bersempena dengan FIFA World Cup yang bakal menjelang tak lama lagi ni, ana nak gak post pasal bola ni.. walaupun ana ni tak la berapa minat sangat dengan bola (kalau ngan badminton ana minat), but still i wanna post something about it in my own way..
sport event yang ana rasa antara yang terbesar di dunia ni akan berlangsung pada 11 jun sehingga 11 julai 2010, iaitu selama sebulan. maka, ramai la akan sanggup bersengkang mata untuk menonton world cup yang acapkali menjadi perbualan hangat di mana sahaja.. nanti dapat la kita tengok gelagat manusia yang tak cukup tido dek kerana sebijik bola.. bercakap pasal bola, ana nak cerita sket pasal bola ni.. antum tahu x apa maksud bola tu?? kenapa manusia sanggup menggadai segalanya termasuk agamanya demi sebijik bola??
kalau kita tengok, bola tu takde ape pown.. tapi tanggapan orang berlainan. apa yang ana dapat rumuskan.. B.O.L.A bermaksud:
B: buat
O: orang
L: lupakan
A: ALLAH
so, berdasarkan akronim di atas ni, dapat la kita lihat erti bola dari sudut yang negatifnya. ana tak cakap yang bola tu haram atau tak boleh main.. ana cuma nak ingatkan, kita orang Islam.. so, seharusnya kita bermain dengan cara Islam. Islam x melarang kita untuk beriadah, tapi berpada la..
ini tidak.. kalau kita tengok zaman sekarang ni, letak je sebijik bola kat tengah padang tu... maghrib, isyak, subuh.. semua tinggal. tu belum lagi tambah ngan pergaulan bebas kat stadium.. kalau nak bangun tengah malam nak tengok bola tu, takde salahnya.. cuma, apakata kalau tengah malam sebelum kita buka tv tuk tengok bola tu, kita solat tahajjud 2 rakaat dulu.. pastu kalau nak tgk bola tu, tengok la smp pagi pown.. tapi jgn sampai subuh terlajak plak..
hakikatnya, bola tu memang memberikan keseronokan dan boleh relax, tapi kalau terlebih jadi dosa plak.. maka, berpada2 la dalam setiap urusan. kalau nak tengok bola takpe, yang penting jaga agama dahulu...
wallahu a'alam..
1 comment:
nasib baik aku x minat tgk bola...
main pun kadang² je...
haha...
Post a Comment