tinggal beberapa jam sahaja lagi negara kita Malaysia yang tercinta ni nak menyambut ulang tahun kemerdekaannya yang ke-53... tahniah kepada barisan pimpinan negara sama ada dari parti pembangkang mahupun pihak kerajaan yang sehingga kini, walaupun ada perbezaan pendapat dan sebagainya, but still masih mampu meneraju tampuk pemerintahan dengan baik.
bercakap pasal merdeka ni, ana xnak la story pasal sejarah kemerdekaan negara yang ana rasa hampir semua daripada kita ni dah tahu dan mengerti tentang hal2 sejarah ni... tapi, apa point yang ana nak ketengahkan di sini ialah "adakah kita ni sudah merdeka??"
sebenarnya, kalau kita nak bercerita pasal merdeka ni, takkan ada kesudahannya.. sebab ape?? sebab kita ni tahu merdeka dan sejarahnya. tapi jarang skali antara kita ni yang memahami dan mengerti maksud disebalik merdeka itu sendiri. ana xnak la huraikan maksud merdeka dan bla3... sebab ana yakin antum semua pun paham apa tu merdeka..
ana teringat cikgu ana (nama dan lokasi dirahsiakan) pernah bercerita time kelas.. dia cakap "kita ni nama je da merdeka, tapi mindset kita x pernah merdeka. tengok jela gejala buang bayi, rempit, penagihan dadah dan sebagainya.. ini ke tindak tanduk dan akhlak sebagai masyarakat yang merdeka???"
kalau kita tengok la US sana, diorang ni even jadi "penjenayah dunia" terbesar, namun diorang ni ada satu sifat and sikap yang jarang ada pada masyarakat dunia ketiga. maksudnya, diorang ni da mengalami evolusi ketamadunan yang memakan masa beratus2 tahun lamanya. maybe ada yang x paham dengan apa yang ana cakapkan ni.. let's make it this way.. biar ana cakap dengan bahasa yang mudah difahami..
US ni da ditubuhkan dan dimerdekakan beratus2 tahun yang lalu atau maybe lagi lama.. so, diorang ni dah mengalami pelbagai perubahan yang membawa mereka ke arah suatu ketamadunan (tapi x Islam)... mereka mempunyai peradaban dan cara hidup yang tersendiri. berbanding negara kita, kita juga mengalami perubahan dan cara hidup kita yang penuh dengan adat dan adab membuatkan kita rasa yang kita ni lebih baik dari US..
fine, stakat ni sapa yang x paham??? eh.. macam kat dalam kelas lak... hehe... tapi, fakta yang cikgu ana sebutkan tu hanya valid tuk beberapa puluh tahun yang lalu.. tapi kini, adakah ni ada lagi adat dan adab yang kita megah2kan tu??? kita ni mengalami pembangunan dan evolusi terlalu drastik sehinggakan pembangunan mental dan sahsiah kita x seiring dengan kemajuan moden kita.. hasilnya, bayi dalam tong sampah, pelacuran berleluasa.. adakah ini yang kita katakan merdeka???
ana bagi satu contoh, dalam kes buang bayi la katakan.. kita bandingkan antara US dengan Malaysia. kalau di Malaysia, kes buang bayi ni da semakin hangat plak. dulu jarang la kalau kita nak dengar pasal kes ni. kebanyakan bayi yang dilahirkan hampir kesemuanya adalah bayi luar nikah. maka, "ibu bapa" hina ni akan membunuh dan membuang bayi ni sesuka hati mereka.. kalau kat US, kes bunuh bayi boleh dikatakan kurang sebab mentaliti pesalah laku ni sendiri. andai kata diorg ni terlanjur, diorag x bunuh bayi tu, tetapi diorang letak bayi tu dalam bakul and letak depan rumah orang sambil letak makanan kat sebelah tu.. (betulkan fakta ni kalau ana salah)... diorg ni masih tahu lagi bahawa buang bayi tu adalah satu kesalahan.. so, kita sebagai rakyat Malaysia harus ambil pengajaran yang baik dari tindakan itu. bukan ana nak galakkan "buat bayi tanpa lesen" ni.. maksud ana, kita implement tindakan tu dalam situasi yang lain. cth nya, kalau kita nak buat salah, kita harus tahu baik buruk dan andai kata kita membuat kesilapan, jangan kita tambah kesilapan kita dengan buat kesilapan yang lain..
apa yang ana nak maksudkan ni ialah mentaliti kita ni masih x merdeka sebagaimana merdekanya negara kita ni.. negara kita ni mampu mencapai segala kemajuan dan pembangunan yang seiring dengan kemajuan dunia.. namun, minda kelas pertama yang selalu diuar2kan perlu kita utamakan.. letakkan minda dan akhlak kita atas landasan agama, InsyaAllah... kemerdekaan sebenar pasti dapat kita capai..
wallahu a'alam...
1 comment:
Salam, di US bukan tidak ada gejala buang bayi, sebaliknya budaya gugurkan bayi..... (dari 1973 sehingga 2008, di US, 50juta bayi digugurkan......)
Post a Comment