Followers

Thursday, November 1

Mood Swings

bismillahirrahmanirrahim..

Hari ni bermula dengan baik pagi tadi. Dengan hujannya. Katil yang nampak sangat 'besi' tu pun lebih menggoda daripada buku UNGS yang aku kena baca untuk exam mid-semester tadi. Alhamdulillah, soalan dia boleh tahan..

Tengok tajuk sikit. MOOD SWINGS. Aku pun tak tau kenapa dengan aku ni. Selalu sangat aku alami mood swings ni. Tiba2 je datang. Nak kata datang bulan, takde la pulak keluar pape kat bawah tu. Selalunya aku jadi macam ni sebab satu benda yang remeh-temeh je. Benda yang orang pikir...

"Hek eleh... Itu pun nak amek kesah. Rilek sudah..."

Tapi aku, AKU AMEK KESAH. Dan bila benda ni melanda aku, memang semua orang yang cuba nak interact dengan aku akan rasa tempiasnya la. Rasa macam,

"Apahal mamat ni..? Diam semacam je.. Biasa mulut bising macam longkang je.."

atau lebih kurang macam tu la. Dan biasanya aku akan buat dek je bila bercakap dengan orang lain. Tak pun aku akan buat muka 'toye..". Kalau member2 aku sangat akrab dan pernah alami benda ni, depa tau la..

So, nak ringkaskan. AKU MINTAK MAAF AWAL2. Kalau aku tak cakap semacam atau aku tak layan korang cakap tu, aku hulurkan tangan mintak maaf ye. Tapi biasa benda ni tak lama. Kalau mood aku berubah, so aku akan kembali ke sedia kala la..

notakaki : Dan bila masa macam ni, aku akan jadi sangat sensitif dan sangat cepat terasa walaupun korang buat reaction muka je.. So, mintak maaf sekali lagi..

Wednesday, October 31

Tittew Ta Shukeww Taw!!

bismillahirrahmanirrahim..

First sekali, aku tak tau la golongan2 yang suka cakap macam ni datang dari mana. Mungkin depa ni advance sangat bila belajar abjad2 Roman. Atau mungkin depa ni belajar huruf 'W' je kot..

Aku mula detect keberadaan bahasa yang dikategorikan sebagai bahasa 'Titew' ni bila aku mula-mula buat Facebook dulu waktu lepas SPM. Masa tu aku anggap depa ni nak manja2 je. But then, bila benda ni dah digunakan secara meluas, aku pon macam...


Annoying kan..? Kalau dia cakap bahasa ni orang lain dan aku paham, TARAK MASALAH beb.. Tapi kalau dah sampai tahap macam ni...


Damn!! Cakap bahasa elok2 kan ok. Kalau taknak tulis panjang pun, tulis short form pun boleh la kan. Takde la menggagau aku nak cari translation nya. Kan3..? Takdelah Dewan Bahasa Pustaka nak buat kempen sayang BM segala bagai tu.. So, sayangilah bahasa yang elok... =)

notakaki : Aku tak tau la macam mana depa boleh tukar kan huruf 'K' kepada 'T'..? #musykil..

Tuesday, October 30

Farmasi, Kuiz dan Surat

bismillahirrahmanirrahim..

*OPPA GANGNAM STYLE...* ting3..

Ok. Tetibe je kan. haha. Sejak seminggu yang lalu ni, fikiran aku ni dah 'terkinja-kinja' sebagaimana 'terkinja-kinja'nya Psy dalam muzik video Oppa Gangnam Style tu. Sebab macam2 berita dan dugaan yang aku dan sahabat se-batch aku dapat sepanjang minggu raya lepas.

Memula tu, berita pasal :

1. 62 member batch aku tak dapat JPA. Ni agak tergamam gak la. Kami2 ni sepatutnya dapat biasiswa tu sebab kami kan dalam kategori critical course kan.. So, takde lah tertakluk pada syarat2 apakejadah yang JPA letak tu. Tapi, start batch kami, depa ubah pulak. Jadi bahan ujikaji lagi..

Then, lepas tu terkeluar la segala konspirasi tentang JPA ni. Ada gak yang kata JPA tak bagi duit kat budak UIA ni sebab UIA ramai pembangkang. Dahek..? Memang sakit beb kalau tak dapat biasiswa ni. Dah la yuran UIA paling mahal. Peluh ketiak nak bayar yuran SERIBUSETENGAH satu semester.



Dan yang paling best, kos FARMASI yang aku damba-dambakan ini bukanlah lagi CRITICAL COURSE. Best kan dengar berita ni bila tengah semangat nak study PAMASI ni..? Runtuh semangat aku.. Bukan la aku study pharmacy ni sebab ia kritikal kos semata, tapi ia sebagai pembakar semangat nak study la kan.. Dah la depa tak habaq awal pasal kos kitorang ni. Kalau tak, boleh la plan2 nak tukar medic ke hape ke.. haha.. (cakap macam mampu je nak dapat medic kan..)



2. Kuiz-kuiz dan midsem exam yang aku tak study lagi. Benda ni cliche' sangat kan bila baca. "Ala.. ko tak study pun boleh score gak.." BOLEH BLAH!! Kalau kat sekolah dulu memang la boleh cakap camtu kan, tapi ni sekarang UNIVERSITI bai. Tahap dia dah tinggi. Kalau dulu korang bolehlah hapal satu kitab Biology tu, pastu lupa. Tapi bila kat alam U ni, PAHAM is the key to sukses. Tapi nak memahamkan benda tu, berasap kepala beb..

Then, sepanjang cuti yang lepas tu, ramai yang study. Siap post2 segala bagai kat FB. Tapi kira ok la kan. At least, aku yang tak study ni boleh dapat sikit2 ilmu tu kan.. =) Thanks la u'ols yang mengajar aku secara tak langsung tu..


3. Surat rayuan ke JPA. Actually, surat ni takde kaitan dengan aku pun. Tapi ada kaitan dengan member2 aku yang lain. Kami satu batch kan, so tolong menolong la kan. Hari ni depa kena, entah2 esok lusa kita pulak yang kena. Yedak..?

So, nak buat surat pegi government ni bukan benda senang kan. Pengalaman aku kat dalam MRC dulu banyak mengajar aku selok belok surat2 ni. Nak hantar ke government kene ikut format2 depa. Kalau tak, kene tendang dengan penuh ketenangan je surat tu..


So, pepagi buta tadi tergerak pulak nak buka FB. Aleh2, ada pulak member aku post pasal surat tu. Maka, aku pun bagilah nasihat profesional aku... (pro la sangat kan..!!) Aku doakan yang terbaik la untuk depa semua.. =)

Tu je rasanya aku nak citer. Takde yang hebak2 pong. Oh yes! Satu lagi, aku takde transport sendiri lagi untuk pergi kelas.. hahaha. Terpaksalah aku jadi Geng Bas Sekolah lagi untuk beberapa bulan mendatang ni.. Tapi kalau aku tak lalui semua tu, aku tak tahu erti kesusahan, yedak..?

notakaki : Mak aku kata, kita kena jaga periuk nasi kita dulu. Sebab periuk nasi kita tak sama dengan orang lain. Bukanlah bermakna kita kene tabur pasir kat periuk nasi orang lain, tapi jangan sibuk2 jaga periuk nasi orang lain sampai periuk nasi sendiri terabai.. (if you know what I mean...)

Monday, October 29

Pakcik Google.. o.0

bismillahirrahmanirrahim..

Serious benda ni memang lawak... Bagi aku la. Aku gelak tak henti2 tengok benda tu.. adoyai..
Korang2 kat sana tu, moh le cuba.. Best kowt~~



Panduan : Kalau korang dah tekan "Tolong Cari Pakcik" tu, korang gerakkan cursor korang ke link yg depa bagi tu. Then, wait and see... =)

Best kan..? haha..

notakaki : pasni boleh la buat jadi search engine korang.. haha

Sunday, October 28

First Time Naik Bas Ekspres? o.0

bismillahirrahmanirrahim..

oK. Tajuk kat atas ni merujuk kepada aku. haha.

Mesti korang ingat yang aku ni, "Hulu giler mamat ni tak penah nak bak ekspres.." atau lebih kurang macam tu la. Kan3..?

Ekceli, dah blambak kali dah aku naik bas ekspres ni. Pergi jalan sana sini. Cuma yang first time ni ialah time balik KL dari Kuantan hari tu. Cuti seminggu raya haji. Tak penah lagi aku balik dari Institut Pembelajaran aku ke rumah. PES TAIM beb..!!


Dulu kat sekolah pun, form 1 sampai form 3 aku sekolah harian je. Dekat dengan rumah. Naik bas RapidKL je la kan. Then, form 4-form5 aku kat ASiS, kat Cheras nun. Parent aku amek. Kadang2 naik KTM balik Selayang. Kat CFS pulak, aku naik KTM je. Sekarang kat Kuantan, nak cari KTM memang tak la kan.. haha.. So, ber-bas la aku tiap2 kali nak balik.

Kalau nak ikutkan, aku lagi rasa selesa naik train daripada naik bas. Sebab apa, kat train ada landasan. Kurang risiko accident. Yela, tapi kalau da ajal tu, tengah tidur pun boleh mati, yedak? Tengah2 blogging ni pon boleh 'jalan', yedak? #insaf2

Oh ye! Balik hari tu pun, aku ditemani sohabat baik merangkap bekas rumet aku kat CFS dulu. Yela, kot2 la aku sesat plak nak cari bas tu kan.. (ok. ni bukan fakta..) haha. Hari tu balik aku naik Sani Ekspress. Depa kata bas ni mahal sikit. Aku on je.. Demi sebuah pengalaman, apa salahnya.. =.=


Dah tu, balik turun kat Pekeliling. Bila dah sampai KL nuh, pandai la aku cari jalan balik. Orang KL taktau jalan KL memang nak kene sepak bertubi2 la kan.. =)

Anyway, tu je nak cerita. haha. Pengalaman kan..? Kena la kongsi bersama..

notakaki : Naik cuti ni memang best la kan dengan kuiz segala bagai tu.. Muka2 tak study macam aku ni, alamatnya jadi ZOMBIE la nanti.. haha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...