Followers

Tuesday, July 13

secangkir kopi seteguk darah


malam itu aku masih di kedai kopi,
menghirup kopi hitam dan melahap roti bakar,
bersama teman dan sahabat,
sambil duduk aku mengerling pada skrin TV besar,
melihat sebuah berita terkini.

ooo... lupa aku bahawa
ada insan di bumi Palestin,
tengah meratap-ratap pilu dan sedih,
seorang wanita mencari anak gadisnya yang hilang,
dalam timbunan puing-puing bangunan runtuh,
dan peluru bersimpang-siur berdesir di telinganya,
dia terus menjerit dan meraung-raung,
atas kehilangan itu.
dan wanita itu berlari-lari tanpa arah lagi,
mencari anak lelakinya yang masih kecil,
telah terlepas dari pautan tangannya,
dan dilihatnya di celah gelimpangan mayat-mayat itu..

ada sekujur mayat kanak-kanak,
yang masih memegang senapang mainan di tangannya,
itulah anaknya,
dan dia terus menangis serta menampar-nampar mukanya,
mancari suaminya dan di lantai dilihtanya tiotisan darah,
SYAHID!!! SYAHID!!! SYAHID!!! jeritnya.

aku hirup lagi kopi yang tinggal setengah.. panas,
dan aku kunyahsekeping roti bakar,
temanku sibuk mengetip laptopnya,
dan TV terus menyiarkan lagi...

setiausaha negara amerika berkata-kata,
sedang mencari formula mahu keamanan,
aaah... berkata atas kuasa veto,
hanya sebuah laporan, tidak pernah ada satu pakatan,
hanya sekadar mahu buat ulasan,
biar dunia tahu bahawa tugasnya tidak berakhir,
Obama akan menyambung..
dan katanya setiap keputusan harus dipatuhi,
dan lihat sahajalah.. peperangan itu.. untuk siapa???

aku hirup lagi baki kopi,
nikmatnya.. rasa.. tiada apa nak dirisaukan,
TV itu terus menayangkan gambar...




seorang lelaki sedang mengusung jenazah sahabatnya,
yang berlumuran darah, kepalanya telah terkulai,
yang lain sedang menjerit-jerit,
mencemuh dan meminta pertolongan,
dan manusia di bumi Palestin sangat gawat,
dentuman bom seperti membelah bumi,
peluru seperti taufan membedil musuh dan lawan.

terdengar orang di sebelah meja aku berkata,
"biasalah bila dalam peperangan.. gawat, cedera dan mati.
dan inilah jadinya kalau rundingan tidak selesai."
sahabat yang lain tergelak dan tersenyum sinis.

aku masih lagi melihat berita akhir,
ramainya anak-anak Plaestin yang telah menjadi mayat,
diatur berbaris.. sebak menyelinap dadaku,
kenapa peperangan boleh mengorbankan kanak-kanak???
kenap Zionis laknatullah lakukan itu?? untuk apa??

mereka mahu bumi Palestin,
jangan ada bangsa Palestin,
bukan kekejaman, tapi pemusnahan dan penghapusan,
dan akau memandang sekeliling,
tiada siapa yang mahu ulas berita itu,
itu di Palestin, kita di sini,
di kedai kopi... aman...

dan tiba-tiba cawan aku terjatuh ke lantai,
pecah, berderai, serpihan kaca bertaburan,
ini hanya sebuah cawan kaca yang murah harganya,
semurah nyawa anak Palsetin,
dan akau tinggalkan kaca itu..

di manakah aku sekarang ini..
apakah aku mahu berkira-kira,
bercerita perjanjian autonominya,
PLO dengan sejarah Yasser Arafat atau Hamas dan Fatah,
kini semuanya boleh berbicara,
tapi siapa yang sanggup menggalas senjata???

dan siapa yang sanggup mati??
siapa yang akan mara??
dan siapa yang akan kecundang??
korban tidak mengenal lawan dan kawan,
kanak-kanak, wanita dan orang berdosa,
sebuah percaturan dalam peperangan,
dan aku terus juga melihat gelimpangan mayat-mayat.
saksi sebuah jihad... apakah di hati atau di mataku???

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...