Followers

Thursday, December 9

100th post

bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah. segala puji ana panjatkan kepada Allah kerana dengan rahmat dan rahimNya, kita masih lagi berada dalam nikmat Islam dan kita juga masih lagi dapat menghirup udara iman kepada Allah dan RasulNya.

kali ini, ana rasa sungguh gembira. bukan apa, blog ana ni sudah mencecah ke post yang ke 100 untuk tahun ini. yela, untuk orang yang agak malas nak update blog macam ana ni, 100 tu kira ok la.. ye dak??



banyak benda yang ana dah belajar dari buat blog ni. buat kawan, sedih, gembira, ketawa.. macam2 lagi la.. ada juga dapat berkongsi ilmu dengan sahabat sahabiah di luar sana. actually, dalam mendapatkan bahan2 untuk post ana kat dalam blog ni, bukan ana ikut suka-suki ana je..

kebiasaannya, ana ambil dari pengisian kat dalam kelas atau pengajian di masjid2 yang ana ikuti. apa salahnya kalau berkongsi kan.. tapi, ada juga yang ana post berkenaan dengan pandangan ana sendiri.. nama pun "sudut pandanganku".. hihi

di kesempatan ini, ana nak mintak ampun dan maaf sekiranya apa yang ana kongsikan selama ini bercanggah atau bersalahan dengan apa yang sebenarnya. kalau ada kes macam ni, tegurlah ana.. ana sedia menerima teguran..

bagi yang mengambil pengajaran, istiqamahlah kita bersama.. moga2, apa yang kita lakukan mendapat keberkatan daripada Allah, Insya Allah..

wallahu a'alam..

Wednesday, December 8

Tidur dan qada’ hajat

bismillahirrahmanirrahim..

Memandangkan kita masih lagi dalam mood tahun baru ni, so ana nak tanya lah, anda semua mesti dah tanam azam baru untuk lebih matang dan lebih baik dalam iman dan amal kan?? Kalau ya, tahniah kepada anda.

Apa kata untuk tahun baru ni, kita azamkan untuk amalkan sebanyak mungkin sunnah nabi di samping amalan2 fardhu yang lain. Boleh?? Sesetengah orang kata, buat sunnah nabi ni menyusahkan.

“lecehlah.. banyak sangat nak kena buat...dah la pelik2 semuanya”



Jangan macam tu. Anda mungkin tak tahu, dalam kesusahan nak buat tu, ada khasiat dan kelebihan serta fadhilat yang besar yang sangat berguna sebenarnya. Tak payah nak ikut diet atau cara orang barat yang entah apa2 tu. yoga la, apa la.. sunnah nabi ni tak payah nak keluar modal pun. Lagi menjimatkan adalah... actually, kalau dah biasa, tak payah pun.. alah bisa tegal biasa la katakan..

Tayyib. Ana nak tekankan 2 perkara yang selalu kita buat..

TIDUR

Semua orang nak tidur yang selesa dan menyenangkan. Islam ada formula untuk tidur yang terbaik. Lepas ni, tak perlu lagi la nak beli tilam mahal2 atau selimut yang tebal2 sambil dikelilingi air-cond yang nyaman. Caranya senang je..

(1) Menelentang sambil menyilang kaki atau mengiring ke kanan

“Apabila kamu mendatangi tempat tidurmu hendaklah kamu mengambil wuduk seperti wuduk untuk bersembahyang. Kemudian baringlah di sebelah kanan.” (riwayat Bukhari & Muslim)

Berkata ‘Abbad ibn Tamim: “Aku melihat Rasulullah di dalam masjid tidur menelentang sambil menyilangkan kaki Baginda.” (riwayat Bukhari & Muslim)


(2) Jangan tidur dalam kekenyangan dan amalkan zikir

Ibn Qaiyim telah merumuskan bahawa Nabi tidak tidur dalam kekenyangan. Baginda berbaring berlapikkan bantal, mengiring ke sebelah kanan dalam keadaan berzikir kepada Allah, sehingga tidur. (At-Thib An-Nabawi oleh Ibn Qaiyim hal. 297)

(3) Jangan tidur meniarap

“Nabi telah melihat seorang lelaki tidur sambil meniarap, lantas Bagindapun bersabda: Inilah cara berbaring yang dibenci Allah.” (riwayat Tarmizi)

Qailulah = tidur siang yang sebentar
Biasanya, tidur siang ni selalu dikaitkan dengan kemalasan. Buang jauh2 tanggapan tu. Qailulah boleh rejuvenate atau recharge tenaga kita untuk kita lebih aktif pada sebelah petangnya pula. Ikut kajian, orang yang amalkan qailulah ni mempunyai daya pemikiran yang kreatif. Hah! Apalagi, dah tahu buat ya..


Tapi, ingat!! Tidur sebentar sahaja ye. Dalam 20 minit tu kira ok la.. jangan membawa sampai ke asar pula tidur tu. Berpada-pada la. Sekadar nak lepaskan lelah sahaja.

QADA’ HAJAT (BUANG AIR)

Ha.. bila cakap pasal buang air ni, mesti ada yang tertanya. ‘apa la Nazrin ni. Nak buang air pun nak cerita kat sini. Terpulang la nak buang air macam mana sekali pun..” bukan apa, Islam kan agama yang syumul. So, semua aspek pun terkandung dalam Islam, hatta dalam nak buang air pun ada caranya. Bukan boleh buang sesuka hati je, betul tak??


Kalau kita nak buang air, tak kisah la kecil atau besar, benda pertama kita akan fikir, ‘kat mana nak melepas ni??' so, kita semestinya akan bergegas ke tandas atau tempat2 tertentu (bagi yang tak sempat) dan melunaskan apa yang patut. Tapi, kita kena ingat, di kala kita tengah syok2 qada’ hajat tu, jangan sampai kita dilaknat. Kenapa??

Sabda Nabi s.a.w : “ Berwaspadalah kamu dengan dua golongan yang dilaknati. Para sahabat bertanya: Siapakah wahai Rasulullah? Nabi s.a.w bersabda: Orang yang qada’ hajat di laluan manusia atau tempat berteduh”

Then, bila kita masuk tandas tu, semoleknya melangkah masuk dengan kaki kiri dan berdoa. Tutup kepala tu dengan kain atau apa2 sebagai pelindung. Bukan apa, takut setan pula yang buang air kat atas kepala kita. Kalau boleh tu, tak usah la nak bercakap2 dalam toilet tu. Sebab:

“Bahwasa ada seorang laki-laki melewati ketika Rasulullah sedang buang hajat kecil, lalu laki-laki itu memberi salam kepada Rasulullah tetapi baginda tidak menjawab salam tersebut” (Hadits Riwayat Muslim)

Lagi satu, cara nak buang air cara yang “tersedap” sekali ialah dengan tidak mencangkung sempurna. Maksud ana, ketika kita mencangkuk, kita tekan badan kita ke kiri. Sebab kitaran usus kita yang hujung terletak di sebelah kiri dan di situlah najis akan keluar. Efektif bukan??



Dah selesai tu, istinja’ @ basuh sehingga suci kemaluan kita tu. Peringatan!! Jangan pegang kemaluan kita dengan tangan kanan, tak kiralah untuk memudahkan urusan “pembuangan” mahupun untuk istinja’. Gunalah tangan kiri.

Bunyi macam “jijik” kan bila bercakap pasal benda ni. Tapi, itulah hakikatnya. Cuba dulu baru tahu..

Actually, banyak lagi sunnah2 nabi yang bermanfaat kepada manusia. Dan sunnah itu diiktiraf melalui kajian sains pada masa sekarang, meskipun sains 1432 tahun yang lalu di tengah padang pasir kering kontang yang serba serbi kekurangan itu dianggap remeh dan menggelikan.

Wallahu a’alam..

Aku Cinta Allah


Andaikan diri ku bisa
Seperti yang lain
Yang Kau sayang
Yang Kau rindukan
Yang Kau cintai

*
Aku lemah tanpa Mu aku lelah
Aku sungguh tak berdaya
Tolongku
Tolongku
Yaaa Allah

Reff:
Setiap air mataku mengalir
Allah aku lemah dan tak berarti
Setiap derai tangis membasahi
Allah jangan tinggalkan aku lagi

**
Aku sayang Allah
Aku rindu Allah
Aku Cinta Allah

Back to *
Back to Reff
Back to **
Back to Reff

by: WALI BAND

Tuesday, December 7

salam ma'al hijrah

bismillahirrahmanirrahim..

di kesempatan ini, ana ingin mengucapkan SALAM MA'AL HIJRAH 1432H kepada muslimin dan muslimat seluruhnya. moga-moga dengan kedatangan tahun baru ini membawa satu semangat untuk kita terus dan terus menegakkan syiar Islam di muka bumi Allah ini.

harapan juga agar hijrah yang ingin kita lakukan ini dilakukan dengan penuh kesungguhan dan keteguhan kepada Allah. maaf dan ampun dipinta andai ana ada terbuat atau pun sengaja buat dosa kepada anda semua. harap, diri ini diampunkan.


tahun baru datang, buku amalan pun mestilah yang baru. begitu juga dengan iman dan amal kita. sentiasalah perbaharui. insyaAllah, kita beruntung sekiranya hari ini lebih baik dari semalam, dan hari esok lebih baik dari hari ini..

wallahu a'alam..

Saturday, December 4

Wallahu a’alam

bismillahirrahmanirrahim..

“kau ni, bagi jawapan yang tepat sikit boleh tak?? Suka sangat bagi jawapan yang buat aku tak pasti.. sikit2 wallahu a’alam... sikit2 wallahu a’alam.. cuba yakin sikit dengan jawapan kau..”

Inilah masalah yang kalau nak kata baru, takda la baru sangat. Cuma kita sahaja yang adakalanya tak sedar akan kewujudan kes macam ni. Pernah tak dalam hati kecil kita ini, kita merasakan yang jawapan “wallahu a’alam” tu membuatkan kita memikirkan dua kali jawapan atau penyataan yang kita dengar? Pernah tak kita merasakan yang perkataan itu menambahkan ketidakpastian kita??


Ikhwah akhawat sekalian,

Perkataan “wallahu a’alam” yang sering kita dengar dan mungkin sekali selalu kita gunakan merujuk kepada “dan Allah lebih mengetahui (Maha Tahu)”. Dan kita sebagai hambaNya pengetahuan kita amatlah terbatas berbanding Allah. Maka, semoleknya malah sewajibnya, kita merasakan kerendahan ilmu pengetahuan kita.

So, bila kita memberi ilmu atau berkongsi pendapat atau apa sahajalah, kita ucapkanlah “wallahu a’alam”. Bermakna, kita ni dapat rasa (ada feel..) yang ilmu kita ni terlalu sedikit. Contoh, ada member kita ni tanya pendapat kita pasal isu agama atau semasa. So, kita pun bagilah jawapan kita. Maka, seharusnya, kita lafazkan lah kalimah tersebut. Menunjukkan bahawa kita menyandarkan segala kebenaran mengenai apa yang kita kongsikan kepada Allah. Sebab, Allah kan Maha Mengetahui..

Tayyib.

Bercakap tentang ilmu, kita patut tahu batasan ilmu kita dan Allah. Mungkin sahaja kita selalu mendengar provokasi pihak2 tertentu yang cuba memesongkan aqidah umat Islam. Misalnya, tarikh Qiamat ialah pada tahun 2012. Kononnya, berdasarkan kajian dan pelbagai method yang Allah sahaja yang tahu. kalau macam tu, cepat2 lah taubat, qiamat kan lagi 2 tahun je. INI SEMUA KARUT. Sedang Nabi Muhammad s.a.w sendiri pun tidak tahu bila akan tibanya qiamat, inikan kita yang hidup penuh maksiat.


Maka, sepatutnya kita tahu apa had ilmu kita yang cetek ini berbanding ilmu Allah. Dalam al-Quran, ada disebutkan sebahagian ilmu Allah yang tak dapat kita lepasi hadnya.

“sesungguhnya hanya di sisi Allah ilmu tentang hari Qiamat, dan Dia yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada di dalam rahim. Dan tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan dikerjakannya esok. Dan tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Mengenal.” (Luqman : 34)

QIAMAT

Tiada seorang pun tahu bila akan tibanya Qiamat. Yang kita diberitahu hanyalah tanda2 akan kedatangan Qiamat. Kadang2 tu, dah ada tanda pun masih “buat dek je..” so, beramallah untuk kehidupan akhirat yang kekal abadi.

HUJAN

Meskipun ada weather forecast, itu hanyalah semata-mata ramalan. Dan kita sepatutnya tidak mempercayai bulat2 apa yang diramalkan. Kita mungkin boleh jadikannya sebagai panduan untuk merancang hari kita dan juga sebagai langkah berjaga-jaga, dan bukannya sebagai ‘hidayah’ untuk kita pada hari tersebut.

APA YANG ADA DALAM RAHIM

Ibu bapa pastinya akan begitu teruja akan kelahiran bayi mereka, terutamanya pada kelahiran pertama. Walaupun begitu, kepada bapa2 dan ibu2 ini tidaklah perlu terlalu obsess dengan bayi tersebut, insyaAllah, jika tiada halangan bayi itu lahir dengan selamat. Ini tak. Ada sesetengah dari mereka dan mungkin juga kita terlalu mengharap sampai melakukan sesuatu yang ekstrem sekiranya kehendak mereka tidak tercapai.


Ada yang nak baby boy or baby girl, tapi bila buat ultrasound, kecewa dengan kehendak mereka yang tak kesampaian. Atau mungkin, tak sempat lahir pun.. maka, kembali lah kepada Allah. Sebab, DIA lebih tahu apa yang ada dalam rahim ibu dan apa yang akan berlaku kepadanya.

ESOK

Kita hanya boleh merancang, hanya Allah yang menentukan. Mungkin kita dah plan baik punya untuk diri kita esok, tup2 tak jadi. Jadi, perlulah kita tahu bahawa mungkin sahaja kita boleh rancang untuk bertaubat esok selepas buat dosa hari ini. Tapi seandainya kita TAK SEMPAT untuk tahu apa yang akan jadi esok, maka rugilah kita.

MATI

Mati. Menakutkan sungguh bunyinya apatah lagi merasainya. Ajal akan menjemput kita bila2 masa sahaja yang Allah tentukan. Bila, di mana, sakit apa.. semuanya tertakluk kepada Allah. Kita boleh sahaja suruh anak cucu kita reserve kan satu lot kubur yang “selesa” bila kita mati nanti. Tapi, kita tahu tak apa yang akan jadi bila kita mati nanti. Husnul khatimah atau su`ul khatimah??

Wallahu a’alam...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...