Followers

Saturday, August 17

#PrayForEgypt

bismillahirrahmanirrahim..


Cerita Mesir. Lagi?

"Bosan la asyik cerita bunuh2, perang2 ni.."

"Anak I ni kecik lagi nak kene tau pasal Mesir2 ni. Budak2 kalau tengok darah2, bunuh2 ni boleh jadi ganas tau x.."

"Kita yang kat dalam negara ni pun tak setel lagi, nak pikir pasal orang lain kat Mesir tu pulak. Itu hal depa lah, buat apa nak pening2 kepala."

"Ala.. Biasala tu. Gaduh sana sini. Nanti ada rundingan damai, setel la tu. Dah tau da kesudahan dia. Baik aku layan kontroversi Halim Othman nak kahwin ni. Girlfriend dia lawa.."

Heh??!!





Ini sebahagian dari apa yang ada di Mesir.

Ini bukan untuk memenangi anugerah foto terbaik

Ini bukan untuk tontonan puak2 yang dahagakan aksi2 ganas

Ini ialah kemanusiaan. Justice. Peace.

Digulingkan Dr Mursi oleh puak2 laknatullah tanda Islam itu benar. Kerana apa? Mereke takut dengan kebenaran yang Islam tawarkan. Takut akan hilangnya nafsu yang mereka "Tuhan" kan selama ini. Mereka kecut dengan Dr Mursi yang akan membawa sinar Islam kembali ke Mesir. Walau pun berdikit-dikit.

Ya. Mereka juga Islam. Tapi sekadar 'selam'. Membunuh saudara seagama sendiri demi memenuhi kehendak mereka2 yang bukan seagama. Siapa lagi di balik tabir agenda2 ini?

Yahudi. Ya. Dengan ini, pintu Mesir untuk Palestin yang dibuka oleh Dr Mursi akan ditutup semula. Yahudi bertepuk tangan selepas kegelisahan setahun lamanya.

Hiraukah kita? Peduli kah? Mungkin. Atau tidak.

Ambil berat lah. Walau dari jauh. Kerana mereka saudara. Doa itu senjata kita. #PrayForEgypt

notakaki: Wahai saudara2ku, kuatkan lah semangat.. Kita hidup mulia, atau mati syuhada.

Sunday, August 4

Pharmacy in IIUM

bismillahirrahmanirrahim..

First of all, nak habaq kat hangpa semua yang admin blog ni baru je tamat Year 1 di Kulliyyah of Pharmacy (KOP) ni. And the upcoming semester would be my Year 2 study period. Mungkin aku bukanlah orang yang terbaik untuk korang (baca: adik2) semua jadikan rujukan tentang hidup di KOP, tapi serba sedikit korang tahu lah macam mana hidup di sini

Admin sebenarnya nak menjawab persoalan yang diutarakan oleh saudara/saudari Anonymous dalam komen beliau dalam post yang terdahulu.


Hidup di KOP IIUM Kuantan ni takdelah sesukar mana seperti yang korang semua fikir. Orang selalu cakap, "Kalau hangpa pandai atuq jaduai hangpa, surely hangpa boleh success.." And bagi aku, kalau hangpa nak enjoy takde masalah. Cuma pelajaran tetap diutamakan.

1. Jadual di KOP

Bercakap pasal jadual di KOP ni, jadualnya memang sentiasa berubah. So takdelah nak kata yang setiap isnin kita kene bawak buku Microbes sebab ada kelas tu pukul 11.30 tengahari. Jadualnya sentiasa dinamik. Dan kita harus sentiasa update dengan perkembangan jadual tu. Biasanya jadual ada tampal kat luar Lecture Hall. Urusan tu semua akan dilakukan oleh Admin KOP. So, korang just...


#heheh

Pasal jadual pulak, normally student KOP akan mula kelas paling awal pun 8 pagi, dan paling lewat habes pun pukul 7. Bergantung pada subjek yang kita akan ambil juga. Tapi kalau hari2 biasa, kelas start 9 pagi dan habes 5 petang. Pagi biasanya kelas teori, dan petang akan masuk lab. Ni contoh jadual first year aku dulu..

Jadual Week 5
Jadual Week 6
2. Subjek dan Credit Hour

Secara peribadi, aku merasakan bahawa subjek di peringkat ijazah ni sangat best. Korang semua just have to bear with the lecturer je. haha. Yelah, tak semua lecturer punya cara mengajar mengikut selera kita. Even bahasa diorang pun kita susah nak paham. haha. Tapi, seriously, memang subjek dia best.

Yang menjadi tak best dan hilang nikmat ilmu tu ialah bila kita study last minute. Tu memang standard student la kan. Aku pun buat gitu gak. haha. Tapi untuk masa depan dan ilmu, selalu lah study ye.. Oh ye!! Lupa nak habaq. Credit hour student KOP adalah paling tinggi dalam IIUM Kuantan ni. 155 credit hours. So, korang kena beware je lah ye.


3. Biasiswa JPA

Dukacita aku nak habaq kat korang ni yang JPA tidak lagi memberi biasiswa secara automatik kepada batch 2013/2014. Sebabnya, target JPA untuk seorang ahli farmasi kepada rakyat Malaysia sudah mencapai target. Tak silap ratio dia 1:1600 rasanya. Tak silap la kan.. Makanya, batch2 mendatang perlulah struggle untuk mendapatkan biasiswa tersebut atau cari sumber2 yang lain

Berkenaan dengan pointer untuk dapatkan biasiswa, aku sarankan korang untuk maintain 3.5 dan ke atas. Selebihnya, kene usaha lah. Tapi, just nak habaq so that korang prepare. Subjek memang tough bagi sesiapa yang tak fokus (termasuklah aku.. adeyai!!). So, korang perlulah skor. Tapi bukannya langsung tak aktif. Aktif itu perlu untuk peluang kerja nanti. Kena balance la, senang citer..

4. IPHA

(IIUM PHARMACY STUDENT SOCIETY) IPHA ni persatuan pharmacy di KOP ni. Ipha akan handle program yang akan dilaksanakan di KOP dan juga menjadi saluran bagi student untuk menyelesaikan masalah. Bagi sesiapa yang aktif persatuan, boleh lah join IPHA ni.

5. Pakaian

Pakaian ke kelas amatlah ditekankan supaya bersopan ke kelas. Pakaian formal seperti baju kemeja, seluar slack dan berkasut amatlah digalakkan. Tapi boleh je pakai pakaian lain seperti kurta, jubah, baju melayu/raihan, asalkan jangan mendedahkan aurat. Dan pastinya kita sebagai umat Islam, Nabi mengajar kita untuk sentiasa kelihatan bersih, kemas dan sopan.


Jangan lah pulak korang datang kelas dengan rambut botak sebelah, pakai skinny, kebaya ketat, sleeve-less, dan seumpamanya.. Jaga tata tertib kita dengan ilmu, lecturer dan sesama kita..

Aku rasa itu je yang dapat aku kongsikan buat masa ini. So, kalau korang ada pape persoalan tentang KOP dan seumpamanya, komen kat post ni or komen di fb je la ye.. =) Selamat datang kepada adek2 yang bakal mendaftar ke IIUM Kuantan dan KOP september ni.

notakaki: Belajar di mana2 pun sama je sebenarnya. Yang penting hati yang nak belajar tu kene lah ikhlas  =)

[REVIEW]: Blackberry Z10

bismillahirrahmanirrahim..

Mungkin korang semua boleh rujuk post aku pasal BB Z10 ni. [klik sini].

Seteleh beberapa bulannya, aku tibe2 tergerak nak tukar BB Bold 2 yang aku pakai sekarang. Dengan masalah yang BB selalu ada, so aku terfikir yang "mungkin BB yang baru ni have a better feature and lack of problems.."

Tu sangkaan aku je. Yelah, setiap keluaran baru tu mesti ada baiknya, dan tak ketinggalan mesti ada buruknya juga..

Check these out!! Review pasal BB Z10 daripada pengguna2..




Ada yang sukaa, ada yang tak suka. Personally, aku memang nak cuba2 untuk pakai BB Z10 ni. Tapi setelah baca semua review yang ada ni, kecenderungan aku tu meleset. Mungkin BB Q10 lagi best. Sebab keypad-nya kot. BB memang convenient dengan keypad-nya.


But still, kalau BB masih tidak melakukan sesuatu tentang mereka punya masalah seperti lagging, bateri cepat habes, etc.. Barangkali pengguna BB akan menjadi muak dan akan bertukar kepada telefon mudah alih yang lain..

notakaki: Dah lama tak update ni, so sempat lagi aku nak ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua dan tinggal beberapa hari je nak raya ni, aku pun nak ucapkan Selamat Hari Raya.. =)

Thursday, June 20

Year 1 Sem 2 Review

bismillahirrahmanirrahim..

Saat2 menunggu result depan laptop untuk setiap semester merupakan saat yang paling men-tension-kan dalam hidup aku. Cuak. Gemuruh. Takut fail. Semua ada. Tambah2 lagi kalau result tu kita dah boleh predict dah apa bentuknya.


Anyway, every semester menjadi tradisi untuk aku share dengan readers tentang result. Not to show off my ke-tidakpandai-an, tapi more on the review about the subjects I took..


Not bad la kan.. Overall, Semester 2 ni boleh aku katakan agak kelam kabut. Semua subject best sebenarnya.. Sebab memang itu yang kita ada deal bila kita kerja nanti. Tapi depends jugak dengan lecturer yang lead kita ke arah best ke tidak sesuatu subject tu. hmm. Sem 2 aku start dengan penuh semangat untuk belajar demi ilmu, sebab aku rasakan yang segala ilmu yang tuntut ni untuk aku gunakan nanti.. Tapi sebaliknya yang berlaku...

"Saya tak pernah bagi note pada student saya sebab saya nak students to be always aware dalam kelas and kalau saya bagi note, you akan tak fokus dalam kelas.. Sebab apa? Sebab dah ada note...." (Lecturer, 2013)


#dahek

Maka, keinginan aku yang amat berkobar2 untuk belajar jadi sedikit down. Bagi aku, nota tu untuk dijadikan rujukan aku setiap kali aku nak study, so that aku tahu sampai mana patut aku tahu dan bukannya terus baca buku teks yang tebal2 tanpa tahu llimitnya... yedak?

Ok. Kalau tengok result ni, ALHAMDULILLAH. Bersyukur sangat2 sebab aku sebenarnya aku target lulus je and tak expect tinggi. And aku harap2 sangat tak fail.. Sebab apa? Aku punya carry mark sangat tidak memberansangkan.. Tapi Allah bagi juga aku rezekiNya untuk aku syukuri. =)


Aku ulas one by one subject la. Leadership. Ok la. Subject ni amat interesting.. Sebab takde exam. Hanya presentation. =) Bahasa Melayu. Subject ni amat best sebenarnya.. Belajar tentang temu duga, Surat rasmi dengan format yang latest. Protokol. Macam2 la. Tapi yang tak berapa nak sedapnya ialah bila time exam. Orang selalu kata,

"Alah... BM je pon. Boleh skor punya..."

Sila ambil perhatian ya. BM tahap universiti amatlah payah. Kalau bahasa kita takde laras bahasa budak2 universiti dan masih tersangkut di peringkat SPM, sila jangan impikan A. huhu. Plus, aku pun dah 3 tahun tinggalkan BM, dan tiba2 kena ambil BM. Menggeletar la jugak bila sampai part terjemahan BI kepada BM. Dan aku sedar yang BM aku sangatlah hancur. (kepada guru BM di sekolah, sila kecewa dengan saya.. )


Organic Chemistry. Subject ni best sebenarnya. Tapi banyak hafal. Dan carry mark sangatlah jauh terkebelakang. hmm. Tambah2 pulak bila nak exam tu, aku 'blank' dengan tak semena2 dan aku terniat nak keluar exam hall tu lepas aku jawab satu dua soalan yang pertama. Adeyai. Tapi takpe la kan. Kene usaha dulu baru tawakal kan... Habes je exam tu, aku down sangat2, terus pergi solat and maka bercucuran la air mata bila mengenangkan takut kene repeat. Macam manalah hidup aku nanti.


Biochemistry. Yang ni memang aku tak fokus sangat dalam kelas sebab agak panjang lebar explanation lecturers. Ada jugak yang aku tak dapat nak catch up sebab beliau ajar macam bullet train. hahha. Tapi, aku syukur sangat2 sebab apa yang aku discuss dengan member keluar atas essay paper. Plus, dengan soalan2 ramalan (macam SPM pulak kan..) yang kitorang spot. Masuk!! Alhamdulillah...


Pharmacology. Takde nota. Lecturer cakap jangan jadi zombie. Tak boleh fokus. Itu je la hasilnya. hmm. Pharmaceutical Analysis 1. Subject ni sebenarnya senang je. Sebab nota dia sangatlah nipis. Tapi disebabkan exam ni yang last sekali dan ada tiga hari gap, maka ikut calculation sebagai seorang student biasa, kita akan study the day before exam la kan... haha. Mungkin aku ter-underestimate subject ni. Sebab apa? Sebab yang keluar exam ialah soalan semester sebelumnya, which is Physical Pharmacy. Patutnya aku study Sem lepas punya subject kan... (sarcastic!!) Adeyai. Apa yang dia ajar tak masuk plak..


Microbiology. Subject yang paling susah bagi aku sebab dalam subject ni, tak banyak yang kene paham. Semuanya hafal. Aku spent 4 hari untuk subject ni saja. Zombie habes la. Study week aku penuh dengan Microbes je la. Tapi berbaloi la. =) UNGS. Syukur aku dapat lecturer yang sama dengan UNGS yang sebelum ni. Sebab dengar kata, lecturer yang lagi satu amatlah payah nak bagi markah. hmm... Entah la. Ni semua dah ketentuan kan..=)

Konklusinya, aku banyak main Sem ni. Even aku maintain pointer Sem ni, tak bermakna aku tak boleh jatuh or naik kan. So, I've to work harder. Bagi aku lah kan, kalau kita nak main, hang out, karok ke.. Boleh je. But then, kita kene tau la nak back up balik masa yang kita guna untuk bersuka ria tu. Jangan selalu la. Bila sampai masa nak study, fokus!! #notetomyself

notakaki: Sem depan kene lebih fokus. Mungkin bila tukar Lecture Hall nanti, aku akan dapat semangat yang lebih jitu. huhu. Yang penting buat masa sekarang, bersyukur saja dengan apa yang kita dapat.. =)

Monday, June 10

Disaman Polis

bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum readers. Mintak maaf la, dah lama tak update blog ni dek kerana busy kemain semenjak jadi student pharmacy ni. haha. Lepas kira-kira 5 bulan tak bersua ni, aku nak buka cerita pasal aku kene saman.

Kene Saman? 0.o Hoyeah!!


Al-kisahnya, aku dengan member aku, Abi Judeen nak pergi la ke Kuantan Parade. Potong rambut sebab rambut kitorang semenjak exam ni mengalahkan semak kat UIA tu. So, aku park je la kereta Myvi aku tu kat depan Kuantan Parade. Sebelum keluar tu, aku pun goreslah kupon parking yang aku dah lama beli tu. Berhati-hati la katakan, takut kene saman pulak.

Lepas tu, kitorang pun masuk la ke Kuantan  Parade tu. Gunting rambut, berjimba-jimba jap. haha. Lama gak la. Hampir dua jam jugaklah kitorang kat dalam tu. Bila nak keluar tu, aku pikir yang kereta aku tu mesti kene saman sebab limit kupon parking tu sejam je. Aku redha je la.

Bila nak keluar je tu, aku dah nampak pak polisi tengah tulis2 something kat buku saman dia tu.

"Alamak abi. Ni confirm kene saman ni. Adoyai... Melayang la duit..." 

Aku pun menghampiri kereta aku dengan wajah tak bermaya. Aku nampak sehelai kertas putih terkepit kat wiper kereta tu.

"Dapat surat cinta weyh..."

Kitorang pun masuk kereta, sambil belek2 surat saman tu.


"KESALAHAN TRAFIK (1). KESALAHAN MELETAKKAN KENDERAAN MENYALAHI LALU LINTAS"

o.0

Aku rasa aku park kat dalam line kuning. And aku selalu buat gitu. Tak pernah pulak kene saman. Banyak je kereta park kat situ. Aku ingat aku kene saman dengan Majlis Perbandaran sebab park lebih limit masa. hmm..


Hari ni aku pergi bayar saman tu kat IPD Gombak. Kene RM 150. hmm.. Akak polis yang jaga kaunter tu senyum je dapat duit aku. Takpelah. Bak kata mak aku,

"Lain kali ingat. Bukan RM 1.50 kene. Banyak benda boleh beli dengan RM 150 tu."

huhu. Baiklah mak.

notakaki: Selain pergi bayar saman tadi, aku pergi cari kerja gak. InsyaAllah dapat kot. Cashier kat Parkson Selayang. Kene cari duit untuk masa depan. Takkan la nak bergantung kat duit mak bapak lagi, yedak??

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...