Followers

Thursday, August 19

apabila Ramadhan disulami maksiat...

bismillahirrahmanirrahim..


dah la buat maksiat dalam bulan yang penuh dengan keberkatan dan keampunan, dimaki hamunnya pula orang yang menegur diorg ni.. inilah yang berlaku pada couple yang da kemaruk bercinta sehinggakan sanggup bercumbuan dan membuat maksiat secara terang-terangan pada siang hari Ramadhan..

antum bacalah artikel yang ana ambil dari berita harian dalam link kat atas ni.. mulanya tu.. panas gak hati bila baca.. sesiapa pun akan marah bila dapat tahu pasal bende ni. tapi apa yang lagi penting ialah bagaimana kita ni nak menerapkan ruh Ramadhan dalam hati orang Islam ni.. memangla kita berpuasa pada siang hari tapi adakah puasa itu dapat mendidik nafsu kita atau kita ni sekadar berpuasa dengan merasai lapar dan dahaga sahaja??? itulah persoalannya sekarang..



menjaga iman ini sebenarnya amat payah.. hanya rasa taqwa kepada ALLAH sahaja yang dapat memagari iman kita daripada ditembusi panah syaitan. sepatutnya kita rasa beruntung Allah memperuntukkan kita satu bulan khusus untuk tumpukan perhatian dalam "TOP UP" iman kita ni, dan bukannya kita sulami bulan berkat ini dengan maksiat. ana nak puji juga la kepada pihak berkuasa agama yang menjalankan amar makruf nahi mungkar sepanjang bulan puasa ni. MABRUK!!! tapi sepatutnya, usaha itu diteruskan untuk sepanjang tahun dan bukan di bulan Ramadhan sahaja.

hal kes ini, PASANGAN REMAJA ini melakukan maksiat mereka ini secara terbuka, iaitu di tepi pantai.. ya ALLAH!!! malu rasanya kalau agama lain tengok. dah la Islam.. buat maksiat secara open dalam bulan puasa.. diorang ni x pikir ke apa effect yang diorg buat tu. benda ini bukan sahaja akan membawa porak peranda dalam masyarakat dengan menambahkan lagi gejala sosial, malah menjejaskan imej Islam itu sendiri.. ke mana perginya akal fikiran yang Allah kurniakan kepada mereka ni.. da bagi pada haiwan ke??? ana rasa kalau haiwan dapat akal tu, da tentu haiwan tu pun hormat Ramadhan..

kepada yang masih "tak sedar" akan kehadiran bulan Ramadhan ni.. masih x terlambat lagi untuk kita kembali ke pangkal jalan.. sebab kita baru nak masuk fasa yang kedua, yang mana Allah menjanjikan magfirah bagi sesiapa yang ikhlas kepadaNya..

maka celakalah bagi sesiapa yang tidak ada perubahan ke arah kebaikan dalam dirinya selepas Ramadhan dan celaka jugalah bagi sesiapa yang akhlaknya sama seperti bulan sebelumnya..

wallahu a'alam...

Tuesday, August 17

Ramadhan in CFS IIUM

bismillahirrahmanirrahim..

This year is my first time fasting during ramadhan in CFS IIUM. I should admit that it is actually quite interesting to fulfil this obligation here. As we always heard before, during ramadhan , some mosques and maybe some organisations would like to sponsor for iftor (breaking fast). So did here. But, what I think is quite interesting here is that (maybe tempat lain ada juga la), first, during the tarawikh, students are selectively invited to lead the solah. Unlike other places, quite a number of students here are among DQ (DARUL QURAN) students. So, their memorization on the Holy Quran is much stronger. Plus, at Masjid Kolej Islam Malaya here, I found a unique thinking of the mosque organisation. As we know, some may perform 20 rakaah and some maybe 8. So, after the 8 rakaah, that some may want to leave the mosque. It is quite mesmerizing to find that the mosque organisation had provided a path for them. After the 8 rakaah, the imam will stop for a while to allow the jemaah who wanted to leave the mosque to do so. I think it is a quite brilliant idea for doing that as it reduces the crowd-ness of the mosque plus the jemaah will not kacau the other to perform ibadah.

Secondly, for us IIUM students, it is our time to reduce as much as we can the expenditure. Haha... yes... it is true. In my calculation (ceh...), we can reduce “the wasting of money” up to 85%. Mana x nyer, hari2 buka kat masjid. My senior told me that the masjid is “masjid orang kaya”. Every day during Ramadhan, there must be a person who wants to sponsor the iftor. Usually, they are among the datuks and datins... it is good actually to do charity during Ramadhan. Hihi...

Last but not least, at other places (maybe), weekend in Ramadhan is the time for the people to balas dendam or qada’ their sleeping hour throughout the week. We can find the people usually to start sleeping after the subuh prayer and maybe wake up at 10 or maybe at zuhur. But, it is different here. During the weekend, many student societies want to have their own event as to compensate the spare time students have. Ceramah, ta’alim, teknik. Sort of. It starts usually from 9 until 4 to 5 in the evening. And what most students waiting for are the “IFTOR IS PROVIDED” HAHAHA....

The Ramadhan is just started and it will continue to fly off without we realize. It is the matter of us. Do we want to grab the opportunity or just let Ramadhan flows without anything? At least, we should a change in any aspect (of course, in a better way la). So, hope for this Ramadhan to be better than the past years. And also hope that we could improve ourselves. InsyaAllah...

Friday, August 13

racun & penawar

bismillahirrahmanirrahim..

5 jenis RACUN dan 5 jenis PENAWAR...



DUNIA itu racun...

ZUHUD itu penawarnya...

HARTA itu racun...

ZAKAT itu penawarnya...

PERKATAAN YANG LAGHA itu racun...

ZIKIR itu penawarnya...

SELURUH UMUR itu racun...

TAAT itu penawarnya...

SELURUH TAHUN itu racun...

RAMADHAN itu penawarnya...

wallahu a'alam...

Tuesday, August 10

Marhaban Ya Ramadhan Karim..

bismillahirrahmanirrahim..

pejam celik pejam celik esok kita da nak puasa kembali. pantas betul masa ni berlalu.. rasa macam baru semalam je abis terawih untuk tahun lepas.. huhu.. apa2 pon, Ramadhan dah kembali bertandang, maka bergembiralah sekalian umat Islam kerana bulan yang penuh keberkatan inilah yang dapat kita sepenuhnya tumpukan untuk "top up" iman kita ni..



macam yang semua orang tahu, syaitan laknatullah akan dibelenggu sepanjang bulan mulia ini dan terbukalah dengan seluas2nya pintu syurga dan tertutuplah semua pintu neraka. kalau bulan Rejab tu bulan Allah, bulan Sya'aban bulan Nabi, maka bulan Ramadhan pula ialah bulan untuk umat Islam keseluruhannya. so, we should grab this opportunity... bukan senang nak dapat.. slalunya kalau kita nak buat baik, mesti setan kat tepi bisik supaya jangan buat, kan??? tapi kali ni, kita bebas nak buat kebaikan. dah la tu, kita diberi ganjaran berlipat ganda banyaknya.. memang rugilah kalau kita tak buat kebaikan melebihi dari apa yang kita pernah kerjakan di bulan2 yang lain..

so, kita muhasabah la diri kita dengan meningkatkan lagi amalan kita.. ana nak suggest la kat antum semua antara mutaba'ah (amalan harian) yang kita boleh praktis dalam bulan ni. tapi kita mesti istiqamah la dalam lakukan amalan ni.. InsyaAllah, kalau kita buat dengan penuh keikhlasan, amalan ini kana berterusan sehingga selepas Ramadhan sekalipun.. antaranya,

1) Tilawah Al-Quran.. kalau boleh spanjang bulan Ramadhan ni, kita cuba khatamkan.. kalau agak2 x mampu tu, kita baca sampai mana yang mampu. tapi kalau untuk bukan bulan puasa, kita boleh amalkan ikut minggu. cthnya: 3 juz/minggu

2) Tahajjud.. kalau dapat buat tiap2 malam, lagi mantap.. kalau x mampu, kita buat sket2 la.. sminggu skali ke.. dua kali ke.. tapi Istiqamah la..

3) Mathurat.. kita cuba amalkan stiap hari.. kalau sibuk, 3 kali/minggu pon bole..

4) Zikir... hmm.... ini kita kene disiplin kan diri buat stiap hari.. bukan susah pon.. lepas solat bole buat.. on the way jalan ke.. x payah la nak bawak tasbih ke hulu ke hilir.. guna jari pon bole.. antara yang dizikirkan : tasbih, tahmid, tahlil, takbir, istighfar, selawat syifa, selawat nabi, dll..

jadi,

renung2kan dan selamat beramal...

wallahu a'alam...

Sunday, August 1

hati yang lagi celik dari mata..

bismillahirrahmanirrahim..

kita sudah banyak mendengar cerita tentang orang atau tokoh2 ternama, tak kira la dalam apa jua bidang yang diorang ceburi, tapi pernah tak kita dengar tentang seorang yang Allah kurniakan hati yang lagi celik dari matanya.

beliau ialah Abdul Aziz bin Abdullah Ibnu Baaz, atau lebih dikenali sebagai Ibnu Baaz. beliau ni merupakan seorang mufti buta pertama di dunia. beliau dilahirkan pada tahun 1910 dan ketika beliau berumur 3 tahun, ayahnya meninggal dunia. tapi, itu bukan halangan buat Ibnu Baaz untuk terus mendalami ilmu agama. ibunya menitikberatkan ilmu syariah terhadap Ibnu Baaz. pada usia 26 tahun pula, ibunya meninggal dunia.

beliau membantu abangnya dalam menjual pakaian di pasar. time tu, umur beliau 13 tahun. tapi beliau curi2 masa untuk belajar mendalami al-Quran hadis, fiqh, dan tafsir. mata Ibnu Baaz ni sebenarnya start buta waktu beliau berumur 16 tahun disebabkan jangkitan yang serius pada kedua-dua matanya. so, kuman tu "makan" perlahan2 penglihatan Ibnu Baaz sampai mata beliau buta.

meskipun beliau ni buta, tapi Ibnu Baaz ni merupakan seorang yang genius. mata hati beliau lagi celik dari penglihatan yang sebenar. Ibnu Baaz terus mempelajari al-Quran dan hadis tanpa henti dan beliau mendapat bimbingan dari ulama yang terkenal. ingatan beliau memang cukup kuat. Ibnu Baaz mampu mengingati setiap ayat dan sabda Nabi dengan mudah. tak hairan la kalau orang memanggil beliau "al-Quran dan hadis bergerak".

1993, beliau dilantik menjadi mufti besar Arab Saudi. time tu, umur beliau 82 tahun. tapi, pemikiran beliau masih lagi tajam. ada satu cerita, ada sorang laki ni datang la pada Ibnu Baaz lalu sumpah seranah beliau. masa itu, Ibnu Baaz jadi hakim.. so, kalau kita mesti da maki hamun balik mamat tu kan. tapi, Ibnu Baaz mendiamkan diri dan tak beri sebarang reaksi.

nak dijadikan cerita, tahun tu Ibnu Baaz pergi menunaikan haji dan lelaki tu pulak meninggal dunia. bila dibawa ke masjid dan hendak disolatkan, takde satu imam pun sanggup menyempurnakannya. semua imam menolak sebab lelaki tu dah menghina ulama. bila Ibnu Baaz tahu, dia kecewa. balik je dari haji, dia terus ziarah kubur lelaki tu dan imam2 tadi tu ditegur. Ibnu Baaz tak pernah simpan dendam, malah beliau dah memaafkan lelaki tersebut..

satu lagi keistimewaannya, beliau boleh mengenali suara seseorang walaupun dalam suasana yang bising. dia boleh mengecam suara ulama atau penceramah walaupun da lama tak berjumpa. mampu mengingati setiap perwatakan, minat, kepakaran, masalah, kecenderungan dan keupayaaan seseorang walaupun terlalu ramai yang dijumpainya. lihat, betapa kuatnya ingatan yang dikurniakan Allah kepada beliau.

sepanjang hidup beliau, beliau terus mengabdikan diri dalam pejuangan. orang kata memang syadid la. beliau sanggup menolong orang yang susah dengan menggunakan gaji yang beliau terima. even ketika beliau terlantar di hospital, beliau masih lagi bersemangat untuk terus berbakti pada agama dan negara.

semangat beliau yang tinggi dalam memperjuangkan agama Allah perlu kita contohi dan tiru untuk kemaslahatan umah. bayangkan, seorang yang buta mata pun boleh berbakti pada jalan Allah, inikan pula kita yang celik dan sihat tubuh badan ini.. fikir2kanlah....

wallahu a'alam..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...