Assalamualaikum readers. Mintak maaf la, dah lama tak update blog ni dek kerana busy kemain semenjak jadi student pharmacy ni. haha. Lepas kira-kira 5 bulan tak bersua ni, aku nak buka cerita pasal aku kene saman.
Kene Saman? 0.o Hoyeah!!
Al-kisahnya, aku dengan member aku, Abi Judeen nak pergi la ke Kuantan Parade. Potong rambut sebab rambut kitorang semenjak exam ni mengalahkan semak kat UIA tu. So, aku park je la kereta Myvi aku tu kat depan Kuantan Parade. Sebelum keluar tu, aku pun goreslah kupon parking yang aku dah lama beli tu. Berhati-hati la katakan, takut kene saman pulak.
Lepas tu, kitorang pun masuk la ke Kuantan Parade tu. Gunting rambut, berjimba-jimba jap. haha. Lama gak la. Hampir dua jam jugaklah kitorang kat dalam tu. Bila nak keluar tu, aku pikir yang kereta aku tu mesti kene saman sebab limit kupon parking tu sejam je. Aku redha je la.
Bila nak keluar je tu, aku dah nampak pak polisi tengah tulis2 something kat buku saman dia tu.
"Alamak abi. Ni confirm kene saman ni. Adoyai... Melayang la duit..."
Aku pun menghampiri kereta aku dengan wajah tak bermaya. Aku nampak sehelai kertas putih terkepit kat wiper kereta tu.
"Dapat surat cinta weyh..."
Kitorang pun masuk kereta, sambil belek2 surat saman tu.
"KESALAHAN TRAFIK (1). KESALAHAN MELETAKKAN KENDERAAN MENYALAHI LALU LINTAS"
o.0
Aku rasa aku park kat dalam line kuning. And aku selalu buat gitu. Tak pernah pulak kene saman. Banyak je kereta park kat situ. Aku ingat aku kene saman dengan Majlis Perbandaran sebab park lebih limit masa. hmm..
Hari ni aku pergi bayar saman tu kat IPD Gombak. Kene RM 150. hmm.. Akak polis yang jaga kaunter tu senyum je dapat duit aku. Takpelah. Bak kata mak aku,
"Lain kali ingat. Bukan RM 1.50 kene. Banyak benda boleh beli dengan RM 150 tu."
huhu. Baiklah mak.
notakaki: Selain pergi bayar saman tadi, aku pergi cari kerja gak. InsyaAllah dapat kot. Cashier kat Parkson Selayang. Kene cari duit untuk masa depan. Takkan la nak bergantung kat duit mak bapak lagi, yedak??
No comments:
Post a Comment