Followers

Saturday, October 30

Tekanan homoseksualiti.

bismillahirrahmanirrahim..

“Wei, Nazrin. Aku nak cakap sikit ni. Tapi aku harap ko tak terkejut la ek.. aku just nak mintak nasihat dan pandangan ko..” tiba-tiba sahabat lama ana menyatakan hasratnya. Mula-mula tu, agak suspens la juga, entah apa la yang dia nak cakap. Sipolan (nama tak boleh disebut di sini) ni jarang nak mintak nasihat dengan ana. Kalau nak borak pun, mesti borak pasal life dia dekat university.

“Nak mintak nasihat?? Ko sihat tak ni?? Hehe.. gurau je. asal macam serius je kau ni? Cuak lak aku tengok..” memulakan bicara dengan sedikit gurauan.

“ehmm.. sebenarnya aku da lama da nak cakap benda ni. Tapi, tak tahu nak luahkan kat sape. Aku takut kalau orang tak boleh nak terima aku. Yela, aku ni ‘lain’??” ujarnya sambil membuat isyarat bracket dengan kedua-dua jari telunjuknya.

'Lain'?? Apa pula la yang sahabat ana ni nak cakap. Nak kata dia lain, ana rasa dia biasa je. Takda la pula dia ada kuasa cam hero seluar dalam merah tu.. hihi.. Cume dia ni baik kepada semua orang. Satu benda yang ana gemar pasal dia ni, dia suka tolong orang. Lagi satu, kalau orang tak solat dia selalu ingatkan. Orang kata tu, boleh buat menantu la. Ana mula tenung air muka dia yang sudah mulai berubah. Seperti ada bara api yang hendak diluahkan..

“aku sebenarnya.. hmm.. ada perasaan dekat..” suaranya terhenti. “dekat??” ana cuba bertanya lagi.,

“Lelaki..”.

Astaghfirullahal’azim.. ana tarik nafas panjang2. Terasa macam nak kiamat pula rasanya. Ana terus pandang mukanya dengan pandangan yang agak kemarahan. Entahlah.. ana rasa macam nak tumbuk je kawan ana ni. Perasaan tu tiba2 muncul. Ana tau dia seorang yang baik. Baik sangat. Dia rajin puasa, rajin beribadat. Kenapa pula dia buat macam ni?? Tapi ana tengok riak muka dia macam merasa tekanan yang teramat sangat. Seperti ada bom jangka yang bakal meletup pada bila2 masa saja dalam kepalanya. Timbul pula rasa kasihan pada dirinya. Mungkin dia tak bersalah. Ana cuba selidiki..

“sejak bile?? Kenapa ko sanggup buat benda ni kepada agama kau. Kau tak takut kepada Allah ke??

“Aku tak tahu la Nazrin. Benda tiba2 je muncul. Aku pun tak perasaan sejak bile benda ni bersarang dalam hati aku ni. Bila aku tengok je lelaki yang ada rupa, aku rasa semacam..” air mata nya mula kelihatan di penghujung bulu matanya. Tertunduk sayu. Suaranya semakin perlahan dan tersekat-sekat. Dia juga memberitahu bahawa dia tak boleh nak control perasaan tu. Muncul secara tiba2.

Rasa sedih mula menyelubungi suasana petang tu. Ana pula yang pada mulanya marah, kini berasa sangat simpati padanya. “kau pernah buat ke benda tu??” agak cuak juga mengeluarkan soalan itu. Takut tersinggung pula. Dia menggeleng saja.



Cerita ini merupakan cerita benar yang ana dapat daripada sahabat lama ana. Dengan persetujuannya, ana dibenarkan untuk post cerita ini untuk pengajaran kepada semua. Biarlah namanya dirahsiakan asbab menjaga keaibannya.

Homoseksualiti?? Selalukah anda mendengar pasal ini?? Pada ana, selalu dengar juga tapi ini merupakan kes pertama yang ana dapat tahu secara live. Sungguh terkejut dan macam2 perasaan yang bercampur baur.

Berdasarkan cerita (sebenarnya ada panjang lagi) antara ana dengan dia, ana kini dapat mengetahui bahawa betapa lelaki pencinta lelaki ini telah melalui masa mereka yang hitam dan sukar. Bila mana sahaja mata tercelik melihat alam maya, pasti akan terlihat kaum sejenis dan pada masa ini gejolak perasaan songsang bisikan syaitan ini bermaharaja lela. Bukanlah sahabat ana ini terus melayan sahaja perasaan ini, namun seksaan dalam menanggung kesakitan terhadap perasaan tersebut amat sukar untuk diperkatakan. Sahabat ini bukanlah dari jenis yang lembut, bahkan bersifat seperti lelaki normal lain. Cuma perasaan sahaja yang membezakannya.


Mungkin sahaja perasaan itu timbul atas beberapa factor yang tak terdaya untuk kita halangi. Misalnya, kecendurangan para ibu bapa yang terlalu menginginkan anak perempuan hasil perkongsian hidup mereka menjadikan mereka terlalu obsess kepada jantina tersebut. Namun, apabila hasrat itu tidak kesampaian, ibu bapa yang merasa kecewa tadi terus sahaja melayan anak lelaki tersebut seperti anak perempuan. Hal ini menyebabkan si anak cenderung ke arah keperempuanan.

Keduanya, mungkin sahaja si anak mengalami pengalaman hitam lagi getir pada awal kehidupannya akibat nafsu serakah songsang sesetengah pihak. Akhirnya, kecelaruan yang dialaminya menyebabkan si anak “rosak”. Kekeliruan identity sedikit sebanyak merajai dirinya.

“dan (ingatlah)ketika Luth berkata kepada kaumnya; ‘kamu benar-benar melakukan perbuatan yang sangat keji (homoseksual)yang belum pernah dilakukan oleh seorang pun dari umat-umat sebelum kamu.” (al-Ankabut : 28)

Tak dinafikan, terdapat sesetengah golongan yang pantas menghukum golongan ini. Memang benar, homoseksual merupakan sesuatu yang luar daripada norma kehidupan, sehinggakan nabi pun tidak akan mengakui umatnya yang homoseksual. Bagi ana, ana lebih suka mengambil pendekatan menasihati dengan niat mengubah daripada menghukum. Bukanlah ana bersetuju, jauh sekali menyokong perasaan yang dimiliki oleh golongan ini, tetapi “kecacatan” mereka perlu “dinormalkan” asbab untuk mengubah mereka. Bukan mengeruhkan lagi keadaan. Kita boleh saja menilai seseorang yang berperasaan songsang ini seorang yang keji dan sebagainya, namun penilaian kita terhadap mereka itu juga akan dinilai oleh Allah.



Mungkin sahaja dengan mereka mendekati kita untuk meminta sedikit sokongan dan nasihat mampu membawa mereka ke pangkal jalan. Mereka ini sudah setentunya tahu akan kejinya perlakuan ini, namun kekuatan moral dan emosi yang lemah membuatkan mereka tewas. Maka, kita yang diminta nasihat inilah yang perlu bertindak amar ma’ruf nahi mungkar. Seandainya, kita kikir dalam bernasihat, mungkin mereka akan lebih teruk terjerumus ke dalam nereka perasaan mereka. Mahukah kita melihat saudara seaqidah jadi seperti itu??

Sebagai seorang yang lebih beruntung kerana tidak dikurniakan perasaan sedemikian, kita seharusnya berusaha membantu golongan seperti ini ke panggal jalan. Mereka yang berada dalam keseksaan menanggung “dosa perasaan” ini sudah pasti mahukan sokongan dan tangan pendakap untuk membantu mereka keluar dari neraka perasaan tersebut. Bukanlah kecaman yang mereka mahukan. Alhamdulillah bagi yang ada kesedaran untuk membawa kembali saudara seaqidah seiman kepada cahaya Ilahi.

Bagi yang rasanya berada dalam golongan homoseksual, ana nasihatkan agar dekatkan diri kepada Allah. Elakkan zina sejenis sebagaimana juga lelaki normal ditegah mendekati zina. Libatkanlah diri dalam aktiviti keagamaan. Banyakkanlah berpuasa kerana ia mampu menundukkan nafsu.

Wallahu a’alam...

Friday, October 29

ISLAMIC FASHION FESTIVAL... mengapa??

bismillahirrahmanirrahim..

Di sebalik kesibukan masyarakat dunia terus menerus melabel Islam sebagai suatu “ikon keganasan” yang seharusnya, malah sewajibnya dihapuskan, kini masyarakat dunia Islam semakin dipanaskan lagi dengan “wahyu” baru yang telah menjenamakan Islam ke arah yang lebih moden.

Seharusnya, anda sudah sedia maklum mengenai Islamic Fashion Festival yang diadakan di Monte Carlo pada 9 Ogos 2010 yang lalu yang dianggap pembaharuan yang gempak pada alaf ini. Mengapa?? Itu persoalan yang timbul gara-gara keghairahan sesetengah individu yang terlalu “gila” untuk menaikkan nama Islam di pentas dunia. Bukan masalah kita tak boleh menaikkan syiar Islam di mata dunia, malahan kita amat dituntut untuk berbuat demikian. Tapi, cara yang sedemikian itu bolehkah menaikkan Islam atau menjatuhkan serta memburukkan Islam di mata musuhNya???

Baiklah. Ana setuju sekiranya pihak yang terbabit ini mahu mengetengahkan fesyen Islam yang kini makin dilupakan dan diabaikan oleh masyarakat Islam sendiri. Malah usaha ini juga dapat membuka mata masyarakat dunia mengenai pemakaian di dalam Islam yang tampak jelas memelihara kesucian dan kesopanan seseorang. Masalahnya kini, apa yang dilakukan bukanlah berlandaskan Islam yang sebenar. Adakah apa yang digariskan oleh syara’, sebagaimana juga yang diamalkan dari zaman Rasulullah dahulu, dipraktikkan dalam usaha yang dianggap murni ini??

Lihat beberapa contoh fesyen “Islamic” yang dicipta oleh para pereka fesyen yang merekacipta pelbagai bentuk fesyen tanpa berpandukan cara Islam yang sebenar..






Adakah 1400 lebih tahun yang lalu, Rasulullah mengajar untuk umatnya berpakaian seperti ini?? Adakah terdapat mana-mana dalil mahupun nas dari al-Quran dan hadis yang meletakkan pemakaian cara Islam dalam keadaan begini??

“... dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang biasa terlihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung mereka ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya)...” (an-Nur : 31)

Nah, apalagi yang perlu dipertikaikan mengenai kesahihan ayat di atas yang secara jelas memperkenalkan serta mengajar cara yang paling tepat untuk berpakaian secara Islam bagi wanita. Perlukah menjenamakan semula cara yang diperintahkan oleh Allah ini?? Adakah mereka yang terbabit ini terlalu agung untuk menidakkan apa yang diperintahkan Allah, yakni TUHAN mereka sendiri??

“sekarangkan zaman moden. Janganlah jumud sangat. Masa sudah berubah. Manusia zaman sekarang memerlukan pembaharuan. Kita perlu tunjukkan pada dunia bahawa Islam mampu menguasai segala jenis bidang, termasuklah bidang fesyen ini”

Persoalan seperti ini mungkin timbul di benak pihak yang hanya mahukan sesuatu yang dipanggil pembaharuan. Ingatlah, meskipun dunia ini berubah walau dengan cara apa sekali pun, namun perintah Allah tidak akan berubah. Pergolakan yang berlaku di dalam pemikiran manusia yang terlalu menginginkan perubahan hanya akan membawa kepada kebinasaan belaka. Cuba fikirkan sejenak, mengapa Allah memerintahkan hambaNya untuk berpakaian sedemikian. Adakah lelaki yang melihat kepada wanita yang berpakaian sedemikian boleh menahan syahwat mereka?? Adakah pasti bahawa tak akan ada seorang lelaki pun yang akan melihat secara “menyeramkan” terhadap wanita itu?? Sebab itu Allah maha mengetahui tentang apa yang diciptakanNya.. apa kelemahan pada hamba ciptaanNya, apa yang terdaya oleh hambaNya.. semua itu di bawah kuasaan Allah azza wa jalla.. maka, kita yang selayaknya menjadi hamba sahaja perlu akur dengan apa yang diperintahkan.

“kami nak memperkenalkan fesyen Islam di mata dunia supaya orang yang bukan beragama Islam itu tahu bahawa Islam memberi kelapangan kepada penganutnya untuk berfesyen asalkan menutup aurat”

Fesyen apakah yang dimaksudkan??? Sekadar meletakkan sehelai selendang nipis di atas kepala dan memakai baju yang ketat mahupun mengenakan abaya tidak menentukan boleh atau tidak seseorang itu berfesyen. Di atas pentas fesyen atau pun catwalk, meskipun anda berpakaian litup sekalipun, anda pasti akan memperagakan pakaian itu dengan berjalan dengan penuh kemegahan serta menghentakkan kaki di pentas sambil diperhatikan oleh sekumpulan manusia yang entah betul atau tidak anda akan terus berpakaian seperti itu di luar??


satu lagi, penghinaan terhadap agama Islam yang kononnya diangkat dalam festival berlaku secara tidak kita sedari. terdapat tulisan arab "Muhammad" pada pakaian di atas. adakah ini yang perlu diangkat sebagai fesyen?? penghinaan terhadap Rasulullah pada pakaian seorang wanita yang tidak langsung menutup aurat. tak perlulah sekadar meminta maaf kepada umat Islam, tapi pohonlah ampun dan maaf kepada Allah dan Rasulullah..

Berdasarkan pemerhatian ana, pakaian yang diperagakan tiada bezanya dengan pakaian orang bukan Islam, cuma anda memakai “tudung 3 suku”. Itu saja. Maka, apa yang perlu dihebohkan dan dibanggakan sehingga sanggup menyalahgunakan nama Islam semata-mata mahu mengaut keuntungan peribadi?? Tidak malukah. Lagi satu, ana tengok, orang kuat yang “bekerja keras” bagi menjayakan festival ini tidaklah memperagakan busana muslimah yang sebenarnya. Orang macam inikah yang diharapkan untuk mengangkat martabat Islam??

Sepatutnya, fesyen pemakaian Islam ini boleh diperkenalkan kepada dunia. Takde masalah pun. Cuma, cara pelaksaannya sahaja yang bercanggah, tambahan pula dengan konsep kontemporari yang seolah-olah “mencipta” cara pemakaian Islam yang baharu. Dalam menegakkan apa yang diperintahkan Allah, kita seharusnya bersifat sangat teliti supaya apa yang disampaikan dapat diterima dengan cara yang baik oleh masyarakat umum.

Wallahu a’alam..

Thursday, October 28

Kalau dah pandai, tak payahlah solat...

bismillahirrahmanirrahim..

“menuntut ilmu itu merupakan kefardhuan ke atas setiap muslim”

Hadis nabi di atas ini mewajibkan setiap seorang daripada kalangan umatnya yang beriman untuk menuntut ilmu. Kepentingan ilmu ini bukan sahaja perlu dalam menuntutnya, malah untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kita imbas kembali, bila mana tamat sahaja perang Badar pada zaman Rasulullah, sejumlah tawanan telah dibawa kembali ke Madinah. Sebagai cara untuk memerdekakan diri, mereka diminta untuk membayar sejumlah wang tebusan. Bagi yang tidak berkemampuan, para tawanan ini perlu mengajar anak orang Islam membaca, menulis dan mengira.

Nah, kita dapat lihat di sini bahawa Rasulullah amat mementingkan ilmu pengetahuan dalam kalangan umatnya. Betapa nabi amat menitikberatkan soal pendidikan sehinggakan syarat untuk menebus diri sebagai tawanan pun berlandaskan pendidikan. Rasulullah bijak dalam usahanya membanteras kejahilan dalam umatnya.

Tapi, apa yang dapat kita lihat pada zaman sekarang, tak dinafikan ramai orang zaman sekarang merupakan orang yang cerdik2 belaka. Lihat sahaja pada tahap pencapaian pendidikan mereka. Kadang-kadang tu, ternganga tengok keputusan hebat pendidikan mereka. Tapi mengapa masih sahaja berlaku berlaku perkara2 mungkar yang sepatutnya tidak dilakukan oleh orang yang bijak pandai ini.

Hakikatnya, kita ini umpama tersalah langkah dalam menuntut ilmu. Ilmu yang dituntut sekadar untuk lulus dengan cemerlang dalam exam. Mana perginya Ibnu Sina yang kita harapkan?? Mana hilangnya jati diri al-Biruni yang kita cari selama ini?? Ilmu bukanlah terhenti setakat di atas kertas peperiksaan sahaja, malah lebih daripada itu. Baru2 ini, seorang lelaki bukan Islam yang sudah berusia 100 tahun dilaporkan masih lagi membaca buku dan dalam proses menuntut ilmu.

“nak, pakcik ni da tua. Bagi la masa untuk pakcik beramal ibadat pula. Tuntut ilmu tu pakcik da buat da masa muda dulu..”



Itulah scenario yang biasa kita dengar dan lihat dalam masyarakat kita. Ana rasa tiada salahnya untuk menuntut ilmu sambil beramal. Bukankah cara itu lebih berfaedah dan memberi manfaat? Ana takde la suruh pakcik atau makcik yang sudah lanjut usia ni buka buku biologi form 5 kemudian baca sampai nak pecah kepala. Bukan itu maksud ana. Ilmu Allah itu luas. Terlalu banyak cabang ilmu yang dapat kita pelajari. Bagi yang masih muda yang berkemampuan, tuntutlah ilmu. Sekiranya kita perlu untuk merantau ke negara orang, silakan. Bagi yang sudah tidak berkemampuan, masih perlu juga untuk mereka menuntut ilmu. Ilmu agama umpamanya. Ia merupakan pembelajaran sepanjang hayat bukan??

“... nescaya Allah akan mengangkat (darjat) orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu beberapa darjat...” (al-mujadilah : 11)

Dan bila kita da mempunyai ilmu, kan senang untuk kita beramal. Sesuai la dengan tajuk post ni, apabila kita da pandai, tak payahlah solat. Maksudnya, sekiranya kita mempunyai ilmu pengetahuan, maka sesuatu ibadah itu menjadi mudah tak takda lah berat untuk ditunaikan. Seseorang menganggap ibadah itu sesuatu yang berat dan payah untuk ditunaikan. Kalau mereka tahu dan mempunyai ilmu tentang hikmah disebalik ibadah itu, sudah pasti ibadah itu menjadi mudah sahaja..

“katakanlah, ‘apakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui??’ sebenarnya hanya orang yang berakal sihat dapat menerima pelajaran.” (az-zumar : 9)

Wallahu a’alam..

Sunday, October 24

semester 2 pun bermula..

bismillahirrahmanirrahim..

tup tap tup tap... masa makin cepat berlalu. rasanya macam baru semalam je notis cuti dikeluarkan.. haish~~ nak buat macam mana,,, da adat dunia akhir zaman. masa makin singkat. bukan ana sorang je yang rasa, malah hampir semua manusia dalam dunia ini rasakan juga.

Daripada Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Tidak akan terjadi qiamat sehingga masa menjadi singkat maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api". (H.R.Termizi)

nah, bukankah hadis yang dinyatakan hampir 1400 tahun yang lalu ini benar belaka. maka, beruntunglah bagi sesiapa yang beriman kepadanya..

so, back to the point. first semester had left me with sweet memories that i'm verily sure i'll not forget about it eternally. of my days in CFS IIUM with verily new experiences with new colleagues, hard days trough exam's week, vacation with dorm mates to Genting Highlands and the list goes on.

and tomorrow we'll going to meet again after a month been "disconnected". and i hope this newly opened semester will bring some good fortune to witty ones and some light of success to the less ones. also, i'm hoping that my next achievement in exams will be better than the last one in sem 1.. i remembered a hadith about it..

"Fortunately for those who make today better than yesterday, a loser for those who make this day just like yesterday, and woe to those who made this day worse than yesterday."

ok2.. some people may like to keep their exam result as a secret. but for me, nah.. lambat laun orang tahu jugak.. it's not the matter of life and death right?? so, before i reveal the top secret (macam nak umum puasa lak bunyinyer... hihi), let me make some reviews..




actually, i'm not so satisfied with myself to get such result. not to be ungrateful, alhamdulillah.. Allah has gave me such a great one, yet i must not be too satisfy with what i got.. in someday, people might be at the top and in another day, they will fall down. enough for philosophical part. having such grade is not so good rite?? isnt it??

Biology : A-
Chemistry : A-
Arabic : A
Fardhu Ain : B+
CGPA : 3.67

so, next sem?? 4.00 maybe.. insyaAllah..

wallahu a'alam..

Saturday, October 23

oh lelaki...


Inilah pesanan dari Hawa buat Adam
Harap dengan ini
Hawa dapat hidup aman dan tenteram kembali
Bukan untuk merendahkan martabatmu
Barangkali sekadar menegur salah dan silapmu..

Hawa rindukan Adam yang dahulu
Adam yang bila disebut namanya
Hawa rasa tidak terbeban
Hati tidak gundah gulana
Kenapa Adam??? Kenapa???
Bukankah Adam dahulu merupakan Saifullah..
Asadullah.. pembela Hawa dikala duka..
Adam tokoh terbilang..
Tapi.. Hawa bencikan Adam kini
Adam yang bila disebut namanya..
“takpela.. ramai lagi perempuan yang boleh buat kerja..
Tokoh wanita pun ramaikan sekarang..
Adam tu.. merempat dalam penjara je..
Baik x payah ada laki macam ni.. menyusahkan!!”

Adam dahulu tak seperti sekarang..
Dahulu, kalau ada Adam, rasa aman dan tenteram je hati..
Mak pun suruh kahwin awal.. Asbabnya,
“nanti laki kau boleh jaga kau.. bila da berlaki ni, hidup terjamin..”
Tapi, Adam sekarang, gerun dan gelisah hati hawa..
Mengenangkan nasib hidup mempunyai Adam di sisi..
Hawa ini dijual bagai ayam di pasar minggu..
“yah, nanti kawan abang datang, kau bagi jela apa yang dia mintak..
Kau jangan melawan pulak.. hutang abang ngan dia tak habis lagi tu..”
Demi hutang, Hawa digadaikan.. hidup sentiasa dalam ketakutan..
Berwaspada sentiasa.. mata sering melemparkan syak wasangka..
Bimbang.. perogol bersiri durjana..

Bukankah Adam dikatakan di dalam al-Quran..
“Lelaki itu pelindung bagi perempuan.. “
Surah an-Nisa’ ayat 34 itu benar.. tiada cacat celanya..
Tapi Adam yang mencacatkannya.. kan dalam bait terakhir ayat tu ada mengatakan..
“ jika mereka mentaatimu, jangan kamu mencari alasan
untuk menyusahkan mereka”
Kenapa adam biarkan Hawa dianiaya..
Kalau dulu, bila Hawa dilakukan sedemikian rupa..
Sepasukan panglima kuda perang yang Adam kirimkan..
Kini, bila Hawa dipenjara diseksa dalam geriji besi..
Adam hanya hadir sidang resolusi.. dayus..
Apabenda ni??? Mana Adam yang Hawa rindukan dahulu..



Aurat?? Semua ada aurat, duhai Adam..
Dulu, bila Hawa kepunyaan Adam..
Adam sanggup buat apa sahaja untuk Hawa..
Adam pagari Hawa, terserlah kehebatan Adam..
Salah silap Hawa ditegur demi Allah..
Tapi, zaman dah berubah..
“Sally, baju you tu old fashion la.. orang zaman sekarang pakai yang seksi2..
Baru lelaki macam I ni nak pandang.. ini tak.. dengan tudung tu.. kampong la!!”
Adam biarkan Hawa dalam dunia neraka ini..
Adam pantas izinkan Hawa binasa ternoda..
Aurat bagai tiada sempadan..
Mana Adam ku yang dahulu???

Duhai Adam,
masihkah Adam ingat dikala Hawa menghadiri kuliah agama..
tersenyum Hawa melihat Adam di kerusi kuliah
semangat al-Farouq menebal di dada...
di saf pertama masjid, terlihat cahaya kesolehan Adam..
demi Allah, Adam tabur segala keringat membanting tulang empat kerat
menegakkan tiang agama..
tapi, bila Hawa terlihat Adam kini..
di tangan Adam, tergenggam sebotol vodka
di kiri pula, tersemat erat rokok pemusnah bangsa..
duduk tercangkung menghadap heroin dan ganja..
mana perginya al-Quran yang dulunya senantiasa berada dalam poket kecilmu..
mana perginya tasbih yang bermain di jemarimu..
tergadai sudah agama demi seisi dunia fana
mana perginya Adam yang hawa rindui???

Ingat tak Adam pada Tok Karim???
Sudah tentu Adam akan ingat.. dialah pengikat kita dengan tali Allah..
Mana dia sekarang ya??
“oh.. bulan lepas kan ada ah long mintak duit dengan dia..
abang kan kerja ngan ah long tu..
Da tu, boss abang suruh bunuh dia..
abang bunuh je la.. bukan salah abang!!”
Celaka sungguh kau hai Adam.. demi kolonimu..
Saudara seaqidah kau korbankan.. mana pergi perikemanusiaanmu..
Itu baru yang dapatku tahu Adam..
Belum lagi di bumi berdarah Palestin yang penuh tali barut seumpama mu..
Kau da tak seperti dahulu yang selalu diperkatakan ramai..
Kaulah perwira di medan perang..
Kaulah harapan kami kaum Hawa..
Kini, tali barut merajai nafsumu
Mana perginya nilai seorang Adam??

Pesan ini hanyalah untuk menyedarkan salah dan silapmu..
Tundukkan egomu, rendahkanlah bongkakmu..
Sedarlah dari dunia khayalan..
Pandanglah kami kaum Hawa yang perlu kau lindungi..
Peganglah pada tali Allah yang perlu kau genggam erat..
Tunjukkan kelelakianmu..
Tunjukkan kejantananmu..
Tunjukkan keperkasaanmu..
Demi Allah..

Friday, October 22

ya Rasulullah, bila sampai???


Bayangkan apabila Rasulullah saw dengan seizin Allah
tiba-tiba muncul mengetuk pintu rumah kita…
Baginda datang dengan tersenyum dan muka bersih di muka pintu rumah kita.
Apa yang akan kita lakukan?

Mestinya kita akan sangat berbahagia, memeluk baginda erat-erat
lantas mempersilakan baginda masuk ke ruang tamu kita.
Kemudian kita tentunya akan meminta dengan penuh harapan
agar Rasulullah saw sudi menginap beberapa hari di rumah kita.
Baginda tentu tersenyum…

Tapi barangkali kita meminta pula Rasulullah saw
menunggu sebentar di depan pintu
kerana kita teringat VCD XXX-Rated yang ada di ruang tengah
dan kita tergesa-gesa memindahkan dahulu VCD tersebut ke dalam.
Baginda tentu tersenyum…

Atau barangkali kita teringat akan
lukisan wanita separuh telanjang yang kita gantung di ruang tamu kita
sehingga kita terpaksa juga memindahkannya ke belakang secara tergesa-gesa.
Barangkali kita akan memindahkan lafaz Allah dan Muhammad
Yang barangkali kecil dan berhabuk
Yang sudah lama ada di ruang samping
dan kita meletakkannya di ruang tamu.
Baginda tentu tersenyum…

Bagaimana bila kemudian Rasulullah saw bersedia menginap di rumah kita?
Barangkali kita menjadi malu bahawa
anak-anak kita lebih hafal lagu-lagu barat daripada menghafal selawat kepada Rasulullah saw.



Barangkali kita menjadi malu bahawa
anak-anak kita tidak mengetahui sedikitpun
sirah kehidupan baginda karena kita lupa dan lalai mangajar anak-anak kita.
Baginda tentu tersenyum…
Barangkali kita menjadi malu bahawa
anak kita tidak mengetahui satupun nama keluarga baginda dan sahabatnya
tetapi dapat pula menghafal
seluruh keturunan dan sahabat Uzumaki Naruto mahupun Kamen Raider.

Barangkali kita terpaksa menukar satu kamar mandi menjadi ruang Solat.
Barangkali kita teringat bahawa
anak isteri di rumah kita tidak memiliki koleksi pakaian yang sesuai
untuk berhadapan kepada Rasulullah saw.
kita mungkin terfikir
sesuai ke pakai mini skirt atau bermuda’s short pant?
Baginda tentu tersenyum…

Belum lagi koleksi buku kita dan anak-anak kita.
Belum lagi koleksi kaset kita dan anak-anak kita.
Belum lagi koleksi karaoke kita dan anak-anak kita.
Kemana kita harus menyingkirkan semua koleksi tersebut
demi menghormati junjungan kita?

Barangkali kita menjadi malu diketahui bahawa
kita tidak pernah ke masjid meskipun azan berbunyi..
Baginda tentu tersenyum…
Barangkali kita menjadi malu kerana
pada waktu maghrib keluarga kita sibuk di depan TV.
Barangkali kita menjadi malu kerana
kita menghabiskan hampir seluruh waktu kita untuk mencari kesenangan duniawi.
Barangkali kita menjadi malu kerana
keluarga kita tidak pernah menjalankan Solat berjemaah.
Barangkali kita menjadi malu kerana
keluarga kita sangat jarang membaca Al Qur`an.
Barangkali kita menjadi malu kerana
kita tidak mengenal jiran tetangga kita.
Baginda tentu tersenyum…

Barangkali kita menjadi malu jika
Rasulullah saw bertanya kepada kita
“siapa nama tukang sampah yang setiap hari melewati di depan rumah kita?”
Barangkali kita menjadi malu jika
Rasulullah saw bertanya tentang nama dan alamat tukang penjaga masjid di kampung kita.
Betapa senyum baginda masih ada disitu…

Bayangkan apabila Rasulullah saw tiba-tiba muncul di depan rumah kita…
Apa yang akan kita lakukan?
Masihkah kita kita memeluk junjungan kita
dan mempersilakan baginda masuk dan menginap di rumah kita?
Ataukah akhirnya dengan berat hati, kita terpaksa berkata begini kepada baginda,
“maafkan kami ya Rsulullah, kami tak dapat menerima kunjungan baginda...”
karena hal itu akan sangat memalukan kita.
Maafkan kami ya Rasulullah…..
Masihkah baginda tersenyum?
Senyum pilu,…
Senyum sedih,…
senyum getir…

masihkah kita akan dapat mempersiapkan segalanya buat baginda..
atau dengan riak wajah yang sungguh terkejut..
kita hanya mampu mengatakan..
“ya Rasulullah, bila sampai??..”

Tuesday, October 19

Maafkan saya. Tudung awak.....

bismillahirrahmanirrahim..

Memulakan bicara, ana nak berkongsi sikit pasal memakai tudung ni. Tapi, jangan nak fikir lain pulak. Walaupun ana tak pakai tudung (obviously.. ), tapi kalau kita berkongsi pasal tudung mengikut apa yang Islam suruh tak salah rasanya.

Sebenarnya, ana terinspirasi nak post pasal tudung ni dari lirik lagu minah tudung yang ana rasa, walaupun liriknya agak kasar, tapi kalau kita hayati, ada mesej yang penting kat dalam tu.

Tudung oh tudung.. kenapa la susah sangat nak jaga tudung ye.. ana rase bukan susah pun. Islam suruh kita (maksud “kita” di sini merujuk kepada kaum Hawa ye...) pakai tudung bukannya secara membuta tuli sahaja. Ada cara yang dinyatakan, so kaum Hawa yang kat luar tu, tak payah la nak tercari2 cara pakai tudung yang betul, ada seperti yang dinyatakan dalam al-Quran:

“ ... dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya)....” (an-Nur : 31)



Ha... kan dah terang tang2 kat dalam ayat tu yang menyuruh kaum Hawa ni memakai tudung dengan melabuhkan kain hingga menutup ke dada mereka. Panas??? Ala.. biasa la tu. Kira ok la tu panas dalam dunia ni.. kalau kat akhirat, sehelai rambut tu kalau dibakar selama beribu-ribu tahun, agak2nya kita boleh tahan x?? So, tahan la sikit kat dunia ni. Alah bias, tegal biasa. Lelaki??? Lelaki pun kena jaga juga aurat mereka. Bukannya takda pun..

Kalau soal keadilan tu, hmm... cuba kita bayangkan kalau kita ada sebiji mutiara yang paling mahal di dunia ni. Adakah kita nak pamerkan kepada orang ramai sesuka hati tanpa menjaganya dengan penuh rapi dan berhati-hati?? Begitu jugalah dengan rambut tu.. paham??

Ok, selesai bab orang yang taknak pakai tudung. Ingat, pakai tudung tu. Maruah anda di situ ye.. lagi satu, ada orang tanya, kenapa kalau kita pakai tudung, masih ada lagi kes2 rogol dan cabul membabitkan wanita bertudung??? Jawapannya, betul ke anda pakai tudung?? Ataupun anda hanya jadikan kain sutera yang jarang lagi nipis serta pendek hingga terletak di atas bahu anda sebagai tudung??? Betul tak cakap ana. jangan perlihatkan aurat dengan apa cara sekali pun. Termasuk juga dengan menampakkan rambut di balik tudung anda yang nipis tu. Kalau pakai tudung seperti yang disuruh dalam surah an-Nur tadi, maka, InsyaAllah, rogol dan cabul dapat dikurangkan.

“saya da pakai da tudung sampai tutup dada. Tapi still ada yang pandang saya dengan pandangan yang menakutkan. Kenape ek??”

Wah.. dahsyatnya anda. Pakai tudung tapi masih ada yang berani buat macam tu. Tapi, ana nak tanya, anda punya tudung tu datang dalam satu set ke tak??? Kalau anda pakai tudung, tapi baju dan seluar tu macam pakaian yang tak cukup kain, memang patut la anda dilakukan sedemikian. Anda degil untuk memakai pakaian yang longgar dan labuh. Anda nak menampakkan segala lurah dan aurat yang ada. Bentuk badan tu, kalau cutting macam patung kat kedai baju tu, kira munasabah la lelaki nak tengok. Ni da macam.. ntah la nak kata apa.. Mana tak lelaki asyik tengok tayangan percuma anda. Seeloknya, longgar dan labuhkan pakaian anda. Tak rugi anda buat macam tu. Bukankah lebih manis anda begitu. Ana sebagai lelaki puji anda yang berperwatakan muslimah sejati..

Tapi jangan lupa, jangan hentakkan kaki bila berjalan. Takut2 nanti ada yang ikut. Ada dua benda yang akan ikut anda, satu ialah lelaki kerana mereka tertarik dengan bunyi tu. Yela, kalau da bunyi tapak kasut tup tap tup tap... mesti la nak tau sapa tuan punya kasut yang asyik memanggil. Tambah2 bila setan da suruh. Yang kedua, dosa la..

Sang lelaki pula mengadu, “bang, saya tak tahan la bau perfume aweks tu. Walaupun bertudung, dia punya perfume sebatu boleh bau.. sedap pula baunya..”

Dengar tu wahai kaum Hawa.. pakai tudung dan pakaian yang elok da kira cantik da. Tapi jangan la pakai bauan yang mengasyikkan kat luar rumah.. pakai untuk suami atau mahram sendiri takpe la.. nanti jadi apa2 yang tak diingini, sape susah.. diri sendiri juga.. tapi bukan tak boleh pakai sampai keluar bau yang tak menyenangkan pula.. sekadar yang diyakini tak akan menarik perhatian orang lain sudah la..

Da settle ke?? Terbaik la anda wahai kaum hawa. Tapi ana tengok tudung anda ni lain macam la. Nampak pelik je. Macam bonggol unta pun ada. Nak simpan air ke kat dalam tudung tu..

“ala.. ini kan trend zaman sekarang. Semua pakai macam ni. Saya taknak la ketinggalan zaman. Semua nasihat yang abang berikan semua saya ikut.... baju, seluar, perfume, kasut, tudung saya ni.. da tutup dada pun..”



Siapa kata anda ketinggalan zaman. Malah anda sekarang ni mengenakan fesyen orang zaman akan datang. Ye.. tak percaya??? Tengok hadis nabi ni..

"Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian."
(Riwayat Muslim)

Ha.. kan ana da kata. Anda mengenakan fesyen orang zaman akan datang, iaitu fesyen orang dalam neraka. Kenapa terdiam?? Kalau nak cium bau syurga, apa kata anda pakai tudung elok2. Tak payah la buat sanggul kat dalam tudung tu. Da macam busut da ana tengok. Kan manis kalau bertudung biasa je.. tak payah nak ikut “fesyen orang zaman akan datang” tu.. ok??

Wallahu a’alam..

Sunday, October 17

Ramadhan kan dah lepas...

bismillahirrahmanirrahim..

“kak Jah.. oh.. kak Senah. Mari la bertandang ke rumah aku ni dulu,” pekik kak Mah dari rumahnya.

Kak Jah dan kak Senah pun yang berhajat ingin ke pasar pun berjalan menuju ke rumah kak Mah.

“Apahal nya kak Mah hoi... terpekik terlolong memanggil kitorang ni. Da buang tabiat ke??” jawab kak Senah.

“Bukan apa. Aku ni dah lama nampak korang. Mana perginya...”

Sambil memegang bakul kak Jah menjawab, “ala Mah.. ko bukan x tau. Aku ni sibuk sikit nak uruskan mak aku nak pergi haji tahun ni. So, aku ni selalu kene temankan dia pergi pejabat Tabung Haji tu..”

“kau pulak Senah?? Aku tengok sejak bulan puasa ari tu bukan main tak lekang pergi masjid. Bagus la tu...”

Kak Senah menjawab dengan suara lembutnya, “Alhamdulillah.. orang kata berkat bulan puasa tu ada lagi. Aku azam nak terus macam ni sampai bulan puasa akan datang.”

“Bagusnya korang berdua ni..,” puji kak Mah. Suasana menjadi lengang seketika. Tiba2 kak Jah bersuara..

“Yang ko panggil kitorang ke sini kenapa Mah??”

“Lupa pulak. Korang nak dengar cerita tak..”

“ko ni Mah tak habis2 dengan mulut ko tu. Kita ni baru je lepas bulan Ramadhan dan Syawal. Bawak2 la taubat sikit..”

“ala.. aku cakap benda yang betul aku bukan memfitnah sapa pon..” kak Mah pun meneruskan ceritanya.

Di pertengahan cerita kak Mah, kak Senah mencelah. Air mukanya seperti tidak menyukai sikap kak Mah yang suka membawa mulut tu. “Mah, kalau kita ni tak suka pada seseorang sekali pun, jangan la sampai menunjukkan keaiban orang tu. Kalau si Tijah tu tahu, mahu perang besar agaknya.”

“yela Mah. Kita ni kan jiran tetangga. Tak baik mengata orang macam tu. Ko tak ingat ke ceramah ustaz Rashid dalam kuliah subuh hari waktu bulan Ramadhan hari tu..” tambah kak Jah. “Lagi satu, sejak bulan puasa habis hari tu, aku da jarang da nampak ko kat masjid. Ko uzur ke?? Dulu kan kita selalu ke masjid sama-sama..” nasihat kak Senah pula. Bertubi-tubi nasihat yang diberikan oleh kedua-dua orang sahabat baik itu.

“korang ni. Ramadhan kan da lepas. So, bila da masuk Syawal, aku sembahyang kat rumah la. Bukan nya aku x sembahyang langsung. Nanti kalau Ramadhan datang lagi, aku join la korang balik sembahyang kat masjid, ok???” pedas sungguh kak mah membalas. Kak Senah dan kak Jah hanya mampu diam membatu.


..................................................................................................................................................................

Cerita di atas hanyalah nukilan ana dan tiada kena mengena antara yang hidup mahupun yang sudah tiada. Tetapi apa yang mahu ana tekankan di sini ialah sikap kita yang menganggap bulan Ramadhan itu hanyalah untuk beribadah tanpa berubah. Senario sebegini da banyak da berlaku. Apabila masuk je Ramadhan, orang kata kalau masjid tu ada 50 saf, kesemua 50 saf tu mesti penuh. Tapi bile jejak je 1 Syawal, hanya tinggal tok imam, tok bilal dan dua tiga kerat ahli qariah masjid.

Ramai antara kita yang beranggapan bahawa bila kita lepas je bulan Ramadhan, kita bebas berbuat apa sahaja seperti bebasnya syaitan dari pembelengguan. Kalau dalam bulan puasa, orang nak mengata atau bergosip sikit, terus tutup telinga. Kononnya nak menjaga ibadah puasa. Tapi mengapa bila habis sahaja bulan puasa, kita pun join sekaki mengumpat, mengata dan sebagainya. Malah, kita sendiri yang menjadi “reporter” mengalahkan wartawan hiburan majalah.

Bila ada orang nak nasihatkan, senang sungguh jawabnya, “ala.. Ramadhan kan da lepas. Nanti bila Ramadhan datang balik, aku taubat la...” mudah sungguh bila lidah ni tak bertulang. Bagai air sahaja dosa masuk mengalir ke dalam diari hidup kita ni.

Tak ke kita rasa macam berlakon dalam bulan Ramadhan bila kita ni still buat dengan amalan mazmumah kita yang tedahulu. Langsung tak ambil ibrah (pengajaran) dari bulan yang mulia tu. Seolah-olah kita menganggap iman hanya ada dalam Ramadhan, then bila nak buat dosa, da lupa terus pada iman yang ada. Itupun kalau ada iman lagi la.

Sewajarnya, kita mengambil iktibar dari apa yang kita lalui dalam bulan Ramadhan. Sekolah Ramadhan telah mengajar kita pelbagai cara kehidupan Islam dan pembangunan rohaniah.. takkan la kita nak gadai begitu sahaja iman yang kita bina selama sebulan itu. Fikir2kanlah..

Wallahu a’alam..

Friday, October 15

Jom buat maksiat..

bismillahirrahmanirrahim..

A: wei, ko tau tak. Kita ni da lama asyik buat baik je. Tapi orang bukannya suka baik pada kita pun. Diorang makin persendakan kita adalah..

B: Kau ni kan. Memang tak ada hati yang kental betul la. Biarlah orang nak buat jahat sekalipun kat kita, tapi kita mesti buat baik pada orang lain.

C: A’ah la. Kau tak ingat ke ustaz kamar cakap hari tu pasal buat dosa dan maksiat. Tempatnya neraka tau.

A: Ala.. korang ni. Neraka tu jauh lagi la. Da tua nanti, kita taubat la. Apadahal.. haha.. Jom la wei kita curi buah rambutan pakcik Abu kat hujung kampung sana.. takkan tak berani kot.. korang ni ada te**r ke x??

B: tu da lebih la tu. Apa?? Ko ingat aku berani ke nak buat??

C: entah ko ni. Aku bukan penakut la. Jom la, apalagi.. kata nak pergi sangat.. jomla..

A & B: ok, set.. jom..

Sambil mereka bertiga berjalan beriringan dengan niat yang tak baik itu, mereka terserempak dengan D. D pun bertanya akan hala tuju dan tujuan mereka.

D: ko ni tak takut ke?? Nanti pakcik Abu tau, nahas korang..

A: ala.. pakcik Abu keje la pagi-pagi ni. Mana dia ada kat rumah.. kau tak nak ikut ke? Jom la.. aku belanja..

D: taknak la. Lagipun mak aku kata tak baik mencuri. Kalau kat Islam, boleh kene potong tangan ko tau tak..

B: itu dekat Tanah Arab sana. Kita kat Malaysia la. Kita bukan pakai hukum hudud pun. Paling tidak pun, kene bayar kat polis tu. Tapi, mustahil la kene tangkap. Kalau takde orang bagi tau, takkan kantoi punya..

C: kalau susah sangat kita hulur la sikit dekat polis tu. Tapi aku nak bagi amaran kat kau. Jangan ko bagitau sesiapa. Kalau aku tau, siap ko.

D: astaghfirullahalazim.. bawak mengucapla.. ko tau tak perbuatan dan percakapan korang ni da mendatangkan dosa besar. Memanglah orang lain tak nampak, tapi Allah nampak. Malaikat kat bahu tu, selalu je catat apa yang korang buat. Tak takut ke?

A: ala.. kitorang ni selalu sangat buat kebaikan. orang lain tak pernah pun buat baik pada kitorang. Makin buat jahat adala..

B: D, sekali ni je kitorang buat. Lepas kitorang taubat la balik.

D: sempat ke korang nak taubat?? Kalau korang mati tengah curi buah tu, macam mana???

C: ala.. mesti sempat punya. Kitorang kan masih muda.. haha



D: baiklah.. aku lepaskan korang sekali ni je. Tapi dengan 5 syarat..

B: ok. Kalau ko nak bagi 10 syarat pun aku terima.. hihi.. yang pertama apa??

D: Syarat pertama, jika kau bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezeki-NYA."

C: kalau macam tu, macam mana aku nak makan?? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?

D: kalau dah paham, kenapa masih lagi nak makan rezekiNya kalau masih tegar nak lakukan laranganNYA???

A: yang kedua pulak??

D: Yang kedua, kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi Allah!

B: dah tu, kitorang nak tinggal kat mana lagi??

D: fikirkanlah, adakah korang layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan korang melanggar segala larangan-Nya?

C: yang ketiga??

D: Kalau korang masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang Allah tak akan dapat lihat!

B: ini syarat yang macam mana ni.. mana mungkin Allah tak melihat kita..

D: so, korang masih nak buat maksiat ke??

Ketiga-tiga mengangguk dan meminta syarat yang keempat..

D: Kalau malaikat maut datang hendak mencabut roh korang, katakan kepadanya, 'Ketepikan kematian kami dulu. kami masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh"

A: hah??? mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaan kami??

D: kalau korang sudah yakin bahawa korang tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematian korang, then macam mana korang nak lari dari kemurkaan Allah atas maksiat yang korang lakukan??

C: next??

D: kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiring korang ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan korang ikut bersamanya.

Mereka bertiga terdiam seketika. Perkataan itu membuatkan mereka insaf atas apa yang mereka cuba ingin kerjakan.

B: sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan kami menolak kehendaknya.

Air mata mereka bercucuran mengenangkan diri mereka yang ingin membuat maksiat yang besar. Mulai itu, setiap kali ingin melakukan maksiat mahupun dosa kecil, mereka teringat akan 5 syarat yang menggentarkan jiwa itu..

Konklusi: JANGAN BUAT MAKSIAT..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...