hati ini terasa tertarik untuk menukilkan satu kehidupan yang sebenarnya agak lazim bagi masyarakat kota yang hidup dengan kebebasan berhibur.. nyanyian.. minuman.. dan segala bagai.. tetapi apa yang menjanggalkan ialah mengapa ia berlaku pada masa yang tak bersesuaian dengan perkara tersebut...
aku melalui malam-malam Ramadhan ku seperti biasa. beribadah. tarawikh. qiyam. tapi pada malam ni, aku rasa seperti hendak merantau keluar melihat apa yang masyarakat sekeliling ku lakukan. adakah sama seperti yang orang lain lakukan??? atau adakah lebih hebat?? boleh jadi pandangan ku betul, dan boleh jadi juga tidak.
aku memulakan kembara malamku pada malam 27 Ramadhan ini dengan menuju ke Bukit Bintang. selesai sahaja aku solat maghrib berjemaah di Mid Valley, aku bersama 3 lagi sahabat menuju ke sana. tak dapat dinafikan, malam di KL sememangnya hingar. dengan bunyi hon, bunyi orang menjerit... dan macam2 lagi.. jalan masa tu memang jam.. kami tercari2 bas ke KL Sentral, tapi satu pun xde. kami nekad mengambil teksi dan seperti yang diduga, memang kami kene "sembelih" habis ngan driver tu. mana tidaknya, pesta lampu brek merah memenuhi jalan raya.. dalam perjalanan yg sepatutnya singkat tu, kami dikenakan cas RM10..
dari monorail stesen KL Sentral, kami menghala ke Bukit Bintang. entah macam mana pula hati kami ni nak tergerak pergi ke sana. kalau nak diikutkan, baik kami balik je. aku ni sekadar mengikut sahaja. follow je la an. dalam masa yg sama, dapat aku gunakan peluang ni untuk menilai dan memerhatikan kehidupan masyarakat kota pada malam hari..
setelah beberapa lama berjalan melihat suasana Bukit Bintang pada malam hari, kami berhenti jap kat satu kedai makan. saja ja nak lepak kejap. mata aku liar memerhati sekeliling. otak ku tak henti dari terus menganalisa setiap tindak tanduk dan perilaku manusia sekeliling ku..
ada yang bertudung, tapi berpeluk dengan lelaki secara terbuka. ada juga perokok wanita. di sudut hujung sebelah jalan sana pula, ada yang mempromosikan urutan badan. ada juga yang lelaki yang mendapatkan khidmat urutan secara terbuka di khalayak ramai.. macam2 perangai dpt ku lihat.. di malam 27 Ramadhan.
aku dan sahabat pun duduk di satu meja sambil datang seorang wanita yang nak ambil order. menghulurkan menu yang disediakan. terbeliak juga mataku ini melihatkan Nescafe ais berharga RM5.. tak tahu apa yang mereka letak dalam tu, tapi aku rasa sama sahaja dengan nescafe yang lain.. sahabatku lain order shisha perisa grape. memang aku tak suka shisha ni. rasa macam tengah merokok pula. bibir aku ni x pernah lagi disentuh rokok mahupun shisha.. arak jauh sekali. biarlah apa pon orang nak kata.. aku tetap aku...
sambil2 mataku ligat melihat dan menilai akhlak masyarakat sekeliling, tiba2 ada satu persembahan nyanyian yang diadakan. aku sebenarnya x berapa suka sangat benda ni. tapi xkan la nak tinggalkan sahabatku di situ pula. aku pun duduk sambil telinga ni terus disulami suara bingit penyanyi wanita tu (bukan artis la). sampai suatu ketika, wanita ni nak persembahkan lagu berikutnya, iaitu sebuah lagu dangdut nyanyian Inul..
perhatianku tertarik pada wanita itu. dangdut di malam Ramadhan.. hebat sungguh manusia ni. mencemarkan malam yang mulia. sebelum nyanyi, wanita ini buat intro sikit. dia kata, "saya akan menyanyikan sebuah lagu dangdut (x ingat apa tajuk lagu nya) nyanyian Inul. InsyaAllah, saya akan goyang maut sikit..."
aku dan shabat yang lain tersentak. apa yang sebenarnya wanita tu pikir.da la menyanyi terpekik-pekik di malam Ramadhan. boleh pula mengeluarkan ayat sebegitu rupa. begini rupanya pemikiran masyarakat kota pada malam Ramadhan. aku terbayang... kalau mereka boleh mengatakan sebegitu, boleh berpelukan di khlayak ramai sedang tudung masih di kepala... bagaimanakah ibadah mereka???? bagaimana pergaulan mereka??? bagaimana sikap mereka di luar Ramadhan??
aku dan sahabat pulang sejurus selepas itu... aku merasakan betapa hinanya kita ini. Allah memberikan aku kesempatan untuk aku melihat dunia sebenar yang penuh dengan dugaan. untuk aku ambil pengajaran darinya...
(kisah ini adalah berdasarkan kisah sebenar. sebahagian cerita telah ana potong dan pendekkan)
wallahu a'alam...
No comments:
Post a Comment