.30... ana cakap la ana da kat bandar tasik selatan. abang faridul kata dia tak tau jalan nak pegi lrt tu... then, dia tanya la, dekat ke tempat tu ngan asis???? then, ana jawab la, kalau stesen ktm salak selatan lagi dekat ngan asis. kami sepakat la nak tunggu kat salak selatan. so, ana terpaksa la kene patah balik pegi salak selatan. tak jauh pun, tapi masalahnyer... nak kene tunggu tren tu punyer la lama...

ana pun naik la tren pegi salak selatan. nasib baik selang satu stesen je.. sampai kat salak selatan, ana call la abang faridul mengatakan ana da sampai kat salak selatan. tiba2, dia suruh ana join sekali ngan azhar kat bandar tasik selatan, nanti ada ikhwah yang ambil... ana pun terkedu... ana cakap kat diri sendiri... sabar jela... and then terus beli tiket patah balik ke stesen tadi... kat tasik selatan, abang mizan ambil kami terus bawak ke asis... ana sampai asis dalam pukul 8 macam tu...

then, da sampai sana, kami pun "check-in" la kat dorm C1.. malam tu, kami ada briefing antara fasi2 sampai pukul 12 tgh malam.. fuh.... da la letih, ada briefing plak tu,, redha je la.. ana fikir, itu la cabaran yang perlu kita lalui dalam hidup seorang pendakwah.. malam tu plak, dalam pukul 1, ana da ngantuk tapi tak bole tido. maybe sbb beralih tmpt tido kot.. so, kat katil tu ana pusing2kan badan sampai la pukul 3.. ya allah, nape la ana tak bole tido.. konklusinya, ana tarik bantal tido kat atas lantai... bole plak tu tido... adoyai.. ana kene tido juga sbb nanti ada qiyamullail and aktiviti untuk hari esoknya...

wallahu a'alam..

Saturday, April 17

tak solat tapi kirim nombor ekor

bismillahirrahmanirrahim..

melihat kepada tajuk post ana kali ini, tiada niat ana nak burukkan sesiapa atau membuat fitnah terhadap sesiapa. ia sekadar luahan perasaan dan salah satu cara ana nak dakwah kepada yang membaca. at least, kita ada buat sesuatu terhadap kemungkaran yang kita lihat, iaitu menasihati yang lain supaya tidak terjebak dengan maksiat ni...

perkara ini berlaku depan mata ana dan ana sangat tergamam dengan saudara seIslam kita ni yang agaknya.... entahla.. susah ana nak explain.. begini, kita ambillah iktibar daripada perkara ini dan kita sampaikanla mesej ana ni kepada yang lain..

semalam, ana nak tumpang kereta kawan sekerja ana nak pergi solat jumaat.. so, kami bertiga la.. ana, kawan ana ngan sorang lagi member... so, kitorang pegi la solat jumaat.. da habis solat tu, kami pun bergerak balik la ke tempat kerja untuk sambung balik kerja.. so, myvi yang kitorang naik tu pun keluar la dari perkarangan masjid.. member yang sorang lagi tu yang bawak kereta. die kata nak singgah bank jap.. so, kitorang x kisah la.. sebab nak masuk kerja pun sempat. tibe2, kitorang berhenti kat depan kedai TOTO 4D.... kedai perjudian.. so die keluar la dari kereta tu... ana ngan kawan ana tu pun pandang sesama sendiri.. kawan ana tu kate nombor tu untuk kawan kepada member yang tadi tu... punyer la terkejut yang amat ana rase..

kawan ana tu kate, kawan yang kirim nombor ekor tu sudah diajak solat oleh member tu.. tapi die tak nak ikut... da tu, die bole plak mintak kirim nombor ekor... istighfar panjang ana... luruh rase jantung bile dengar benda tu..

yang mamat tu dah la diajak pergi solat jumaat kat masjid, tapi dia tolak... da satu dosa. bole pulak die mintak kirim nombor ekor.. dia tak malu ke kat member yang dia mintak kirim tu.. fikir la sedikit, member tu pergi solat lepas tu pergi beli judi... astaghfirullahal 'azim... lepas tu bole pulak die cakap, "kalau kene tangkap ngan pegawai agama ni, mampos!!!!" dalam hati ana, "die tu takut dan malu kalau kene cekup ngan pegawai agama, tapi dia x malu dan rase berdosa ke dengan ALLAH yang senantiasa perhatikan tingkah laku dia????"



kita ni sebagai manusia perlu sedar bahawa kita ni ada batas yang perlu dijaga seperti yang diajar oleh agama Islam.. tak payah rase takut hanya pada manusia kalau kita buat jahat, sebaliknya kita perlu lebih gerun dan takut untuk buat dosa sebab Allah sentiasa mengawasi kita... itu yang perlu diutamakan... ini tidak, lebih malu depan manusia, tapi tidak di hadapan Allah....

lagi satu, kalau kita tau yang kita ni buat dosa, x payah la nak "top up" dosa kita ni dengan dosa yang lain.. da tu, kita suruh orang lain pula yang buat dosa sekali ngan kita... mana hilang nya jati diri kita sebagai seorang Islam yang sejati.. janganla hanya harap agama kat IC je Islam... tapi akhlak mengalahkan orang kafir... first time ana jumpe orang Islam sebegini.. entah2, lagi ramai kot kat luar tu yang lagi terok daripada ni... nauzubillah...

konklusinya, kita ni perlu sedar akan kesalahan yang kita lakukan dan janganlah kita tambah dosa kita serta libatkan juga orang lain dalam aktiviti kita yang berdosa tu... kene fikir bahawa agama sentiasa yang pertama.... tak kisah dalam apa jua keadaan..

wallahu a'alam..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...