Followers

Monday, June 21

5S vs 5S..

bismillahirrahmanirrahim..

orang kata, dalam dunia ni kalau tak terima musibah memang tak sah la. tak kisah la musibah dari aspek fizikal, mental, iman mahupun akhlak. kadang kala musibah ni menyakitkan kita.. dan kadang kala musibah ni memberi kita kekuatan untuk meneruskan hidup ke arah yang lebih baik.
da selesai mukadimah ni, hihi.. ana nak ungkapkan sedikit "penyakit" yang menimpa umat Islam ni dan juga beberapa "penawar" yang, InsyaAllah mujarab..

penyakitnyer...:

kita guna formula 5S la..

S - SPORT
S - SEX
S - SONG
S - SMOKE
S - SCENE

melihat kpd penyakit yang ada kat atas ni, SPORT.. skunk ni piala dunia.. so, pandai2 la pikir sndr.. kalau kita sebut je ada match kat stadium mane2, penuh satu stadium smp x cukup tmpt la katakan. cuba kalau kita sebut ada ceramah agama kat masjid sekian2, macam2 alasan yang diberi..

SEX : toksah nak elaborate lg la. paham2 sendiri la. kalau lemah tenaga batin tu, segala macam ubat dicuba, halnya untuk kepuasan. tapi kalau lemah iman, takyah ubat pun xpe. sbb bende tu kita tak rase..

SONG : kalau ada konsert atau ape2 yang berkaitan, sampai penuh tapak konsert tu. tp kalau ada perarakan maulidur rasul ke atau yg seumpamanya, badan rase malas je nak pergi. kalau diajak, memanjang je alasannya...

SMOKE : da difatwakan haram pon xnak gak ikut. da terang bende tu membawa mudarat kepada kesihatan, masih lagi berdegil nak merokok... ada satu kajian oleh pakar di Australia yg mengatakan bahawa terdapat kandungan darah babi di dalam rokok yang berfungsi untuk menapis asap yg keluar dr rokok tu.. masih nak merokok lg ke??

SCENE : wayang skunk ni da blambak sgt dan cerita yg ditayangkan da bermacam genre. tp kebanyakannya tak membawa manfaat kepada iman dan pemikiran. yg musykilnya, cerita yg patutnya dikategorikan 18 pon boleh dibagi U je.. cerita lak, kalau ada cerita pasal agama sket, taknak pergi.. katenya, tak best. tp kalau cerita pelik dari luar, katanya nak lebih tau pasal negara luar. ni sume alasan yg tak munasabah..

so, ada "penawar" yg ana rase, InsyaAllah mujarab untuk digunakan..

kita guna formula 5S juga..:

S - SOLAT
S - SAUM (PUASA)
S - SEDEKAH
S - SABAR
S - SALAM

SOLAT : solat tu tiang agama. kalau satu tiang tak kukuh maknanya, agama tu pun akan goyah juga. solat banyak manfaatnya dari segi fizikal, mental, iman dan akhlak. solat dpt cegah diri dr lakukan perkara yg keji dan mungkar. xyah nak yoga lg tuk cari ketenangan.. solat ni da umpama meditasi terbaik yg Allah sediakan untuk umat Islam

SAUM - ramai yg beranggapan puasa melemahkan badan, padahal puasa la dapat menguatkan fizikal dan mental. kiranya kita ni bg perut kita ni rehat dr bekerja sekejap. puasa juga dapat menahan diri kita dr nafsu selain dr dapat memberi kita keinsafan tentang penderitaan orang lain yg kelaparan.

SEDEKAH - orang kata sedekah ni sekadar saje je nak bazirkan harta kita utk org lain.sedangkan segala harta kita tu x semestinya hak kita. mungkin ada hak orang lain. zakat merupakan salah satu cara terbaik bersedekah. bila kita membantu org lain, kita dapat pupuk rase tawadhu' dan kasih sayang sesama insan dlm diri kita ni.

SABAR - sabar memupuk diri kita memaafkan orang lain atas keterlanjuran yg dilakukan. mmg la sesetengah org kata, "saya ni panas baran".. tu xleh dijadikan alasan kerana nabi da ajar kita cara bersabar, iaitu dengan berwudhu dan bersolat. sabar juga mengingatkan diri kita yg kita ni bukanla perfect pon.. so, terimalah perkara yg sama juga terhadap org lain.

SALAM - tahiyyatul Islam (greeting in Islam) ni sejenis perhubungan antara manusia yg cukup cantik. kita mendoakan org lain dan begitu juga org lain terhadap kita. ini dapat menambahkan rasa tawadhu' kita. memanglah memberi salam ni sunat je.. tp di sisi Allah, org yg memberi salam ni lebih mulia dr org yg jawab salam.

so, kita cuba praktikkan 5S yg baik dan luputkan 5S yg buruk tadi.. INSYA ALLAH...

wallahu a'alam...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...