Followers

Tuesday, January 11

Bila kali terakhir...

bismillahirrahmanirrahim..

Dalam kita berasa senang dalam kesenangan dan kemewahan dunia ni, ada antara kita ni alpa tentang kesenangan akhirat. YA!! KESENANGAN AKHIRAT. Kesenangan abadi yang Allah janjikan kepada para orang yang beriman. Kesenangan yang amat bertentangan dengan penyeksaan yang Allah janjikan untuk para kafirun.

Masalahnya kita sebagai orang Islam moden ni, bila kita ajak kepada kebaikan, mula la nak cakap.. “lek lu bro. Apadehal.. nanti da tua barulah duduk atas sejadah. Sekarang ni muda lagi, enjoy la..” tu yang tak betul tu. Janganlah ingat bahawa kita ni akan mati bila dah tua sahaja. Kalau ditakdirkan kita mati sekarang juga macam mana??? Dan kita juga perlu ingat bahawa,

“dunia ini penjara bagi orang beriman, dan syurga bagi orang yang kufur”


Sebab itu, kalau kita belajar bahasa Arab, perkataan “dun’ya” berasal dari 2 perkataan. Yang pertama ialah “dana~ah” yang bermaksud kotor. Maksudnya, dunia ni kotor. Bukan bermaksud dunia ni tempat pembuangan sampah dan sebagainya. Tapi, tempat yang tak sesuai untuk kita jadikan tempat tinggal abadi. Pendek kata, hanya sementara sahaja. Yang kedua ialah “dunuwwun” yang bermaksud dekat. Semua benda yang kita buat akan dapat tahu hasilnya dengan cepat. Misal kata, kita menjual sesuatu. Kita akan dapat hasilnya dengan cepat.

Macam mana pulak dengan akhirat???

Akhirat itu maksudnya sendiri ialah ‘yang akhir’. Maka, apa jua kebaikan yang kita lakukan di dunia ini akan dibalas Allah di akhirat nanti. Di sini lah di mana keimanan seseorang itu dapat dinilai. Sesetengah kita ni mahukan sesuatu yang nampak depan mata.

“hang tak payah lah nak ajak aku buat baik. Hang dok cakap pasal pahala dosa ni. Mana buktinya?? Bawak mai sini...”

Ha.. ini lah yang ana cakapkan. Kita memang tak dapat tengok pahala dosa tu macam mana. Itulah keimanan. Kita percaya pada sesuatu yang kita yakin meskipun kita tak dapat lihatnya. Dan, beruntunglah bagi yang beriman dengannya, dunia dan akhirat.



So, dalam misi kita mengumpul pahala untuk akhirat nanti, kita mestilah ada checklist amalan kita. Yela, kadang2 kita ni terlepas pandang amalan yang kita buat. Jadi..

• Bila kali terakhir kita bersedekah
• Bila kali terakhir kita membaca mathurat
• Bila kali terakhir kita membaca al-Quran
• Bila kali terakhir kita solat berjemaah
• Bila kali terakhir kita menolong saudara kita
• Bila kali terakhir kita mendoakan kebaikan ibu bapa dan orang Islam
• Bila kali terakhir kita mendengar nasihat
• Bila kali terakhir kita solat malam
• Bila kali terakhir kita berzikir kepada Allah
• Bila kali terakhir kita memikirkan pasal umat

Actually, banyak lagi. Tapi takpe. Buat masa ni, kita tengok dulu list kat atas ni. Bila kali terakhir kita buat benda ni?? Dan comparekan bila kali terakhir kita buat maksiat kepada Allah.. mana lagi kerap?? Dosa atau pahala???

wallahu a'alam...

Friday, January 7

asif ya akhi

bismillahirrahmanirrahim..


Aku belum bersedia wahai sahabat,
Mengapa aku??
Oh.. aku tahu..
Aku yang join usrahmu itu,
Aku yang jadi anak usrah mu itu
Tapi, sekali lagi, mengapa aku??

Aku tahu
Dirimu begitu menginginkan aku turut serta
Dirimu aku anggap bagai sedarah sedaging ku
Dirimu aku anggap obor yang membawa aku ke jalan para mujahid
Dirimu lah yang mahu aku berjuang bersama
menggalas pikulan dakwah
menggenggam erat talian ukhuwah
di atas jalan Allah ini


Aku tahu
Aku perlu bergerak untuk jalan ini
Jalan yang Allah hamparkan kepadaku
Jalan yang akan memberikan aku kekuatan
Jalan yang menjanjikan erti pengorbanan
Aku mahu semua itu
Aku mahu menggapai semua itu
Tapi aku belum bersedia
Hati ini berat sekali untuk mengatakan
“ayuh! Kita kibarkan panji berjamaah”

Aku tahu
Yang dirimu mengetahui akan diriku ini
Dirimu melihat diri ini dengan pandangan harapan
Pandangan yang akan mematahkan segala hujah ku
Apakan daya,
Fikrah kita masih lagi berbeza
Aku tahu
Dirimu mempunyai fikrah seorang khalifah Islamiyyah
Aku juga mahu begitu
Fikrah ku tak sekuat fikrahmu
Fikiranku ini masih lagi dibelenggu rasa tidak yakin
Bukan meragui perjuangan kita
Apatah lagi menafikannya
Cuma, aku risau
Aku tidak mampu secara mental menggalas tanggungjawab ini
Kerana hanya Allah dan diriku sahaja yang lebih tahu tentang diri ini.

Wahai sahabat,
Aku masih terasa bebannya
Tak tahu di mana mahu aku mulakan
Amalku tidak sekuat amalmu
Fikrahku tidak sekental fikrahmu
Semangatku tidak setabah semangatmu
Bidang jihadku mungkin tak seluas jihadmu.

Jihad...
Selalu aku fikirkan perkataan itu
Terlalu besar dan agung sungguh bagiku
Kerana tidak aku sebut secara yakin
Melainkan Allah kuatkan hatiku ini.
Biarlah aku berjihad dalam lingkungan diriku dahulu
Biarlah dakwah fardiyyah aku tegakkan dahulu
Biarlah aku betulkan diriku yang selalu diselubungi maksiat ini
Mungkin sahaja dirimu melihat
“enta kuat.. enta selalu turun subuh. Orang yang selalu turun subuh ni
orang yang Allah pilih. Ana yakin enta boleh..”
mengalir air mataku mengenangkan hal ini.


Ya akhi,
Ketahuilah bahawa aku masih dalam fasa memperbetulkan diri
Membawa kembali diri ini ke arah sirat mustaqim
Tak tertanggung olehku memikul tugasan ini buat masa ini
Aku tahu dirimu selalu menguatkan aku
Dengan ayat Allah
Aku terharu.
Aku sayangkan dirimu wahai sahabat kerana Allah.
Fahamilah keadaanku ini.

Mungkin sahaja aku kelihatan gagah diluar
Tapi, hatiku ini sayu dengan kelibat dosa berpanjangan
Berikanlah aku masa.
Belum masanya untukku untuk berjihad bersamamu lagi.
Aku akan kekalkan dakwah kecilanku ini
Asalkan keikhlasan ku ini tak terhakis.
Berilah aku ruang wahai sahabat.
Aku hargai usahamu, tak akan aku siakan usahamu itu.


Maafkanlah diri ini
Andai bahasa tidak semena
Andai aku telah mengecewakan dirimu
Andai aku tidak memberikan semangat untukmu
Tapi percayalah,
Aku masih lagi di landasan dakwahku yang kecil ini
Bersama caraku walau tidak seberapa.
Asif ya akhi ‘ala kulli hal
Laisa li niyati lil yaksi laka..
Ana asif jiddan.. T.T

____________________________________________________________________

nukilan hati.. tiada kena mengena antara yang hidup mahupun yang sudah tiada..

wallahu a'alam..

kalau berpacaran

Sohaimi Mior Hassan
Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang

Korus
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang

Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

Ana Raffali
Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama

Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasihmu disambar buaya

Ulang korus

Altimet
Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga

Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa

Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah

Ulang korus 2x

*mesej dakwah yg moden. ingat ye pada sesiapa yang ingin berpacaran.. anyway, lagu ni sedap gak..

Tuesday, January 4

no excuse...

bismillahirrahmanirrahim..

cuti mid-sem baru sahaja habis dua hari lepas. dan ana kene hadapi the other half of this second semester. quite busy lately. yela, nak study lagi.. kerja di mahallah lagi (tu yang x ter-update blog tu..) tapi, itu bukan excuse untuk kita abaikan tanggungjawab kita terhadap Allah dan agama.

kerja, kerja jugak. study, study jugak.. tapi agama jangan tinggal. kan kita ni hidup beragama dan bertamadun. setiap yang bertamadun tu mesti ada agama kan?? same goes to us la..

"nanti2 la saya baca Quran.. kerja saya ni banyak lagi tak siap. baca Quran tu sunat je kan...??"


memang la baca Quran itu sunat je. takde pon dalam rukun Islam kene baca Quran. tapi bukan ke itu sangat dituntut. apa lah gunanya kita hidup dalam Islam tanpa baca Quran setiap hari. kan??

tapi, ikhwah akhawat sekalian, kita ni ada je masa untuk buat benda lain. FACEBOOK, misalnya. boleh je kita luangkan masa barang 5 minit untuk ber-fb tu. memang tak salah nak ber-fb. tapi, gunalah masa ber-fb kita yang berlebihan tu untuk membaca Quran pulak. facebook tu tak bagi fadhilat pun untuk kita kat dalam kubur nanti. so, buatlah perubahan..


bagi yang konsisten baca Quran tu, teruskan dan tahniah ana ucapkan. tak salah nak ambil dunia ni banyak2.. tapi, akhirat pun kene banyak2 jugak lah..

wallahu a'alam..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...