Followers

Tuesday, November 2

tak ke pelik tu???

bismillahirrahmanirrahim..

sukan dan aurat??? Apa kaitan antara keduanya?? Tayyib, untuk post kali ini, ana tak berhajat untuk menaip panjang lebar mahupun berjela-jela. Tetapi, ana ingin meninggalkan anda dengan soalan2 supaya kita sama2 dapat berfikir. Yang mana soalan yang mungkin acap kali kita ini tertanya-tanya, mengapa ini dan mengapa itu.

Secara umumnya, ana mahu bercakap mengenai isu aurat dalam bersukan. Aurat, seperti mana yang semua sedia maklum, merupakan bahagian badan dan anggotanya yang wajib ditutup daripada pandangan orang yang bukan mahram. Aurat lelaki adalah dari pusat hingga ke lutut, manakala aurat wanita adalah keseluruhan badan kecuali muka dan tapak tangan. Meskipun ramai yang beranggapan ianya leceh dan sebagainya, syariat WAJIB dipatuhi.

Terus terang ana bukanlah dari jenis orang yang handal bersukan dan pandai dalam segala jenis sukan. Kalau dalam sukan, ana minat untuk bermain badminton. Sukan pun baik untuk kesihatan bukan?? Islam pun bukannya melarang kita bersukan, malah menggalakkan kita untuk melakukan riadah asbab baik untuk kesihatan. namun, sukan yang kini kita selalu lakukan seolah-olah telah “dikafirkan” dengan unsur-unsur yang bertentangan dengan agama Islam, yakni menutup aurat.



Actually, ana hairan. Mengapa seseorang perlu mendedahkan sebahagian tubuh badannya, perlu menggadaikan maruah yang dipelihara, perlu menampakkan aurat mereka, perlu itu dan perlu ini, hanyalah untuk bersukan??? Bukanlah ana nak halang anda semua bersukan, tapi mengapa perlu dengan cara demikian?? Tidakkah kita sepatutnya musykil dengan keadaan ini. Katakanlah, kita nak menjaga keselamatan ketika bersukan. Nak elakkan lutut tercedera, kaki terluka dan sebagainya. Bukankah kita perlu melindungi anggota badan yang mudah terdedah kepada kecederaan ini dengan sekurang-kurangnya memakai seluar panjang berbanding dengan mini skirt?? So, mengapa perlu dedahkan kulit yang kita sayang ni kepada bahaya??

Yang keduanya, ana musykil. Mengapa perlu berpakain seperti itu?? Khasnya, wanita. Sebagai contoh, mengapa perlu mendedahkan rambut?? Lihat sahaja kepada hampir semua sukan yang ada, ana rasa wanita tak perlu buka tudung sebab mereka tak guna rambut pun untuk bersukan. Sukan memanah, umpamanya, perlu ke guna rambut untuk dapatkan bull’s eye?? Netball. Perlu ke gun arambut untuk buat jaringan?? So, mengapa perlu bersukan dengan keadaan demikian? Bukannya kaum hawa ini tidak boleh involve dalam sukan, Cuma tak perlulah gadaikan syariat dan agama hanya untuk bersukan.

“ala.. ini kan dah memang cara dan etika yang ditetapkan untuk main sport ni. Follow jela. Nanti kata kita ni tak tau bersukan pula..”

Cara dan etika?? Kalau begitu, mana perginya cara dan etika anda ketika mana anda ni still dalam agama Islam, hatta di dalam sport yang anda participate itu pun. Mengapa anda lebih takut dan menurut sahaja aturan yang ditetapkan manusia berbanding aturan yang Allah dah tetapkan?? Janganlah kita ini terbelenggu dengan bayangan masyarakat “jahiliyyah moden” zaman sekarang ni yang terlalu menyimpang dari ajaran Islam. Bukannya kalau kita pakai pakaian yang menutup aurat kita conform kalah. Cuba kita imbas kembali muslimah yang bernama Ruqayyah yang menyertai acara larian dalam sukan di Doha, Qatar. Bukankah beliau memakai tudung?? Adakah beliau mendapat tempat terakhir?? Nah, dari situ dapat kita lihat, menutup aurat bukanlah penghalang. Kalau kita tunjukkan aurat, then kita kalah. Bukankah kita boleh diibaratkan sebagai yang dikejar tak tercapai, yang didedah tergadai. (ini peribahasa sendiri ye..)


Ana bukanlah menujukan post ini hanya untuk kaum hawa sahaja, kaum adam seperti ana ini pun tak ketinggalan ye. Kalau main bola tengah2 padang tu, mengapa betis dan peha ditutup, tapi lutut sejemput yang WAJIB ditutup itu terdedah?? Tak ke pelik tu.. kalau cedera, tak ke lutut tu yang akan kene dulu?? So, apa taraf aurat kita sebenarnya?? Adakah semurah dan semudah serta sesuka hati untuk ditayangkan pada khalayak umum??

Haish.. banyak sangat persoalan yang sepatutnya kita ini dapat jawab dengan mudah. Cuma kita ni je yang banyak sangat bagi alasan untuk menidakkan hukum Allah yang jelas sekali menyusahkan di mata manusia jahil, tapi bermanfaat dan terbaik di hati para mukminin.. ana tinggalkan anda semua dengan tanda soal yang banyak tadi untuk kita sama2 muhasabah diri..

“katakanlah kepada lelaki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, yang demikianlah itu lebih suci bagi mereka. Sungguh, Allah maha mengetahui apa yang mereka perbuat” (an-Nur : 30)

“dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya) ......” (an-Nur : 31)

Wallahu a’alam..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...