Followers

Sunday, February 13

Say NO to Valentine’s Day

bismillahirrahmanirrahim..

Tanggal 14 februari setiap tahun pastinya merupakan tarikh keramat bagi setiap pasangan kekasih sedunia, tak kiralah tua mahupun muda, besar mahupun kecil, serius mahupun tidak. Semuanya seakan-akan menunggu kedatangan suatu saat kemuncak cinta mereka.

Kebiasaannya, mereka akan meluahkan rasa cinta mereka kepada pasangan kekasih masing2 dengan harapan bahawa cinta mereka dapat disemai dengan penuh kebahagiaan. Kalau kita tengok di negara Barat, manifestasi cinta mereka sehingga membawa ke perzinaan.

Tetapi, di Timur ni, ana tengok lebih kurang macam Barat je. Macam tiada bezanya. Yang menghairankan, setiap tahun pada tarikh keramat ini, yang Islam pun turut menyambut kemeriahan ‘penghalalan hubungan terlarang’ ni. Mana perginya iman kita pada ketika ini?? Adakah boleh sahaja kita cabut sekejap iman kita sebentar, then buat hubungan terlarang, habis saja 14/2 kita ‘pakai’ balik iman kita tu?? Apakah itu tahap keimanan kita???


“ala... kami bukan buat apa pun bang. Cuma nak join community kita sambut perayaan je, salah ke?? Nanti kalau tak join, orang kata apa pulak..”

Ana tak salahkan anda untuk join masyarakat dalam sesuatu event. Tapi persoalannya, mengapa Valentine’s Day??? Adakah itu perayaan dan budaya masyarakat kita?? Perlukah disambut perkara yang sememangnya anda sendiri tahu buruk baik nya?? Ana pasti, ramai dah tahu sebab kita tak boleh sambut hari kekasih ini. Bagi yang masih blur2 tu, boleh baca kisah nya di sini.

“saya Cuma nak luahkan rasa cinta saya yang mendalam terhadap tunang saya je. Bukan orang lain, tunang sendiri, bakal isteri juga. Saya tak tergamak nak buat apa2 pada si dia...”

Ingatlah wahai saudaraku sekalian. Pertunangan itu bukannya green light untuk kita buat apa sahaja pada si dia. Ia tak menghalalkan apa jua hubungan ‘mesra’ melainkan selepas pernikahan. Walaupun anda menyatakan yang anda tak akan buat perkara melampau bersama si dia, tak ada orang yang dapat menjamin bahawa syaitan tak akan turut serta ‘menghimpit’ anda berdua. INGAT. Bila mana sahaja ada ruang untuk syaitan mencelah, dia pasti akan ambil kesempatan.

Tayyib.


Kalau kita hayati erti sebenar Valentine’s Day ini, ia hanyalah untuk menghalalkan apa yang dilarang oleh Islam. Tengok sahaja scenario pabila sambutan itu berlangsung. Berpegangan tangan. Mata bertentang mata. Duduk rapat2. Meluahkan rasa cinta yang tak sepatutnya. Ada ke semua tu dalam Islam?? Ana yakin segala itu takda dalam Islam. Islam tak larang pun hubungan cinta, tapi selepas pernikahan lah.

Baiklah kalau kita nak keluar sedikit skop ke arah yang lebih luas. KATAKAN berpegangan tangan itu merupakan scenario biasa alaf ini, begitu jua dengan bertentang mata dan seumpamanya. Masihkah kita dapat menahan diri kita setakat itu sahaja?? Boleh kah kita jamin bahawa diri kita puas sekadar itu sahaja??

TIDAK WAHAI SAUDARAKU

Nafsu sememangnya tak akan pernah puas sehinggalah ‘mahkota’ anda serahkan. Tak cukup sekadar pegang tangan, tentang mata. Mesti nak lebih, walaupun yang ringan2. Semua ni dusta cinta semata. Kalau si dia benar cintakan anda, dia akan jaga maruah anda dan akan sambut anda masa pernikahan nanti dalam keadaan suci tak ternoda. Faham??

“saya dan si dia tak melebih pun. Kami kawal tindak tanduk kami. Cuma bertukar hadiah, wishes, then habis camtu je..”


Yeke ni?? Anda pasti ke hati anda tak cair dengan wishes cintan cintun tu?? Come on lah. Ana manusia, anda juga manusia. Masing2 akan ‘lembik’ punya bila tahu diri kita disayangi. Orang kata tu, dari telinga turun ke hati. Tak singgah langsung ke akal untuk fikir baik buruknya. Bila tengah ‘lembik’ tu, mulalah syaitan masuk jarum. Tak mungkin setakat itu sahaja. Mesti nak hang out jap, dating jap. Then, buat perkara yang dikatakan ‘ringan2’ tu. Kan ke dah berdosa tu?? Couple2 ni.. ish. Tak mahu ana tengok anda bersikap macam tu.

Maka, usahlah memenatkan diri menyambut Valentine’s Day yang tak bermanfaat langsung itu. Marilah kita sambut Maulidur Rasul 15 februari ni. Kita tenggelam dalam cinta selawat. Kan lebih baik??

Wallahu a’alam..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...