Followers

Sunday, January 26

"Gadis Jolobu" by Waris ft Hattan

bismillahirrahmanirrahim..

Lagu "Gadis Jolobu" kini makin hangat di corong2 radio. First time aku dengar lagu ni, aku tak dapat tangkap apa yang lirik lagu ni mula2. Tapi dah bila aku dengar elok, NISMILAN ghupo ey.. haha

Pada sapa2 yang tak pernah dengar lagu ni, boleh la dengar dulu. Lirik pun ada. Penuh dengan pengajaran lagu ni sebenarnya. Hayatilah maksud dia. Best!


Lirik:


Ko jolobak ko jolbu 

Tuai padi tigo tangkai
Kalau kono komat jolobu
Tak mati badan menghasai
Gurindam dulu dulu jangan ponah dipotikai
Tak tahu tanyo dulu jangan goma memandai-mandai



Kisah eh bermulo mulut ughang kampong
Kisah ramai gadis cantik kek jolobu berkampung
Ughang luar datang luar nak cari'an joki
Lain pulak jadi eh terpikek nak buek bini
Tapi silap kono komat sampai tinggalkan keluargo
Kopit bawah kotiak bini tanggungjawab lupo
Omak ayah rindu tapi dio buek bodoh
Dah takdo monyosa monangih dopan kubur

Chorus:
Ko jolobak ko jolbu 
Tuai padi tigo tangkai
Kalau kono komat jolobu
Tak mati badan menghasai
Gurindam dulu dulu jangan ponah dipotikai
Tak tahu tanyo dulu jangan goma memandai-mandai

C2:
Ughang luar salah tafsir koba gadih kito bahayo
Lopeh coghai semuo ghoto jadi milik dio
Jangan salah anggap napo lobihkan pompuan
Sobab laki boleh hidup kalau campak dalam hutan
Zaman dah boghubah adat di tolan zaman
Dah takdo mewaghisi coghito bertauladan
Apotah laie mengaku ughang nogori
Bilo tanyo suku mano nak jawab pun tak ghoti

C3:
Poie tanyo omak poie tanyo uwan
Kok takdo kosompatan buleh tanyo kawan-kawan
Aktiviti bergurindam tolah lonyap dilupokan
"sebagai suatu warisan"

Ulang Chorus

Wak wak makan padi si lomang dalam buluh
Kok dah dapek yg dicari jgn terlansung semayang subuh
Ayam berkokok umah ponghulu itu tando haghi nak siang
Kok dah dapek oghang jolobu tak sabar nunggu malam ko siang

Ulang C2 dan C3
Ulang Chorus


Sapa yang jarang dengar loghat N9 ni pastinya agak susah nak pahamkan maksud dia kan. Aku pun amek masa gak. Aku paham lirik dia. Cuma few words je laa yang aku tak berapa paham. Setelah aku baca diskusi orang N9 kat FB, barulah aku dapat maksud seluruhnya. #hehe


Ni terjemahannya:

Ke jelebak ke Jelebu
Tuai padi tiga tangkai
Kalau kene "hikmat" Jelebu
Tak mati badan merana
Gurindam dulu-dulu jangan pernah dipertikai
Tak tahu tanya dulu jangan suka memandai-mandai

Kisahnya bermula mulut orang kampung
Kisah ramai gadis cantik di Jelebu berkampung
Orang luar datang nak cari rezeki
Lain pulak jadinya terpikat nak buat bini
Tapi silap kene "hikmat", sampai tinggalkan keluarga
Kepit bawah ketiak bini tanggungjawab lupa
Emak ayah rindu tapi dia buat bodoh
Dah takde menyesal, menangis depan kubur

CHORUS:
Ke jelebak ke Jelebu
Tuai padi tiga tangkai
Kalau kene "hikmat" Jelebu
Tak mati badan merana
Gurindam dulu-dulu jangan pernah dipertikai
Tak tahu tanya dulu jangan suka memandai-mandai

C2:
Orang luar salah tafsir kata gadis kita bahaya
Lepas cerai semua harta jadi milik dia
Jangan salah anggap kenapa lebihkan perempuan
Sebab lelaki boleh hidup kalau campak dalam hutan
Zaman dah berubah, adat ditelan zaman
Dah takde mewarisi cerita bertauladan
Apatah lagi mengaku orang negeri
Bila tanya suku mana, nak jawab pun tak reti

C3:
Pergi tanya emak, pergi tanya nenek, 
Kalau takde kesempatan boleh tanya kawan-kawan
Aktiviti bergurindam telah lama dilupakan
"sebagai satu warisan"

Ulang CHORUS

Burung wak-wak makan padi, isi lemang dalam buluh
Kalau dah dapat apa yang dicari, jangan terlajak sembahyang subuh
Ayam berkokok rumah penghulu, itu tanda hari nak siang
Kalau dah dapat orang Jelebu, tak sabar nak tunggu malam ke siang..

Ulang C2 dan C3
Ulang CHORUS


Amacam..? Ada paham tak..? haha. Best sebenarnya belajar loghat negeri sembilan. Walaupun lagu ni asalnya diambil dari pantun klasik N9, pencipta lirik ni memang kreatif. *certain cerita ni agak sensitif ye. Orang pure N9 tau sebab apa..* Adios!!

notakaki: Rapper berdialek N9 bernama Waghih (Waris) ni, aku memang sangat salute pada dia. Tak ramai orang yang boleh berdialek N9 mampu mengetengahkan lagu sebegini ke pendengaran umum. TAHNIAH!!

10 comments:

shakira said...

terbaek~hehe

Anonymous said...

i i i i love this song so much

Anonymous said...

Kasi jelaskn lg psl hikmat tu. Nk tau gak nama jurus, ada brp pringkat, brp horsepower dia, etc

Anonymous said...

Best gilerr lagu ni. Mase first time dgr lagu ni. Rase mcm x best je. Tapi....bila dgr selalu kat utube jadi best pulak.
Macam best je...macam best je.

Anonymous said...

Mase first time dgr cam x best tapi bila dgr selalu kat utube mcm best je. MCM BEST JE.MCM BEST JE.

Admin said...

Lagu etnik n9 sumo botu ado fakta sojak lagu blues gang apo nk dikato.

Anonymous said...

hikmat dia ada tahap 7 petala langit..

Anonymous said...

Hikmat atau keramat? Rasa cam keramat

imran ford said...

Hikmat bukan keramat pun bukan..abah saya koba "komat" bermaksud "Qamat" ..sebelum solat kan kita buat..samalah macam mana kita seru org utk bersolat..tp kita guna kaedah sama..cuma ia lebih berbentuk puja atau jampi serapah org dulu2 dgn niat tertentu..oleh itu kekuatan jampi serapah tadi seolah2 sgt berkuasa...org dulu2 byk ilmu..wallahualam

ilhammi gani said...

Salam... Ini lagu, bahasa yang dia pakai berasal dari minangkabau indonesia - west sumatera.

Salam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...