dari segi logik maths, equation ni sememangnya salah. tapi bagi ana equation tepat tanpa ada cacat dan celanya kalau kita tinjau dari sudut yang lain. apa yang ana maksudkan dengan sudut yang lain?
cuba antum tengok bawah ni..
- mengucapkan 2 kalimah syahadah
- menunaikan solat 5 kali sehari semalam
- berpuasa pada bulan Ramadhan
- mengeluarkan zakat
- mengerjakan haji bagi yang berkemampuan
so, based on benda kat atas ni, antum dapat relate tak dengan equation kat atas tadi. ha.. inilah yang ana maksudkan.
apabila salah satu daripada rukun Islam yang lima ini ditolak, maka "kosong" la taraf kita sebagai Islam.. misal kata, kita menolak rukun kedua iaitu solat 5 kali sehari semalam, maka secara automatiknya kita terkeluar dari Islam kerana ia seumpama kita menolak Islam itu secara total.
begitu juga dengan rukun iman..
- beriman kepada Allah
- beriman kepada malaikat
- beriman kepada kitab suci
- beriman kepada para nabi dan rasul
- beriman kepada hari Qiamat
- beriman kepada qada' dan qadar
andainya kalau kita menolak salah satu dari rukun tersebut, maka terbatal la iman kita.. maka equation yang mungkin terhasil ialah:
6 - 1 = 0...
so, kita mestilah ingat bahawa rukun iman dan Islam dan serta apa yang termaktub di dalam Islam mestilah diterima dengan sepenuhnya dan sebulat hati.. tak boleh la nak separuh2 ke.. kalau kita suka, kita terima.. kalau tak kena dengan jiwa kita, kita tolak..
maka barangsiapa yang bersikap sedemikian rupa, maka bersedialah untuk menerima azab dari Allah..
wallahu a'alam..
No comments:
Post a Comment