Followers

Friday, December 30

Imbasan 2011

bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah. Kita masih lagi diberi peluang dan ruang untuk kita mencari dan menggapai redhaNya dalam hidup sementara di dunia ini untuk hidup abadi di akhirat kelak.

Tayyib.

Dah nak menjelang 2011 ni, maka semua orang akan mengimbau kembali apakah yang telah dilakukan sepanjang tahun, baik yang manis mahupun yang pahit. Bagi ana sendiri, tahun 2011 ini ana classify sebagai tahun yang agak "gelap" bagi ana kerana tahun ni lah ana rasakan banyak sangat buat salah. Tak kiralah dengan manusia mahupun dengan Tuhan. Apa2pun, jom ikuti ana untuk mengimbau kembali kenangan sepanjang tahun ni.

1. Youth Generation Carnival (Y-GENC 2011)

Program ini merupakan salah satu program MRC yang telah dilaksanakan di Taman Bukit Kuchai, Puchong. Kejayaan program ini membuatkan ana rasa bahawa ini program yang paling berjaya bagi ana dalam MRC 2010/2011. Program ini menyasarkan generasi muda-mudi untuk turut serta dalam aktiviti yang masyarakat. dan Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.

2. Pemergian sahabat, Kamal Hadi Rosli

Seorang sahabat ana, dari ASiS sehinggalah ke UIA ini, telah pergi buat selama2nya. Arwah merupakan seorang sahabat yang sangat baik dan sangat teguh dalam menyandang tanggungjawab sebagai daie dalam hidupnya. Pemergiannya pada malam Jumaat itu membuatkan ana terkejut sebab tiba2 sahaja dapat berita dia meninggal dunia. Arwah telah banyak membawa ana ke dunia dakwah, meskipun dakwah ana ni hanyalah kecil2 saja. Tapi dia lah yang membuatkan ana tertarik untuk meneruskan perjuangan ini.

3. Gaduh dengan roommate.

Yang ini paling ana sedih sekali pada tahun ni. Sebab kami satu bilik (meskipun bukan satu compartment) tapi kami gaduh sehingga tidak bercakap. Kalau nak cakap pun, macam nak tak nak je. Ana akui memang ia bermula dengan ana. Tapi yelah, buat salah dengan manusia memang agak susah sikit. Ada la hampir sebulan perang dingin kami ni. Tapi dalam bilik tu, hanya beberapa orang je yang tahu ana sedang bergaduh. Ya Allah, ampunkanlah dosaku ini dan dosa sahabat ku itu.



4. Pemilihan MRC 2011/2012

Pemilihan ini sebenarnya ana tak expect apa2 pun. Tapi memang ana nak la jadi MRC sebab ana ni jenis yang tak reti nak duduk diam. Mesti nak berprogram. =) So, pada mula tu ana rasa macam dapat post President untuk mahallah ana. Tapi lepas diskusi balik dengan sahabat ana balik (yang juga MRC), ana terima post sebagai Secretary saja. Malas nak jadi President. haha

5. Mahallah Open Day (MOD) 2011

Program ni macam open house yang dibuat di CFSIIUM. Dan kali ni ana pegang jawatan sebagai Program Coordinator. 0.o Tak pernah ana pegang post tu. Susah banget dong. haha. Tapi Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar.

6. Mahallah Training (MATRA) 2011

Program ni merupakan anjuran MRC UMAIF (Umar, Aisyah & Fatimah). Pada mulanya, kami MRC MAB (Abu Bak'r) tak nak join pun sebab ni program orang. Tapi disebabkan nak kolaborasi, maka terpaksalah kami join jugak. Dahlah program ni time nak dekat2 exam, tapi sebab tanggungjawab kan.. teruskan jelah. Akhirnya, exam kantoi. Maka, jatuhlah CGPA ana sem ni. Tu yang sedih tu. T.T

7. Pesta Sukan IPTIM 2011

Program ni pulak anjuran kementerian bertempat di CFSIIUM. So, kali ini ana tak bekerjasama dengan MRC, tapi dengan FSCC (Foundation Student Coordination Council). MPP la kiranya tu. Ni program sukan yang menggabungkan institusi2 pengajian Islam di Malaysia dan juga Thailand. Kali ni, ana jaga bahagian Result. Penat jugak program kali ni sebab kene stay up tiap2 malam sampai 2-3 pagi. haha.. Anyway, memang syok la program ni.

So, kebanyakan benda yang berlaku tahun ni lebih kepada pelaksanaan program. So agak letih la tahun. Actually, ada lagi perkara2 kecil, tapi yang tu semuanya peribadi. Dosa, Pahala, Perasaan, Rasa Cinta.. Semua ada tahun ni. Cuma tak payah la nak cerita la kot. Kalau nak tau, kene tanya ana sendiri lah.. hahah..

InsyaAllah, tahun depan lagi banyak program akan berlangsung. Moga2 Allah menguatkan kita semua, lahir dan batin. Iman. Amal. InsyaAllah..

Wallahu a'alam..

Monday, December 26

Luqmanul Hakim by Mestica

bismillahirrahmanirrahim..








Munsyid : Mestica

Citra hidupmu begitu mempesona
Mutiara hikmah nasihatmu berharga
Pada kata yang tersurat
Ada maksud yang tersirat
Suri tauladan buat panduan umat

Kau tersendiri dalam menabur bakti
Punyai misi untuk dicontohi
Ketinggian budi dan keindahan pekerti
Mengangkat dirimu semulia para nabi

C/O
Peribadimu Luqmanul Hakim
Cermin suluh peribadi mukmin
Kerna kepintaran dan kecerdikan kau disegani
Jati dirimu Luqmanul Hakim
Menjadikan kau insan terpilih
Segalanya diharungi dengan gigih
Terkadang dirimu bagaikan tersisih
Di sisi Tuhan kau tak pernah terpinggir

Biarpun lelah mendera
Kau tidak pernah mengalah
Menempuh ranjau penuh tabah
Terpahat memoirmu
Di kanvas sejarah
Tercatat di Al-Quran dalam satu surah

p/s : belajar sejarah tokoh Islam melalui lagu. Itulah kelebihan nasyid.

wallahu a'alam..

Wednesday, December 21

Kencing Ulama : Melampau!

bismillahirrahmanirrahim..

kaifa hal? InsyaAllah bikhair. Sebelum apa2, ana nak anda semua nilai gambar yang ada di bawah ni.



Pertama2nya, ana ni bukanlah berpihak pada mana2 parti politik yang bertanding di Malaysia ni sebab kebanyakannya memang politik yang kotor. Tapi apa yang ana marah dan geram sangat ni ialah gambar seorang alim diKENCING oleh orang yang ana sendiri tak tau apa agama budak ni.

"SO?? APA MASALAHNYA?? BIASALAH TU.. ADAT FANATIK POLITIK DAH NAK DEKAT2 PRU NI.. TERIMA JELAH.."

Ana ni sebenarnya bukanlah kisah sangat orang politik ni nak guna taktik2 pancing undi ni. Dah berkali2 dah benda ni jadi. Bila time nak mengundi je, mulalah nak tar jalan, mulalah nak singgah rumah orang itu ini.. kalau boleh agaknya celah jamban orang pun diorang nak masuk. Tapi bila dah menang, HARAAAAAM nak turun padang. Agaknya Malaysia ni akan maju bila tiba masa nak mengundi je kot..

TETAPI, yang ana kisahkan ialah gambar ORANG ISLAM yang dikencingnya tu. Tak kisahlah parti politik mana sekalipun, tetapi itu sudah menghina orang Islam sekaligus menghina agama Islam itu sendiri. Korang tak rasa sakit hati ke bile ada orang Islam, yang seagama seakidah dengan kita ni diKENCING macam tu je??

Dan bila ada satu kejadian di mana bendera DS Najib Razak diturunkan oleh mahasiswa, mulalah orang nak melalak tak tentu pasal. Nak ludah sepak segala bagai. Buat video lagi. Hebat sungguh orang Islam zaman sekarang ni. TAPI, bila mana orang Islam kita ni dikencing, ada siapa berani angkat muka?? Ada keluar paper ke, berita ke?? ADA??


Itu baru gambar, fine la kan. Bukannya hancing pun bau orang Islam tu nanti. Tapi, dalam kes hudud, DS Chua Soi Lek yang sesuka hati menyelar hukum Allah itu, mengatakan kejam dan akan menyebabkan ekonomi negara merudum, ada mana2 orang Islam dalam parti komponen mahupun dalam kerajaan pemerintah angkat suara? TAKDE...

Takkan la bila agama Islam ni dipijak dijual dikencing baru ada sepanduk2 yang nak naik "AYUH SELAMATKAN AGAMA ISLAM.." atau pun "KEMBALIKAN HAK KAMI ORANG ISLAM..". Masa tu, orang bukan Islam dan mungkin juga orang Islam kita sendiri akan tepuk tangan dengan gemuruh sekali.

Sedarlah wahai saudara2ku. Lupakan perbezaan fahaman, tinggalkan sengketa politik. Bersatu demi Islam, Bukan demi UMNO, PAS, PR dan sebagainya. Buatlah sesuatu demi Allah.

wallahu a'alam.

Wednesday, December 14

Penangan Doa Rabitah

bismillahirrahmanirrahim..

Satu benda yang pernah menghentak kepala dan nafsu "keras" ana ialah ketika berlangsungnya Pesta Sukan IPTIM 2011 yang berlangsung di Pusat Asasi UIAM. Ketika itu, kami semua diberikan kumpulan tugasan dan perlu menjadi sukarelawan untuk temasya itu.

Bayangkan tika mana anda tidak mengenali seorang pun dari ahli kumpulan, meskipun dalam satu universiti yang sama. Pelbagai latar belakang, pelbagai kerenah, pelbagai ragam. Semua ana perhatikan dengan mata kepala ana ni. Mesti susahkan untuk kita merapatkan diri dengan 'complete stranger' apatah lagi untuk mengakrabkan diri.

Tika mana kami semua sedang syura, seorang sister telah mencadangkan kepada kami untuk mengakhiri syura kami dengan bacaan Doa Rabitah, sebagai tambahan kepada penangguhan majlis dengan tasbih kafarah dan surah Al-'Asr. So, ana hanya setuju saja lah. Bukannya tak pernah baca doa Rabitah. Selalu baca diakhir Mathurat.


Maka dibacalah...

Lalu hati ini tersentak. Seakan ada satu benda yang mengetuk pintu hati untuk ber-ukhuwah dengan mereka. Tapi ana biarkan benda ini berlalu. "Perasaan aku je ni kot..." Dari hari ke hari, doa itu acapkali dibaca selepas syura tamat. Ana berfikir, kalaulah diaplikasikan dalam persatuan yang ana anggotai mahupun saat "meeting2" tak rasmi yang selalu kita hadapi sendiri saban hari, alangkah berkatnya.

Tiba saat di akhir pertemuan kami tika pesta sukan berakhir. Terasa sayu pula hati nak meninggalkan kumpulan itu. Lalu berkatalah seorang di antara kami, "Inilah hasilnya kita mengamalkan Doa Rabitah setiap kali habis perjumpaan. Hati kita ditaut oleh Allah dalam keberkatanNya. InsyaAllah, jangan biarkan tali ini.." Oh.. itu resepinya. Tersentuh dengan kata2 itu. Ana ini selalu saja menyertai banyak perjumpaan tapi perjumpaan yang kali ini terasa teramat rapat biarpun dalam masa yang singkat. Mungkin inilah penangan DOA RABITAH.







'Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi-Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah)Mu, bersatu memikul beban dakwah-Mu. Hati-hati ini telah mengikat janji setia mendaulat dan menyokong syariat-Mu, maka eratkanlah ikatan-Nya ya Allah. Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini. Tunjuklah kepada hati-hati ini dengan limpahan iman jua keyakinan dan keindahan tawakkal kepada-Mu. Hidup suburkan hati-hati ini dengan pengetahuan sebenar tentang-Mu. Jika Engkau mentadirkan mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah, perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga dan para sahabat baginda semuanya. Amin."

Amalkanlah Doa Rabitah tiap kali habis meeting atau apa saja perjumpaan. InsyaAllah, diberkatiNya.

wallahu a'alam..

Monday, December 12

Kembali Gemilang by Mestica

bismillahirrahmanirrahim..






Munsyid: Mestica

Tanah dijarah bumi berkuah darah
Kitab dihancur senjatanya dilebur
Istana diroboh maruah diceroboh
Islam seakan terkubur selamanya

Pun begitu kenangan tetap menyala
Pada sisa Rom Parsi yang masih nostalgia
Pada kemeriahan terus dipuja
Darah dan keringat mengumpul semangat

Ketulusannya (pernah) menjulang dunia
Keadilannya (pernah) jua dinikmati
Islam pernah merentasi samudera
Menjejaki benua ke benua
Demi menawarkan sejahtera

Bagaikan air mengalir ke muara
Bagai angin menyisir tanpa henti
Islam tetap kan membara di jiwa
Buat umat di serata dunia
Dulu kini selama-lamanya

Islam bukan pada harta
Bukan jua pada senjatanya
Tapi pada iman di jiwa
Taqwa sebagai perisainya
Menghuni di jiwa penganutnya
Tak kan padam sampai bila-bila

Pasti Islam kan bangun semula
Dengan wajah di celahan hiba
Senyuman kan terukir kembali
Kerna janji sejak bermula

Tidak kan padam cahaya Ilahi
Walau dirantai seribu tirani
Walau dibelenggu seribu tragedi
Islam pasti agung kembali

Monday, November 28

Trip to Kuantan

bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, kita sudah masuk ke fasa yang baru. Fasa di mana kita sebagai muslim dan hamba Allah wajar membuat anjakan dan perubahan ke arah diri dan hidup yang lebih baik. InsyaAllah. Tayyib. Kali ni ana nak kongsi sedikit dengan anda tentang family trip ana ke Kuantan dan beberapa tempat lain di Pahang.

Actually, ana dah lama tak jejak Pahang ni (abaikan Genting Highlands..). So, tergerak pula family ana ni nak ke Pahang memandangkan ana pun akan ke sana untuk sambung degree nanti. InsyaAllah. So, dalam melawat2 tu ada beberapa tempat yang ana rasa menarik untuk dilawati. Ni first time pergi bandar Kuantan. Tempatnya tak sesesak bandar Melaka dan Penang. Jalan kat sini pun ok.


Ana dan adik di tepi Sungai Kuantan.

Di Pantai Cherating. Suka batu2 kat sini.

Di Telok Chempedak. Pantai kat sini lagi lawa dari Cherating.

Ni Jeti Shahbandar. Kat sini ada River Cruise.
Pemandangan sungai waktu malam sangat lawa. ^.^

errr....

Ana n family bersedia nak naik Cruise ni. =)

Pemandangan Masjid Sultan Ahmad 1 @ Masjid Negeri dari Cruise.

On the way nak balik, singgah UIA Kuantan jap.
InsyaAllah, kat sini ana akan sambung degree nanti.


Ternampak lak signboard Bukit Tinggi. Apalagi, menyinggah la jap.
View kat sini sangat lawa. Rasa macam kat oversea lak.. haha







Tapi kat Bukit Tinggi ni tak semua tempat ana pergi, macam Botanical Garden and Japanese Village sebab hari dah nak petang. Dapat kat sini pun jadilah kan. =) And one more thing, tempat ni sepadan dengan nama Bukit Tinggi sebab tempat ni MEMAAANG tinggi kat atas bukit nun. Dari simpang masuk tu tak tahu berapa kilometer naik bukit ni. Hebat ciptaan Allah kan?? Anyway, nice vacation dengan family before sambung kerja balik..

wallahu a'alam..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...