Followers

Sunday, August 4

Pharmacy in IIUM

bismillahirrahmanirrahim..

First of all, nak habaq kat hangpa semua yang admin blog ni baru je tamat Year 1 di Kulliyyah of Pharmacy (KOP) ni. And the upcoming semester would be my Year 2 study period. Mungkin aku bukanlah orang yang terbaik untuk korang (baca: adik2) semua jadikan rujukan tentang hidup di KOP, tapi serba sedikit korang tahu lah macam mana hidup di sini

Admin sebenarnya nak menjawab persoalan yang diutarakan oleh saudara/saudari Anonymous dalam komen beliau dalam post yang terdahulu.


Hidup di KOP IIUM Kuantan ni takdelah sesukar mana seperti yang korang semua fikir. Orang selalu cakap, "Kalau hangpa pandai atuq jaduai hangpa, surely hangpa boleh success.." And bagi aku, kalau hangpa nak enjoy takde masalah. Cuma pelajaran tetap diutamakan.

1. Jadual di KOP

Bercakap pasal jadual di KOP ni, jadualnya memang sentiasa berubah. So takdelah nak kata yang setiap isnin kita kene bawak buku Microbes sebab ada kelas tu pukul 11.30 tengahari. Jadualnya sentiasa dinamik. Dan kita harus sentiasa update dengan perkembangan jadual tu. Biasanya jadual ada tampal kat luar Lecture Hall. Urusan tu semua akan dilakukan oleh Admin KOP. So, korang just...


#heheh

Pasal jadual pulak, normally student KOP akan mula kelas paling awal pun 8 pagi, dan paling lewat habes pun pukul 7. Bergantung pada subjek yang kita akan ambil juga. Tapi kalau hari2 biasa, kelas start 9 pagi dan habes 5 petang. Pagi biasanya kelas teori, dan petang akan masuk lab. Ni contoh jadual first year aku dulu..

Jadual Week 5
Jadual Week 6
2. Subjek dan Credit Hour

Secara peribadi, aku merasakan bahawa subjek di peringkat ijazah ni sangat best. Korang semua just have to bear with the lecturer je. haha. Yelah, tak semua lecturer punya cara mengajar mengikut selera kita. Even bahasa diorang pun kita susah nak paham. haha. Tapi, seriously, memang subjek dia best.

Yang menjadi tak best dan hilang nikmat ilmu tu ialah bila kita study last minute. Tu memang standard student la kan. Aku pun buat gitu gak. haha. Tapi untuk masa depan dan ilmu, selalu lah study ye.. Oh ye!! Lupa nak habaq. Credit hour student KOP adalah paling tinggi dalam IIUM Kuantan ni. 155 credit hours. So, korang kena beware je lah ye.


3. Biasiswa JPA

Dukacita aku nak habaq kat korang ni yang JPA tidak lagi memberi biasiswa secara automatik kepada batch 2013/2014. Sebabnya, target JPA untuk seorang ahli farmasi kepada rakyat Malaysia sudah mencapai target. Tak silap ratio dia 1:1600 rasanya. Tak silap la kan.. Makanya, batch2 mendatang perlulah struggle untuk mendapatkan biasiswa tersebut atau cari sumber2 yang lain

Berkenaan dengan pointer untuk dapatkan biasiswa, aku sarankan korang untuk maintain 3.5 dan ke atas. Selebihnya, kene usaha lah. Tapi, just nak habaq so that korang prepare. Subjek memang tough bagi sesiapa yang tak fokus (termasuklah aku.. adeyai!!). So, korang perlulah skor. Tapi bukannya langsung tak aktif. Aktif itu perlu untuk peluang kerja nanti. Kena balance la, senang citer..

4. IPHA

(IIUM PHARMACY STUDENT SOCIETY) IPHA ni persatuan pharmacy di KOP ni. Ipha akan handle program yang akan dilaksanakan di KOP dan juga menjadi saluran bagi student untuk menyelesaikan masalah. Bagi sesiapa yang aktif persatuan, boleh lah join IPHA ni.

5. Pakaian

Pakaian ke kelas amatlah ditekankan supaya bersopan ke kelas. Pakaian formal seperti baju kemeja, seluar slack dan berkasut amatlah digalakkan. Tapi boleh je pakai pakaian lain seperti kurta, jubah, baju melayu/raihan, asalkan jangan mendedahkan aurat. Dan pastinya kita sebagai umat Islam, Nabi mengajar kita untuk sentiasa kelihatan bersih, kemas dan sopan.


Jangan lah pulak korang datang kelas dengan rambut botak sebelah, pakai skinny, kebaya ketat, sleeve-less, dan seumpamanya.. Jaga tata tertib kita dengan ilmu, lecturer dan sesama kita..

Aku rasa itu je yang dapat aku kongsikan buat masa ini. So, kalau korang ada pape persoalan tentang KOP dan seumpamanya, komen kat post ni or komen di fb je la ye.. =) Selamat datang kepada adek2 yang bakal mendaftar ke IIUM Kuantan dan KOP september ni.

notakaki: Belajar di mana2 pun sama je sebenarnya. Yang penting hati yang nak belajar tu kene lah ikhlas  =)

1 comment:

Anonymous said...

terima ksih abg nazrin yg cute. haha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...