Followers

Monday, February 10

Induction di Tasik Chini

bismillahirrahmanirrahim..

Induction IPhA kembali lagi...!!!

#macamsekolahpulakbunyinya

Ini merupakan induction kali kedua utuk aku berada dalam komuniti IPhA. Cuma bezanya ialah kali ni aku bukanlah office bearers seperti sebelum ini. Tapi tak mengapa. Aku join je apa2 aktiviti yang ada.. =)

Induction kali ni kami pergi ke Tasik Chini. Tujuannya ialah nak mencari naga. #haha First time aku pergi ke tasik ni. Sebelum ni hanya pernah dengar saje, tapi tak pernah pergi pon. Anyway, best tempat ni. Nak kata lawa.. hmm.. Personally, bagi aku tasik ni biasa2 je. Tapi kalau tempat nak ponder about Allah's creation, this is the right place.

Program 2 hari 1 malam. Tidur kat dorm. Not bad. Ada jugak a few chalets kat situ. Oh ye. Kem PLKN pun ada kat sini. So pagi2 boleh la dengar macam bunyi cikgu2 kat sekolah buat announcement. #hehe

Baru nak jalan dah ngantuk. 

Makan kat sini not bad. Daging salai lagi.. Grand!!
Kat sini, kami berkayak. ok. Ni first time ever aku berkayak. Cuak boh. Cuak dengan air dalam. Buatnya terbalik kayak tu, masuk perut naga la jawabnya. haha. Sorry. Takde gambar kayak kat sini. T.T

Gambar2 kat bawah ni pulak on the DAY 2 punya aktiviti. Ada boat trip ke Kampung Cendahan, iaitu perkampungan orang asli. Boleh tahan jugak orang asli kat sini. Aku ingat kampung2 macam ni agak primitif dari segi fasilitinya. Tapi tak. Siap ada peti ais lagi.. Mampu..??!! haha

Apa la budak2 kat bawah ni buat. Tak sanggup aku nak tengok..
"Weyh. Nak main sep3 tom3. Tak nak ni.." kata bro berbaju kuning..
"Senyap2 je la. Main ni pon da cukup syukur da.." balas Aiman di sebelah kirinya
"Eh2!! Yeye~~ Tak dapat.. " ceria Adib berbaju biru muda

Finale. Ketaq jari..

Boleh tahan juga yang baju biru depa main ni.. Tak nak kalah..
Kamilah penangkap naga terhandal di Tasik Chini ni. Berminat boleh PM ye..



Tempat yang tenang, tak banyak pencemaran. Nice. Berkenalan dengan orang baru. Jumpa orang asli. Night walking (night walk ni aku tak prefer sangat walaupun lain dari yang lain. huhu). Overall, nice trip. Memandangkan awal2 semester ni free, so jalan sakan la.. haha

Selfie sket..
"Waah!! Beta tak sangka berada dalam bot mewah untuk beta sebagai tuan puteri.."
angan Huda (tengah)

Comel tak saya...??
Nampak abang bot belakang tu..? Drifter tu.. haha. Nak terbalik bot aku dia bawak. Tapi seriously best. Terbaik la dia. 

Kamilah gadis2 ohsem di Tasik Chini ni.
"Cepat2!! Diorang tak nampak tu. Jom selfie...!!"

"Macam ni cara nak sumpit.." tunjuk pakcik yang 'seksi' ni
"Waduuh!! Bau sumpit ni pon boleh tahan gak.." kata si biru
"Baru kau tau rasa sumpit turun temurun ni.." balas si hitam


Ni Muhammad. Anak orang asli. Dia kata umur dia 4 tahun dan dah bersekolah katanya. Tapi bila ada orang lain tanya, dia kata dia darjah 3. haha. Kene troll gitu je. Dia cakap dia bangun bila ayam berkokok waktu pagi2 buta. Pergi sekolah pukul 5. Balik malam. Naik bot je ke jeti. Mandi air tasik. Dia tahu pasal Islam. Tapi bila tanya pasal solat tak, dia macam sengih2. hmm..

Apa2 pon, sempat lagi la aku ajar dia Bismillah. Harap2 dia akan ingat. huhu.

Tu je rasanya tulisan rigkas aku pasal Induction ni. Bila pikir2 balik, tak rugi aku tolak tawaran orang yang ajak aku pergi induction ni. hehe..

notakaki: Kata2 paling hikmat bila pergi night walking tu, "Hutan ni tak gelap. Hati kita..". Terngiang-ngiang lagi.. =)

Sunday, February 2

Semester 2 Tahun 2 bermula..

bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah. Selamat sampai ke bilik yang penuh habuk ni. Sakan jugak la menge-mop bagai kan. Dah bersih and setel semua, baru la boleh duduk dengan tenang. Member semua pun ramai yang da balik bilik, meriah sikit walaupun ada yang terkandas kat pintu bilik sebab pintu tak boleh bukak. #hehe

Anyway, semester ni pastinya membawa cabaran yang berlainan, dengan lecturer yang lain2, subjek yang berbeza, tempat belajar je yang sama.. (harap2 la auditorium tu selesa untuk belajar..). 7 subjek semester ni. Harapnya berjalan dengan lancar la semuanya.


Itu je rasanya nak story kat korang. Tak tahu la bila lagi boleh update blog ni. Mungkin busy, mungkin tidak. Tengok keadaan. Tapi InsyaAllah, blog batch akan sentiasa di-update. Stay tune ya.. Nak tengok blog batch, klik [IIUMRx11]

Adios.

notakaki: Kejayaan dan kegagalan lepas bukan untuk dibangga2kan dan ditangisi, tapi jadikan ia sebagai pembakar semangat untuk meneruskan semester mendatang. =)

Wednesday, January 29

Expect What Should Be Expected

bismillahirrahmanirrahim..

Ok. Tajuk tu macam pelik sikit. haha..

#alhamdulillahtsummalhamdulillah

Result semester lepas baru je keluar malam tadi. Tapi sebab aku mengantuk sangat, so aku tengok pagi tadi je. Kalau berasak-asak masuk kat portal tu, bukannya boleh bukak pon yedak..? (ke boleh..??)

Anyway, result kali ni ada yang berada dalam jangkaan dan ada yang tidak. Tapi kebanyakannya tidak. Aku taknak lah ulas satu2 paper sebab aku dah post benda ni kat sini.. [KLIK SINI].


Maintain..? Tak mugkin. Setiap semester aku menurun. Tapi alhamdulillah, penurunan tu tak secara drastik. #syukur Turun dalam 0.01-0.05 je la. Still syukur sebab dalam range 3.3 jugak. Adakah kalau below 3.0 tak bersyukur..? Tak. Aku still bersyukur, tapi akan ada rasa kecewa dengan diri sendiri. 


Parenting. Result dalam jangkaan sebab subjek ni banyak presentation je. Tapi best sebab belajar macam mana nak jadi parent yang betul.
AIA. Alhamdulillah. Sebab aku expect bawah lagi. Carry mark rendah. Fail takyah cakap la kan. Syukur
Physical Pharmacy. As expected. Tak suka physic. I deserve it
MedChem. Ni tak expect. Sebab memang aku tak expect apa2 pon. Carry mark takde, Exam susah. So takleh nak expect la
Pharmaceutical Analysis. Yang ni memang dalam expectation. haha. Carry mark rendah. Hilang 30 markah kat carry mark je. Sedih.
PNS. Alhamdulillah. Ni paling tinggi aku expect B+ je. Tapi Allah bagi lebih. =)
Immunology. Alhamdulillah. Aku tak pernah dapat A dalam subjek core. First time. Soalan hari tu pun agak senang sebenarnya kalau kita study betul2.
Pharmacy Practice. As expected. 
UNGS. Ni agak kecewa sikit la dengan diri aku. Paper ni paper logik je kan. Tapi still tak boleh nak dapat at least A-. Mungkin tahap logik aku masih rendah. Lepas jawab paper hari tu pun aku rasa tak puas jawab sebab terlalu banyak aku merepek kosong. hmm. Takpelah. Syukur. =)


Overall, Alhamdulillah. Nombor pada GPA atau CGPA tu banyak peranannya. Tipu lah kalau aku kata takde kan. Semua orang mengharapkan CGPA tinggi. Tapi, nak habaq kat sini. Yang penting ilmu yang kita dapat tu. Kalau CGPA tinggi, tapi bila tanya balik terus tak ingat, serupa takyah dapat CGPA macam tu, yedak..?

notakaki: Rezeki itu milik Allah. Maka, carilah ia..

Sunday, January 26

"Gadis Jolobu" by Waris ft Hattan

bismillahirrahmanirrahim..

Lagu "Gadis Jolobu" kini makin hangat di corong2 radio. First time aku dengar lagu ni, aku tak dapat tangkap apa yang lirik lagu ni mula2. Tapi dah bila aku dengar elok, NISMILAN ghupo ey.. haha

Pada sapa2 yang tak pernah dengar lagu ni, boleh la dengar dulu. Lirik pun ada. Penuh dengan pengajaran lagu ni sebenarnya. Hayatilah maksud dia. Best!


Lirik:


Ko jolobak ko jolbu 

Tuai padi tigo tangkai
Kalau kono komat jolobu
Tak mati badan menghasai
Gurindam dulu dulu jangan ponah dipotikai
Tak tahu tanyo dulu jangan goma memandai-mandai



Kisah eh bermulo mulut ughang kampong
Kisah ramai gadis cantik kek jolobu berkampung
Ughang luar datang luar nak cari'an joki
Lain pulak jadi eh terpikek nak buek bini
Tapi silap kono komat sampai tinggalkan keluargo
Kopit bawah kotiak bini tanggungjawab lupo
Omak ayah rindu tapi dio buek bodoh
Dah takdo monyosa monangih dopan kubur

Chorus:
Ko jolobak ko jolbu 
Tuai padi tigo tangkai
Kalau kono komat jolobu
Tak mati badan menghasai
Gurindam dulu dulu jangan ponah dipotikai
Tak tahu tanyo dulu jangan goma memandai-mandai

C2:
Ughang luar salah tafsir koba gadih kito bahayo
Lopeh coghai semuo ghoto jadi milik dio
Jangan salah anggap napo lobihkan pompuan
Sobab laki boleh hidup kalau campak dalam hutan
Zaman dah boghubah adat di tolan zaman
Dah takdo mewaghisi coghito bertauladan
Apotah laie mengaku ughang nogori
Bilo tanyo suku mano nak jawab pun tak ghoti

C3:
Poie tanyo omak poie tanyo uwan
Kok takdo kosompatan buleh tanyo kawan-kawan
Aktiviti bergurindam tolah lonyap dilupokan
"sebagai suatu warisan"

Ulang Chorus

Wak wak makan padi si lomang dalam buluh
Kok dah dapek yg dicari jgn terlansung semayang subuh
Ayam berkokok umah ponghulu itu tando haghi nak siang
Kok dah dapek oghang jolobu tak sabar nunggu malam ko siang

Ulang C2 dan C3
Ulang Chorus


Sapa yang jarang dengar loghat N9 ni pastinya agak susah nak pahamkan maksud dia kan. Aku pun amek masa gak. Aku paham lirik dia. Cuma few words je laa yang aku tak berapa paham. Setelah aku baca diskusi orang N9 kat FB, barulah aku dapat maksud seluruhnya. #hehe


Ni terjemahannya:

Ke jelebak ke Jelebu
Tuai padi tiga tangkai
Kalau kene "hikmat" Jelebu
Tak mati badan merana
Gurindam dulu-dulu jangan pernah dipertikai
Tak tahu tanya dulu jangan suka memandai-mandai

Kisahnya bermula mulut orang kampung
Kisah ramai gadis cantik di Jelebu berkampung
Orang luar datang nak cari rezeki
Lain pulak jadinya terpikat nak buat bini
Tapi silap kene "hikmat", sampai tinggalkan keluarga
Kepit bawah ketiak bini tanggungjawab lupa
Emak ayah rindu tapi dia buat bodoh
Dah takde menyesal, menangis depan kubur

CHORUS:
Ke jelebak ke Jelebu
Tuai padi tiga tangkai
Kalau kene "hikmat" Jelebu
Tak mati badan merana
Gurindam dulu-dulu jangan pernah dipertikai
Tak tahu tanya dulu jangan suka memandai-mandai

C2:
Orang luar salah tafsir kata gadis kita bahaya
Lepas cerai semua harta jadi milik dia
Jangan salah anggap kenapa lebihkan perempuan
Sebab lelaki boleh hidup kalau campak dalam hutan
Zaman dah berubah, adat ditelan zaman
Dah takde mewarisi cerita bertauladan
Apatah lagi mengaku orang negeri
Bila tanya suku mana, nak jawab pun tak reti

C3:
Pergi tanya emak, pergi tanya nenek, 
Kalau takde kesempatan boleh tanya kawan-kawan
Aktiviti bergurindam telah lama dilupakan
"sebagai satu warisan"

Ulang CHORUS

Burung wak-wak makan padi, isi lemang dalam buluh
Kalau dah dapat apa yang dicari, jangan terlajak sembahyang subuh
Ayam berkokok rumah penghulu, itu tanda hari nak siang
Kalau dah dapat orang Jelebu, tak sabar nak tunggu malam ke siang..

Ulang C2 dan C3
Ulang CHORUS


Amacam..? Ada paham tak..? haha. Best sebenarnya belajar loghat negeri sembilan. Walaupun lagu ni asalnya diambil dari pantun klasik N9, pencipta lirik ni memang kreatif. *certain cerita ni agak sensitif ye. Orang pure N9 tau sebab apa..* Adios!!

notakaki: Rapper berdialek N9 bernama Waghih (Waris) ni, aku memang sangat salute pada dia. Tak ramai orang yang boleh berdialek N9 mampu mengetengahkan lagu sebegini ke pendengaran umum. TAHNIAH!!

Thursday, January 23

5 Freaky Things You Should Not Search on Google

bismillahirrahmanirrahim..

Setiap orang ada kelemahan dan ada kekurangan. Ada yang jenis suka menyanyi, ada yang pandai decorate, tak kurang jugak ada yang gayat, ada yang kulit yang bermasalah. Semuanya Allah dah tetapkan, dan tugas kita untuk menerimanya dengan sepenuh hati.

"Itu sebab Allah jadikan manusia tu dari pelbagai background. Untuk kita berkenalan. Yedak..??"

#betul3

Ok. Intro tazkirah sikit. hehe. Kali ni aku nak share tentang few things that you should NEVER ever search these on Google. They are really freaking freaky, you know..!! Pada yang jenis geli pada serangga tu atau yang senang terasa geli dengan sesuatu (ehem2..), mungkin korang boleh ambil selimut sambil selubung diri. Takpun get ready tekan Ctrl + W ok..? hehe.

1. Clock Spider
- Kalau yang jenis fobia labah2 ataupun arachnophobia tu, mungkin depa tak sanggup nak tengok ni.



2. Trypophobia
- Fobia jenis ni khusus untuk orang yang cepat fobia dengan benda2 kecik, lubang2 kecik yang banyak. Geli gak tengok..




3. Coconut crab
- Ok. Yang ni memang menggelikan dan menakutkan. Besar baqhang.. Bayangkan tetiba benda ni datang kat pantai tempat kita mandi manda. Lintang pukang yeop teman lari.. haha




4. Bedbugs on mattress 
- Ni serangga yang selalu ada kat mattress. Tilam2. Karpet2. Honestly, aku geli dengan benda ni. Scary..




5. Mucus plug
- Mucus ni boleh dijumpai kat perempuan mengandung. Tengok je la gambar ni. Tak reti sangat aku nak explain. Tapi menggelikan kowt..





Camne? Ada yang korang terasa geli tak..? Ada yang terasa tiba2 ada benda2 kecik merangkak kat badan korang tak..? Kalau ada bagus. Itu tanda korang ni normal lagi. haha. Kalau tak tu, maybe aku kene try cari something yg lagi scary dan menggelikan untuk korang. haha

notakaki: Dalam banyak2 bugs, aku paling benci dengan satu jenis serangga ni. =(

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...