Followers

Thursday, August 26

Al-Quran umpama kekasih..

bismillahirrahmanirrahim..

salam 2/3 Ramadhan kepada semua muslimin muslimat. mabruk juga ana ucapkan kerana setakat ini, Alhamdulillah kita semua berjaya melepasi sebahagian Ramadhan dengan izinNya.. kepada yang ada lobang2 tu, jgn lupa qada' pula. maybe antum ada masalah kesihatan yang x mengizinkan antum berpuasa. xpe.. Allah lebih mengetahui..

ana sebenarnya sekadar nak mengucapkan ini sahaja, tapi orang kata da alang2 update blog ni... biar ana nak bawa satu ingatan kepada diri ana sendiri dan InsyaAllah kepada antum semua.. sebab Allah menyuruh kita dalam berpesan2 kepada kebaikan ni... (103:3)

pernah x kita ni menghafal Al-quran??? maksud ana, walaupun kita ni xla menghafal sampai 30 juzuk (kepada yang berusaha menghafal 30 juzuk tu, mmg mumtaz la), tapi kita mesti ada hafal sebahagian daripada ayat2 dalam Al-quran tu kan. so, ada x kita sustain ayat2 tu dalam ingatan kita?? masihkah kita ni menghafal ayat yang kita hafal waktu kita sekolah agama atau sekolah menengah dahulu??? dapat x bayangkan, kita ni hafal sebahagian pun da lupa2 ayat tu... macam mana dengan para huffaz yang menghafaz keseluruhan Al-quran??? bagaimana diorang maintain ingat hafalan diorang??

sebenarnya begini... bak kata ustaz ana, Al-quran ni pelik sikit. maksudnya, bukan la Al-quran ni sesuatu yang batil atau sesuatu pembohongan semata. apa yang ustaz ana maksudkan tu ialah Al-quran ni umpama seorang kekasih. kepada yang pernah berkasih di luar sana (atau senang cerita umpama kita dengan mak kita la), kalau sehari x jumpa, mesti kita da tercari2 atau duk memikir kemana la kekasih atau mak kita ni pergi. begitu juga Al-quran...



katakan kita ni menghafaz 30 juzuk Al-quran time skola x pun time kat universiti... then, bila kita masuk alam pekerjaan, for sure kita ni da busy kan. entah2 Quran pun kita x pegang.. so, kita perlu refresh balik ayat2 yang kita da hafal kan..

andaikata kita x refresh balik dalam sehari, Quran kata xpe.. masuk 2nd day, xpe lagi.. 3rd day, "sipolan ni da busy sgt ke... smp lupa kat aku".. 4th day, "ni nak merajuk ni.." 5th day, Quran mesej.. "i give you 3 days to decide, me or your world..." 6th day, "sehari lagi tinggal, baik pikir cepat.. kalau x..." 7th day, "sampai sini sajalah hubungan kita, kalau ada rezeki kita jumpa lagi, salam... bye2..."

sebenarnya, ustaz ana waktu citer bende ni kat ana, sakit gak perut tahan gelak. tapi, mesej di sebalik lawaknya tu, ada banyak pengajaran. dia kata, "xde la Quran cakap kat manusia camtu... perumpamaan sahaja... kalau betul2, mau manusia ni 24 jam ngan Quran je..." maksudnya di sini, kalau kita ni da "berhubungan" dengan Al-quran, jangan la kita lepaskan begitu sahaja....

teruskan dengan hafalan and maintain dalam ingatan ayat2 yang dihafal.. bagi memudahkan, pastikan ada Quran kecil dalam poket supaya kalau ada masa lapang, kita boleh baca and hafal..

wallahu a'alam...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...