Followers

Monday, January 19

IPHA Election 14/15: My Story

bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah. Lepas 6 bulan menyepi dalam blog ni, akhirnya jari-jari ini kembali menari-nari atas keyboard blogger ni. Bukan menjadi keyboard warrior, tapi sekadar berkongsi rasa isi hati yang penuh dengan cerita yang nak aku kongsikan.

#cukupdenganintroyangpanjang

Awal bulan 12 tahun lepas, di Kulliyyah Farmasi UIA Kuantan telah berlangsungnya pilihanraya Kulliyyah untuk melantik barisan kepimpinan baru dalam Kulliyyah Farmasi ini. Dan pilihanraya ini yang telah mencorak hidup aku pada saat ini


Sekali lagi, nama aku tercalon untuk barisan Main Board IPHA buat kali ketiganya. Teringat saat aku dalam tahun pertama dulu. Nama aku tercalon untuk post Assistant Secretary IPHA, dan aku telah dipilih. Samada mereka memilih atas pilihan sendiri, atau mereka tidak kenal pon sapa aku ni, atau pon sekadar "Boleh la dia ni. Macam banyak je pengalaman Secretary dia ni.."

Dan tahun itu merupakan tahun pengalan aku kepada IPHA dan aku banyak sangat belajar tentang mengendalikan program sebegai seorang mahasiswa. Berlainan dengan pengendalian program sebagai student

Tahun kedua aku di Kulliyyah menyaksikan aku tercalon untuk jawatan Vice President 2 IPHA, yang mana pada pemilihan kala itu aku tertewas dengan Aiman Abibullah. Tidak kecewa. Tapi sedikit syukur kerana aku tidak terikat dengan mana-mana jawatan dan aku bebas untuk join mana-mana biro yang ada

Tahun ini, tahun ketiga aku menyaksikan sekali lagi nama aku tercalon untuk merebut jawatan Main Board IPHA, yang mana jawatan ini aku tidak terbayangkan langsung untuk aku pegang erat. Kerana apa? Kerana aku dapat merasakan saingan ku itu lebih hebat kepimpinannya.

Dan di akhir pemilihan itu..


Aku terpilih untuk menyandang jawatan Main Board IPHA, dan setelah syura..

Aku dipilih untuk menyandang jawatan President IPHA yang ke-11 bagi sesi 2014/2015. Aku sedikit tergamam.

Aku tidak akan menidakkan keputusan majoriti ahli Kulliyyah, Dan aku tidak merasakan perasaan inferior itu patut ada di kala jawatan pemimpin digalaskan di atas bahu kita. Maka, aku akan teruskan langkah bersama barisan kepimpinan yang lain.

Cuma aku bimbang. Khuatir. Takut. Keberadaan aku ni lagaknya ala-ala "bossy". I was once a perfectionist. And I can't stand a mistake done twice. But people make mistakes. So do I. Hence, I need to adapt to this.


Yet, leadership is a lesson of life. I aim to gather experiences as much as possible. And educate people around me from what I have knowledge about. It's give and take I could say. So, I hope for the best for this tenure.

notakaki: Lama dah tak memimpin organisasi besar. Cuak weyh...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...