Followers

Saturday, September 7

White Coat Ceremony Rx12

bismillahirrahmanirrahim..

Junior da mai~~~

#haha

Ok. Aku takdelah excited macam tu sangat. Frankly, excited sebab dah jadi seniors walaupun tua setahun je. Even tak banyak pengalaman yang boleh dikongsi bersama juniors, tapi still we got something to tell to them kan..


White Coat Ceremony. Ceremony ni is annual event bagi menyambut students pharmacy yang baru. Yang latest ni ialah Rx12. Batch ke 12. Majlis ni merupakan Sesi Baiah sebagai student pharmacy UIA yang mana semua student pharmacy UIA harus lalui. It is more like a binding between us and the oath we took la. Majlis ni akan dihadiri oleh ramai lecturers, though this time around ramai yang tak datang including the new elected dean. Sebab dengan ada organize program lain in which depa tak available untuk berada time tu






After the ceremony, kitorng ada buat some sharing moments with the juniors. Nice, tapi depa tak banyak tanya. Maybe sebab the day before depa dah ada Kulliyyah briefing. So, depa macam dah tahu serba sedikit pasal KOP ni.

To juniors, welcome to the Kulliyyah. At KOP, there so many seniors and lecturers that are very warm and friendly. So, takyah nak segan2 and malu2. Be active and study smart too..

notakaki: Macam tak ready lagi nak masuk kelas.. huhu..

Taaruf Week September Intake 2013/2014

bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah wa syukurillah.. Kerja aku sebagai komiti Taaruf Week September Intake 2013/2014 tamat akhirnya. Penat lelah (actually takdelah penat sangat pun dalam biro aku tu..) yang kitorang rasai amat berbaloi. Kenapa berbaloi? Sebab segalanya berjalan dengan lancar. Alhamdulillah



So, sepanjang aku jadi komiti Taaruf tu, aku bekerja di bawah biro registration. Boleh rujuk [SINI] untuk kerja2 aku sebelum ni. Sewaktu aku bekerja dalam Taaruf Week, macam2 benda baru aku lakukan. MC, usher, tukang habis makanan, pemberi stickers, runner.. Kinda new things for me. Sorry sebab takde gambar nak ditunjukkan.


My boss

Sewaktu Taaruf tu juga, aku berjumpa dengan junior MRC aku kat CFS dulu. Rasa seronok dapat jumpa lagi diorang. And kemungkinan boleh bekerja dalam satu Team lagi. =)

Birthday PM
Day 1

Aku menjadi MC di Information Counter dan kerja merupakan first time bagi aku. Seronok. Terasa popular kejap. haha. Tapi memang best. Dapat tengok macam2 gelagat manusia. Just that, bagi aku suasana kat UIA Kuantan time register rasa tenang je. Kalau di CFS dulu, sesak!!

Aku jugak jadi pemberi stickers attendance bersama Team Registration. Korang boleh la usha dulu video introduction to Registration bureau ni..


Malam ada qiyam. Pada mulanya, aku nak join qiyam kat masjid bersama dengan students baru. Tapi disebabkan post mortem lama giler, hampir ke pukul 2 juga aku bersengkang mata. So, aku decided untuk balik bilik je dengan harapan untuk bangun pukul 4 takpun 5 paling lambat untuk ke masjid. Tapi apakan daya.. Alaram yang kuat tu tak berjaya mengejutkan aku. Celik2 mata pukul 7.20 pagi.. WHAAAT!! Subuh gajah la kan...



Day 2

Tak banyak sangat kerja aku untuk hari ni. Just kira2 attendance yang students baru submit. Buat kerja2 registration sikit, then rilex. Just usher and bagi stickers je..




Malamnya ada Cultural Night. Best sangat!! Tapi too lengthy la.. Komiti punya performance pun terpaksa cancel,,, =( Anyway, best la malam tu.. Sakan gelak la tengok gelagat students baru perform.

Day 3

Aku boleh classify hari ni sebagai my big day. Because aku jadi MC untuk closing ceremony untuk Taaruf Week. Heavy task weyh.. Aku bergandingan dengan seorang komiti sister. Majlis tu dihadiri senate members of UIA Kuantan. Ketaq lutut. Tambahan lagi steering committees kata yang so far takde lagi closing ceremony yang perfect. Mesti ada flaws. Tersasul la. Tersalah la.. So aku macam..

But in the end, semua smooth je. Alhamdulillah. Post mortem malam tu depa kata that closing ceremony was among the best.. =) Hoyeah!!!

Best sangat jadi komiti Taaruf Week ni. Sebab ni my first time kan. So teruja sikit la..

#newexperiences



notakaki: Rasa nak join lagi tahun depan.. =)

Saturday, August 31

Ta'aruf Week: In The Making

bismillahirrahmanirrahim..

Balik ke kampus UIAM dua minggu awal ini bukanlah satu benda yang susah bagi aku. Aku pernah, in fact banyak kali balik awal ke kampus atas urusan kerja. So, kira no hal lah..

Kali ini, aku ditaklifkan untuk kerja di bawah biro Registration untuk Taaruf Week September Intake 2013/2014.


#hoyeah
#bolehcarianakikan
#astaghfirullah

Ini merupakan kali pertama bagi aku untuk join Taaruf Week. Sebelum2 ni ada je peluang untuk aku join benda2 macam ni, tapi apa kan daya.. Keenakan berada di rumah lagi menggiurkan.. hahah

Oh ye!! Aku nak cerita sikit pasal biro aku ni. Kerja dalam biro ni amat simple. Terpacak kat UIA awal pagi. Tolong student baru register. Layan parent sket2. Habes!! Aku tak kesah pon dapat kerja yang agak simple sebab ini pon pengalaman aku yang pertama dalam TaWe. Tak boleh nak choosy sangat la kan..


Pasal junior pharmacy aku ni pulak. Aku dah tengok list student yang InsyaAllah akan daftar dan depa ni lagi sikit dari total batch aku. o.0 Batch aku 138 orang, batch depa 117 orang je. 29 lelaki dan selebihnya sister. Yang aku musykil sikit ialah waktu aku masih dalam semester lepas, aku dengar cerita yang batch depa ni dalam 140++. Sekarang ni dah kurang pulak..

Elok la tu kan.. Nanti tak muat pulak lecture hall tu. Dan aku dapat rasakan yang batch aku akan kekal duk study kat auditorium tu.. huhu. Tak kesah la belajar kat mana pon. Yang penting niat nak belajar tu, yedak??


Tak banyak yang aku nak update. Sebab sekarang pun agak sibuk dengan preparation untuk sambut adik2 baru ke UIAM Kuantan ni. =) Kepada adik2 junior, kita jumpa 3 September nanti ye,,

notakaki: Selain dalam biro registration, aku pun ditugaskan jadi MC Closing Ceremony. Grand gitu!!

Wednesday, August 21

Balik Kuantan *versi awal*

bismillahirrahmanirrahim..

Disebabkan aku ni terpilih untuk menjadi committee untuk Taaruf Week Intake 2013/2014 ni, maka aku terpaksalah bertolak ke Kuantan lebih awal, dan perjalanan aku da bermula pagi tadi,,


Bertolak dari rumah pukul 2,15 petang tadi, aku sampai 3 jam selepas tu,, Biasanya aku sampai lagi awal dari tu, tapi sebab kali aku bawa slow je, so lambat la sket,, Tido kat bandar Kuantan untuk satu malam, esoknya (hari ni la,,) aku bertolak ke mahallah terchenta,,

Oh ye!! Nak habaq sket pasal Kuantan ni, Jalan tetap sama, tak berubah, Teruk gak untuk sesetengah tempat (Realiti ye!!),, Jalan kat bandar Kuantan makin bersimpang siur jadinya, Aku pun tak paham kenapa,,


Mahallah pulak, aku dapat bilik baru, Dah tak stay kat bilik lama, Kata akak ofis tu untuk sepanjang tahun ni, Aku dapat bilik tingkat atas which is sangat luas, sangat2!! Bagi aku lagi luas daripada bilik member aku dulu yang kat bahagian atas nuh,,, huhu, Sapa rumet aku?? Aku tak tau, Akak tu kata list untuk rumet tak siap lagi, Katanya orang yang sama kot,,


Dan aku tersangatlah berpeluh bagai kat bilik ni nak mengemas bilik yang berhabuk sakan ni, Pening pale tengok,,, Itu je kot nak sampaikan, Keje Taaruf Week aku start Jumaat ni sampai la buka sem nanti,, huhu

Notakaki: Mintak maaf la reader semua,, Keyboard laptop aku ni da rosak sket,, So noktah dan huruf  "l" (kecik) takleh nak tekan,, Nak kene beli laptop baru kot,, Eh??!! huhu

Monday, August 19

Tanda Putera: Tak Keluar Pawagam Tapi Dah Ditayang?

bismillahirrahmanirrahim..

Tanda Putera, sebuah lagi filem patriotik arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba. Filem ini bakal ditayangkan 29 Ogos 2013 bersempena dengan bulan kemerdekaan ini.


Pandangan peribadi aku tentang filem ini ialah:

1. Filem ini menarik kerana jarang sangat filem2 di Malaysia ini untuk dibuat berunsurkan sejarah, apatah lagi sejarah negara kita sendiri. Pembuatan filem jenis ini mengangkat martabat filem Malaysia ke satu aras yang lebih tinggi

2. Walaupun dengar ceritanya yang filem ini berunsurkan politik kerajaan (maknanya melebihkan kerajaan dan memburukkan pembangkang), bagi aku ia merupakan jalan cerita yang menarik. Aku menganggap cerita ini sekadar cerita dan tidak langsung mengaitkan dengan realiti (walau pada hakikatnya diselitkan juga realiti). Kerana apa aku berfikir begitu? Sejarah ditulis oleh orang yang hidup. Dan yang hidup itu tak semestinya benar.

3. Latar filem ini yang dibuat latar masyarakat lama memang menarik.

Official trailer..


"Eh!! Macam mana ko boleh komen bagai ni, padahal filem ni tak tayang lagi..??"

Ini yang menariknya. Filem ini dah ditayangkan di UIAM kampus Kuantan dalam awal tahun ini. Masa itu heboh katanya filem ini ditayang untuk menagih undi rakyat terhadap kerajaan sempena PRU-13. Oleh kerana filem ini memaparkan kekuatan UMNO dalam berjuang untuk negara, maka cerita ini cepat tersebar luas..

Aku tak pasti kalau universiti lain ada ditayangkan juga, tapi aku pergi menonton filem ini bukan untuk mendapatkan kebenaran, tapi sekadar mendapatkan kelainan dalam cerita2 melayu. At least, takde lah cerita hantu je memanjang. Otak pon tak berkembang.

Maka, mana eksklusif nya filem ini? Mengapa perlu dipertontonkan di universiti walhal filem ini belum lagi ditayangkan di pawagam?

notakaki: Hati rakyat hanya boleh ditambat dengan kemajuan jasmani dan rohani yang iklas dan benar, bukannya dengan sogokan itu ini..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...