Followers

Monday, February 14

ALLAHUMMA SOLLI 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD..

bismillahirrahmanirrahim..

Mendengar suara Tuan memanggil ananda
dalam sebuah kerinduan
dengan titisan air mata
dan banyak harapan
Memaknai perjalanan Tuan mencintai ananda
dalam pengorbanan
dengan rasa cinta
dan kekhawatiran

Bagaimana mungkin ananda diam dipanggil semesra itu?
Bagaimana mungkin ananda tetap menyepi setelah dicintai seromantik itu?


Andaikata ananda boleh,
kan mengirim Tuan sebuah paket rindu
yang penuh akan air mata cinta
Andai saja ananda mampu,
kan memberikan hadiah dalam sunnah
yang dulu Tuan contohkan
Akan kusampaikan
Akan kusampaikan...
Namun, apalah daya
di sini ananda hanya bisa pertahankan nyawa dan agama
dari musuh ananda, kafir durjana
yang merenggut kehormatan ananda
yang merampas kebebasan ananda
bahkan hanya untuk sekadar memenuhi kewajiban pada Rabbul Izati

Maafkan ananda, Tuan
cinta Tuan hanya mampu dibalas
perjuangan yang bernilai kecil
dalam ruang sempit ini
dalam kebebasan terbatas ini
Maafkan, Tuan...
Meski hanya shalawat, ananda ingin Tuan tahu
bahwa ananda sangat amat mencintaimu

Cinta ananda kali ini, seterusnya, dan selamanya
hanya untuk Rabb dan Tuan saja

Salam selamat untuk Baginda tercinta, Rasulullah SAW


YA RASUL,
SUNGGUH AGUNG DIRIMU,
SESUNGGUHNYA DIRI INI, JIWA INI, AMAT MENYINTAIMU,
BETAPA KUTAHU KEPAHITAN DIRIMU,
BETAPA BESAR KEPERITANMU,
BETAPA AGUNG TUGASMU,

NAMUN YA RASUL,
AKU AMAT HINA,
AKU SEAKAN MELUPAKAN APA YANG TELAH KAU LAKUKAN,
AKU MENGABAIKAN TUGASMU YANG AKU TAHU AKU WAJIB MENERUSKANNYA,
AKU MASIH SEPI,
BERDIAM DIRI,
AKU KAKU SEAKAN NAFI,
TIDAK KUHIRAUKAN BETAPA BESAR NIKMAT DARI TUGASMU,
TAPI DIRI INI AKAN TERUS!
AKAN TERUS MENCARI,
AKU BERJANJI! YA RASUL YANG AMAT KUCINTAI,
AKAN KU TERUSKAN PERJUANGANMU,
KERNAKU TAHU JALAN YANG MULIA INI,
KERNA KUTAHU AMANAH YANG AGUNG INI,
KERNA KUTAHU KAU SEORANG RASUL
akan ku teruskan perjuanganmu ini!

KELAHIRAN UTUSAN @ MAULIDUR RASUL akan ku ingati selamanya.

Sunday, February 13

Say NO to Valentine’s Day

bismillahirrahmanirrahim..

Tanggal 14 februari setiap tahun pastinya merupakan tarikh keramat bagi setiap pasangan kekasih sedunia, tak kiralah tua mahupun muda, besar mahupun kecil, serius mahupun tidak. Semuanya seakan-akan menunggu kedatangan suatu saat kemuncak cinta mereka.

Kebiasaannya, mereka akan meluahkan rasa cinta mereka kepada pasangan kekasih masing2 dengan harapan bahawa cinta mereka dapat disemai dengan penuh kebahagiaan. Kalau kita tengok di negara Barat, manifestasi cinta mereka sehingga membawa ke perzinaan.

Tetapi, di Timur ni, ana tengok lebih kurang macam Barat je. Macam tiada bezanya. Yang menghairankan, setiap tahun pada tarikh keramat ini, yang Islam pun turut menyambut kemeriahan ‘penghalalan hubungan terlarang’ ni. Mana perginya iman kita pada ketika ini?? Adakah boleh sahaja kita cabut sekejap iman kita sebentar, then buat hubungan terlarang, habis saja 14/2 kita ‘pakai’ balik iman kita tu?? Apakah itu tahap keimanan kita???


“ala... kami bukan buat apa pun bang. Cuma nak join community kita sambut perayaan je, salah ke?? Nanti kalau tak join, orang kata apa pulak..”

Ana tak salahkan anda untuk join masyarakat dalam sesuatu event. Tapi persoalannya, mengapa Valentine’s Day??? Adakah itu perayaan dan budaya masyarakat kita?? Perlukah disambut perkara yang sememangnya anda sendiri tahu buruk baik nya?? Ana pasti, ramai dah tahu sebab kita tak boleh sambut hari kekasih ini. Bagi yang masih blur2 tu, boleh baca kisah nya di sini.

“saya Cuma nak luahkan rasa cinta saya yang mendalam terhadap tunang saya je. Bukan orang lain, tunang sendiri, bakal isteri juga. Saya tak tergamak nak buat apa2 pada si dia...”

Ingatlah wahai saudaraku sekalian. Pertunangan itu bukannya green light untuk kita buat apa sahaja pada si dia. Ia tak menghalalkan apa jua hubungan ‘mesra’ melainkan selepas pernikahan. Walaupun anda menyatakan yang anda tak akan buat perkara melampau bersama si dia, tak ada orang yang dapat menjamin bahawa syaitan tak akan turut serta ‘menghimpit’ anda berdua. INGAT. Bila mana sahaja ada ruang untuk syaitan mencelah, dia pasti akan ambil kesempatan.

Tayyib.


Kalau kita hayati erti sebenar Valentine’s Day ini, ia hanyalah untuk menghalalkan apa yang dilarang oleh Islam. Tengok sahaja scenario pabila sambutan itu berlangsung. Berpegangan tangan. Mata bertentang mata. Duduk rapat2. Meluahkan rasa cinta yang tak sepatutnya. Ada ke semua tu dalam Islam?? Ana yakin segala itu takda dalam Islam. Islam tak larang pun hubungan cinta, tapi selepas pernikahan lah.

Baiklah kalau kita nak keluar sedikit skop ke arah yang lebih luas. KATAKAN berpegangan tangan itu merupakan scenario biasa alaf ini, begitu jua dengan bertentang mata dan seumpamanya. Masihkah kita dapat menahan diri kita setakat itu sahaja?? Boleh kah kita jamin bahawa diri kita puas sekadar itu sahaja??

TIDAK WAHAI SAUDARAKU

Nafsu sememangnya tak akan pernah puas sehinggalah ‘mahkota’ anda serahkan. Tak cukup sekadar pegang tangan, tentang mata. Mesti nak lebih, walaupun yang ringan2. Semua ni dusta cinta semata. Kalau si dia benar cintakan anda, dia akan jaga maruah anda dan akan sambut anda masa pernikahan nanti dalam keadaan suci tak ternoda. Faham??

“saya dan si dia tak melebih pun. Kami kawal tindak tanduk kami. Cuma bertukar hadiah, wishes, then habis camtu je..”


Yeke ni?? Anda pasti ke hati anda tak cair dengan wishes cintan cintun tu?? Come on lah. Ana manusia, anda juga manusia. Masing2 akan ‘lembik’ punya bila tahu diri kita disayangi. Orang kata tu, dari telinga turun ke hati. Tak singgah langsung ke akal untuk fikir baik buruknya. Bila tengah ‘lembik’ tu, mulalah syaitan masuk jarum. Tak mungkin setakat itu sahaja. Mesti nak hang out jap, dating jap. Then, buat perkara yang dikatakan ‘ringan2’ tu. Kan ke dah berdosa tu?? Couple2 ni.. ish. Tak mahu ana tengok anda bersikap macam tu.

Maka, usahlah memenatkan diri menyambut Valentine’s Day yang tak bermanfaat langsung itu. Marilah kita sambut Maulidur Rasul 15 februari ni. Kita tenggelam dalam cinta selawat. Kan lebih baik??

Wallahu a’alam..

Tuesday, February 8

IBADAH = KERJA , KERJA = IBADAH = ???

bismillahirrahmanirrahim..

Dalam kita bekerja seharian, pastinya ada yang merasakan bahawa kita terlalu letih untuk melakukan tugas lain sejurus habis kerja kita. Lihat sahaja ibu bapa kita yang baru pulang dari kerja. Mereka pasti letih dan ada di antara kita yang kadang2 takut untuk bertegur sapa dengan mereka. Khuatir boleh menimbulkan kemarahan mereka.

Begitulah lumrah orang yang bekerja. Letih. Lesu. Tak bermaya. Ana juga pernah bekerja dan ana yakin perkara itu. Tapi, bagaimana pula dengan ibadah kita?? Adakah kita akan memberi alasan bekerja untuk kita berlepas tangan dengan ibadah seharian kita??? Ingat, ibadah kita juga kerja seharian kita.



IBADAH = KERJA ,
KERJA = IBADAH = ???

How?? Ha.. Itu lah pertanyaan sekarang ini. Berdasarkan equation di atas, diberikan ibadah itu kerja seharian kita. WAJIB buat. Tak kira apa condition nya. Takde kompromi. Itu semua orang tahu. Tapi, macam mana nak jadikan kerja kita yang lain sebagai ibadah?? Adakah semua kerja kita ibadah?? Apa yang perlu dilakukan supaya kita boleh jadi multi-tasking, supaya kita boleh buat dua perkara dalam satu masa, supaya kita boleh buat ibadah sewaktu kita bekerja?? Adakah bekerja sebagai penjual arak pun boleh dikira ibadah??

Brothers and sisters,

Basically, ibadah is divided into 2 parts, first one is ibadah khassah, which is ibadah yang specific. Ibadah ini wajib dan telah ditentukan oleh allah cara pelaksanaan dan masanya. Contohnya, solat dan puasa. And the second one is ibadah 'ammah, which is ibadah yang general. Apa sahaja yang dilakukan manusia, selain ibadah khassah ialah ibadah 'ammah. Makan, minum, buang air, tidur, kerja. Semua tu ibadah 'ammah.

"kalau macam tu, jual arak pun boleh dikira ibadah 'ammah la sebab itu pekerjaan juga.."

Tak semua kerja yang kita buat dikira ibadah atas sebab dan alasan yang tertentu. Cuba kita check balik kerja kita seharian, tak kisahlah kerja apapun. Belajar. Kerja pejabat. Kerja di supermarket. Apa jua jenis kerja. Adakah ia menepati kriteria yang islam gariskan:

1. Dibenarkan dalam Islam.

Semua pekerjaan kita mestilah suatu yang dibenarkan mengikut syariat. Make sure yang kerja yang kita buat tu tak bersangkutan dengan apa jua dosa dan maksiat. Misalnya, pekerjaan seorang penjual arak tidak dikira sebagai ibadah kerana menjual arak haram di dalam Islam dan berdosa melakukannya.

2. Niat yang baik

Sesuatu kerja yang dilakukan mesti didasari dengan niat yang baik. Kita tak bolehlah nak lakukan kerja yang baik untuk tujuan yang baik. Misal kata kita kerja di sebuah restoran. Kerja yang dibenarkan di dalam Islam. Tapi, kita berniat untuk menggunakan upah dan gaji yang kita dapat untuk berjudi. Maka, kerja yang kita lakukan itu tak dikira sebagai ibadah.


Kriteria ini berkaitan dengan kriteria yang pertama tadi iaitu 'dibenarkan dalam Islam'. Kedua2 kriteria ini mesti berkaitan. Orang putih kata, mesti together lah. Katakan kalau kerja yang kita buat dibenarkan dalam Islam, tapi tak diniatkan dengan niat yang baik, still kerja itu tak dikira ibadah. pentingnya kerja kita sebagai ibadah ni supaya redha Allah selalu kita dapat dan kerja kita pun jadi mudah.

Contoh, kita niat bekerja untuk menampung sekeluarga kita dan berazam mahu mengeluarkan keluarga kita dari kelompok kemiskinan. Tapi, kita memilih menjadi model yang akan mendedahkan kita kepada pembukaan aurat. Maka, kerja itu tak dikira sebagai ibadah walaupun ia menjanjikan pulangan yang lumayan.

3. Mengikut panduan syariah

“saya dah pilih kerja yang Islam benarkan. Niat pun saya dah betulkan. Tapi kenapa still awak classify kerja saya bukan ibadah??”

Ha.. Di sini mungkin anda ada terlepas pandang. Kerja anda tu memang bagus, islam pun tak larang. Niat anda nak sara keluarga itu pun dah cukup mulia dah. Tapi, anda tak perasan ke yang anda baju apa pergi kerja. Ana tengok ketat semacam je. Kerja anda pun selalu masuk lambat je. Bila orang lain tegur, anda buat tak endah je.

Itulah dia yang anda tak perasan. Apabila kita bekerja, seluruh etika kerja kita mesti mengikut panduan syariah. Dari pakaian, pergaulan lelaki perempuan, sehinggakan berjalan pun mesti mengikut cara islam. Bukan mengongkong. Tapi mengajar dan mendidik ke arah cara kerja yang lebih baik.

4. Tidak meninggalkan ibadah khassah

Ana tahu, ada antara kita ni yang very hardworking. Selalu stayback, overtime dan sebagainya. Bagus tu. Tak salah pun. Tapi, ana ada jugak dengar yang ada orang cakap yang anda ni selalu tinggal solat. Kenapa ye?? Busy??

Ana nak tanya, anda ada masa tak untuk turun lunch?? Anda ada masa tak untuk ke bilik air?? Anda ada masa tak untuk berbual dengan member sekerja?? Kalau ada, anda mesti ada masa untuk solat juag. Jangan bagi alasan. Nabi sulaiman yang menguruskan negara pun ada masa untuk ibadah, inikan pulak kita. So,urus masa solat dengan baik.

Wallahu a’alam..

Thursday, February 3

PRESSS Explorace

bismillahirrahmanirrahim..

lepas habis MEGA, ana 'menyibukkan' diri pulak dengan aktiviti explorace yang dianjurkan Pre-Sciences Student Society (PRESSS) dan program ni bertempat di sekitar CFS PJ. penat MEGA pun tak habis lagi, terus ana join sekali dengan roommates yang lain masuk explorace. huhu... kental!!

actually, ana dah lama dah plan nak masuk program explorace dengan roommates. tapi, ditakdirkan Allah berdekatan pula dengan MEGA. tak mengapa. baik. pagi 30 januari 2011 tu, kami berkumpul di al-Malik Faisal (AMF) Hall untuk pendaftaran. semuanya dalam 9 groups yang join. brothers and sisters. explorace kali ni bertemakan Maths & Sciences. pagi yang hujan renyai2 tu kami redahkan jua demi kemenangan.. ceh,,,

semua berjalan lancar sehinggalah terjadi sesuatu yang tak diingini. bukan ape pon. ada satu checkpoint diorang salah bagi klu, so agak berterabur jugaklah. sebab klu yang salah tu menuju ke checkpoint yang kami dah pernah pergi sebelum ni. so, kami pun mundar-mandir ke sana ke mari.. kami call lah member kami (yang juga sebilik dan jadi committee..) and at last setelah setengah jam lebih kami berkeliaran, akhirnya dapat juga jalan keluar.. huish..

kami tak sempat nak habiskan semua checkpoint. tinggal satu checkpoint lagi.. tapi takpe. kami berkumpul di AMF untuk sesi penyampaian hadiah. dan bersyukur kepada Allah. dengan tak disangka2 kami mendapat tempat kedua. maybe sebab kami menjawab soalan dengan betul kot. ok lah tu. dapat lah kupon makan dekat E Cafe sebanyak rm5.00.





tak banyak gambar yang diambil. takpe, nanti ana cuba korek dari kamera member ana yang lain.. hehe..

wallahu a'alam..

Tuesday, February 1

Millennium Games Carnival (MEGA) 2011

bismillahirrahmanirrahim..

pada minggu lepas, bermula 25 januari 2011 sehingga 29 januari 2011 telah berlangsung satu program MRC iaitu Millennium Games Carnival (MEGA) 2011 bertempat di CFS IIUM Petaling Jaya dan Nilai. program ini bertujuan untuk menerapkan semangat kesukanan dalam kalangan pelajar CFS dan persaingan sihat dalam bidang sukan.

untuk program kali ini, ana diberi tanggungjawab sebagai committee for transport and sponsor. mencari sponsor rupanya agak susah kerana kita kena contact company2 yang besar untuk minta sponsor. ada sekali tu rasa macam tengah "mengemis" pulak. tapi, tu semua pengalaman..

ok. back to the program. antara games yang dipertandingkan untuk kategori brothers and sisters ialah badminton, futsal, explorace, telematch, gubahan millennium, video games dan paintball. overall, semuanya berjalan dengan lancar, ALHAMDULILLAH... kemuncak program ialah pada 29 januari di mana majlis penutup dan penyampaian hadiah berlangsung. pada hari kemuncak, ana ditugaskan untuk telematch, yang terdiri daripada mini games. antaranya ialah crush the melon, tarik upih, slip out (ala2 whipout! gak la..) dan war games.

dan ana ada sediakan gambar2 yang diambil sepanjang program berlangsung. maaf la kalau gambar tak berapa nak lawa..


salah sorang programme coordinator, bro azhar


pertandingan futsal buat di CFS Nilai.. ni first time sampai kat CFS Nilai.. lawa gak..


futsal berlangsung dr pukul 5.30 smp ke 10.30 mlm..


opening ceremony di CFS PJ

bro mazlan sedang briefing kepada peserta telematch

boling kelapa..




tarik upih.. macam syok plak tengok diorang main..

ni antara mini games dalam Slip Out!!
lari dalam guni..

pusing kon 10 kali..
and most of them pening kepala giler2 lepas tu.. hihi..

bawak air atas kepala sambil jalan zigzag..

kak fiqah, salah sorang programme coordinator..



gubahan millennium.. lawa x??



prize giving ceremony.. buat waktu malam..


barisan committee di padang..



tembak jangan tak tembak.. paintball



muslimah penegak agama..
sanggup menggalas senjata.. hihi


ana wakilkan je..

para committee lepas geram nak main tarik tali.. haha


pesta tiup belon..

diharapkan program ini meninggalkan kenangan yang manis bercampur pahit sikit2 (hahah...) kepada semua yang terlibat.. moga Allah memberkati segala usaha kita..

wallahu a'alam...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...