Followers

Saturday, September 8

Wahai Muslim, Janganlah Paranoid Sangat!!

bismillahirrahmanirrahim..

Sesetengah dari masyarakat Islam Melayu, khususnya di Malaysia ni kadang2 paranoid sangat tentang hal2 dunia yang depa fikir membimbangkan depa. Apa yang aku maksudkan dengan paranoid ni?

Paranoid ni ialah pemikiran yang sering dipengaruhi dengan ketakutan atau kebimbangan, dan kadang2 tu terlalu melampau dan tidak rasional.

Pemikiran depa ni dibayangi dengan 'kekuatan' sesebuah elemen luar yang membuatkan depa ni takut atau bimbang.. *tu dia. ayat falsafah tu..*

Senang citer, macam ni la..


1. Orang Islam Melayu Malaysia ni paranoid sangat dengan Israel.

"Ko tengok Piramid tu. Semuanya bentuk 3 segi. Ni mesti konspirasi Dajal dengan Israel. Patut runtuhkan je piramid tu.."

"Eh Kiah. Ko simpan pinggan bentuk 3 segi ni? Ish~~ ko ni tak tau ke yang Yahudi yang rancang benda 3 segi ni? Ni untuk Dajal makan tau. Guna pinggan 3 segi macam ni la.."

"Wei Man. Cuba ko tengok bendera Malaysia tu. Kan ada bintang 14 bucu tu kan. Kalau ko tengok betul, ada macam bintang Yahudi tau.. Tengok betul2. Kalau ko tarik hujung bucu tu ke bucu ni, padam yang itu yang ini sikit, kan dah macam bintang Yahudi tu. Ish! Teruk betul Malaysia ni kan..."

"Tipah, ko tengok lantai marmar masjid ni. Semuanya bentuk 3 segi ni. Hitam putih lagi. Ni mesti ada agenda Freemason dengan Illuminati ni."

2. Paranoid tentang lagu Gangnam Style Menghina Nabi

Korang boleh baca post aku pasal benda ni.. KLIK SINI

Dah kalau PSY tu buat tarian kuda, so what? Depa tau ke macam mana naik burroq? Terkinja-kinja macam tu ke? Dah la fakta tu salah, timbulkan pulak kata2 yang ada pihak menghina Nabi. Tak ke timbul fitnah tu?


Mindset nya mudah..

"Kalau kita yakin sangat yang bawah tanah ni ada emas jongkong, pastu kita gali, even jumpa batu bentuk 4 segi pun kita akan cakap itu emas"

"Kalau lah si Bedah tu jahat macam Iblis, even dia petik daun tepi jalan pun korang akan kata dia jahat"


Nampak tak? Ini mungkin contoh yang pelik, tapi mungkin saja berlaku. Kebiasaannya, orang yang paranoid ni akan berfikir secara melampau dan tidak rasional. Orang belum Islam akan tepuk tangan la bila tengok umat Islam kita ni disibukkan dengan hal2 paranoid mereka dan tak berusaha memperbaikinya.


notakaki : Ubat kepada paranoid ialah berbaik sangka, siasat sesuatu fakta yang diterima dan jangan buat cerita yang bukan2. Kholas..

Lagu Gangnam Style : Hina Nabi?

bismillahirrahmanirrahim..

First and foremost, aku bukanlah peminat lagu2 korea ni. Apatah lagi nak khusyuk dengar lagu2nya dan menatap laptop sambil bersimpuh duduk tengok Running Man.

Tapi apa yang aku nak share di sini ialah kenyataan dari sebuah blog yang menyatakan bahawa lagu Gangnam Style ni boleh membuat seorang Muslim itu murtad. Sebabnya lagu tu menghina Nabi di atas peristiwa Isra' Mikraj.


Untuk berita penuh, korang baca ni..


Maka, aku search la lyrics lagu yang depa maksudkan dengan lirik "konon ada binatang burroq, konon boleh sampai ke langit ke-7".. At last aku jumpa lirik lagu tu di KPOPLYRICS. 

English Translation:

Oppa is Gangnam style
Gangnam style
A girl who is warm and humanle during the day
A classy girl who know how to enjoy the freedom of a cup of coffee
A girl whose heart gets hotter when night comes
A girl with that kind of twist
I’m a guy
A guy who is as warm as you during the day
A guy who one-shots his coffee before it even cools down
A guy whose heart bursts when night comes
That kind of guy
Beautiful, loveable
Yes you, hey, yes you, hey
Beautiful, loveable
Yes you, hey, yes you, hey
Now let’s go until the end
Oppa is Gangnam style, Gangnam style
Oppa is Gangnam style, Gangnam style
Oppa is Gangnam style
Eh- Sexy Lady, Oppa is Gangnam style
Eh- Sexy Lady oh oh oh oh
A girl who looks quiet but plays when she plays
A girl who puts her hair down when the right time comes
A girl who covers herself but is more sexy than a girl who bares it all
A sensable girl like that
I’m a guy
A guy who seems calm but plays when he plays
A guy who goes completely crazy when the right time comes
A guy who has bulging ideas rather than muscles
That kind of guy
Beautiful, loveable
Yes you, hey, yes you, hey
Beautiful, loveable
Yes you, hey, yes you, hey
Now let’s go until the end
Oppa is Gangnam style, Gangnam style
Oppa is Gangnam style, Gangnam style
Oppa is Gangnam style
Eh- Sexy Lady, Oppa is Gangnam style
Eh- Sexy Lady oh oh oh oh
On top of the running man is the flying man, baby baby
I’m a man who knows a thing or two
On top of the running man is the flying man, baby baby
I’m a man who knows a thing or two
You know what I’m saying
Oppa is Gangnam style
Eh- Sexy Lady, Oppa is Gangnam style
Eh- Sexy Lady oh oh oh oh


Dan aku tak nampak satu ayat pun yang sama dengan lirik depa ni. Ni la namanya menuduh tanpa bukti. Aku pun tak tahu lah mana depa rembat ayat2 tu, tapi kalau nak sentuh pasal hina2 Nabi, sila sensitif sikit. Aku ni bukanlah peminat benda2 korea ni pong, tapi benda ni applied kepada semua keadaan. Jangan main 'tabur' je cerita tanpa usul. Silap2, instead of dapat menyedarkan orang ramai, kita pulak telah menyesatkan orang lain.

notakaki : Aku tak tau la niat depa ni apa. Kalaulah lirik hinaan tu depa yang buat sendiri, atau tolong sebarkan lirik hinaan tu, hmmm.... aku pun tak tau nak cakap dah. Pandai2 ingatlah..

Friday, September 7

BerTa'aruf @ IIUM Kuantan 2012/2013

bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, aku sudah selamat mendarat di bumi Kuantan ni untuk menjadi sebahagian daripada keluarga IIUM Kuantan.. *skema sikit ayat ni*


Aku mula daftar pada 4 September 2012. Pepagi buta aku dah terpacak kat Office of Campus Director (OCD) untuk register. Aku ingat aku yang paling awal, rupanya dah ramai yang mula daftar. Cis!! Dah register bagai, aku pun pi la check in kat mahallah.

Mahallah untuk brothers ada 2, satu Mahallah at-Tabari dan Mahallah Talhah. Dua2 kat luar kampus. So, sapa2 yang ada transport sendiri tu kira beruntung la kan. Tabari tu mahallah yg dekat dgn kampus, so kalau menapak ke kuliyah pun tak la jauh sangat pun. Tapi kalau sapa2 yang duduk Talhah, konfem2 kene ada transport sendiri. Shuttle bus ada je disediakan. Tapi biasa la melayu kan.. Kalau pukul 8, 8.30 baru tayar bergolek..


Memandangkan aku ni duduk kat Talhah atau nama gelemer-nya IM2 (Indera Mahkota 2), so aku boleh cerita apa yang ada kat IM2 je la. IM2 ni aku anggarkan dalam 4km dari main campus. Kalau nak menapak tu sejam gak la. Kalau hujan, kirim salam kat lecturer je la.. hahha.. Di IM2, facilities yang ada di mahallah ialah HANYA surau, office, water cooler and dispenser, security, dan kucing2 yang comel kat sini..

Di-highlight-kan, TIADA kiosk, cafe, kedai mamak, cybercafe, kedai printing/fotostat dan sebagainya. Memang best, kan??


Kalau nak cari makan, kene berjalan kaki (bg yg xde transport sendiri) ke kedai2 yang berhampiran (walaupun x berapa hampir). Keliling mahallah merupakan kawasan perumahan. So, memang agak sunyi jugak la. Kalau nak ke bandar Kuantan pulak, korang boleh la mintak member korang hantar, tak pun call teksi ke. Sebab sepanjang apa yang aku nampak, public transport kat Kuantan ni macam takde. Bas tak lalu pun dekat kawasan IM2. Bus stand apatah lagi nak diharapkan.. hmm.. =(

Taaruf Program di UIA Kuantan ni agak simple. Kami diberikan briefing2 yang berkaitan dengan semua department dan office yang ada di UIA. On the second day of Taaruf tu la yang paling informative. Dalam masa 4 jam, kami dihidangkan dengan 7 briefing daripada pelbagai department. Best, kan? Nak muntah rasanya dengar briefing berlambak2 ni.. adoyai~~ But then, benda ni semua untuk kebaikan kitorang gak. Kalau tak, x kenal la kampus sendiri. Yedak?



Then, kami perlu buat Islamic Cultural Night, yang mana student di-group-kan ikut region tempat asal masing2 dan buat persembahan mengikut creativity masing2. Either, north, south, west, east, borneo/international. Bagi aku, dalam banyak2 event, yang ni paling best. Lawak ada, touching ada.. Terbaik la. Kiranya time ni kitorang semua dapat belajar loghat tiap2 negeri la.. =))

3rd day ada kuliyah briefing. Kuliyah pharmacy merupakan kuliyah yang paling pack jadualnya sebab student pharmacy perlu lengkapkan 155 credit hours dalam 4 tahun. Kelas 8 sampai 6 jela memanjang. Terbaik la kan.. Ngadap buku je la aku lepas ni.. adoyai~~ Then, petang pulak ada Baiah Ceremony. Maka, lepas itu, rasmilah aku menjadi seorang pelajar International Islamic University Malaysia, Kuantan Campus. Maka, hari2 aku lepas ni akan dipenuhi dengan kelas dan keletihan.. haha..


notakaki : Aku yang duduk kat IM2 ni takde transport sendiri. Memang terbaik la kan.. Rasanya pasni aku dah boleh pakai balik baju aku yang dah kecil dolu2 tu.. hahaha

Wednesday, September 5

Menjejak 20

bismillahirrahmanirrahim..

Tanggal 5 September 1992 pada pukul 5.05 pagi, aku telah dilahirkan. Dan kini, ALHAMDULILLAH aku sudah berusia 20 tahun.

Maka, banyak benda yang aku akan dan perlu fikirkan. Sebagai anak sulung pula, tanggungjawab aku dah semakin besar. Tanggungjawab pada keluarga, pelajaran aku, perkahwinan, hari tua mak bapak aku, semuanya perlu difikirkan.. Dan kini masa untuk merancang dan melaksana. Moga2 Allah permudahkan. Amiin...


Dan kali ni, aku 'ber-harijadi' di UIA Kuantan pula. Dikelilingi tempat dan orang yang baru.. =)

notakaki : Setakat 1.03 pagi 5 September ni, baru 4 orang je yg wish befday aku. Sebab kat fb aku hide-kan tarikh birthday aku. Nak tengok, sapa yang ingat. =)

Sunday, September 2

Kuantan Mari!!!

bismillahirrahmanirrahim..

Esok akan bermulanya perjalanan aku ke Kuantan, nak sambung degree dalam Pharmacy kat sana.. Hoyeah!!

Aku tak tahu lah macam mana keadaan kat sana. Tapi aku harap keadaannya sama atau lebih baik dari CFS. In terms of everything. Dari hal ehwal makan sehinggalah ke dewan kuliyah. But I wish for better la.. =)

Dan saat2 untuk masuk ke kampus Kuantan pun dah nak dekat. Maka, aku pun perlulah persiapkan kepala otak aku yang dah bersarang sejak graduate dari CFS hari tu. Entah macam manalah suasana belajar kat sana nanti. Mintak2 semuanya selamat.


Roommate? Aku harap dapat member bilik time CFS dulu. Kalau takde rezeki dengan depa, aku harap dapat la yang sekepala. Kalau tak, parahlah aku nanti!!

Join MRC??

Hmmm... Entahlah. Aku kene tengok suasana belajar kat sana dulu. Rasa2 boleh catch up, aku join la.

And one more thing, kalau boleh aku nak ambil kelas intensif bahasa arab. Aku dah target nak fasih arab bila graduate IIUM nanti. InsyaAllah, kalau takde aral melintang, aku akan cuba sedaya mungkin.

.noktah.

notakaki : Simple je update aku kali ni.. haha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...