Followers

Tuesday, April 5

video seks: ke mana hilangnya sifat malu

bismillahirrahmanirrahim..

sekarang ini, cerita tentang video seks yang didakwa 'diterajui' oleh ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim semakin hangat dibicarakan oleh pelbagai media massa dan elektronik. mungkin sekali ini kerana perlakuan sumbang ini MUNGKIN dilakukan oleh seorang pemimpin rakyat. kesahihannya masih lagi belum lagi ditentukan. mungkin sahaja benar dan mungkin sahaja provokasi dari sesetengah pihak.. (memandangkan pilihan raya di Sarawak bakal menjelang. ada kaitan ke?? hmmm..)

di sini, ana tak ingin pro pada mana2 parti mahupun pemimpin rakyat kerana boleh dikatakan atmosfera politik tanah air kini sudah keruh dan corrupted. malas nak layan hal2 politik ni. tapi, ini bukanlah melibatkan hal2 politik sahaja, bahkan sudah melibatkan maruah agama.

apa yang ana inginkan tekankan di sini ialah ke mana hilangnya sifat malu yang WAJIB ada pada setiap individu Muslim. sifat malu yang Rasulullah ajar kepada kita untuk diterapkan dalam kehidupan. dengan penyebaran video tersebut di laman2 internet dan kini sudah terpampang pula di dada akhbar Utusan Malaysia pada hari ini, maka timbulnya satu persoalan yang merujuk kepada si pelaku dan si penyiar...

"diorang ni tak tahu malu ke??"

meskipun kes ini melibatkan pemimpin dan rakyat wajar diberikan hak untuk mengetahui hal pemimpin mereka, namun bukankah tidak molek untuk kita menyebarkan video tersebut, apatah lagi dengan meletakkan berita (gambar dalam klip video itu) tersebut di dada akhbar. ke mana sensitiviti pihak berkuasa dan pihak akhbar yang sanggup menghebahkan perkara tersebut??tidakkah mereka sensitif kepada kepelbagaian golongan masyarakat, dari kecil hinggalah ke usia tua, yang turut 'TERPAKSA' mengikuti berita tersebut.

dalam hal ini, tidaklah ana ingin menyokong perbuatan DS Anwar Ibrahim (sekiranya YA..) mahupun menafikan video tersebut. yang perlu dititikberatkan di sini ialah cukuplah sekadar berita bertulis. tak payah berserta gambar dan tak payahlah nak tayangkan di Parlimen untuk santapan mata para pak2 menteri. biarlah pihak yang berwajib yang menyelesaikan kes ini. pihak TV juga tak perlulah nak tayangkan kat TV sebahagian klip video tu sebab sensitif lah sedikit dengan golongan yang menonton TV.

keaiban orang lain juga perlu dijaga. janganlah sampai nak buka pekung orang. malu dibuatnya. walaupun si pelaku (tak kisahlah siapapun) berada dalam keadaan bermaksiat di dalam video tersebut, tak perlu ditayangkan maksiat seseorang pada orang lain. berdosa.

wallahu a'alam..

2 comments:

Anonymous said...

org yg membuka aib org lain, kat akhirat nanti Allah akan buka aib dia hingga luluh daging2 mukanya menahan malu...
tulah yg abg naqib ak slalu pesan...

mujtahidah said...

betul apa yg saudara cakap. dan isu yg terpampang di dada akhbar ini mempengaruhi kanak2. cthnya,jika ada adik2 kecil yg tanya, "mak,seks tu apa?" sekadar perkongsian.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...