Apabila kita lahir sahaja ke dunia ni, kita dah secara azalinya “sign up” sebagai muslim. Hidup kita, cara kita bergaul, perbuatan, percakapan, niat.. semuanya berpandukan “profile” yang kita wujudkan dan ciptakan. So, semua orang tahu apa “religion” kita, “political views” kita... dekat “wall” kehidupan kita, semua orang boleh “stalk”.. biasalah, kita bila kecil dan tak tahu menahu lagi pasal dunia ni, macam2 “favourite quotations” yang kita letak, dan “profile picture” yang kadang2 tu mencolok mata yang kita letak. Dah tu, ramai pulak yang “like”. Menambah dosa je...
Orang kata, hidup ni tak berseri kalau kita ni hidup sorang2. So, kita pun “stalk wall” orang lain. Sekali imbas, macam kenal je mamat ngan minah ni. “profile picture” boleh tahan. Ada ramai “mutual friend” pulak. “add as friend” lah. Manalah tau boleh tambah kenalan. Padahal, mata ni sibuk nak tengok “photos” orang tu.
Bila orang “update status” kehidupan, kita pun sibuk juga. Kalau kita “update status” yang elok takpe la.. ni tidak. Mengata, mengumpat, mencerca.. tiba2, masuk pula “notifications”.. “sipolan also mengumpat on your status”.. da tambah satu kaki mengumpat.. kadang2 tuh, bunyi “notifications” masuk tu, macam da xnak berhenti da. Tu jela kerja kita. Cube kalau kita “update status” keluar ayat Quran, masuk “notifications” pun, “sipolan likes Quranic verses on your wall” je.. tak pernah nak “comment” untuk saling memperingati...
Bila kita ada “upcoming event”, kita “invite” je friends kita. Agak senang la kerja kita. Tak kesah la tu. Yang penting kita da ajak. Lagi satu, bila tangkap2 gambar ni, rasa macam nak berkongsi rasa dengan orang lain kan. So, kita “upload” la gambar2 kita yang penuh keayuan (bagi perempuan) yang menampakkan segala lurah dan segala aurat yang boleh.. kalau pakai tudung pun, cukuplah sekadar kain tudung atas bahu je. Dah tu, kita “tag” la pulak aurat yang ditunjukkan tu kepada “friend” kita. Join sekaki orang lain “comment” kat aurat kita tuh.. “lawa la.. seksinya u ni.. tak sejuk ke??...” macam2 dosa dihasilkan. Tak kurang jugak yang “like”.. paling dahsyat tuh, terus klik “make profile picture”.. 24 jam la dosa tu.. kan senang kerja macam tu.?? Tak payah nak usaha.. tau2 da dapat dosa..
Dan bila kita menginjak dewasa dan mengalami perubahan, kita pun cuba pelbagai “application” dan “games” yang mungkin boleh menceriakan serta mewarnai hidup kita. Macam2 ada. Ada yang karut, ada yang khurafat, kita pun main “like” je.. dan yang paling teruk, percaya je “what does your birthday month says about you”, “horoscope” dan macam2 lagi la ramalan yang pelik2.. tak ke tergadai aqidah macam tu je. Senang betul buat dosa.. banyak betul yang melalaikan.. ish3..
Oh!! Lupa pulak.. dalam menyusuri kehidupan yang di”facebook”kan ni, mana boleh lepas dari kotak “chat” yang sentiasa menemani kita. Baru kita boleh tau berapa yang bersedia untuk “online” dengan kita menambah koleksi dosa.. tekan je kat nama sipolan tu.. “hai awak.. rindu la kat awak. Da makan belum.. hihi”. Sipolan lagi satu pun membalas, “I pun rindu kat u. Bila kita boleh jumpa ek??” da zina hati pulak. Memanglah tak nampak kita tengah berzina secara terang2an, tapi hati tercuit rasa ghairah untuk bertemu..
Tibe2, masuk mencelah dalam hidup kita ni “note” orang mengata pasal orang lain. Dengan pantas kita “comment”, “mohon share”.. apa kejadahnya???? Kan elok kalau kita share “link” atau “note” pasal agama ke, nasihat-menasihati ke.. kan elok???
Da bile kita menginjak ke usia senja, kita pun da tak larat nak harungi kehidupan ni. Kita “sign in” dan “logout” pun sekadar nak teruskan kehidupan je.. tak pernah pula terdetik nak tekan kat “chat” tu, pastu klik “options” untuk kita “go offline”.. yela, da tua2 ni.. ajal bile2 boleh bertamu. Takkan tak reti2 nak buat amal ibadah sesudah kita ni sibuk dengan hal dunia yang penuh dengan “facebook” ni.. nasib baik umur panjang.. kalau hidup ni di”deactivate” masa tengah mengumpat, mengeji, usha gambar tak senonoh.. macam mana?? Sempat ke nak “delete photo” dan “delete comment” penuh dosa kita tu..
Sekadar renungan. Gunakanlah kemudahan untuk kebaikan..
wallahu a'alam..
No comments:
Post a Comment