Followers

Tuesday, January 21

Harga Barang Naik. Salah siapa??

bismillahirrahmanirrahim..

Aku berasa terpanggil untuk mengulas sedikit tentang isu yang sekian lama membelenggu rakyat Malaysia. Sejak bila? Maaf kata, sejak pemerintahan PM sekarang. Sumber ini aku dapat daripada orang tua2 yang mengalami kesan kenaikan harga barang jika perbandingan dibuat antara PM sekarang dan sebelum ni. 

"Hoi!! Apa ni? Nak menghasut orang benci PM ek..? Aku report nanti..!!"


Sabar der. Ni bukan menghasut. Aku cuba memberikan kenyataan. Bacalah dulu. Ini hanyalah pandangan aku dari kacamata seorang rakyat Malaysia. InsyaAllah, post ini tak berbaur hasutan dan kepolitikan.

Akhbar Sinar Harian dan beberapa akhbar yang lain semalam melaporkan pihak KPDNKK telah membuat pemeriksaan mengejut ke seluruh tanah air terhadap pasar basah, kedai runcit dan restoran. Pemantauan ni dibuat untuk meninjau kenaikan harga barangan yang termasuk dalam senarai barang kawalan dan jugak untuk memantau alat timbang yang digunakan.


Mana2 individu yang menaikkan harga barangan sesuka hati akan dikenakan tindakan. Ok. Setakat itu laporan dari akhbar. Nak baca berita penuh, boleh klik [SINI]. Bawah ni pulak ialah pandangan aku tentang isu ini.

1. Peniaga terdesak menaikkan harga

Kita perlu tahu mengapa para peniaga menaikkan harga barangan. Depa ni naikkan harga barang sebab kos perbelanjaan untuk berniaga itu naik. Dengan naiknya harga petrol, harga itu ini, maka depa pikir bahawa wajar untuk depa naikkan harga. Kalau kita tengok harga makanan kat kedai sekarang, kadang2 tu kita pikir tak logik langsung harga kalau dibandingkan dengan makanan tu sendiri. 

Memanglah kita marah dengan tokey kedai tu sebab sesuka hati naikkan harga makanan. Aku pun macam tu jugak. Tapi ada seorang ni pernah bagitahu aku, yang dia pernah cakap direct dengan tuan kedai tu waktu beli barang, "Mahalnya..!!" Lantas tuan kedai balas,

"Kalau mahal, encik pergilah tengok dekat pasar sendiri. Harga semua naik.."


Dengan dasar kerajaan yang menaikkan harga pelbagai jenis keperluan rakyat, maka tak mustahillah rakyat terpaksa menaikkan harga barang jugak. Dan yang menjadi mangsa ialah end user. Rakyat jugak.

Tapi aku tak nafikan ada jugak peniaga yang sengaja menaikkan harga barang menjadi terlampau tinggi dan tak munasabah. Ni jenis yang ambil kesempatan. Aku pernah mendengar keluhan rasa seorang kakitangan swasta. 

"Harga barang sekarang naik melampau la. Tambah2 lagi kalau orang (kakitangan) kerajaan naik gaji. Melambung2 la harga barang naik. Orang2 atasan ni pikir yang orang kerajaan je yang reti makan. Orang yang keje swasta tak reti makan. Kalau yang duduk kampung macam mana?? Yang keje gaji hari. Yang keje noreh getah tu. Pikir la sikit. Tak semua orang senang. Ni kalau orang kerajaan naik gaji, bising2 gaji naik. Umum sana sini. Diam2 je la. Peniaga kalau tahu confirm2 la diorang naik harga barang. Yang jadi mangsa semua orang. Orang atasan takyah citer. Tel*r diorang dah terjaga.."


#sentap

2. Kerajaan terdesak menaikkan harga

Ramai dah tahu pasal ni. Kerajaan kita mempunyai banyak hutang dan oleh sebab tu, depa ni terpaksa menaikkan harga barangan utama dan kritikal. Kalau kita tengok setakat ni, semua barang yang naik harga ialah barangan keperluan dan akan digunakan oleh SEMUA ORANG kat negara ni. 

"PETROL, ELEKTRIK, TOL. Kalau kita kira petrol je, naik 20 sen. Darab la dengan berapa juta orang Malaysia yang perlukan minyak. Berapa banyak dia untung. Baru petrol. Belum barang lain lagi. Malaysia ni tak cukup sangat duit ke..?"


Rakyat tertanya2 persoalan di atas. Kenapa perlu naikkan harga barang? Tak cukupkah duit cukai yang dikutip, walhal sebenarnya kutip cukai tidak dibenarkan di dalam Islam (melainkan dengan syarat2 tertentu).? Ke mana duit negara hilang..? Banyak persoalan di sini. Kita semua masih mengharapkan agar kerajaan dapat menjawab semua persoalan ni.

Satu fenomena yang dapat aku tengok dalam senario kerajaan Malaysia. Apabila rakyat meminta untuk mengurangkan harga barangan, pelbagai alasan yang diberi. 

"Kalau tak suka, boleh keluar dari Malaysia.."


Satu je aku nak cakap. "Macam la Malaysia ni BAPAK ko yang punya.” Ok. Cukup. Be decent Nazrin. #haha
Tapi bila pak-pak menteri ni diminta untuk memotong elaun mana2 yang patut tu, habes bising satu parlimen kecoh dengar suara dia je. Apakah ini..?


Encik YB, kalau encik rasa yang encik tak boleh nak potong sikit elaun encik untuk kesenangan rakyat, sila berambus dari Malaysia. #haha Korang semua boleh je google elaun menteri2 Malaysia ni berapa. Elaun yang aku rasakan perlu tu takpe la kan. Ni siap ada elaun hiburan dan elaun pelancongan. Potong tu je. Itu pun sikit.


Aku harap encik YB ni dapat merasakan kesusahan rakyat Malaysia. Actually, rakyat Malaysia ni takdelah susah mana pon. Boleh je lagi pegi shopping. Tapi disebabkan encik, kami sengsara. Sengsara poket. Paham encik..? Kita ni negara pengeluar minyak. Tapi harga minyak negara macam harga minyak orang yang hidup dalam hutan Amazon nuh. Mahal.


Aku rasa dah cukup panjang dah aku berceloteh. Kalau nak cakap pasal harga barang naik ni, sampai ke sudah tak habes. Aku cuba untuk tidak menjadi emotional, tapi ada sikit ter-emo. Haha.

Anyway, aku doakan Malaysia ni bukan sekadar “masih aman”. Tapi terus berkati Allah dengan datangnya pemimpin Islam yang berjiwa rakyat. Jadi semuanya, salah siapa ek??

Notakaki: Kepada macai2 yang membaca post ni, sila berambus dari Malaysia dan cari negara yang banyak naikkan harga barang bila PR pegang Malaysia PRU-14 nnti. =)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...