Tanda Putera, sebuah lagi filem patriotik arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba. Filem ini bakal ditayangkan 29 Ogos 2013 bersempena dengan bulan kemerdekaan ini.
Pandangan peribadi aku tentang filem ini ialah:
1. Filem ini menarik kerana jarang sangat filem2 di Malaysia ini untuk dibuat berunsurkan sejarah, apatah lagi sejarah negara kita sendiri. Pembuatan filem jenis ini mengangkat martabat filem Malaysia ke satu aras yang lebih tinggi
2. Walaupun dengar ceritanya yang filem ini berunsurkan politik kerajaan (maknanya melebihkan kerajaan dan memburukkan pembangkang), bagi aku ia merupakan jalan cerita yang menarik. Aku menganggap cerita ini sekadar cerita dan tidak langsung mengaitkan dengan realiti (walau pada hakikatnya diselitkan juga realiti). Kerana apa aku berfikir begitu? Sejarah ditulis oleh orang yang hidup. Dan yang hidup itu tak semestinya benar.
3. Latar filem ini yang dibuat latar masyarakat lama memang menarik.
Official trailer..
"Eh!! Macam mana ko boleh komen bagai ni, padahal filem ni tak tayang lagi..??"
Ini yang menariknya. Filem ini dah ditayangkan di UIAM kampus Kuantan dalam awal tahun ini. Masa itu heboh katanya filem ini ditayang untuk menagih undi rakyat terhadap kerajaan sempena PRU-13. Oleh kerana filem ini memaparkan kekuatan UMNO dalam berjuang untuk negara, maka cerita ini cepat tersebar luas..
Aku tak pasti kalau universiti lain ada ditayangkan juga, tapi aku pergi menonton filem ini bukan untuk mendapatkan kebenaran, tapi sekadar mendapatkan kelainan dalam cerita2 melayu. At least, takde lah cerita hantu je memanjang. Otak pon tak berkembang.
Maka, mana eksklusif nya filem ini? Mengapa perlu dipertontonkan di universiti walhal filem ini belum lagi ditayangkan di pawagam?
notakaki: Hati rakyat hanya boleh ditambat dengan kemajuan jasmani dan rohani yang iklas dan benar, bukannya dengan sogokan itu ini..
1 comment:
sy sokong footnote awk tuh..
Post a Comment