Followers

Tuesday, January 25

happy birthday abah..

bismillahirrahmanirrahim..

tanggal 25 Januari 1962, lahirnya abahku di Muar, Johor sebelum beliau sekeluarga berpindah ke Rembia, Melaka. hidup beliau bukanlah dari kalangan orang yang senang. banyak pahit getir yang terpaksa dilalui untuk meneruskan kehidupan. beliau bernikah dengan ibuku pada 16 November 1991 dan mereka dikurniakan diriku ini dan adik lelakiku. ya. memang kami berdua lelaki sahaja. alhamdulillah..

sekali pandang pada abahku ini, 'macam pendiam je..' tapi, jangan tak tahu, sekali dia buat kelakar, tak ingat dunia nak gelak. walaupun begitu, diriku ini tidaklah rapat dengan abah. lebih rapat dengan mak. dengan family abah pun tak berapa rapat. ada jugak dengar kajian yang menyatakan anak lelaki akan lebih rapat dengan ibu berbanding ayah. betul ke?? lantaklah.. asalkan bahagia. =)

sepanjang hidup ini, tak pernah rasanya bagi abahku itu hadiah yang special. setakat kek je adalah. tak tahulah kenapa. rasa 'segan' sebab tak pernah nak merapati. tapi, sejak kebelakangan ni, terfikir pulak. rasa macam tak adil pulak. takut abah kecil hati. so, tahun ni lain sikit. dibelikan untuknya satu set wallet dan tali pinggang. takda mahal pun. bolehlah..



tapi, bagiku semua itu tak penting sangat. yang penting ialah ingatan dan doa dari anaknya. so, atas kesempatan ini, ingin diucapkan kepada abahku (walaupun rasanya tak mungkin beliau akan baca ni sebab tak tahu pun kewujudan blog anaknya ini.. takpela):

HAPPY BIRTHDAY ABAH!!!

"Abah. walaupun Epit tak pernah nak cuba rapat dengan Abah. Epit nak Abah tahu yang Epit still sayang dekat Abah. bukan Epit tak ambil berat pasal Abah. anak mana yang tak sayang ibu bapa. cuma Epit tak tahu macam mana nak luahkan. seumpama dunia kita ni berbeza. tapi, Epit tahu benda tu tak betul, kan?? Epit tak nak Abah terasa, kenapa Epit macam lebihkan mak?? Epit bukan buat macam tu. cuma Epit tak tahu macam mana nak dekatkan diri dengan Abah."

"Abah. Epit nak mintak maaf atas dosa dan kesalahan Epit pada Abah selama ini. tak kisahlah secara sedar ke tak sedar. Epit tahu Epit banyak dosa dengan Abah. tipu Abah, tak dengar cakap Abah, lewat2kan suruhan Abah. itu dulu Abah. masa Epit kecil2 dulu. sekarang tak lagi insyaAllah.. ampunkan Epit, Abah. Epit tak berani nak cakap depan2 Abah. kalau Epit takda nanti mendahului Abah, dan kalau Abah baca benda ni, Epit nak Abah tahu yang dosa yang Epit lakukan tu bukan sebab Epit tak sayangkan Abah."


"di kesempatan ini, Epit doakan Abah yang terbaik dunia dan akhirat. semoga Abah panjang umur dan murah rezeki. semoga Abah sentiasa berada dalam redha Allah. di dunia ni, Abah halalkanlah makan minum Epit, ampunkan salah silap Epit. Epit nak jadi EPIT yang baru. kalau Epit mendahului Abah, kita jumpa di syurga nanti sekeluarga.. T.T "

EPIT SAYANG ABAH...

wallahu a'alam..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...