Followers

Monday, December 13

Kita bukan di negara Islam

bismillahirrahmanirrahim..

Kita kan kat Malaysia. Negara yang ramai orang Islam. Kita patut bangga jadi warganegara di sebuah negara Islam yang maju. Wah!!! Bangga sungguh kita.

Ada juga yang kata, “kita cukup Islam apa kalau nak dibandingkan negara Islam lain yang bermacam-macam aliran kat timur tengah tu..” CUKUP??? Kenapa perlu ada perkataan CUKUP tu?? Kenapa?? Islam tu boleh jadi separuh2 ke??

Sedarlah wahai saudaraku sekalian. Kita ni sebenarnya bukan di negara Islam. Betul. Ana bukan nak bercakap tentang politik dan sebagainya. Tapi, ana nak cakap sesuatu yang hak, yang betul, yang reality. Seperti yang dikata, “katakanlah yang benar walaupun pahit.”


Kita ni sekadar berada di dalam NEGARA ORANG ISLAM saja. Ada beza yang besar tu. Kita cuma ramai orang Islam, tapi tak ramai yang betul2 Islam. Mana letaknya Islam kita di negara yang kita declare dan canangkan kepada dunia yang kita ni “NEGARA ISLAM”?? Pada kad pengenalan saja ke?? Atau kalau nama kita mula dengan Muhammad atau Abdul tu, kita dah dikira Islam??

Mana ukhuwah Islamiyyah yang Nabi dah wujudkan 1400 tahun lebih dulu?? Mana ucapan “ASSALAMUALAIKUM” yang begitu mulia dan sebagai doa kita tu?? Kat mana semua tu?? Hanya tertulis dalam Al-Quran saja ke?? Ni lagi satu, kalau kita ni suka hati saja nak gelar kita ni ada “daulat negara Islam”, mengapa Islam kita perlekehkan?? Kenapa?? Adakah kalau kita tengok ada orang bukan Islam cakap sesuatu yang buruk pasal Islam, mula kita nak melenting tak tentu pasal?? Macam tu ke?? Atau kita hanya senyum, paling tidak pun geleng kepala bila tengok remaja Islam kita sendiri ni lagi ramai kat disko2 yang bersepah-sepah kat “negara Islam” ni kalau nak dibandingkan kat masjid2 yang juga banyak bertaburan??


Itu baru individu.. belum tengok masyarakat lagi. Mana semangat kejiranan kita?? Ada kita ambil tahu pasal jiran kita?? Sakit dia ke, gembira dia ke?? Yang kita tahu, bila time nak ngumpat, kita tahu jiran kita partner yang terbaik untuk kita share dosa sekali. Itu belum masuk pasal PHD yang sering bersangkutan kat hati ni. Jeles tengok jiran ada TV flat screen, iri hati tengok anak jiran lagi terer berbanding anak kita, dengki tengok jiran sebelah beli kereta baru.. apa semua ni?? Sedarlah wahai umat Islam sekalian.


Kalau nak cakap pasal pemimpin ni, bak kata orang, kena slow2 sikit. Takut masuk ISA. Tapi, bila masa kita ni rasa nak takut dengan dosa yang sentiasa dicatat Raqib dan Atid yang 24/7 menemani kita?? Tak ke bersubahat tu kalau kita ni tak tegur pemimpin Islam yang tak macam Islam tu?? Bukan kita nak jatuhkan pemimpin, Cuma nak tegur je. Kita pulak, tak perlulah maki hamun pemimpin kita.

Balik kepada kepemimpinan Islam kat negara tercinta kita ni. Sekali lagi, kita MASIH belum capai status negara Islam. Kenapa pemimpin perlu letak Al-Quran dan Sunnah lebih rendah dari perlembagaan?? Sempurna ke perlembagaan tu??? Kadang2, ada juga terdengar perlembagaan perlu diubah. Kalau guna Quran, tak payah nak ubah. Kan senang.. hebat sangat ke kita ni kalau kita yang dipilih sebagai Khalifah ni merendahkan perintah Allah?? Ni pulak, menggatal sangat nak edit perintah Allah tu. Dengan hududnya, qisasnya.. kan sempurna tu. Cuba praktikkan. Gerenti negara ni aman. Ni, potong tangan sikit, kata boleh buat sup tulang. Itu orang Islam kita yang cakap tu. Mana pergi akal waras kita ni?? Fikirkanlah..

Ni pulak pasal fanatic bangsa. Paling hangat sekarang ni, ketuanan melayu. Ana tak nak la bahaskan pasal melayu kat sini. Nanti jadi kecoh pulak. Kita ni asyik bising yang “ketuanan melayu” kita ni dikacau, tak ikut perlembagaan la. Itu dan ini. Tapi, mana pulak kita letak muka kita ni bila Islam kita dikacau?? Dimana “ketuanan Islam” kita?? Bukan ke Islam pun disebut sebagai agama rasmi negara?? Berbeza ke perlembagaan “melayu” tu dengan yang Islam ni?? Ana pun melayu juga, tapi ana lagi sensitive kalau Islam ni jadi “bahan” pihak tertentu.



Ingat wahai saudaraku sekalian. Ana tak mahu rendahkan sesiapa, tapi ana tak sanggup “sesiapa” tu merendahkan Islam. Tak patut tu. Kita selalu gunakan istilah yang kadang2 kita anggap kecil, tapi impaknya sebenarnya besar. Kita guna istilah “negara Islam”. Kita yang kat dalam ni pandailah nak nilai. Kalau orang luar?? Kalau orang bukan Islam?? Tak ke Islam tu dipandang rendah?? Bak kata tu, INDAH KHABAR DARI RUPA...

Ayuhlah kita tegakkan Khalifah Islamiyyah yang dah runtuh hampir 90 tahun yang lalu. Kita wujudkan satu system Islam yang mantap dulu, baru declare kita negara Islam. Kita mulakan dari diri sendiri dulu. Tak mintak tukar secara drastic. Kita perlukan masa untuk berubah. Berusahalah..

wallahu a'alam...

5 comments:

fif said...

gi bce status2 haziq abdullah (sarawak) kt fesbuk..kahkahkah, die ngutuk gomen mmg nombo satu!

:::KHALIFATULLAH::: said...

Dasar penerapan nilai2 islam yg start pada thun 1982..skrg lgsung x diberi prhatian.Lagi..ia x ada matlamat yg jelas mcm matlamat2 yg lain dlm rangka rancangan 5 thun m'sia.Kalo bab2 lain(ekonomi,industri) boleh ada pelan induk nye trsendiri..why not islamisation pragramme.stuju sgt entry anta!!!

Nazrin Syafiq said...

apek, yg haziq tu aku no komen la.. haha..
liana, Islam kat Malaysia tak cukup kuat lagi. belum layak untuk kita gelar ni negara Islam..

husnataqwa said...

ahsan nazrin. bangga dengan penulisan kamu. teruskan menulis. =)

Nazrin Syafiq said...

alhamdulillah.. insyaAllah, diri ni akan terus menulis untuk membantu menyedarkan umat tentang Islam..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...