Followers

Saturday, August 31

Ta'aruf Week: In The Making

bismillahirrahmanirrahim..

Balik ke kampus UIAM dua minggu awal ini bukanlah satu benda yang susah bagi aku. Aku pernah, in fact banyak kali balik awal ke kampus atas urusan kerja. So, kira no hal lah..

Kali ini, aku ditaklifkan untuk kerja di bawah biro Registration untuk Taaruf Week September Intake 2013/2014.


#hoyeah
#bolehcarianakikan
#astaghfirullah

Ini merupakan kali pertama bagi aku untuk join Taaruf Week. Sebelum2 ni ada je peluang untuk aku join benda2 macam ni, tapi apa kan daya.. Keenakan berada di rumah lagi menggiurkan.. hahah

Oh ye!! Aku nak cerita sikit pasal biro aku ni. Kerja dalam biro ni amat simple. Terpacak kat UIA awal pagi. Tolong student baru register. Layan parent sket2. Habes!! Aku tak kesah pon dapat kerja yang agak simple sebab ini pon pengalaman aku yang pertama dalam TaWe. Tak boleh nak choosy sangat la kan..


Pasal junior pharmacy aku ni pulak. Aku dah tengok list student yang InsyaAllah akan daftar dan depa ni lagi sikit dari total batch aku. o.0 Batch aku 138 orang, batch depa 117 orang je. 29 lelaki dan selebihnya sister. Yang aku musykil sikit ialah waktu aku masih dalam semester lepas, aku dengar cerita yang batch depa ni dalam 140++. Sekarang ni dah kurang pulak..

Elok la tu kan.. Nanti tak muat pulak lecture hall tu. Dan aku dapat rasakan yang batch aku akan kekal duk study kat auditorium tu.. huhu. Tak kesah la belajar kat mana pon. Yang penting niat nak belajar tu, yedak??


Tak banyak yang aku nak update. Sebab sekarang pun agak sibuk dengan preparation untuk sambut adik2 baru ke UIAM Kuantan ni. =) Kepada adik2 junior, kita jumpa 3 September nanti ye,,

notakaki: Selain dalam biro registration, aku pun ditugaskan jadi MC Closing Ceremony. Grand gitu!!

Wednesday, August 21

Balik Kuantan *versi awal*

bismillahirrahmanirrahim..

Disebabkan aku ni terpilih untuk menjadi committee untuk Taaruf Week Intake 2013/2014 ni, maka aku terpaksalah bertolak ke Kuantan lebih awal, dan perjalanan aku da bermula pagi tadi,,


Bertolak dari rumah pukul 2,15 petang tadi, aku sampai 3 jam selepas tu,, Biasanya aku sampai lagi awal dari tu, tapi sebab kali aku bawa slow je, so lambat la sket,, Tido kat bandar Kuantan untuk satu malam, esoknya (hari ni la,,) aku bertolak ke mahallah terchenta,,

Oh ye!! Nak habaq sket pasal Kuantan ni, Jalan tetap sama, tak berubah, Teruk gak untuk sesetengah tempat (Realiti ye!!),, Jalan kat bandar Kuantan makin bersimpang siur jadinya, Aku pun tak paham kenapa,,


Mahallah pulak, aku dapat bilik baru, Dah tak stay kat bilik lama, Kata akak ofis tu untuk sepanjang tahun ni, Aku dapat bilik tingkat atas which is sangat luas, sangat2!! Bagi aku lagi luas daripada bilik member aku dulu yang kat bahagian atas nuh,,, huhu, Sapa rumet aku?? Aku tak tau, Akak tu kata list untuk rumet tak siap lagi, Katanya orang yang sama kot,,


Dan aku tersangatlah berpeluh bagai kat bilik ni nak mengemas bilik yang berhabuk sakan ni, Pening pale tengok,,, Itu je kot nak sampaikan, Keje Taaruf Week aku start Jumaat ni sampai la buka sem nanti,, huhu

Notakaki: Mintak maaf la reader semua,, Keyboard laptop aku ni da rosak sket,, So noktah dan huruf  "l" (kecik) takleh nak tekan,, Nak kene beli laptop baru kot,, Eh??!! huhu

Monday, August 19

Tanda Putera: Tak Keluar Pawagam Tapi Dah Ditayang?

bismillahirrahmanirrahim..

Tanda Putera, sebuah lagi filem patriotik arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba. Filem ini bakal ditayangkan 29 Ogos 2013 bersempena dengan bulan kemerdekaan ini.


Pandangan peribadi aku tentang filem ini ialah:

1. Filem ini menarik kerana jarang sangat filem2 di Malaysia ini untuk dibuat berunsurkan sejarah, apatah lagi sejarah negara kita sendiri. Pembuatan filem jenis ini mengangkat martabat filem Malaysia ke satu aras yang lebih tinggi

2. Walaupun dengar ceritanya yang filem ini berunsurkan politik kerajaan (maknanya melebihkan kerajaan dan memburukkan pembangkang), bagi aku ia merupakan jalan cerita yang menarik. Aku menganggap cerita ini sekadar cerita dan tidak langsung mengaitkan dengan realiti (walau pada hakikatnya diselitkan juga realiti). Kerana apa aku berfikir begitu? Sejarah ditulis oleh orang yang hidup. Dan yang hidup itu tak semestinya benar.

3. Latar filem ini yang dibuat latar masyarakat lama memang menarik.

Official trailer..


"Eh!! Macam mana ko boleh komen bagai ni, padahal filem ni tak tayang lagi..??"

Ini yang menariknya. Filem ini dah ditayangkan di UIAM kampus Kuantan dalam awal tahun ini. Masa itu heboh katanya filem ini ditayang untuk menagih undi rakyat terhadap kerajaan sempena PRU-13. Oleh kerana filem ini memaparkan kekuatan UMNO dalam berjuang untuk negara, maka cerita ini cepat tersebar luas..

Aku tak pasti kalau universiti lain ada ditayangkan juga, tapi aku pergi menonton filem ini bukan untuk mendapatkan kebenaran, tapi sekadar mendapatkan kelainan dalam cerita2 melayu. At least, takde lah cerita hantu je memanjang. Otak pon tak berkembang.

Maka, mana eksklusif nya filem ini? Mengapa perlu dipertontonkan di universiti walhal filem ini belum lagi ditayangkan di pawagam?

notakaki: Hati rakyat hanya boleh ditambat dengan kemajuan jasmani dan rohani yang iklas dan benar, bukannya dengan sogokan itu ini..

The Story of Egypt (for dummies)

bismillahirrahmanirrahim..


The coup then had done many violations of human right and terrorism. The true Egypt leader, Dr Morsi was overthrown by the defence minister, As-Sisi laknatullah. And the people was demonstrating for the sake of Dr Morsi because he was a very good leader who cared for his religion.

The demonstration led to a war between the civilian who do not have any sophisticated machineries against the 'government'. The massacre happened in a place named Rabi'ah. It was an indescribable event. The people was killed by their government. 

In light of the heartbreaking event, the prime minister of Turkey, Recep Tayip Erdogan has launched the symbol of peace and perseverance.

   
May Allah bless him. 

So, what's our role? 

Pray people, PRAY!!

We are not armed, what more of having gut to fight. Right here right now, we pray for the peace of Egypt. May Allah grants the people of Egypt whom they fight for the Deen, with Jannah. May Allah strengthen them. Amiin

notakaki: At least you should know why and who you are praying for. 

Sunday, August 18

Esok dah sekolah..

bismillahirrahmanirrahim..


Ok. Aku takde kene mengena pun dalam situasi ni. Just nak habaq kat hangpa yang esok budak2 da start sekolah. Kecuali kelantan la kot yang dah start hari ni (Ahad). haha

Seronok dan kelakar sebenarnya tengok gelagat budak2 sekolah ni, terutamanya bila dah nak buka sekolah balik. Ada yang taknak pegi, ada yang susah tidur awal, ada yang baru gelabah nak siapkan homework.. (macam aku dulu kala la.. haha)


Tapi bezanya aku dulu bila nak buka sekolah, ada 2 timeline. Satu ialah waktu aku sekolah harian, dan satu lagi ialah ketika aku berada di sekolah berasrama penuh (SBP).

Kalau di sekolah harian dulu tika mana sekolah nak buka balik, masa itu la mood untuk study takde. Bosan. Sebab apa? Sebab kawan2 sekolah harian tu budak2 kat area kita juga. Da banyak kongsi cerita. So, takde apa sangat yang nak dikongsikan.

Lain hal pulak bila da masuk SBP. Dorm mates kita orang yang berlainan negeri, jadi bila nak berjumpa untuk sharing cerita tu semangatnya jadi lain. Mood nak 'menjoyah' tu membara sikit. haha. Sebab member berlainan tempat pastinya membawa pelbagai cerita yang berlainan, yedak?

So, untuk yang nak masuk sekolah balik esok, ni ada pesanan sket..



Selamat bersekolah kembali..

notakaki: Bila aku jumpa sepupu2 tadi, aku cakap dengan depa gini.. "Ha.. ha.. Esok korang sekolah. Abang cuti lagi.. yes!!" haha.. Diorang pun, =.='

Ladies, what's your problem..??

bismillahirrahmanirrahim..

Persoalan seperti tajuk di atas seringkali terlintas di kepala para lelaki, tidak kisahlah lelaki tersebut mempunyai hubungan yang istimewa dengan perempuan tersebut mahupun sekadar 'pemerhati'.

"WHY..??"


Kadang2, perbuatan atau tingkah laku seorang wanita ini membuatkan seorang lelaki tertanya2 dan boleh jugak membawa kepada pergaduhan. So, jom kita lihat beberapa situasi yang boleh membuatkan lelaki pelik tentang perempuan. (kadang2 naik angin jugak..)

1. Bersiap2 terlalu lama untuk keluar

Yang ini memang aku paling pelik. Depa ni kalau bab nak bersiap, punya la lama. "Nak pegi pasar je pon kak Bedah.." Pernah tak anda semua yang lelaki ni mengalami keadaan apabila korang terpaksa menunggu lama untuk seorang perempuan bersiap..? Setakat mandi, pakai baju, mekap sikit and apa-kebenda-diorang- buat tu, itu pun ambil masa sejam lebih..


Hello.. Kitorang lelaki ni bukannya larat sangat nak menunggu korang wahai wanita. Kalau yang jenis sabar, takpe la juga. Kalau yang jenis duk panggil, "Cepatlah cik kak oi..!! Tak siap lagi ke..??", itu memang parah la kalau perempuan tu reply, "Nak siap dah ni. Kejap ek. Tunggu taw.." sambil pegang tuala baru nak mandi. Ladies.. What's your problem??

2. Banyak cakap

Yang ini memang lumrah agaknya. Kebanyakan perempuan yang aku jumpa, semuanya banyak cakap. Dan tak aku nafikan, ada juga lelaki yang banyak cakap. Tapi, the other side of that man dia mesti seorang yang kurang bercakap. Bercakap bila perlu. Ramah bertempat namanya. (backup sket..) haha

Balik kepada hal perempuan banyak cakap ni, depa ni kadang2 bercakap 24/7. Entah apa benda depa cakap pun aku tak tau. Mungkin depa ni borak2 je kot. Tapi masa depa tu kebanyakannya tak kene. Bayangkan kalau subuh2 tu lagi dah borak sakan sampai satu rumah dengar suara dia je, DUUHHH!! "Senyap sikit boleh..?"


Banyak cakap ni pun apply dalam situasi dalam kereta. "Abang, kak Tipah tu kan.. Eeeh!! Abang belok kiri!!.. Pastu, kak Tipah tu punya anak..bla3.." Weyh!! Perempuan2 ni memang boleh cakap banyak benda dalam satu masa ek? Depa boleh ajak sembang sambil tengok trafik. Sebab tu la, banyak accident yang berpunca daripada perempuan. Tension weyh lelaki dengan perempuan yang banyak cakap ni. Bukan tak boleh cakap banyak, cuma bertempat.. Ladies, what's your problem?

3. Mengumpat


Kesinambungan daripada banyak cakap tadi, terselit la juga mengumpat ni. Aku akui yang lelaki ada juga mengumpat. Tapi dikalahkan oleh depa2 perempuan ni. Aku pun tak paham apa yang depa ni sakan sangat nak mengumpat. Maybe depa ni dulu nak jadi reporter, tapi takde tauliah kowt,..?? Ladies, what's your problem??

4. Menggedik

Perangai gedik ni dah selalu sangat dah aku tengok. Nak muntah pun ada. Mostly yang aku tengok gedik2 kat public (of course la kan. Kat mana lagi nak tengok..). Bagi aku, gedik seorang perempuan ni ada 2 jenis. Satu yang gedik dengan gegirl2 je. Boboi takleh join. Lagi satu jenis gedik dengan lelaki, khasnya boyfriend atau suami depa.


Yang first ni, depa ni menggedik sesama perempuan je. "Hey yoouuu!! Gegirl2 ada beli bangle baru taw. Sekali dengan maskara ni, dapat harga set.. hik3.. Suka2!!" sambil terkinja2. Aku menyampah betul kalau yang ini. Rasa nak penampar pun ada. Kalau ye pon nak terkinja2 terlompat2 tu, pi la menggedik kat dalam rumah sendiri. Toksah la menggedik kat public. Malu weyh..



Yang second ni pulak applied tu depa2 yang ada boyfriend or suami la. Depa ni kalau kat luar dengan laki depa, terpeluk2 lengan, terpeluk2 badan, tercubit2 pipi. Geli la cik kak oi. "Honeeeeeyyyy!! Sweet2 nak baju tu.. boleh la..." sambil manja2 gitu. Aku paling menyampah yang kedua ni daripada yang first tadi. Depa ni nak tunjuk kat sapa? Nak tunjuk kat perempuan lain yang depa ni ada laki?? Hello.. cuba tanya laki yang korang gedik2 tu, apa diorang rasa. Malu weyh!!! Kalau suami takpe lagi. Kalau boyfriend, sayonara la jawabnya.. So ladies! What's your problem..?


Tu merupakan sebahagian daripada pemerhatian aku la pasal perempuan ni. Sometimes, kelakuan depa ni annoying gak. Aku tak generalize untuk semua perempuan. Dan aku tak lancarkan perang whatsoever ke atas perempuan2 jenis ni. Aku akui ada perempuan yang sejuk mata memandang. Baik dan sopan. Yang tu bagus la. Yang lain ni. Apa masalah korang??

notakaki: Masalah boleh diatasi dan diperbaiki. Nak ke tak nak je persoalannya...

Saturday, August 17

#PrayForEgypt

bismillahirrahmanirrahim..


Cerita Mesir. Lagi?

"Bosan la asyik cerita bunuh2, perang2 ni.."

"Anak I ni kecik lagi nak kene tau pasal Mesir2 ni. Budak2 kalau tengok darah2, bunuh2 ni boleh jadi ganas tau x.."

"Kita yang kat dalam negara ni pun tak setel lagi, nak pikir pasal orang lain kat Mesir tu pulak. Itu hal depa lah, buat apa nak pening2 kepala."

"Ala.. Biasala tu. Gaduh sana sini. Nanti ada rundingan damai, setel la tu. Dah tau da kesudahan dia. Baik aku layan kontroversi Halim Othman nak kahwin ni. Girlfriend dia lawa.."

Heh??!!





Ini sebahagian dari apa yang ada di Mesir.

Ini bukan untuk memenangi anugerah foto terbaik

Ini bukan untuk tontonan puak2 yang dahagakan aksi2 ganas

Ini ialah kemanusiaan. Justice. Peace.

Digulingkan Dr Mursi oleh puak2 laknatullah tanda Islam itu benar. Kerana apa? Mereke takut dengan kebenaran yang Islam tawarkan. Takut akan hilangnya nafsu yang mereka "Tuhan" kan selama ini. Mereka kecut dengan Dr Mursi yang akan membawa sinar Islam kembali ke Mesir. Walau pun berdikit-dikit.

Ya. Mereka juga Islam. Tapi sekadar 'selam'. Membunuh saudara seagama sendiri demi memenuhi kehendak mereka2 yang bukan seagama. Siapa lagi di balik tabir agenda2 ini?

Yahudi. Ya. Dengan ini, pintu Mesir untuk Palestin yang dibuka oleh Dr Mursi akan ditutup semula. Yahudi bertepuk tangan selepas kegelisahan setahun lamanya.

Hiraukah kita? Peduli kah? Mungkin. Atau tidak.

Ambil berat lah. Walau dari jauh. Kerana mereka saudara. Doa itu senjata kita. #PrayForEgypt

notakaki: Wahai saudara2ku, kuatkan lah semangat.. Kita hidup mulia, atau mati syuhada.

Sunday, August 4

Pharmacy in IIUM

bismillahirrahmanirrahim..

First of all, nak habaq kat hangpa semua yang admin blog ni baru je tamat Year 1 di Kulliyyah of Pharmacy (KOP) ni. And the upcoming semester would be my Year 2 study period. Mungkin aku bukanlah orang yang terbaik untuk korang (baca: adik2) semua jadikan rujukan tentang hidup di KOP, tapi serba sedikit korang tahu lah macam mana hidup di sini

Admin sebenarnya nak menjawab persoalan yang diutarakan oleh saudara/saudari Anonymous dalam komen beliau dalam post yang terdahulu.


Hidup di KOP IIUM Kuantan ni takdelah sesukar mana seperti yang korang semua fikir. Orang selalu cakap, "Kalau hangpa pandai atuq jaduai hangpa, surely hangpa boleh success.." And bagi aku, kalau hangpa nak enjoy takde masalah. Cuma pelajaran tetap diutamakan.

1. Jadual di KOP

Bercakap pasal jadual di KOP ni, jadualnya memang sentiasa berubah. So takdelah nak kata yang setiap isnin kita kene bawak buku Microbes sebab ada kelas tu pukul 11.30 tengahari. Jadualnya sentiasa dinamik. Dan kita harus sentiasa update dengan perkembangan jadual tu. Biasanya jadual ada tampal kat luar Lecture Hall. Urusan tu semua akan dilakukan oleh Admin KOP. So, korang just...


#heheh

Pasal jadual pulak, normally student KOP akan mula kelas paling awal pun 8 pagi, dan paling lewat habes pun pukul 7. Bergantung pada subjek yang kita akan ambil juga. Tapi kalau hari2 biasa, kelas start 9 pagi dan habes 5 petang. Pagi biasanya kelas teori, dan petang akan masuk lab. Ni contoh jadual first year aku dulu..

Jadual Week 5
Jadual Week 6
2. Subjek dan Credit Hour

Secara peribadi, aku merasakan bahawa subjek di peringkat ijazah ni sangat best. Korang semua just have to bear with the lecturer je. haha. Yelah, tak semua lecturer punya cara mengajar mengikut selera kita. Even bahasa diorang pun kita susah nak paham. haha. Tapi, seriously, memang subjek dia best.

Yang menjadi tak best dan hilang nikmat ilmu tu ialah bila kita study last minute. Tu memang standard student la kan. Aku pun buat gitu gak. haha. Tapi untuk masa depan dan ilmu, selalu lah study ye.. Oh ye!! Lupa nak habaq. Credit hour student KOP adalah paling tinggi dalam IIUM Kuantan ni. 155 credit hours. So, korang kena beware je lah ye.


3. Biasiswa JPA

Dukacita aku nak habaq kat korang ni yang JPA tidak lagi memberi biasiswa secara automatik kepada batch 2013/2014. Sebabnya, target JPA untuk seorang ahli farmasi kepada rakyat Malaysia sudah mencapai target. Tak silap ratio dia 1:1600 rasanya. Tak silap la kan.. Makanya, batch2 mendatang perlulah struggle untuk mendapatkan biasiswa tersebut atau cari sumber2 yang lain

Berkenaan dengan pointer untuk dapatkan biasiswa, aku sarankan korang untuk maintain 3.5 dan ke atas. Selebihnya, kene usaha lah. Tapi, just nak habaq so that korang prepare. Subjek memang tough bagi sesiapa yang tak fokus (termasuklah aku.. adeyai!!). So, korang perlulah skor. Tapi bukannya langsung tak aktif. Aktif itu perlu untuk peluang kerja nanti. Kena balance la, senang citer..

4. IPHA

(IIUM PHARMACY STUDENT SOCIETY) IPHA ni persatuan pharmacy di KOP ni. Ipha akan handle program yang akan dilaksanakan di KOP dan juga menjadi saluran bagi student untuk menyelesaikan masalah. Bagi sesiapa yang aktif persatuan, boleh lah join IPHA ni.

5. Pakaian

Pakaian ke kelas amatlah ditekankan supaya bersopan ke kelas. Pakaian formal seperti baju kemeja, seluar slack dan berkasut amatlah digalakkan. Tapi boleh je pakai pakaian lain seperti kurta, jubah, baju melayu/raihan, asalkan jangan mendedahkan aurat. Dan pastinya kita sebagai umat Islam, Nabi mengajar kita untuk sentiasa kelihatan bersih, kemas dan sopan.


Jangan lah pulak korang datang kelas dengan rambut botak sebelah, pakai skinny, kebaya ketat, sleeve-less, dan seumpamanya.. Jaga tata tertib kita dengan ilmu, lecturer dan sesama kita..

Aku rasa itu je yang dapat aku kongsikan buat masa ini. So, kalau korang ada pape persoalan tentang KOP dan seumpamanya, komen kat post ni or komen di fb je la ye.. =) Selamat datang kepada adek2 yang bakal mendaftar ke IIUM Kuantan dan KOP september ni.

notakaki: Belajar di mana2 pun sama je sebenarnya. Yang penting hati yang nak belajar tu kene lah ikhlas  =)

[REVIEW]: Blackberry Z10

bismillahirrahmanirrahim..

Mungkin korang semua boleh rujuk post aku pasal BB Z10 ni. [klik sini].

Seteleh beberapa bulannya, aku tibe2 tergerak nak tukar BB Bold 2 yang aku pakai sekarang. Dengan masalah yang BB selalu ada, so aku terfikir yang "mungkin BB yang baru ni have a better feature and lack of problems.."

Tu sangkaan aku je. Yelah, setiap keluaran baru tu mesti ada baiknya, dan tak ketinggalan mesti ada buruknya juga..

Check these out!! Review pasal BB Z10 daripada pengguna2..




Ada yang sukaa, ada yang tak suka. Personally, aku memang nak cuba2 untuk pakai BB Z10 ni. Tapi setelah baca semua review yang ada ni, kecenderungan aku tu meleset. Mungkin BB Q10 lagi best. Sebab keypad-nya kot. BB memang convenient dengan keypad-nya.


But still, kalau BB masih tidak melakukan sesuatu tentang mereka punya masalah seperti lagging, bateri cepat habes, etc.. Barangkali pengguna BB akan menjadi muak dan akan bertukar kepada telefon mudah alih yang lain..

notakaki: Dah lama tak update ni, so sempat lagi aku nak ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua dan tinggal beberapa hari je nak raya ni, aku pun nak ucapkan Selamat Hari Raya.. =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...