Followers

Wednesday, November 10

derma darah

bismillahirrahmanirrahim..

Raudhah Festival 2010 (RAFEST 2010) sudah bermula di CFS IIUM ni. macam-macam program yang diadakan, antaranya ialah forum, tayangan, exhibition, ta'alim dan konsert. actually, ada banyak lagi dari ni. tak tersebut pulak. dari hiburan, ilmu hinggalah kepada kesihatan.

bercakap mengenai kesihatan, ada lah beberapa kelompok persatuan dan agensi kesihatan luar yang bukak booth kat Al-Malik Faisal Hall (AMF). contohnya, HPA dan Pusat Darah Negara (PDN). ana tertarik hati pada bahagian derma darah ni. macam-macam riak muka yang dapat dilihat. booth PDN sebenarnya dibuka sejak kelmarin lagi. ana memang teringin sangat nak menderma darah. entah lah. macam best pulak tengok orang derma darah.. haha...



kalau nak ikutkan, ana nak pergi hari kelmarin lagi. tapi atas sebab tertentu, ana tunda kepada hari ni, hari rabu 10/11/2010. pagi tadi rasa cuak sikit la. then, bila dah masuk kat tempat derma tu, ana dengan member ana kuatkan juga tekad nak harung detik ni.

habis timbang berat badan dan isi borang, kami buat blood test. nak tahu darah jenis apa. so, ana punya ialah darah A+. then, buat blood pressure test and kami lepas. bila tiba giliran kami, kami diminta duduk kat kerusi yang disediakan. time tu, Tuhan je tau berdebarnya hati. bukan takut apa, cuma berdebar nak rasa darah tu keluar sebanyak 400 ml dari badan. after a while, datang la nurse bawa peralatan yang sepatutnya. takda la sakit sebenarnya, kalau nak kata sakit pun time "diinjek" dengan anestetik (rasanya anestetik la..) then, bila dah cucuk untuk ambil darah tu, kami kena pam jela kasi darah tu kluar. ana rasa, darah ana antara yang lambat nak keluar berbanding orang lain kat situ. tak tahu la kenapa...

walaupun ni first time buat blood donation, agak rasa teruja. yelah, hati ni teringin sangat nak tolong orang dengan cara macam ni. kalau nak derma organ tu, mungkin x sampai lagi tahap tu. setakat derma darah pun jadilah. at least, InsyaAllah, kita dapat tolong orang yang memerlukan dan kesusahan. Islam tak larang pun kita derma darah. hukumnya harus.



so, kepada yang nak menderma darah kat luar tu, jangan teragak-agak sebab tak sakit pun. hehe.. biarlah kita sakit yang sangat sikit dan minor ini dari melihat saudara kita yang lain sakit yang berganda lagi teruk. kepada yang tak nak tu, ia bukan satu paksaan. maybe, ada sebab tertentu. kepada yang da buat tu, SYABAS dan TAHNIAH ana ucapkan..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...