Followers

Thursday, September 16

campur aduk

bismillahirrahmanirrahim..

pejam celik pejam celik, dah seminggu rupanya kita masuk bulan Syawal ni. rasanya, tak terlambat lagi kot bagi ana mengucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN... ana nak ambil kesempatan ni betol2 nak mintak maaf kepada sesiapa ana ada buat silap.. kalau2 ana tergebang lebih ke, tertipu mana2 ke, terpukul sesiapa ke.. dan segala yang "ter2" la.. ana mohon ampun dari hujung rambut sampai hujung kaki... zahir mahupun batin...
bermaaf2an kan dituntut dalam agama kita.. x gitu???

sesuai ngan tajuk post ni, kepala ana ni da bercampuk-aduk ngan macam2 benda. study lagi, next week ni nak exam ni... ngan.. macam2 lagi la. yang penting, target ana tuk this 2 weeks.. FINAL EXAM... actually, jujur-ly (exist ke such word...=p) speaking, ana memang xde mood nak study time2 raye nih.. bayangkan la ana amek 3 hari lebih nak abiskan biology yang ade 8 chapter uh.. tu baru bio, chemistry ngan arab x study lagi.. exam plak tinggal brape hari je lagi.. tolak tidor, facebook, blogging (hehe...) and ect... xpelah.. bagi ana, da usaha, kita tawakal je.. insyaAllah, semuanya pastinya OK dgn izinNya.. macam DUTA...

D : DOA
U : USAHA
T : TAWAKAL
A : ALHAMDULILLAH...

next, kita baru je abis puasa pada bulan Ramadhan al-mubarak.. so, kita kene la buat post mortem (muhasabah) sket tentang amalan kita sepanjang bulan tu. adakah kita berjaya lengkapkan puasa tanpa ada "lobang2"??? adakah kita berjaya khatamkan al-Quran??? adakah amalan dan akhlak kita lebih baik selepas graduate je dari university of Ramadhan ni??? kalau jawapan antum "YA", mabruk ana ucapkan... bagi yang TAK tu, kita perbaiki lagi diri..

"PERBANYAKKAN MUHASABAH, PERHEBATKAN MUTABA'AH, SEMARAKKAN MUJAHADAH.."

wallahu a'alam...

Monday, September 6

"InsyaAllah... saya akan goyang maut!!"

bismillahirrahmanirrahim..

hati ini terasa tertarik untuk menukilkan satu kehidupan yang sebenarnya agak lazim bagi masyarakat kota yang hidup dengan kebebasan berhibur.. nyanyian.. minuman.. dan segala bagai.. tetapi apa yang menjanggalkan ialah mengapa ia berlaku pada masa yang tak bersesuaian dengan perkara tersebut...

aku melalui malam-malam Ramadhan ku seperti biasa. beribadah. tarawikh. qiyam. tapi pada malam ni, aku rasa seperti hendak merantau keluar melihat apa yang masyarakat sekeliling ku lakukan. adakah sama seperti yang orang lain lakukan??? atau adakah lebih hebat?? boleh jadi pandangan ku betul, dan boleh jadi juga tidak.

aku memulakan kembara malamku pada malam 27 Ramadhan ini dengan menuju ke Bukit Bintang. selesai sahaja aku solat maghrib berjemaah di Mid Valley, aku bersama 3 lagi sahabat menuju ke sana. tak dapat dinafikan, malam di KL sememangnya hingar. dengan bunyi hon, bunyi orang menjerit... dan macam2 lagi.. jalan masa tu memang jam.. kami tercari2 bas ke KL Sentral, tapi satu pun xde. kami nekad mengambil teksi dan seperti yang diduga, memang kami kene "sembelih" habis ngan driver tu. mana tidaknya, pesta lampu brek merah memenuhi jalan raya.. dalam perjalanan yg sepatutnya singkat tu, kami dikenakan cas RM10..

dari monorail stesen KL Sentral, kami menghala ke Bukit Bintang. entah macam mana pula hati kami ni nak tergerak pergi ke sana. kalau nak diikutkan, baik kami balik je. aku ni sekadar mengikut sahaja. follow je la an. dalam masa yg sama, dapat aku gunakan peluang ni untuk menilai dan memerhatikan kehidupan masyarakat kota pada malam hari..

setelah beberapa lama berjalan melihat suasana Bukit Bintang pada malam hari, kami berhenti jap kat satu kedai makan. saja ja nak lepak kejap. mata aku liar memerhati sekeliling. otak ku tak henti dari terus menganalisa setiap tindak tanduk dan perilaku manusia sekeliling ku..

ada yang bertudung, tapi berpeluk dengan lelaki secara terbuka. ada juga perokok wanita. di sudut hujung sebelah jalan sana pula, ada yang mempromosikan urutan badan. ada juga yang lelaki yang mendapatkan khidmat urutan secara terbuka di khalayak ramai.. macam2 perangai dpt ku lihat.. di malam 27 Ramadhan.

aku dan sahabat pun duduk di satu meja sambil datang seorang wanita yang nak ambil order. menghulurkan menu yang disediakan. terbeliak juga mataku ini melihatkan Nescafe ais berharga RM5.. tak tahu apa yang mereka letak dalam tu, tapi aku rasa sama sahaja dengan nescafe yang lain.. sahabatku lain order shisha perisa grape. memang aku tak suka shisha ni. rasa macam tengah merokok pula. bibir aku ni x pernah lagi disentuh rokok mahupun shisha.. arak jauh sekali. biarlah apa pon orang nak kata.. aku tetap aku...


sambil2 mataku ligat melihat dan menilai akhlak masyarakat sekeliling, tiba2 ada satu persembahan nyanyian yang diadakan. aku sebenarnya x berapa suka sangat benda ni. tapi xkan la nak tinggalkan sahabatku di situ pula. aku pun duduk sambil telinga ni terus disulami suara bingit penyanyi wanita tu (bukan artis la). sampai suatu ketika, wanita ni nak persembahkan lagu berikutnya, iaitu sebuah lagu dangdut nyanyian Inul..

perhatianku tertarik pada wanita itu. dangdut di malam Ramadhan.. hebat sungguh manusia ni. mencemarkan malam yang mulia. sebelum nyanyi, wanita ini buat intro sikit. dia kata, "saya akan menyanyikan sebuah lagu dangdut (x ingat apa tajuk lagu nya) nyanyian Inul. InsyaAllah, saya akan goyang maut sikit..."



aku dan shabat yang lain tersentak. apa yang sebenarnya wanita tu pikir.da la menyanyi terpekik-pekik di malam Ramadhan. boleh pula mengeluarkan ayat sebegitu rupa. begini rupanya pemikiran masyarakat kota pada malam Ramadhan. aku terbayang... kalau mereka boleh mengatakan sebegitu, boleh berpelukan di khlayak ramai sedang tudung masih di kepala... bagaimanakah ibadah mereka???? bagaimana pergaulan mereka??? bagaimana sikap mereka di luar Ramadhan??

aku dan sahabat pulang sejurus selepas itu... aku merasakan betapa hinanya kita ini. Allah memberikan aku kesempatan untuk aku melihat dunia sebenar yang penuh dengan dugaan. untuk aku ambil pengajaran darinya...

(kisah ini adalah berdasarkan kisah sebenar. sebahagian cerita telah ana potong dan pendekkan)

wallahu a'alam...

Monday, August 30

merdekakah kita???

bismillahirrahmanirrahim..

tinggal beberapa jam sahaja lagi negara kita Malaysia yang tercinta ni nak menyambut ulang tahun kemerdekaannya yang ke-53... tahniah kepada barisan pimpinan negara sama ada dari parti pembangkang mahupun pihak kerajaan yang sehingga kini, walaupun ada perbezaan pendapat dan sebagainya, but still masih mampu meneraju tampuk pemerintahan dengan baik.

bercakap pasal merdeka ni, ana xnak la story pasal sejarah kemerdekaan negara yang ana rasa hampir semua daripada kita ni dah tahu dan mengerti tentang hal2 sejarah ni... tapi, apa point yang ana nak ketengahkan di sini ialah "adakah kita ni sudah merdeka??"



sebenarnya, kalau kita nak bercerita pasal merdeka ni, takkan ada kesudahannya.. sebab ape?? sebab kita ni tahu merdeka dan sejarahnya. tapi jarang skali antara kita ni yang memahami dan mengerti maksud disebalik merdeka itu sendiri. ana xnak la huraikan maksud merdeka dan bla3... sebab ana yakin antum semua pun paham apa tu merdeka..

ana teringat cikgu ana (nama dan lokasi dirahsiakan) pernah bercerita time kelas.. dia cakap "kita ni nama je da merdeka, tapi mindset kita x pernah merdeka. tengok jela gejala buang bayi, rempit, penagihan dadah dan sebagainya.. ini ke tindak tanduk dan akhlak sebagai masyarakat yang merdeka???"

kalau kita tengok la US sana, diorang ni even jadi "penjenayah dunia" terbesar, namun diorang ni ada satu sifat and sikap yang jarang ada pada masyarakat dunia ketiga. maksudnya, diorang ni da mengalami evolusi ketamadunan yang memakan masa beratus2 tahun lamanya. maybe ada yang x paham dengan apa yang ana cakapkan ni.. let's make it this way.. biar ana cakap dengan bahasa yang mudah difahami..

US ni da ditubuhkan dan dimerdekakan beratus2 tahun yang lalu atau maybe lagi lama.. so, diorang ni dah mengalami pelbagai perubahan yang membawa mereka ke arah suatu ketamadunan (tapi x Islam)... mereka mempunyai peradaban dan cara hidup yang tersendiri. berbanding negara kita, kita juga mengalami perubahan dan cara hidup kita yang penuh dengan adat dan adab membuatkan kita rasa yang kita ni lebih baik dari US..

fine, stakat ni sapa yang x paham??? eh.. macam kat dalam kelas lak... hehe... tapi, fakta yang cikgu ana sebutkan tu hanya valid tuk beberapa puluh tahun yang lalu.. tapi kini, adakah ni ada lagi adat dan adab yang kita megah2kan tu??? kita ni mengalami pembangunan dan evolusi terlalu drastik sehinggakan pembangunan mental dan sahsiah kita x seiring dengan kemajuan moden kita.. hasilnya, bayi dalam tong sampah, pelacuran berleluasa.. adakah ini yang kita katakan merdeka???

ana bagi satu contoh, dalam kes buang bayi la katakan.. kita bandingkan antara US dengan Malaysia. kalau di Malaysia, kes buang bayi ni da semakin hangat plak. dulu jarang la kalau kita nak dengar pasal kes ni. kebanyakan bayi yang dilahirkan hampir kesemuanya adalah bayi luar nikah. maka, "ibu bapa" hina ni akan membunuh dan membuang bayi ni sesuka hati mereka.. kalau kat US, kes bunuh bayi boleh dikatakan kurang sebab mentaliti pesalah laku ni sendiri. andai kata diorg ni terlanjur, diorag x bunuh bayi tu, tetapi diorang letak bayi tu dalam bakul and letak depan rumah orang sambil letak makanan kat sebelah tu.. (betulkan fakta ni kalau ana salah)... diorg ni masih tahu lagi bahawa buang bayi tu adalah satu kesalahan.. so, kita sebagai rakyat Malaysia harus ambil pengajaran yang baik dari tindakan itu. bukan ana nak galakkan "buat bayi tanpa lesen" ni.. maksud ana, kita implement tindakan tu dalam situasi yang lain. cth nya, kalau kita nak buat salah, kita harus tahu baik buruk dan andai kata kita membuat kesilapan, jangan kita tambah kesilapan kita dengan buat kesilapan yang lain..




apa yang ana nak maksudkan ni ialah mentaliti kita ni masih x merdeka sebagaimana merdekanya negara kita ni.. negara kita ni mampu mencapai segala kemajuan dan pembangunan yang seiring dengan kemajuan dunia.. namun, minda kelas pertama yang selalu diuar2kan perlu kita utamakan.. letakkan minda dan akhlak kita atas landasan agama, InsyaAllah... kemerdekaan sebenar pasti dapat kita capai..

wallahu a'alam...

Thursday, August 26

Al-Quran umpama kekasih..

bismillahirrahmanirrahim..

salam 2/3 Ramadhan kepada semua muslimin muslimat. mabruk juga ana ucapkan kerana setakat ini, Alhamdulillah kita semua berjaya melepasi sebahagian Ramadhan dengan izinNya.. kepada yang ada lobang2 tu, jgn lupa qada' pula. maybe antum ada masalah kesihatan yang x mengizinkan antum berpuasa. xpe.. Allah lebih mengetahui..

ana sebenarnya sekadar nak mengucapkan ini sahaja, tapi orang kata da alang2 update blog ni... biar ana nak bawa satu ingatan kepada diri ana sendiri dan InsyaAllah kepada antum semua.. sebab Allah menyuruh kita dalam berpesan2 kepada kebaikan ni... (103:3)

pernah x kita ni menghafal Al-quran??? maksud ana, walaupun kita ni xla menghafal sampai 30 juzuk (kepada yang berusaha menghafal 30 juzuk tu, mmg mumtaz la), tapi kita mesti ada hafal sebahagian daripada ayat2 dalam Al-quran tu kan. so, ada x kita sustain ayat2 tu dalam ingatan kita?? masihkah kita ni menghafal ayat yang kita hafal waktu kita sekolah agama atau sekolah menengah dahulu??? dapat x bayangkan, kita ni hafal sebahagian pun da lupa2 ayat tu... macam mana dengan para huffaz yang menghafaz keseluruhan Al-quran??? bagaimana diorang maintain ingat hafalan diorang??

sebenarnya begini... bak kata ustaz ana, Al-quran ni pelik sikit. maksudnya, bukan la Al-quran ni sesuatu yang batil atau sesuatu pembohongan semata. apa yang ustaz ana maksudkan tu ialah Al-quran ni umpama seorang kekasih. kepada yang pernah berkasih di luar sana (atau senang cerita umpama kita dengan mak kita la), kalau sehari x jumpa, mesti kita da tercari2 atau duk memikir kemana la kekasih atau mak kita ni pergi. begitu juga Al-quran...



katakan kita ni menghafaz 30 juzuk Al-quran time skola x pun time kat universiti... then, bila kita masuk alam pekerjaan, for sure kita ni da busy kan. entah2 Quran pun kita x pegang.. so, kita perlu refresh balik ayat2 yang kita da hafal kan..

andaikata kita x refresh balik dalam sehari, Quran kata xpe.. masuk 2nd day, xpe lagi.. 3rd day, "sipolan ni da busy sgt ke... smp lupa kat aku".. 4th day, "ni nak merajuk ni.." 5th day, Quran mesej.. "i give you 3 days to decide, me or your world..." 6th day, "sehari lagi tinggal, baik pikir cepat.. kalau x..." 7th day, "sampai sini sajalah hubungan kita, kalau ada rezeki kita jumpa lagi, salam... bye2..."

sebenarnya, ustaz ana waktu citer bende ni kat ana, sakit gak perut tahan gelak. tapi, mesej di sebalik lawaknya tu, ada banyak pengajaran. dia kata, "xde la Quran cakap kat manusia camtu... perumpamaan sahaja... kalau betul2, mau manusia ni 24 jam ngan Quran je..." maksudnya di sini, kalau kita ni da "berhubungan" dengan Al-quran, jangan la kita lepaskan begitu sahaja....

teruskan dengan hafalan and maintain dalam ingatan ayat2 yang dihafal.. bagi memudahkan, pastikan ada Quran kecil dalam poket supaya kalau ada masa lapang, kita boleh baca and hafal..

wallahu a'alam...

Friday, August 20

sayangnya ALLAH pada wanita...

bismillahirrahmanirrahim..

1. wanita auratnya lagi susah dijaga daripada lelaki
2. wanita perlu minta izin suami kalau nak keluar tapi lelaki x payah
3. wanita saksinya kurang daripada lelaki
4. wanita menerima harta pusaka kurang daripada lelaki
5. wanita perlu tanggung kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6. wanita wajib taat kepada suami tapi suami x payah taat kepada isteri
7. talak terletak pada tangan suami dan bukannya isteri
8. wanita kurang beribadat kerana masalah haid dan nifas yg xde pada lelaki.

KENAPE??? APA DISEBALIKNYA???

=>> benda yang mahal akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat. sudah pasti intan permata xkan dibiarkan bersepah2 bukan??? itulah perumpamaannya dengan seorang wanita.

=>> wanita perlu taat kepada suami tapilelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama daripada bapanya.. bukankah ibu seorang wanita????

=>> wanita terima harta pusaka kurang berbanding lelaki tapi harta tu menjadi milik peribadi sepenuhnya. manakala lelaki pula menerima harta pusaka untuk dinafkahkan kepada anak dan isteri.



=>> wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak tetapi setiap saat dia didoakan oleh setiap makhluk ALLAH dan matinya kerana melahirkan adalah syahid kecil dan dosa kecilnya diampunkan.

=>> di akhirat, setiap lelaki dipertanggungjawabkan ke atas 4 wanita, iaitu isteri, ibu, anak perempuan dan saudara perempuan. kalau wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 lelaki, iaitu suami, ayah, anak lelaki dan saudara lelakinya.

=>> lelaki perlu berjihad fisabilillah tetapi wanita hanya perlu taat kepada suami dan melaksanakan segala perintah ALLAH. mereka akan turut dapat pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa mengangkat senjata...

MASYA ALLLAH... sayangnya ALLAH pada wanita... kan???

wallahu a'alam...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...