Followers

Wednesday, December 14

Penangan Doa Rabitah

bismillahirrahmanirrahim..

Satu benda yang pernah menghentak kepala dan nafsu "keras" ana ialah ketika berlangsungnya Pesta Sukan IPTIM 2011 yang berlangsung di Pusat Asasi UIAM. Ketika itu, kami semua diberikan kumpulan tugasan dan perlu menjadi sukarelawan untuk temasya itu.

Bayangkan tika mana anda tidak mengenali seorang pun dari ahli kumpulan, meskipun dalam satu universiti yang sama. Pelbagai latar belakang, pelbagai kerenah, pelbagai ragam. Semua ana perhatikan dengan mata kepala ana ni. Mesti susahkan untuk kita merapatkan diri dengan 'complete stranger' apatah lagi untuk mengakrabkan diri.

Tika mana kami semua sedang syura, seorang sister telah mencadangkan kepada kami untuk mengakhiri syura kami dengan bacaan Doa Rabitah, sebagai tambahan kepada penangguhan majlis dengan tasbih kafarah dan surah Al-'Asr. So, ana hanya setuju saja lah. Bukannya tak pernah baca doa Rabitah. Selalu baca diakhir Mathurat.


Maka dibacalah...

Lalu hati ini tersentak. Seakan ada satu benda yang mengetuk pintu hati untuk ber-ukhuwah dengan mereka. Tapi ana biarkan benda ini berlalu. "Perasaan aku je ni kot..." Dari hari ke hari, doa itu acapkali dibaca selepas syura tamat. Ana berfikir, kalaulah diaplikasikan dalam persatuan yang ana anggotai mahupun saat "meeting2" tak rasmi yang selalu kita hadapi sendiri saban hari, alangkah berkatnya.

Tiba saat di akhir pertemuan kami tika pesta sukan berakhir. Terasa sayu pula hati nak meninggalkan kumpulan itu. Lalu berkatalah seorang di antara kami, "Inilah hasilnya kita mengamalkan Doa Rabitah setiap kali habis perjumpaan. Hati kita ditaut oleh Allah dalam keberkatanNya. InsyaAllah, jangan biarkan tali ini.." Oh.. itu resepinya. Tersentuh dengan kata2 itu. Ana ini selalu saja menyertai banyak perjumpaan tapi perjumpaan yang kali ini terasa teramat rapat biarpun dalam masa yang singkat. Mungkin inilah penangan DOA RABITAH.







'Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi-Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah)Mu, bersatu memikul beban dakwah-Mu. Hati-hati ini telah mengikat janji setia mendaulat dan menyokong syariat-Mu, maka eratkanlah ikatan-Nya ya Allah. Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini. Tunjuklah kepada hati-hati ini dengan limpahan iman jua keyakinan dan keindahan tawakkal kepada-Mu. Hidup suburkan hati-hati ini dengan pengetahuan sebenar tentang-Mu. Jika Engkau mentadirkan mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah, perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga dan para sahabat baginda semuanya. Amin."

Amalkanlah Doa Rabitah tiap kali habis meeting atau apa saja perjumpaan. InsyaAllah, diberkatiNya.

wallahu a'alam..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...