Followers

Monday, January 21

Kini Aku UOX

bismillahirrahmanirrahim..

#CelcomUser

Kini aku dah berhijrah dari Maxis kepada Celcom New UOX. Nombor masih sama, tapi line sahaja yang bertukar.


Actually, aku dah lama berniat nak tukar Celcom ni. Sebelum masuk ke UIA Kuantan lagi. Tapi hajat aku tu terbantut sebab bila aku pergi kat Celcom punya kedai2 tu, depa kata kene tunggu masa seminggu untuk dapat kan line Celcom tu.. haish.. X MAMPOOO la aku nak tunggu lama2 gitu kan..

Maka hasrat aku tu pun terkubur seketika.. =(

Tapi bila sampai kat UIA Kuantan nuh, keinginan aku tu semakin membuak-buak sebab line maxis memang SELALU takde kat dalam bilik aku tu. #sedikitgeram!! Mana tak nya.. Satu langkah masuk ke bilik aku bersamaan dengan satu bar network line berkurang. Makin dalam aku masuk bilik, maknanya makin hilang la network aku. Sampai atas katil, SOS!! Sabar je la


So, aku ambil keputusan untuk tukar line. Sekarang I'm a CELCOM Family member. =) Makanya, sapa2 yang nak call or mesej tu, boleh la amek calculator awal2. Kira la berapa duit yang korang kene prepare untuk bayar tu.. muahaha.. #evillaugh

Kalau taknak kene deduct duit tu, boleh la contact through WhatsApp.. haha..

notakaki: Terima kasih pada yang berkenaan kerana memberi aku dorongan dan sokongan untuk aku tukar celcom ni.. Arigato Gonzaimas!! =)

Tuesday, January 15

Listen, Listen, Listen!!

bismillahirrahmanirrahim..

#listen

Trend baru di Twitter. Pada mulanya aku pelik tengok orang duk heboh pasal 'Listen' ni. Kat wall Facebook apatah lagi. So, aku cuba la explore kat Youtube.. Moh le tengok dulu..


Apa komen korang?

Bagi aku, Bavani tu mungkin sedikit tidak respek pada si Sharifah tu. Tak respect in a way that dia sepatutnya memberi hujah dalam keadaan yg tenang je, toksah la emo2 depan orang tua kan. Perlu tunjukkan kematangan ketika berhujah..

Dan si Sharifah Zohra Jabeen tu SEPATUTNYA perlu lebih professional dalam mengacarakan majlis. Dia sebagai moderator perlu tahu cara berkomunikasi dengan baik bersama audience. Tambah2 lagi, dia  merupakan seorang yang berpangkat; Pengerusi Suara Wanita 1 Malaysia. Malu lah kak Mah dengan abang Najib kalau ada kuncu2 depa macam ni kan.. Beliau tidak seharusnya menarik mikrofon begitu sahaja dan semoleknya mendengar terlebih dahulu hujah Bavani sampai habis.. Bukannya duk mengira perkataan..

LISTEN... LISTEN.. LISTEN... LISTEN....

No respect to audience at all!!

Aku hanya bercakap mengenai tatasusila dan adab depa2 ni sebagai manusia terhadap manusia lain. Bukan nak bercakap pasal fakta2 yang depa duk hujahkan tu. Fakta2 ni aku malas nak ulas. Betul ke tak itu antara mereka. Kan...?

Above all, Respect Others! Then, people will respect you~~

notakaki : Jaws itu bukan Jerung. In English, we call it Shark! hahaha

Sunday, January 6

DC 16th: The Eleventh Striker. Nice!!

bismillahirrahmanirrahim..

Ok.. Aku rasa aku lah fan Detective Conan yang paling lambat tengok movie yg ke-16. T.T Kesian tak kat aku?? huhu


Actually aku dah tunggu lama dah sejak DCTP announced yang movie ke-16 nak keluar bulan 10 hari tu. Tapi bila aku buka, depa habaq yang DCTP ada masalah teknikal. Cis!! Kenapa aku tunggu DCTP punya, padahal kat website lain semua dah keluar yang boleh tengok online?? Sebab DCTP punya ada English subtitle. Senang la nak tengok kalau ada subtitle kan. =) And aku tak suka tengok online. Tak boleh nak ulang2 tengok... haha

Anyway, dengan kelajuan maksima broadband aku, lantas aku men-download lepas depa release-kan movie ke-16 tu. Kejap giler aku donwload. Dalam setengah jam siap dah. Mungkin kurang. haha



Then, dalam ketenangan hati, aku pun menonton la movie tu. My comments were:

1. Overall, Nice!! Aku suka giler. Pack with action
2. Family and friendship values yang tinggi
3. Dan lagi sekali aku tak dapat nak rungkaikan sapa penjenayah di akhir cerita tu.. haha.. Actually, tiap2 kali cerita tu aku cuba make an intelligent guess tentang culprit. Tapi tewas!! huhu
4. Football skill yang best. Dan skill2 depa tu SANGAAAAT HYPERBOLA!! haha
5. Macam biasa, ada part2 yang amat lawak!! Tergelak sorang2 aku depan laptop.. haha

Pada korang2 yang tak tengok lagi tu, sila la tengok cepat2 sebelum movie ke-17 di-release-kan. haha.. Sapa2 yang dekat2 dengan aku tu boleh la copy movie ni dari aku je... (baik x?? :P)


Oh yeah!! Next movie is DC 17th Movie: Private Eye in the Distant Sea.. Tak sabar lak nak tengok. Tapi kalau tengok gayanya macam cerita pasal kapal2 dan laut2 lagi. Macam movie DC 9th: Strategy Above the Depths. hmm.. Pape pon, tunggu je la kemunculannya bulan 4 ni!! Watch out!!

notakaki: Kipas-susah-mati DC movie~~ haha

Monday, December 31

Bye 2012, Hai 2013

bismillahirrahmanirrahim..

Dalam 'huru-hara' Kiamat yang disangka-sangka akan berlaku pada 21 Disember lepas, aku masih lagi bertarung untuk memerah otak untuk hadapi final exam. Dan kini aku masih lagi menunggu ketibaan lagi 7 paper final exam untuk di-mengarut-kan. Banyak la weyh!!

Ok. Yang atas ni selingan je. Nak abaikan pun takpe. Tapi korang dah baca kan, kira halal la ek.. haha

Tinggal beberapa jam lagi, 2012 bakal melabuhkan tirainya. Banyak benda yang berlaku dalam 2012 ni terhadap dunia ni dan aku sendiri. Nak dipendekkan, aku telah hadapi 2012 ni dengan macam-macam peristiwa. Antaranya:

1. Aku graduate dari CFS IIUM. 

2012 menyaksikan aku telah menjadi graduan Pusat Matrikulasi IIUM kat PJ nuh. Banyak benda yang aku belajar. Cara berorganisasi, komunikasi, cara nak dapat stress.. haha. Memang best la kat PJ nuh..


2. Kerja sebagai Cashier. Lagi!!

Buat kali ketiganya aku kerja sebagai cashier kat Parkson Selayang Mall. Aku pun taktau kenapa aku asyik lekat nak kerja kat situ je. Mungkin boleh perasan kaya jap kot, pegang duit banyak2 kan.. hahah

3. Aku jadi Student Degree

Pertengahan tahun 2012, aku dah daftar masuk sebagai student Degree of Pharmacy. Degree weyh!! Bukan bangga, tapi nak habaq mai kat hangpa semua. SUSAH WEYH!! Tapi kalau tak susah, bukan study namanya tu.. yedak? hahha


4. Peneman Hati

Aku dah terjumpa seorang peneman hati yang baik sepanjang 2012 ni. Orang nya siapa? Biarlah rahsia.. hahah


Tak banyak yang aku boleh kongsikan sebab aku nak sambung balik study Physiology ni. haha. Apa2 pon, aku nak wish kat hangpa semua HAPPY NEW YEAR la ek.. Moga2 tahun 2013 nanti takde la pulak orang nak ramal Kiamat berlaku bila.. hahha. Tu semua ketentuan Allah, kita just prepare untuk tu je la. Ok? Adios~

notakaki: Semua orang nak ada azam baru time New Year ni.. tapi azam baru aku dah ditanam waktu Awal Muharam hari tu,, =) Tapi taktau la bila nak dilaksanakan tu.. hmm..

Saturday, December 22

Final Exam Weyh~~

bismillahirrahmanirrahim..

Minggu lepas, kepala aku dah bengkak2 dengan kuiz-kuiznya yang straight je. Banyak benda yang kene baca last week membuatkan aku takde masa nak update blog. Mintak maaf sangat2~~ Ni nak habaq mai, last week aku ada :

3 quizzes + 2 tasmi' + 1 pre-practical exam + 1 practical exam + kerja2 Secretary yang blambak + masa seminggu je + tak baca hapabendepon = Zombie!!


hahah...

Aku pun pening kepala dengan benda2 ni. Dah la kene buat dalam masa seminggu. hmm. Redha je la. Yang penting dah habis kan~~ Actually, x habis lagi pening kepala aku ni sebab final exam dah mula. Dalam kata lain, semalam (Jumaat) aku ada last quiz of Physiology dan hari ni (Sabtu) aku kene duduk untuk final exam Study Circle. Best kan..? hahah

Tak tau la camne nanti. Banyak benda nak dibaca dan dibuat. Tapi takpe. Allah dah peruntukkan 24 jam yang sama untuk semua orang, dan terpulang la pada kita untuk menggunakannya.. #tazkirahsikit

Oh ye! Ni exam slip aku..


Bawah ni aku outline kan timeline first final exam aku untuk degree kali ni.

Saturday (22/12/2012) - Study Circle
Friday (28/12/2012) - Introduction to Pharmacy Practice
Saturday (29/12/2012) - Islamic Input in Pharmacy
Monday (31/12/2012) - UNGS 2030: Islamic Worldview
Wednesday (2/1/2013) - Physiology
Thursday (3/1/2013) - Anatomy & Histology
Friday (4/1/2013) - Physical Pharmacy
Wednesday (9/1/2013) - OSPE Basic Anatomy
Thursday (10/1/2013) - MCQ Physiology, Anatomy & Histology
Friday (11/1/2013) - MCQ Islamic Input, Physical Pharmacy, Pharmacy Practice

Best kan...? Apa2 pon, doakan aku yang terbaik la ye.

notakaki : Exam untuk assess knowledge kita. Bukan berapa banyak kita boleh skor. Yedak..?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...