Followers

Thursday, October 25

Prank Sahabat di Facebook

bismillahirrahmanirrahim..

Nak kata aku ni jahat, mungkin ada la sikit tu. Tapi rasanya tak best la guna jahat kan. Nakal lagi sedap kot. haha..

Nak story sket. Semalam kat facebook, aku ada la prank sorang sahabat aku ni. Nama dia Muhammad 'Izzuddin bin Zamery. Dia ni baik. Comel plak tu. So, sapa2 nak buat menantu, boleh contact aku. hahaha..

Al-kisah, semalam dia ada post satu komen kat FB, dia cakap ceni, "NAZRIN SYAFIQ GILER!!" (tapi dia da delete komen tu, kalau tak aku printscreen tuk korang2 ni). Then, I was like..

"Biar betul mamat ni. o.0 Tetibe panggil aku giler. Tapi, memang aku giler2 pon..haha"

Then, aku buat2 merajuk la dengan dia. Sebab dia memang tak boleh tengok orang tarik muka dengan dia. Dia jadi serba-serbi tak kena nanti. A while after that, dia PM aku. Aku printscreen benda ni..



hahaha... Best kan. Aku sambil taip ayat syahdu-mahdu, tacing2 sket tu, aku gelak guling2 kat depan laptop. Then bila ayat dia dah macam serba tak kena tu, aku reveal la kat dalam FB benda tu. haha. Takut dia terbawak2 dalam mimpi pulak. Tak pasal2 aku pulak yang kene nanti. muahaha... #evillaugh 

So, untuk kesekian kalinya, kepada sahabatku yang menjadi mangsa ini (kalau ko baca la benda ni), aku nak mintak maaf sangat2 kat ko sebab telah mem-prank ko secara maya di FB. haha. Aku bukan ape, at least ko ada pengalaman yang tak berapa best (atau mungkin best..) dengan aku. So that, kalau ko teringat kat aku, ko akan teringat yang, "aku dulu pernah kene bahan dgn Nazrin kat FB dulu..".. hahaha. Lagi sekali mintak maaf deh.. Kalau ada rezeki, aku buat lagi.. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.

footnote : Dah lama aku tak buat panggilan hangit.. Rasa nak buat pulak la. Sapa la yang akan jadi mangsa.. hmm.. =)

Monday, October 22

Mak Aku Pernah Pesan....

bismillahirrahmanirrahim..

Pesanan orang tua2 ni kadang2 menyusahkan (berdasarkan apa yang orang2 muda pikir la kan..). But then, kita kena tahu bahwa tak semua yang depa pesan tu menyusahkan. Tambah2 lagi kita ni orang Melayu. Banyak benor 'boleh' dan 'tak boleh' nyer..

Sama jugak la dengan aku. Aku sebagai anak sulung yang rapat dengan mak aku, memang selalu dapat teguran (baca: pesanan) dari mak aku. Untuk apa? Supaya aku boleh adapt dengan cara hidup sebagai manusia yang mempunyai hati naluri yang amat berperikemanusiaan terhadap insan2 lain di alam yang fana ini. <--- sangat hiperbola kan..? haha


So aku nak share la dengan korang2 semua apa yang mak aku pernah pesan kat aku sepanjang hidup aku selama 20 tahun ni.

Mak Aku Pernah Pesan...

#Kalau nak pergi rumah orang, jangan datang waktu tengahari atau malam. Sebab waktu tengahari orang tengah lunch. Kalau kita datang tetibe, tuan rumah akan kalut la makanan tak cukup. Takkan depa nak halau balik pulak kan..? So, dah menyusahkan orang. Malam pulak, orang nak berehat. Jangan la datang malam2. Tapi kalau orang dah ajak lunch tak pun dinner, join je la..

#Kalau makan tu, ingat2 orang belakang. Maksudnya, kalau tengah makan, jangan perabih lauk pauk tu. Ingat2 orang yang tak makan lagi. Tinggalkan sikit makanan tu kalau orang yg tak makan lagi tu takde time tu. So that takde la orang kecik hati dengan kita. Kan..?


#Kalau mengidam sesuatu, toksah la bising2. Kalau kita dapat benda yang kita nak tu, Alhamdulillah la.. Kalau xde, diam2 je. Toksah la cakap "Kempunan aku.." atau "Bila la nak merasa benda tu..". Ini akan menyebabkan orang tua2 kat rumah tu tak senang duduk. Depa ni pantang kalau hajat tak dipenuhi. Kalau nyawa pendek, tak ke menyesal depa.. Itu la sebabnya...

#Kalau orang tak ajak pergi kenduri, jangan nak menyibuk pergi. Walaupun kenduri tu bespren kita punya. Segan la.. Orang tak ajak, kita pulak memandai2 pergi. Tak malu ke..? Dan kalau boleh, jemputan tu bukan pakai orang tengah. Jemputan mestilah dari tuan punya kenduri tu sendiri. Invite RSVP kat FB tu memang takkan pergi la..

#tetibe
#Kalau kita tak berapa nak gemar dengan seseorang tu, diam je dengan dia. Toksah cari gaduh. Kalau dia bising2, marah2, diam je. Lama2 dia akan diam sendiri. Letih sebenarnya membebel ni. Buat dek je. Tapi jangan buat muka mintak kaki pulak.. haha.. Itu aku pun tak leh nak tolerate tu. =)

#Belajar dulu, baru kahwin. Ni memang selalu aku dengar dah. haha. Tapi bila pikir balik, memang betul pun. Bagi aku la. Habis kan study dulu. Kasi stabil dulu, then baru pikir pasal kawen. yedak..?

#Kalau kita nak ziarah rumah orang, jangan puasa pulak. Jamah makanan orang tu walaupun sikit. Nanti orang kecik hati kalau tak jamah. Nanti depa kata tak sudi pulak nak makan makanan depa. So, ziarah rumah orang tu, makan apa yang dihidang. Tapi jangan duk ratah segala lauk pauk orang dah la...

Jangan sampai bersilang2 tangan duk jamah makanan orang.. Lahap benor gamoknya tu.
#Kalau pergi rumah orang, mata tu jangan nak meliar pulak tengok rumah orang tu macam mana. Kadang2 orang ni tak suka kalau kita tengok rumah dia. Tak kesah macam mana buruk pun rumah tu, diam je. Toksah komen2..

#Kalau bercakap dengan orang tu, berlapik2 sikit. Jangan cakap lepas je. Kadang2 orang tak suka. Walaupun orang yang kita cakap tu open-minded, kadang2 family dia tak suka. So, tengok2 sikit kalau nak bercakap tu.

PAHAAAAAM..? Baik mak..

Hasilnya, aku makin lebih sensitif terhadap orang sekeliling aku (walaupun kadang2 aku cakap lepas je kalau aku dah geram sangat.. haha). So, boleh kira aku ni di-train untuk tahu gerak hati orang tu. Bila mana orang tu rasa tak selesa, bila mana orang tu rasa macam tak suka.. Semuanya bermula dari hati seorang mak.. Thank you, mak.. =)

notakaki : Banyak lagi pesanan tu, tapi ni antara yang paling kerap aku dengar..

Sunday, October 21

Ohoi~~ Sebulan di UIA Kuantan

bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum u'ols. Pa habaq? InsyaAllah, sihat2 semuanya. Aku pun makin 'sihat' dan kembang sejak duduk kat Kuantan ni. Adeyai. Apa la nak jadi. Btw, ALHAMDULILLAH.. 

Ok. Kali ni aku nak share few things dengan anda2 semua tentang perjalanan aku sebulan berada di UIA kampus Kuantan ni. Overall, ok la~~ Aku kira boleh survive la duk sini.Takde lah desperate sangat sampai nak cari kerja part-time bagai tu (atau mungkin masanya belum tiba.. haha)

scenery kat Teluk Chempedak
Abaikan dua pompuan tu... haha
Aku start Ta'aruf Week sebulan lebih yang lalu, iaitu start dengan daftar 4 Sepetember. Yang tak bestnya, aku terpaksa sambut befday aku dalam Ta'aruf Week tu. Damn it! Befday aku 5 Sepetember tu dipenuhi dengan aktiviti dalam Ta'aruf Week. Memang bosan la kan.. hmm..


Tinggi beb Kulliyyah of Pharmacy ni. Gayat~~
Time ni mmg tgh bulat.. haha

The next week after that, kitorang dah start kuliyah. Ni nak habaq mai pasal kelas kat kuliyah. Pada junior2 aku yang bakal masuk tu, siap siaga lah anda! Mungkin aku je kot yang rasa ni tapi the feeling belajar dengan lecturer foreigner agak lain la dengan local lecturers kan. Setakat ni, lecturer aku nearly 80% foreigners. Dari Bangladesh ada, Yaman, Nigeria, Indonesia, Sudan.. dan mungkin ada lagi yang bakal menyusul. Best kan belajar macam ni? Pening gak la dengan depa punya English. Ikut slang depa. Macam kita Melayu. Kita kan ada MANGLISH. Macam tu jugak la depa.


Landmark Kulliyyah of Pharmacy
Pasal kuliyyah aku pulak, batch aku ada 138 orang. Brothers 34, sisters 104. Ratio :

BROTHERS : SISTERS = 1 : 3

Hoyeah!! Seriously ramai. Batch kami yang paling ramai setakat ni. Kira paling besar la. Dia punya bising pun 'besar' gak. haha. Dalam lecture hall (oh ye! Kami study dalam auditorium. Sila jeles ye..), keadaannya amat kondusif. Untuk tidur terutamanya. Kalau student kene azan dengan lecturer tu, biasa la kan. haha. Tu yang kat bahagian belakang Auditorium tu ada yang jual barang2 makan. Berjinak2 dalam bidang perniagaan la katakan. Yedak..? Aku pun nak jual gak, tapi tak tau nak jual apa...

Tiduq dulu~~
Antara barang makan yang ada dijual...
Belajar pulak, ok la. Aku kat UIA Kuantan ni la start dapat praktik cara study yang betul, iaitu based on knowledge-oriented. Means, kita study untuk ilmu. Bukannya based on exam-oriented. Exam semata. Memangla kita kata yang kita ni study bukan sebab exam je, tapi bila dah nak dekat exam. Tengok la berapa ramai yang jadi zombie. So, proses belajar tu dah start dari dalam kuliyah lagi. Takdelah nak pening2 kepala sengkang mata sana sini duk study tenghok bila nak exam nnti kan!! =)

Kalau bosan2 dalam kuliyah, benda2 mcm ni mmg selalu kitorg pass2.. haha
Di UIA Kuantan ni, jadual student pharmacy la yang paling padat. Kelas 8 sampai 5. Pagi sampai tengahari mass lecture. Petang practical. Kadang2 petang pun ada lecture. Seriously mengantuk. Every week kene submit lab report. Best kan..? Takpelah, demi menuntut ilmu kan. Apa salahnya? yedak?


Oh ye. Memandangkan aku ni bukanlah dari family yang berada, maka perkataan 'TRANSPORT SENDIRI" memang tak pernah wujud pun. So, aku ni join la GENG BAS SEKOLAH. haha. Hari2 naik bas sekolah. Tapi best gak la.

GENG BAS SEKOLAH
Oh yeah. One more thing. Nak habaq kat hampa yang hari tu aku dah start berkawan2 dengan senjata seorang student pharmacy, iaitu mortar and pestle. =) Best woah guna benda tu. Dan lawa jugak benda tu. Bentuk lebih kurang macam lesung batu kat rumah kita yang dah duk berhabuk tu.. Tapi kami tak ketuk lesung tu, kami grind je. Kalau ketuk, mau pecah gamaknya. haha


My first mixture.. =)
My new Bespren!

Setakat tu je kot update aku kali ni. Aku bukan malas nak update. Semenjak aku jadi author untuk blog batch aku ni, bizi kemain lagi. Sampai blog sendiri terabai. Sorry la readers. Kalau korang rindu penulisan aku tu, jenguk2 la blog batch aku tu. Tapi semuanya dalam English la der. Broken2 punya. haha.. At least, korang tau jugak apa aktiviti yang ada kat UIA Kuantan dan apa budak2 pharmacy buat. Yedak..? Ni link nya ye. Rx11 @ IIUM Blog. 

Till fingers meet the keyboard. Adios~~

notakaki : Macam tak panjang la kan post aku kali ni.. hahha

Saturday, October 13

Hiking Di Bukit Panorama

bismillahirrahmanirrahim..

Akhirnya lah aku dapat meng-update blog aku sendiri secara official. Alhamdulillah.

Aku nak story kat korang semua pasal hiking di Bukit Panorama, Sungai Lembing, Pahang. Kalau nak diikutkan, aku hiking ni dah dekat 2 minggu lepas. But then, masa untuk aku update tak berapa nak ada. =( Anyway, aku pergi hiking hari tu dengan member aku di Mahallah IM2 ni. YUP! 3 ORANG je yang join dari IM2. Best kan..? #likeaboss


Kitorang diminta untuk tunggu dalam pukul 4 pagi, sebab depa kata bas akan bertolak pukul 4. Tapi, sebab depa ni melayu, so kitorang bertolak pukul 4.45 pagi. Damn! Lama gila aku tunggu. Tapi takpe la kan. Pengalaman nak ber-hiking. Perjalanan dari sini ke kaki Bukit Panorama tu ada la dalam 30 minit camtu. Kat area Sungai Lembing ramai Cina, so tak heran la kalau pagi2 buta tu kami ditemani oleh orang2 Cina yang tua2 untuk hiking sekali.


Pukul 5 lebih tu kami mula panjat bukit tu. Best gak sebenarnya sebab sejuk kan. So, peluh2 pun sejuk je. Tapi yang lagi best ialah GELAP! Seriously tak nampak apa. Nasib baik la ada yang bawak torchlight. Tersuluh jugak mata ni. hahhaa.. Dari kaki bukit ke puncak tu ada la dalam 30 minit. Tu non-stop jalan la. Lenguh beb~~ Pancit gak la aku sebenarnya. hahah

tidur ke pengsan ni..?
tengah gelap lagi. so, tak nampak sengat la scenery nya..

tertidur apek tu.. kesian dia..
Sampai je kat atas, relax2, then solat subuh kat sana. Memang best kan kalau solat subuh sambil peluh2 tu. Rasa dia TERBAIK!! Alhamdulillah dah sampai. Sambil2 nak tunggu tu, aku agak terkesima dengan ciptaan Allah dari atas bukit tu. Dapat tengok sunrise. Subhanallah...



rasa macam ada kat pulau yang terapung pulak..
cari herba bukit ke kak... hahah
ni dah kat puncak.. mendatar je sebenarnya..
subhanallah~
tu dia... ketaq lutut nak turun weyh..

Lepas dah habis tu, kitorang semua turun balik sebab depa kata nak pergi mandi air terjun pulak. Terbaik la beb... Jauh gak sebenarnya dari kaki bukit tu ke Air Terjun Sungai Pandan ni. Nak dekat 45 minit gak la. Tapi cantik la scenery dia. So, aku suggest la korang2 pergi sana. =)



tak banyak sgt gambar kat waterfall ni. sbb dah excited nak mandi kan.. haha
Anyway, ni first time aku hiking. Biasa aku pergi jungle trekking je. Lebih kurang la kot.. hahaha. Oh lupa pulak. Ni program under MRC. Terbaik la MRC.,. =)

notakaki : Bila aku dah semput macam tu, barulah aku sedar yang aku dah lama tak exercise.. hahaha...

Thursday, October 11

10 Jari, 2 Kepala

bismillahirrahmanirrahim..

Kalau korang-korang yang selalu buka blog ni  (perasan sedikit..) tapi takde apa yang ter-update, aku MINTAK MAAF banyak2 sangat. Sebab aku yang ada 10 jari di tangan ni diberi tugas untuk menjaga blog batch Kulliyyah of Pharmacy, Rx11.

Bila dah ada dua kepala ni, payah sikit 10 jari ni nak buat kerja. Mesti berat sebelah sikit. kan3..?

So, mungkin korang rasa kecewa dengan ke-tidak-update-an yang berlaku di blog aku ni. Mintak maaf sekali lagi ye.. Benda ni dulu berlaku gak bila aku jaga blog mahallah (hostel) aku suatu ketika dahulu. Nak buat cemana kan. Khidmat aku sebagai blogger diperlukan di tempat lain. Tapi, korang2 jangan risau. InsyaAllah, aku akan update mana yang termampu. Ok..? Adios,,

notakaki : Kalau korang rajin nak tengok hasil aku kat blog batch aku tu, silalah KLIK SINI.. =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...