Followers

Thursday, November 18

Mualaf : Dia atau Kita

bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah. Kita masih lagi diberi ruang dan peluang untuk terus berpijak di bumi yang dipinjamkan Allah kepada kita. Mudah2an, dengan rahmat dan kasihNya, kita dapat terus meneruskan kehidupan dalam iman dan Islam yang teguh kepadaNya. InsyaAllah..

Mualaf?? Biasa tak anda dengar perkataan ini. Ana rasa, InsyaAllah, ramai antara kita sudah faham maksud perkataan ini. Tapi, berapa banyak antara kita ini yang ambil kisah tentang “mualaf” pada diri kita sendiri.. pada diri kita sendiri?? Tapi, bukankah kita ni memang dilahirkan Islam. Dalam IC pun memang da tercatat da. Kenapa kita ni digelar “mualaf”??

Ana nak ceritakan suatu kisah mengenai mualaf yang hadir di majlis Islamic Musical Night yang diadakan UIA PJ baru2 ni. Dia seorang sudah memeluk Islam sejak 8 tahun lalu dan sekarang bekerja sebagai pendakwah di bawah Saba’ Islamic Media. Beliau sebelum ini merupakan seorang penganut Kristian yang pernah ditugaskan menyampaikan dakyah Kristian kepada masyarakat umum. Dan beliau memang tidak suka pada Islam. Namun, dengan kuasa Allah, beliau telah diberi hidayah milikNya untuk kembali kepada fitrah, yakni Islam. Pada majlis itu, beliau sempat “berceramah” dengan memperdengarkan bacaan kalam Allah yang sungguh indah beserta maksudnya sekali. Beliau menyebutkan kalam Allah itu umpama sudah fasih berbahasa Arab. Ana kagum sungguh dengan nikmat yang Allah kurniakan kepada beliau.

Begitulah serba sedikit mengenai kisah beliau. Nah, anda dapat tak tangkap apa yang ana cuba sampaikan. Tak dapat lagi?? Tayyib. Begini.. kebanyakan dari kita ini telah berada dalam keadaan Islam sejak lahir serta telah dididik dengan pengetahuan agama, sekurang2nya mengenal siapa itu Allah dan apa itu Islam. Tapi, agak malang bagi sesetengah dari orang di luar sana yang telah dididik dengan ajaran yang amat menyimpang dari jalan yang lurus.



Bila kita dengar sahaja ada orang masuk Islam, kita rasa syukur kerana kita da bertambah ahli keluarga baru dalam Islam. Makin ramai saudara kita. Dan kita akan memanggil mereka dengan gelaran mualaf ataupun saudara baru. Dan kita akan terus memanggil mereka dengan gelaran tersebut selagi mereka hidup. Sedar atau tidak, kadang2 orang yang kita asyik sandarkan gelaran mualaf ini lagi tinggi keimanan mereka terhadap Allah dari kita yang da memang sedia kala lahir dan dididik secara Islam sejak kecil lagi??? Berapa ramai yang membuat maksiat?? Siapa yang banyak menjatuhkan maruah Islam?? Mualaf atau kita??

“kau jangan nak memandai ajar aku pulak.. kau tu mualaf. Sedar diri sikit. Aku ni lebih lama hidup dalam Islam dari kau. Ingat, kau tu dulu kafir. Pergi taubat cepat2..”

Astaghfirullah. Nauzubillahi min zalik. Minta2 kita ni dijauhkan daripada sifat sebegini. Beginilah gamaknya kalau kita ini perasan yang diri kita ni Islam padahal perangai dah mengalahkan orang kafir. Orang seperti inilah seharusnya, malah sepatutnya kita hapuskan daripada berada dalam agama Allah ini. Golongan mualaf itu baru nak mengenal Islam, baru nak mengecap kemanisan iman, dah kita buat macam tu kat dia. Kalau dia nasihat kita tu, maknanya ada yang tak kena pada “Islam” kita tu. Ada yang perlu kita perbaiki. Pengetahuan Islam mereka itu lagi “fresh” daripada kita dan mungkin sahaja lebih mantap. Apa salahnya menerima teguran mereka. Tak rugi kalau kita menasihati ke arah kebaikan. Kan kita ni bersaudara??



Kadang kala, kita ni terlalu taksub dengan Islam keturunan yang kita miliki. Bukannya Islam agama sebenar yang kita sanjungi. “bapak aku Islam, atuk aku imam, so aku konpem la Islam”.. Islam bukan diukur dengan cara begitu wahai saudaraku sekalian. Semua yang Allah ciptakan, baik lelaki mahupun perempuan, semuanya sama sahaja. Dapat layanan yang adil daripada Allah. Yang membezakan antara kita ialah TAQWA kepada Allah. Mungkin sahaja mualaf yang diberi hidayah ini lebih bertaqwa kepada Allah. Dan bisa sahaja kita ini bukan sahaja tiada taqwa, malah kita ni sekadar “takut hawa” semata. Maka, di mana kita letakkan aras keimanan kita?? Meter taqwa kita sudah melepasi sasaran ke belum?? So, inilah yang ana perkatakan sejak awal tadi.

Andai kita ini terlalu menyanjung Islam yang hanya ada pada IC atau sekadar berbangga dengan Islam dari keturunan kita, atau mungkin sahaja kita terlalu bermegah dengan Islam kita yang tenggelam timbul, mana mungkin kita dapat katakan bahawa diri kita ini tidak “mualaf”?? mana mungkin kita tidak katakan bahawa kita ini umpama baru sahaja mengenal Islam?? begitulah maksud mualaf, yakni kembali kepada fitrah (Islam). Nabi pernah bersabda bahawa, semua orang dilahirkan dalam fitrah (Islam). Maka, terpulang kepada ibu bapa mereka sama ada mencorakkan mereka dengan Nasrani, Yahudi atau Majusi.

So, kita muhasabah lah diri kita. Adakah lagi lama kita berada dalam Islam, maka lagi banyak amalan kita yang diterima?? Jika kita lagi banyak berbuat kemaksiatan terhadap Allah berbanding golongan yang kita gelar mualaf ini, golongan yang kita anggap lebih sedikit ilmu Islam mereka berbanding kita, golongan yang kita anggap masih mentah dan tak tahu apa tu Islam, golongan yang dahulunya bergelumang dengan dosa kekufuran, golongan yang kita rendahkan taraf keIslaman mereka, maka sebenarnya kita ni lagi “mualaf” dari mereka.

Wallahu a’alam..

2 comments:

:::KHALIFATULLAH::: said...

teringat kata syeikh muhammad 'abduh "aku lihat di negara org islam dgn tiadanya muslim tetapi aku lihat di di negara bukan islam dgn adanya muslim"
*..muslim sudah lagi bukan muslim.mereka cuma muslim hnya pada nama namun seluruh cara hidup mrk mengalahkn org barat,tapi sebaliknya di barat,jepun misalnya sgt mnjaga kebersihan,ketepatan waktu,hormat org tua.mengalahkn cara org muslim..sdgkn mereka itu buddha,kristian n lain2.

Aizat Zulkarnain said...

setuju dgn akh nazrin. uamt hari ini perlu bangkit bg menyedari realiti hari ini. lama dalam islam tidak semestinya kita yang betul, baru tidak semestinya byk slhnya..
betulkan yg biasa, biasakan yg betul..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...