Followers

Friday, August 3

Komen : Sebangsa, Senegara, Sejiwa

bismillahirrahmanirrahim..


Komen :

1. Simple. Tak banyak sangat warna. Oklah..

2. Walaupun logonya takde la lawa mana pon, biasa2 je. Tapi ianya lebih menunjukkan patriotisme dalam kita nak menyambut kemerdekaan.

3. Sebangsa. Senegara, Sejiwa. Cantik. Tapi, kalau frasa 'Rakyat Bangkit' dikhazafkan atau dibuangkan, lebih molek kiranya. Sebab sebelum ini, kita mengkritik tema kemerdekaan yang dibawa oleh kerajaan BN, iaitu 'JANJI DITEPATI' lebih berbentuk kepartian dan menyanjung2 budi yang mereka tabur. Begitu juga dengan 'RAKYAT BANGKIT'. Ia seperti tiada keharmonian antara rakyat dan pemimpin, yang tidak melambangkan kemerdekaan yang jitu, yedak??

Dan kalau kita bandingkan dengan yang ini...


1. Actually, pada pandangan peribadi aku, ok je. Takde huduh sangat. Cuma rasanya kalau aku buat lagi lawa la kot..

2. Tiada nilai kemerdekaan melainkan perkataan 'MERDEKA'. Tu je..

notakaki : Letih la tengok politik kepartian macam ni. Last2, rakyat gak yang bertelagah.. Jangan sampai kat akhirat nanti Allah tanya, "Mengapa rakyat di bawah kamu bertelagah?", masa tu jangan pulak cakap tak tau. Memang aku sekeh je kepala depa ni...

Jahat-Jahat Pun, Masuk Syurga Jugak!!

bismillahirrahmanirrahim..

Tibanya 15 Ramadhan ni, kita makin bersemangat. Bukan menghitung hari untuk Syawal. Mungkin juga. Tapi yang lebih penting ialah untuk mengejar Lailatul Qadar. InsyaAllah.

Bercakap tentang Ramadhan ni, aku teringat akan satu peristiwa di mana aku pernah menegur saudara seaqidah yang mana beliau ni tak berpuasa di siang hari Ramadhan. Dah alang2 menegur tu, aku berceritalah sekali tentang kemuliaan Ramadhan dan ganjaran syurga yang Allah bagi untuk mereka yang beribadah. Aleh2~~

"Alah.. Aku jahat2 pun, masuk syurga jugak. Semua orang Islam kan masuk syurga gak nanti.."

Waduh2... Pedas kok jawabannya. Terkedu sebentar.

Betul tu. Semua orang Islam akan masuk syurga selagi mana dia tak menyekutukan Allah. Dan haram bagi orang kafir untuk beroleh syurga tak kira banyak mana kebaikan mereka.

MASALAHNYA...

Orang Islam zaman la ni, perangai mengalahkan orang kapir. Dengan minum arak, seks bebas, mencuri, rasuah, fitnah, etc.. Aku rasa orang kapir sendiri pun tak buat benda2 tu. Kadang2 aku merasakan yang sesetengah orang Islam kita ni lagi 'kapir' dari orang kapir. Yedak??

Sebelum kita boleh claim yang syurga tu kita punya, kita ni kena dicampak dulu dalam neraka. Yelah, dosa bertimbun takkan boleh masuk syurga camtu2 je. Btw, panasnya api neraka tu bukan macam hot shower yang kita selalu mandi tu. Bukan juga macam api Bunsen Burner kat dalam makmal yang kita guna tu. Tapi, wallahu a'alam. Allah saja yang tahu panasnya macam mana. Aku nak describe pun bukannya aku penah ziarah neraka tu macam mana, kan??

Muhasabah Sikit

1. Layakkah kita dapat syurga free dengan dosa yang banyak ni? Kalau tak dengan Rahmat Allah, kita ni tak jejaknya syurga tu..

2. Layakkah kita dipanggil orang Islam kalau semua benda yang Allah suruh kita tak buat? Apa guna mengaku Islam kalau tak berkelakuan seperti Islam, kan?

3. Layakkah kita kata yang syurga tu kita punya kalau kita sendiri pun tak tahu yang kita ni mati dalam keadaan beriman ke tidak?? Kita tak tengok permulaan dan pertengahan, tapi kita tengok pengakhiran..


Dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sekalian umatku akan masuk syurga kecuali orang yang enggan.” Sahabat-sahabat Baginda bertanya: “Ya Rasulullah, siapakah orang yang enggan itu?” Baginda menjawab: “Sesiapa yang taat kepada ku akan masuk syurga dan sesiapa yang derhaka kepada ku maka sesungguhnya ia telah enggan.” (Riwayat Bukhari)

notakaki : Jangan nak berangan syurga kalau perangai macam orang neraka... #sedikitpedas

Saturday, July 28

Komen : Video Kemerdekaan 2012

bismillahirrahmanirrahim..

Ok2. Sebelum apa2, korang tengok dulu video ni.


LIRIK



Aku rasa aku sebagai orang Malaysia berhak untuk mengomen serba sedikit pasal video Kemerdekaan 2012.

Komen :

1. Kemerdekaan tu merupakan satu yang amat penting di Malaysia ni, yang mana melambangkan kebebasan kita daripada penjajahan fizikal dan kita bebas mentadbir negara mengikut acuan kita. Maka, semua pihak berperanan dalam mewujudkan rasa syukur dalam kalangan kita ni  atas sebab kemerdekaan yang kita kecapi.

2. So, bagi aku video pasal kemerdekaan ni patutnya merupakan kesatuan kepada semua rakyat, tak kira apa jua fahaman agama dan politik. Tapi, apa yang aku dapat rumuskan melalui video ni ialah parti UMNO dan BN telah memanipulasi lagu kemerdekaan yang nantinya akan menjadi siulan ramai. Lagu tema ini telah dipenuhi dengan 'mungkin' agenda mereka untuk memenangi hati rakyat dengan 'mungkin' meletakkan segala jasa mereka dalam memenuhi dan mengotakan janji2 mereka dalam sebuah video berjiwa kenegaraan. Ini negara la, bukan parti politik. 

3. Aku pun pelik kenapa tahun ni yang berlaku. Mungkin sebab nak PRU-13 ke? Kalau nak diikutkan, lagu tema merdeka sebelum ni aku suka sangat. Sebab lagu tu berjiwa 'bebas'. Takde campuran politik. 

4. Kenapa aku nak besarkan isu ni? Sebab aku tak berapa suka cara parti politik yang terbabit mengungkit2 pemberian dan pengotaan janji2 mereka tu. Sekarang ni bila aku tengok TV, kebanyakan iklan dipenuhi dengan iklan janji2 yang mereka kotakan beberapa bulan sebelum tu. Kenapa baru sekarang? Kenapa baru nak buat iklan lepas memberi? Ramai yang akan menganggap itu satu pengungkitan.

5. Tentang lirik lagu ni pulak, aku merasakan yang kita akan disogokkan dengan 'membalas budi' berdasarkan lirik dalam lagu ni.. "JANJI SUDAH DITEPATI, KINI MASA BALAS BUDI.." Aku pun tak paham kenapa. Kenapa kita kena minta jasa kita dibalas? Orang Melayu ni memang kaya dengan budi bahasa. Takyah mintak pun kita akan balas. Tapi, bila dah diungkit, orang pun akan rasa meluat. yedak?

6. Segala pemberian itu aku rasa ia merupakan tanggungjawab. Klinik, kedai etc.. Maka, ia memang perlu dilaksanakan tanpa mengharap budi dibalas. Sebagai badan yang memerintah, menguruskan harta negara merupakan satu amanah dan bukan untuk ditunjuk2 ataupun diungkit.

Itu saje komen aku yang tak berapa profesional ni..

notakaki : Aku tak side mana2 parti politik. Kalau PR buat benda yang sama kalau jadi kerajaan pun aku akan kata 'TIDAK'. Tapi itupun KALAU depa buat la... =)

37 Fakta Tentang Lelaki

bismillahirrahmanirrahim..


1. Lelaki biasanya tidak terpikat terhadap wanita disebabkan mereka cantik, tetapi mereka lebih mudah terpikat terhadap personaliti dan ketrampilan seseorang itu.
2. Lelaki amat bencikan lelaki lain yang cuba untuk menggoda kekasih mereka.

3. Apa yang sedang awak lakukan? atau Awak dah makan ke belum? adalah merupakan soalan paling kerap akan ditanya ketika mereka menelefon seorang wanita.

4. Lelaki akan sibuk dengan pekerjaan mereka sepanjang hari, tetapi sebelum tidur, pasti mereka akan memikirkan mengenai wanita yang mereka benar-benar sayang.

5. Apabila lelaki benar-benar sayang terhadap seorang wanita, mereka akan mengabaikan semua karakter negatif yang ada pada wanita tersebut.

6. Lelaki akan membuat seribu satu kesimpulan sekiranya seorang wanita senyum kepada mereka.

7. Lelaki sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan perhatian daripada seorang wanita.

8. Lelaki amat benci apabila wanita menceritakan mengenai kisah bekas teman lelaki mereka.

9. Seorang lelaki mampu menyukai wanita untuk seminit, kemudian terus melupakan mereka.

10. Apabila seorang lelaki bersedia untuk berjumpa ibubapa kekasih mereka, ini menunjukkan mereka benar-benar serius.

11. Lelaki juga akan menangis.

12. Lelaki akan lebih untuk berusaha memikat wanita yang menolak cinta mereka, ini adalah kerana mereka sukar untuk menerima kekalahan.

13. Jangan sesekali memberikan mereka mesej tergantung seperti “Ada sesuatu nk bgtau awak ni…. erm… tapi takpela”. Mereka akan membuat seribu satu andaian dan akan berusaha untuk mendapatkan jawapan.

14. Lelaki akan teruja apabila mendapat sentuhan yang tidak diduga.

15. Lelaki akan menjadi gagap apabila bercakap dengan wanita yang mereka suka.

16. Apabila wanita menyatakan tidak, hati lelaki akan menyatakan ‘ok…. takpe…. cuba lagi esok..’

17. Lelaki amat sayang ibu mereka.

18. Lelaki sanggup mengorbankan makan tengahari mereka semata-mata ingin memberikan wanita beberapa kuntum bunga ros.

19. Lelaki amat sukar untuk difahami melainkan korang seorang pendengar yang setia.

20. Adalah lebih baik korang menguji seorang lelaki itu terlebih dahulu sebelum mempercayainya. Tetapi, pastikan ia tidak mengambil masa yang terlalu lama.

21. Lelaki lebih bersikap terbuka untuk menceritakan hal peribadi mereka.

22. Lelaki amat suka apabila wanita yang menentukan pemakaian mereka.
23. Lelaki tidak suka kekasih mereka mempunyai hubungan dengan orang lain terutamanya kawan lelaki.
24. Apabila lelaki membelikan hadiah kepada wanita, mereka amat risau sekiranya hadiah yang mereka berikan tidak disukai.
25. Lelaki lebih banyak berfikir.
26. Imaginasi lelaki tiada had. Mereka mampu untuk membayangkan apa sahaja.
27. Ketinggian wanita adalah tidak penting, apa yang lebih penting adalah berat mereka.


28. Sukar untuk lelaki melepaskan kekasih mereka terutama apabila sudah bercinta melebihi 3 tahun.
29. Lelaki tidak sukakan wanita yang materialistik.
30. Lelaki memiliki semangat yang kuat untuk berubah dan ianya perlu sokongan yang kuat daripada kekasih mereka.
31. Apabila lelaki menceritakan sesuatu yang serius, berikan perhatian yang sepenuhnya. Ia amat penting.
32. Lelaki lebih gemarkan wanita yang pandai memasak.
33. Jangan sombong, kerana ia akan membuatkan lelaki berusaha untuk memalukan anda.
34. Lelaki belajar mengenai cinta melalui pengalaman, bukan seperti wanita yang belajar mengenai cinta melalui novel yang mereka baca.
35. Lelaki paling tidak suka kekasih mereka keluar bersama lelaki lain berdua walaupun hubungan mereka hanya sekadar kawan.
36. Lelaki akan memaafkan kesalahan yang pertama dibuat, tetapi bukan untuk kesalahan yang kedua.
37. Lelaki tidak suka wanita yang terlampau mengada-ngada.




sumber : Kopipesz.com

notakaki : Fakta pasal aku tepat pada nombor 1, 11, 13, 17, 24, 25, 29, 32 dan 37... Yang lain, belum terasa lagi la.. haha...Korang mcm mana pulak?? Wanita di luar sana, amacam?

Friday, July 27

Hairan Aku Melihat Umat Islam Ini....

bismillahirrahmanirrahim..

Kalau dahulu, ada seorang antara kami yang terbunuh...

"Siapa yang berani membunuh saudaraku ini, ayuh mara ke hadapan. Akan ku penggal kepalamu..."

"Kumpulkan bala tentera kita semua. Kita tuntut bela atas kematian saudara kita ini..."

Tapi kini, ratusan malah ribuan yang terbunuh....

"Alah, biasalah tu. Negara bergolak. Nak buat macam mana..."

"Innalillah... Nak buat macam mana. Ajal dah sampai.. Kita doakan je la..."


Kalau dahulu, jika ada yang tak kena, bercanggah dengan syariat, pantas ditegur...

"Amin, ini tak betul. Allah tak suka. Kitakan hamba Dia. Buat la apa yang dia suka..."
"InsyaAllah, ibu.. Amin akan buat sebaik mungkin. Doakan Amin ya..."

Tapi kini, jika ada yang tak kena, pasti akan diKENAkan semula..

"Amin, kenapa buat macam ni. Berdosa tau. Allah marah..."
"Mak ni~~ Orang nak sosial sikit pun tak boleh. Bukannya Amin buntingkan anak orang pun. Amin keluar je. Itupun nak marah ke..."


Kalau dahulu, maksiat dan jahiliyyah dibanteras dengan iman yang tinggi..

"Astaghfirullah.. Tak baik bermasam muka macam ni. Ini kan antara pintu2 pemutus silaturrahim. Allah tak suka tau..."

"Kalau tak dapat dengan kuasa, dengan teguran pun memadailah. Yang penting, kita banteras maksiat..."

Tapi kini, maksiat dan jahiliyyah disebar luas dengan kadar yang tinggi...

"Peah, ko dah tengok melodi hari ni. Ish~~ Teruk betul kan artis tu. Ada ke patut dia tinggalkan laki dia untuk jantan lain.. Ini tidak adil.. Ini tidak adil~~"

"Bedah, ko dah like belum status si artis tu kat fesbuk. Ko tau kan dia gaduh ngan bini dia, pastu post kat fesbuk. Share cepat. Hangat ko tau~~~"


Apa yang jadi pada hari ni merupakan kesalahan kita dalam membawa arus Islam. Islam itu benar. Usah disalahkan pada agamanya. Tapi salahkan pada penganutnya yang hanya Islam pada nama.

notakaki : Teringat aku pada doa Nabi pada Allah dalam perang Badar Qubra. Lebih kurang macam ni, "Ya Allah, bantulah kami dalam peperangan ini. Seandainya sekelompok kecil ini tewas pada tangan orang kafir, nescaya tiada lagi yang akan menyembahMu di dunia ini.." MasyaAllah... T.T

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...