Followers

Monday, November 8

Kenapalah aku jadi begini???

bismillahirrahmanirrahim..

(1) Kenapalah aku tak mahu dan keras kepala nak solat dan keluar zakat, padahal aku tahu bahawa :

“dan laksanakanlah solat, tunaikanlah zakat dan taatlah kepada Rasul, agar kamu diberi rahmat” (an-Nur : 56)

(2) Kenapalah aku tak mahu tutup aurat dengan sempurna, padahal aku tahu bahawa :

“katakanlah kepada lelaki yang beriman, agar mereka menjaga pandangan dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh Allah maha mengetahui apa yang mereka perbuat.” (an-Nur : 30)

“... dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya)” (an-Nur : 31)

(3) Kenapalah aku suka sangat mengumpat hal orang, dah tu asyik mencela orang tak tentu pasal, padahal aku tahu bahawa :

“celakalah bagi setiap pengumpat dan pencela” (al-Humazah : 1)

(4) Kenapalah aku ni tak reti2 nak bersyukur kepada Allah, walau banyak nikmat kuterima, padahal aku tahu bahawa :

“dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan, ‘sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah (nikmat)kepadamu, tapi jika kamu mengingkari (nikmatKu), maka pasti azabKu sangat berat” (Ibrahim : 7)

(5) Kenapalah aku malas nak buat kerja, padahal aku tahu bahawa :

“dan katakanlah, ‘bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu....” (at-Taubah : 105)

(6) Kenapalah aku ni banyak sangat buat jahat, padahal aku tahu bahawa :

“barangsiapa mengerjakan kebajikan, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka pasti akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan akan Kami beri balasan dengan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka kerjakan” (an-Nahl : 97)



(7) Kenapalah aku sanggup makan benda haram, tonggak arak sesuka hati, padahal aku tahu bahawa:

“maka, makanlah yang halal lagi baik yang telah diberikan Allah kepadamu...” (an-Nahl : 114)

(8) Kenapalah aku ini suka sangat lalai dalam agama Allah dan suka sangat bermusuhan, padahal aku tahu bahawa:

“dan berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai” (Ali Imran : 103)

(9) Kenapalah aku ni tak pernah nak ambil kisah pasal kawan seagama denganku, padahal aku tahu bahawa:

“sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara...” (al-Hujurat : 10)

(10) Kenapalah aku ni susah sangat nak bersedekah, padahal aku tahu bahawa:

“orang yang menginfakkan hartanya malam dan siang hari sembunyi mahupun terangan, maka mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya....” (al-Baqarah : 274)

(11) Kenapalah aku sanggup lawan cakap parent aku, padahal aku tahu bahawa:

“dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik terhadap ibu bapa....” (al-Isra’ : 23)

(12) Kenapalah aku suka ber-couple, yang at last, akan jadi zina, padahal aku tahu bahawa:

“dan janganlah kamu menghampiri zina...” (al-Isra’ : 32)

(13) Kenapalah aku ni sombong sangat, terlalu riak dengan apa yang aku buat, padahal aku tahu bahawa :

“dan janganlah engkau berjalan di bumi ini dengan sombong,....” (al-Isra’ :37)

(14) Dan kenapalah aku ni tak mahu ikut apa yang Allah perintahkan kepada aku melalui al-Quran, padahal aku tahu bahawa:

“(inilah) satu surah yang Kami turunkan dan wajibkan (menjalankan hukum-hukumnya), dan Kami turunkan kepadanya tanda-tanda (kebesaran Allah) yang jelas, agar kamu ingat.” (an-Nur : 1)

Wallahu a’alam..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...