Followers

Thursday, October 28

Kalau dah pandai, tak payahlah solat...

bismillahirrahmanirrahim..

“menuntut ilmu itu merupakan kefardhuan ke atas setiap muslim”

Hadis nabi di atas ini mewajibkan setiap seorang daripada kalangan umatnya yang beriman untuk menuntut ilmu. Kepentingan ilmu ini bukan sahaja perlu dalam menuntutnya, malah untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kita imbas kembali, bila mana tamat sahaja perang Badar pada zaman Rasulullah, sejumlah tawanan telah dibawa kembali ke Madinah. Sebagai cara untuk memerdekakan diri, mereka diminta untuk membayar sejumlah wang tebusan. Bagi yang tidak berkemampuan, para tawanan ini perlu mengajar anak orang Islam membaca, menulis dan mengira.

Nah, kita dapat lihat di sini bahawa Rasulullah amat mementingkan ilmu pengetahuan dalam kalangan umatnya. Betapa nabi amat menitikberatkan soal pendidikan sehinggakan syarat untuk menebus diri sebagai tawanan pun berlandaskan pendidikan. Rasulullah bijak dalam usahanya membanteras kejahilan dalam umatnya.

Tapi, apa yang dapat kita lihat pada zaman sekarang, tak dinafikan ramai orang zaman sekarang merupakan orang yang cerdik2 belaka. Lihat sahaja pada tahap pencapaian pendidikan mereka. Kadang-kadang tu, ternganga tengok keputusan hebat pendidikan mereka. Tapi mengapa masih sahaja berlaku berlaku perkara2 mungkar yang sepatutnya tidak dilakukan oleh orang yang bijak pandai ini.

Hakikatnya, kita ini umpama tersalah langkah dalam menuntut ilmu. Ilmu yang dituntut sekadar untuk lulus dengan cemerlang dalam exam. Mana perginya Ibnu Sina yang kita harapkan?? Mana hilangnya jati diri al-Biruni yang kita cari selama ini?? Ilmu bukanlah terhenti setakat di atas kertas peperiksaan sahaja, malah lebih daripada itu. Baru2 ini, seorang lelaki bukan Islam yang sudah berusia 100 tahun dilaporkan masih lagi membaca buku dan dalam proses menuntut ilmu.

“nak, pakcik ni da tua. Bagi la masa untuk pakcik beramal ibadat pula. Tuntut ilmu tu pakcik da buat da masa muda dulu..”



Itulah scenario yang biasa kita dengar dan lihat dalam masyarakat kita. Ana rasa tiada salahnya untuk menuntut ilmu sambil beramal. Bukankah cara itu lebih berfaedah dan memberi manfaat? Ana takde la suruh pakcik atau makcik yang sudah lanjut usia ni buka buku biologi form 5 kemudian baca sampai nak pecah kepala. Bukan itu maksud ana. Ilmu Allah itu luas. Terlalu banyak cabang ilmu yang dapat kita pelajari. Bagi yang masih muda yang berkemampuan, tuntutlah ilmu. Sekiranya kita perlu untuk merantau ke negara orang, silakan. Bagi yang sudah tidak berkemampuan, masih perlu juga untuk mereka menuntut ilmu. Ilmu agama umpamanya. Ia merupakan pembelajaran sepanjang hayat bukan??

“... nescaya Allah akan mengangkat (darjat) orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu beberapa darjat...” (al-mujadilah : 11)

Dan bila kita da mempunyai ilmu, kan senang untuk kita beramal. Sesuai la dengan tajuk post ni, apabila kita da pandai, tak payahlah solat. Maksudnya, sekiranya kita mempunyai ilmu pengetahuan, maka sesuatu ibadah itu menjadi mudah tak takda lah berat untuk ditunaikan. Seseorang menganggap ibadah itu sesuatu yang berat dan payah untuk ditunaikan. Kalau mereka tahu dan mempunyai ilmu tentang hikmah disebalik ibadah itu, sudah pasti ibadah itu menjadi mudah sahaja..

“katakanlah, ‘apakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui??’ sebenarnya hanya orang yang berakal sihat dapat menerima pelajaran.” (az-zumar : 9)

Wallahu a’alam..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...