Followers

Saturday, November 6

Bah Di Utara

bismillahirrahmanirrahim..

Kini, rakyat Malaysia khasnya rakyat di kawasan utara diuji lagi oleh Allah dengan ujian bah atau banjir yang dilaporkan semakin parah. Banyak jalan-jalan ditutup, ramai ahli masyarakat di pindahkan. Mereka terputus hubungan dengan daerah bersebelahan apabila jalan-jalan utama ditenggelami air dan kenderaan ringan tidak dapat melaluinya. Alhamdulillah kerana sesetengah dari mereka yang telah dibenarkan pulang dari penempatan sementara, namun masih ada yang mereka bersihkan dan kemaskan setibanya mereka tiba di kediaman masing-masing.

“dan pasti Kami akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar” (al-Baqarah : 155)

Aduh!!! Berat sungguh penderitaan mereka. Meskipun ana tidak pernah mengalami saat dan ketikanya banjir berlaku, tapi ana dapat merasai bagaimana sulitnya kehidupan mereka ketika ini. Ana tidak berhajat untuk mengulas lebih lanjut pasal banjir kerana semua maklum mengenai ini, insyaAllah.



Cuma, apa yang ingin ana perkatakan di sini ialah usaha kita untuk membantu mereka. Membantu??? Pasti ada yang tertanya, bagaimana??? Kalau kita berada di Johor, macam mana nak tolong?? Dalam ketidakmampuan kita untuk membantu secara tenaga mahupun harta ini, kita sebagai masyarakat Islam sudah setentunya mempunyai satu senjata yang InsyaAllah dapat membantu mereka, yakni dengan doa.

Kita berdoalah untuk mereka agar mereka sentiasa sabar dan tabah menghadapi ujian dari Allah ini. Setiap ujian yang dikirimkan ini diharapkan sebagai satu tanda pengampunan dosa dari Allah. Kita doakan juga apa jua selepas banjir ini, tidak mendatangkan kemudaratan bagi mereka seperti penyakit dan sebagainya.



“(iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata ‘inna lillahi wa inna ilaihi rajiun’ (sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya kami kembali)” (al-Baqarah : 156)

Biarlah kita ini dalam usaha untuk membantu para saudara kita yang berada dalam kesusahan dan kesulitan, meskipun hanya dengan berdoa sahaja. Begitu jugalah dalam kehidupan seharian, apabila ada sahaja sahabat mahupun saudara kita yang meminta pertolongan atas kesulitan yang dihadapi, bantulah walaupun dengan hanya mendengar rintihannya. Sekurang-kurangnya, itu dapat menolong mengurangkan bebanan mereka. Bak kata Dr. Yusuf al-Qardawi:

“saya bersedia mendengar apa sahaja masalah yang ingin diluahkan walaupun ia boleh menambahkan kesedihan saya sendiri asalkan orang yang datang berjumpa saya itu berasa lega”

Wallahu a’alam..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...