Followers

Saturday, May 15

SELAMAT HARI GURU

bismillahirrahmanirrahim..

tanggal 16 Mei setiap tahun merupakan tarikh keramat bagi seluruh rakyat Malaysia yang bergelar seorang guru.. kerana pada tarikh inilah sambutan Hari Guru diadakan. so, sempena hari guru ni, ana nak mengambil kesempatan untuk mengucapkan

SELAMAT HARI GURU

buat semua guru yang pernah mengajar ana dari tadika sampailah tamat persekolahan ana. untuk semua guru di TADIKA AL-IKHWAN, SK SELAYANG JAYA (SKSJ), SEKOLAH AGAMA RAKYAT UMMUL QURA' (SARUQ), SMK IDEAL HEIGHTS (SMKIH) dan SM SAINS ALAM SHAH (ASiS)... ana ucapkan setinggi-tinggi penghargaan di atas ilmu yang dicurahkan selama ini.. sebenarnya, tiada ungkapan yang tepat dalam menggambarkan jasa seorang guru ni.. mereka ni ibarat lilin yang menerangi sekeliling, ibarat matahari yang menyinari bumi, ibarat bintang di malam gelap.. semuanya menggambarkan betapa kuatnya pengaruh guru dalam kehidupan seseorang..



ana teringat peristiwa time ana sekolah rendah.. time ni ana darjah 4 kalau ana tak silap.. masa ni ana nakal dan orang kata tu.. ntah la.. susah nak cakap.. hehe.. biasa la tu. time kanak-kanak ni mana la kita ni sedar lagi pasal perasaan cikgu..

ana dalam kelas 4M (kelas first) time tu. and masa tu kitorang diajar oleh seorang cikgu BM yang amat garang.. namanya cikgu Rahimah.. kalau sesape yang sekolah kat SKSJ dulu kenal la ngan cikgu ni.. ada sekali tu, dia bagi homework BM. takde la banyak mane pon, tapi ana ni dulu jenis yang tak suke buat homework. tambah2 lagi karangan... fuuhh.. mmg ana tak sentuh la jawabnyer... haha..

al-kisah, ana ni tak siap la kerja tu.. time tu ana da kelam kabut tak siap kerja.. ngan cikgu yang tibe2 angin satu badan pulak.. adoyai.. mahu disembelih gak ana dibuatnyer.. so, ana ambil jalan penyelesaian dengan meniru karangan kawan ana bulat2.. orang kata cam photostat balik r. cume ana ubah beberapa nama ngan tempat dalam karangan tu..

ana fikir, selamat la. janji, hantar.. kalau tak hantar, lagi la kantoi.. dijadikan cerita, kitorang bile hantar kerja buka buku tunjuk depan cikgu.. so, mestilah cikgu nampak en.. ana tak perasan lak yang member ana tu hantar depan ana je.. so, kantoi la bile cikgu cakap yang karangan kitorang ni sebijik.. kitorang kene panggil.. kecut perut dibuatnyer... mana tak nyer.. ana macam da nampak api keluar ikut mate dier.. huhu.. bile cikgu dapat tau je ana punyer angkara, dier terus koyak buku ana and then campak buku ana keluar kelas.. fuh.. sedih sungguh hati ana.. ,buat depan mata ana plak tu..

mulai hari tu, ana da mula buat homework yang diberi.. walaupun, kadang2 tu ada yang tak siap gak.. sejak tu, ana sedar yang cikgu tu sebenarnya nak ajar kita erti kehidupan.. even benda tu sukar bagi kita, kita perlu usaha sedaya upaya kita untuk berikhtiar.. pengalaman di sekolah banyak beri ana kesedaran dan peluang untuk ana lebih mengenali dunia dan akhirat..

actually, banyak lagi pengalaman kat sekolah ni.. pengalaman ana main rounders dalam kelas time ustazah kat depan kat sekolah agama, ana kene rotan ngan cikgu, time ana kene public canning kat ASiS ngan ust Zul and macam2 lagi la... yang telah mewarnai hidup ana pada hari2 persekolahan.. semuanya.. kerana nilai kasih seorang insan yang bergelar GURU...

wallahu a'alam...

Thursday, May 13

Judi Piala Dunia

bismillahirrahmanirrahim..

pertama kali ana baca artikel ni di internet pasal judi Piala Dunia ni, istighfar panjang. ana betul2 terkejut dengan keputusan kerajaan ISLAM Malaysia ini meluluskan lesen perjudian sempena Piala Dunia yang akan berlangsung tak lama lagi. atau dalam erti kata yang lain, MENGHALALKAN judi Piala Dunia. apa lah nak jadi dengan kerajaan Islam di Malaysia ni.. name je negara yang menegakkan Islam, pengerusi sidang Islam antarabangsa... negara yang sentiasa berusaha untuk memapankan kedudukan Islam di mata dunia... tup tup.. negara Islam itu sendiri yang menghalalkan judi itu sendiri..

ana tak nak tuding jari pada sesiapa dan ana tak salahkan negara yang berstatus Islam.. yang ana nak salahkan ialah kerajaan atau lebih khusus ORANG yang menghalalkan judi Piala Dunia.. sebagai pemimpin, mereka seharusnya menimbang segala baik dan buruk setiap perbuatan dan keputusan yang diluluskan untuk rakyat..

ana pasti rakyat tak memangkah parti yang pemimpin kita wakili untuk perbuatan yang HARAM seperti ini. dan ana juga yakin yang rakyat tak akan bersetuju akan hal ini. namun, tidak ana nafikan ada segelintir rakyat kita yang menyokong perkara ini.. tapi kalau kita nak tengok majoritinya, dah sah2 la rakyat taknak benda ni berlaku..

pemimpin kita ni tak boleh ke nak berfikir secara waras.. diorang sanggup suap duit haram ke mulut rakyat jelata yang mengundi mereka ini,. kita sebagai rakyat menaruh harapan kepada barisan kepimpinan negara untuk meneraju bahtera negara ini agar dapat terus berlayar dengan layar Islam yang mantap... tapi sayang, ini balasan yang kita dapat.. semuanya kemewahan dari sumber yang haram..

dari sumber yang ana dapat, kerajaan meluluskan lesen perjudian Piala Dunia ni sebab mereka nak memajukan ekonomi negara.. dahulunya, perjudian sukan atau dengan kata nama lain "pertaruhan sukan" pernah diluluskan buat sementara namun sesudah itu telah dibatalkan sesudah kepimpinan beralih tangan.. walau bagaimanapun, kalau da dinamakan JUDI TU HARAM... ia tetap akan jadi HARAM.. tak bermakna kalau kita luluskan perjudian ini, mereka dapat mengHALALkan judi atau mengurangkan status HARAM yang ditetapkan oleh Islam..

memanglah kalau kita lihat pada dimensi yang lain, JUDI ni memang "bermanfaat" dalam meningkat status ekonomi negara... tapi ingat,

MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA

ibarat kita basuh kain dengan air kencing, kain tersebut tidak akan bersih walau kita basuh banyak kali sekalipun.. dan ia juga ibarat kita sembelih BABI dengan menyebut nama ALLAH, benda tu tetap tidak akan menjadi HALAL..

in the nutshell, para pemimpin kita hendaklah memastikan segala duit yang mengalir kepada rakyat adalah dari sumber yang halal SAHAJA.. jangan lah kerana kita ni taksub dalam memajukan negara, segala halal haram kita abaikan..

“Mereka bertanya kepada kamu (wahai Muhammad) tentang arak dan judi. Katakanlah olehmu, pada keduanya terdapat dosa yang besar dab beberapa manfaat bagi manusia. Dan dosa keduanya adalah lebih besar daripada menfaatnya”. (AL-BAQARAH:219)

wallahu a'alam...

Sunday, May 9

ibu oh ibu....

bismillahirrahmanirrahim..

bersempena Hari Ibu sedunia hari ni, ana nak ucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu2 di dunia, termasuk la mak ana sendiri Norlily Bt Leman yang da banyak berkorban untuk ana dari ana kecil sampai la ana da dewasa.. alhamdulillah..

"MAK, TERIMA KASIH MAK ATAS SEGALANYA"

sebenarnya, banyak pengorbanan seorang ibu ni terhadap anak dan keluarga. orang kata, dia la ratu di hati kita. sehinggakan dalam Islam sendiri telah mengiktiraf level seorang ibu ni di tahap yang tinggi...

nabi pernah ditanya,"ya rasulullah... siapakah yang patut ak patuhi, sayangi dan hormati serta utamakan selepas Allah dan RasulNya????

baginda menjawab:

"ibumu"

ditanya lagi, "selepas itu???"

"ibumu"

ditanya lagi, "sesudah itu???"

"ibumu"

ditanya lagi, "sesudah itu???"

"barulah bapamu"

lihatlah betapa besarnya pengiktirafan Islam terhadap insan yang bergelar ibu. sehinggakan "ibu" itu disebut sebanyak tiga kali.. oleh itu, kepada ibu2 di luar sana, berbanggalah dengan gelaran dan pangkat sebagai seorang "ibu"..

"wahai ibu,
tiada terbanding titik peluhmu
dalam membesarkan insan kerdil ini,
pengorbanan mu itu
diibarat selaut mutiara syurga
yang tidak akan luput"

"wahai ibu,
keringatmu, usahamu,
tidak dapat ku balasi dengan ucapan terima kasih sahaja,
berilah anakmu ini kesempatan dalam membalas
segala jasa dan budimu,
berbakti kepada keduanya,
di usia senjamu.."

"wahai ibu,
halalkan setiap titis susu
yang mengalir dalam diri ini,
halalkan segala ilmu yang kau curahkan,
segala rezeki yang kau carikan...
ampunkan dosa anak mu ini,
yang kau sedari mahupun tidak,
yang besar mahupun kecil..
hanya ku inginkan..
pelukan mesra mu ibu"

wallahu a'alam..

Friday, May 7

Yahudi: Musuh atau Sahabat???

bismillahirrahmanirrahim..

sebelum ape2, ana memulakan bicara untuk mengucapkan ahlan wasahlan ke blog ana yang tak seberapa ni.. bukan ape, ada lagi sahabat ana yang tak tau akan kehadiran blog ana ni.. huhu.. untuk pengetahuan antum, blog ni ana jadikan sebagai wadah untuk ana sampaikan dakwah..

ok.. back to the topic, kalau kita tengok dan perhatikan dalam Al-Quran, banyak disebutkan tentang yahudi dan bani Israel. sehingga ada dikatakan bahawa bani Israel ini merupakan bangsa pilihan (ketika itu) di mana mereka telah dikurniakan nikmat yang melimpah, namun mereka ini dengan sewenangnya melupa serta melanggar perintah Allah. (2:40)

yahudi, seperti yang kita ketahui telah dahulunya hidup dalam kesulitan pada zaman Hitler yang mana mereka telah cuba dilupuskan oleh tentera Nazi. mereka hidup dengan penuh penderitaan. namun, jika kita bandingkan dengan kehidupan bangsa Yahudi masa kini, mereka sudah jauh maju daripada kita. sehinggakan, mereka mampu menakluk dunia dengan apa cara sekalipun.

seorang tokoh (ana x ingat siapa) pernah berkata lebih kurang begini, "umat Islam ini tak mampu kita tewaskan dengan mata pedang, tapi dengan cara kita goyahkan aqidah mereka, kita pasti akan menang"

boleh saja kita lihat zaman sekarang yang mana bangsa Yahudi sedang bermaharaja lela memain serta merosakkan aqidah umat Islam yang kini amat lusuh sekali. mereka menggunakan teknik "perang saraf" dalam usaha ini. kalau nak guna perang senjata, dah sah2 la mereka tak mampu walaupun mereka ada pelbagai senjata hebat yang boleh membunuh apa saja. sebab Allah pasti akan menolong hambaNya yang beriman melawan musuh Allah itu..

mereka menggunakan pelbagai agenda, dari fesyen rambut hinggalah ke makanan sekalipun. semuanya berteraskan yahudi. bukan ape, sekarang ni tengah hangat mengatakan bahawa semua atau sebahagian keuntungan dan keberhasilan daripada syarikat2 yahudi ini akan disalurkan ke Israel untuk pembangunan mereka di sana.




dah la mereka menduduki bumi palestin secara haram, ditambah pula dengan rancangan mereka nak melupuskan Palestin dari bumi ini. ini maknanya semua saudara SEAGAMA kita akan diluputkan dari dunia ini.. YA ALLAH, kuatkanlah mereka... namun, tak semua umat Islam di dunia ini mengecam Yahudi laknatullah ini sebagai penjenayah antarabangsa. mereka lebih rela bekerjasama dengan Yahudi demi kepentingan peribadi. tak kisah la apa yang mereka nak buat, tapi kalau nak berurusan dengan Yahudi ngan Nasrani ni, lupakanlah niat mereka tu.. sebab mereka ni takkan ikut apa yang kita cakap.. diorang nak kita ikut je apa yang diorang nak.. ikut je hala tuju yang mereka tetapkan.. itula sikap mereka yang digambarkan dalam Al-Quran..

"dan orang2 Yahudi dan Nasrani itu tidak akan sekali-kali rela kepada mu selagi kamu tidak mengikut agama mereka" (2:120)

itula masalahnya mereka ni.. degil.. mereka ini memang membenci Islam sejak dahulu lagi.. dan apa yang kita perlu buat sekarang, perlu mantapkan mutaba'ah kita, kuatkan iman, tingkatkan amal, berdakwah dan bela umat Islam kita yang beriman kepada ALLAH..

"... telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi ..." (ali imran:118)

wallahu a'alam...

Wednesday, May 5

Insya Allah..

bismillahirrahmanirrahim..

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah, Insya Allah
Insya Allah you`ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame


Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah (2x)
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah (2x)
Insya Allah you`ll find your way

Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way (2x)
Insya Allah (2x)
Insya Allah we`ll find the way

by: Maher Zain

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...