awal bicara, ana nak ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua warga Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur (ASiS) diatas penganugerahan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) yang diumumkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yasin hari ini.
penantian yang lama ini berakhir jua. pada tahun lepas, ASiS tidak berjaya untuk merangkul title ini meskipun seluruh warga ASiS amat mengharapkannya, tapi pada tahun ini Allah telah memberi kurnia dengan penganugerahan ini.
PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH :
1. Sekolah Menengah Imtiaz, Terengganu;
2. Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat, Selangor;
3. Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Perak;
4. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak, Selangor;
5. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu, Kedah;
6. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Pekan, Pahang;
7. Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur;
8. Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kelantan;
9. Sekolah Menengah Sains Miri, Sarawak;
10. Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, Kuala Lumpur;
11. Sekolah Menengah Sains Selangor, Kuala Lumpur;
12. Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Pahang
13. Sekolah Menengah Sains Muar, Johor;
PERINGKAT SEKOLAH RENDAH:
14. Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai, Sarawak;
15. SK Convent Muar, Johor;
16. SK Seri Biram, Pahang;
17. SK Sultan Ahmad Tajuddin, Kedah;
18. SK Setiawangsa, Kuala Lumpur;
19. SK (Perempuan) Methodist Kuantan, Pahang;
20. SK Sultan Ismail, Terengganu;
21. SK Jalan Tiga, Selangor;
22. SJK(C) Perempuan China, Pulau Pinang
23. SJK(C) Lick Hung, Selangor.
semestinya, kejayaan ini dikurniakan oleh Allah atas usahasama semua warga ASiS dari peringkat guru, kakitangan dan pelajar sekolah batch pertama hinggalah batch yang terkini. ana selaku Old Boys of ASiS (OASiS), batch ke-6 (SAViOUR) berasa berbangga atas kejayaan ini yang sekaligus mengangkat martabat sekolah ke aras yang lebih tinggi. sekali lagi, TAHNIAH ASiS.
No comments:
Post a Comment