Followers

Tuesday, January 11

Bila kali terakhir...

bismillahirrahmanirrahim..

Dalam kita berasa senang dalam kesenangan dan kemewahan dunia ni, ada antara kita ni alpa tentang kesenangan akhirat. YA!! KESENANGAN AKHIRAT. Kesenangan abadi yang Allah janjikan kepada para orang yang beriman. Kesenangan yang amat bertentangan dengan penyeksaan yang Allah janjikan untuk para kafirun.

Masalahnya kita sebagai orang Islam moden ni, bila kita ajak kepada kebaikan, mula la nak cakap.. “lek lu bro. Apadehal.. nanti da tua barulah duduk atas sejadah. Sekarang ni muda lagi, enjoy la..” tu yang tak betul tu. Janganlah ingat bahawa kita ni akan mati bila dah tua sahaja. Kalau ditakdirkan kita mati sekarang juga macam mana??? Dan kita juga perlu ingat bahawa,

“dunia ini penjara bagi orang beriman, dan syurga bagi orang yang kufur”


Sebab itu, kalau kita belajar bahasa Arab, perkataan “dun’ya” berasal dari 2 perkataan. Yang pertama ialah “dana~ah” yang bermaksud kotor. Maksudnya, dunia ni kotor. Bukan bermaksud dunia ni tempat pembuangan sampah dan sebagainya. Tapi, tempat yang tak sesuai untuk kita jadikan tempat tinggal abadi. Pendek kata, hanya sementara sahaja. Yang kedua ialah “dunuwwun” yang bermaksud dekat. Semua benda yang kita buat akan dapat tahu hasilnya dengan cepat. Misal kata, kita menjual sesuatu. Kita akan dapat hasilnya dengan cepat.

Macam mana pulak dengan akhirat???

Akhirat itu maksudnya sendiri ialah ‘yang akhir’. Maka, apa jua kebaikan yang kita lakukan di dunia ini akan dibalas Allah di akhirat nanti. Di sini lah di mana keimanan seseorang itu dapat dinilai. Sesetengah kita ni mahukan sesuatu yang nampak depan mata.

“hang tak payah lah nak ajak aku buat baik. Hang dok cakap pasal pahala dosa ni. Mana buktinya?? Bawak mai sini...”

Ha.. ini lah yang ana cakapkan. Kita memang tak dapat tengok pahala dosa tu macam mana. Itulah keimanan. Kita percaya pada sesuatu yang kita yakin meskipun kita tak dapat lihatnya. Dan, beruntunglah bagi yang beriman dengannya, dunia dan akhirat.



So, dalam misi kita mengumpul pahala untuk akhirat nanti, kita mestilah ada checklist amalan kita. Yela, kadang2 kita ni terlepas pandang amalan yang kita buat. Jadi..

• Bila kali terakhir kita bersedekah
• Bila kali terakhir kita membaca mathurat
• Bila kali terakhir kita membaca al-Quran
• Bila kali terakhir kita solat berjemaah
• Bila kali terakhir kita menolong saudara kita
• Bila kali terakhir kita mendoakan kebaikan ibu bapa dan orang Islam
• Bila kali terakhir kita mendengar nasihat
• Bila kali terakhir kita solat malam
• Bila kali terakhir kita berzikir kepada Allah
• Bila kali terakhir kita memikirkan pasal umat

Actually, banyak lagi. Tapi takpe. Buat masa ni, kita tengok dulu list kat atas ni. Bila kali terakhir kita buat benda ni?? Dan comparekan bila kali terakhir kita buat maksiat kepada Allah.. mana lagi kerap?? Dosa atau pahala???

wallahu a'alam...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...