Dah 2014??
(tapi kalau nak bagi alasan stress, boleh kata semua orang stress, yedak??)
#haha
Anyway, Alhamdulillah. Aku dapat jugak menempuhi hari2 terakhir di Semester 1 Year 2 Pharmacy IIUM dengan jayanya. *yeay to me..* Actually, aku nak bagi review sikit tentang final exam hari tu, tapi aku buat dekat next post je la ek. So korang2 stay tune je la dengan post2 aku yang mendatang ni. haha. Few things to share:
1. Jejaka PADU
Dalam batch aku, yg lelaki ni kami gelarkan diri kami sebagai Jejaka Rx11. Dan setiap aktiviti yang kami lakukan pasti dengan penuh PADU. huhu. Aku pun tak tahu mana datang perkataan "padu" tu, tapi pastinya perkataan tu bagi kami semangat untuk lakukan aktiviti dengan penuh PADU.
Ni time kitorang buat bacaan Yassin sebelum final exam start hari tu |
Banyak sebenarnya yg kami semua yang berjumlah 34 orang ni lakukan. Kami beRehlah PADU, jamuan PADU, new year PADU, kelas PADU, etc. Padu2 belaka lah senang cerita. Tapi yang paling terkesan bagi aku ialah kelas PADU. Setiap subject kami assign dalam 4 orang untuk mengajar antara kami. Kiranya semua orang mesti kene la. Tu yang best. haha. Tujuan kelas ni lebih kepada nak selaraskan pemahaman kitorang semua. Resultnya, NOT BAD you know. We improve!! =)
Latest, waktu final exam baru2 ni kami semua berRehlah PADU di Telok Chempedak. Best!! Tak pernah lagi dalam hidup aku rehlah time final exam. haha. Tapi seriously, release sket tension aku. huhu. Thanks guys!!
Time ni kami buat project New Year PADU.. |
Kami nak buat tanglung yang boleh terbang kalau letak api dalam tu.. mesti lawa kalau malam2. |
Ni kat tasik bandar. Tengah nak naikkan tanglung tu. Tapi tak jadi sebab nak hujan. huhu Plus, ada sorang abang tu tak kasi kitorang main dengan api. hmmm |
Ok yang ni best sket. Kenapa? Sebab aku tercalon untuk Vice President Pharmacy Society di Kulliyyah aku. Style beb. Sebab aku tak pernah jadi calon tinggi2 ni. Haha. Tapi aku pernah cakap dengan calon VP yang lagi sorang ni,
"Man, aku sebenarnya tak suka jadi calon VP ni. Aku lebih prefer jadi SU. Aku tak reti la nak arah2 orang ni.."
Lebih kurang gitu la. And I really mean what I said. Bagi aku, IPhA (Pharmacy Society) perlu lihat kepada kebolehan seseorang dalam sesebuah jawatan. So that, if somebody was chosen, dia tak perlu start from scratch kalau dia takde pengalaman dan kebolehan langsung. Aku tak kata yang aku layak jadi SU, tapi in future, for a more fair election, something has to be done. Just my 2 cents.
Anyway, congratulations to all new office bearers of IPhA. I hope you can bring forward IPhA to a better step. =)
3. FINAL EXAM
Hoyeah. Yang ni sakit sikit. Haha. Aku berhajat untuk cerita benda ni untuk next post. 2 minggu final exam. Banyak benda yang best, yang ok je, yang sakit, yang lupa, semua ada. Adeyai. Nanti aku cerita ek...
Gambar kat atas ni aku tak sure bila diambil. Sebab yang pastinya bukan aku amek dan aku tengah jawab exam time ni. (aku takde dalam gambar. T.T) Actually, aku letak phone aku kat bahagian belakang dewan exam. Time tu, aku terpaling belakang sebab nak panggil sorang Dr ni. Tapi aku ternampak la Dr Qamar tengah main2 dengan phone aku. So aku syak dia yang amek gambar ni. haha. Anyway, thanks Dr.
4. Steamboat di City Times Hotel, Kuantan
Lepas last paper Physical Pharmacy 2, malam tu jugak aku dengan beberapa member yang lain berangkat untuk ber-steamboat. Best woaah. Bayaran RM 25 tapi variety. Dari makanan laut sampai la ke makanan darat. Tomyam, sup, nasi, mee, pencuci mulut, etc. Kembung perut aku makan. Sekali sekala makan ok la. Makan selalu botak kepala aku. haha.
And thanks kepada sahabat aku, Abi Judeen sebab belanja (eh..?? haha. nanti aku bayar ok..). Anyway, aku recommend semua orang untuk singgah ke sana kalau sampai kuantan. =)
5. Reunion MRC
Waktu IIUM Kuantan Open Day (IKOD) baru2 ni, geng2 MRC aku time CFS dulu buat reunion. Lama sangat2 dah tak jumpa diorang. Yang datang dari Gombak pun ada. Terharu. Even ada antara kitorang kampus, tapi tak terjumpa. Kata nampak pun, dr jauh2 je. huhu. Best sangat time ni. Teringat time kat CFS dulu. huhu. #rindu
Setakat ni, itu je kot yang aku nak update. Banyak lagi. Tapi nantikan dalam post2 akan datang la ye. hehe.. Adios!!
notakaki: Cuti 3 minggu je. Kejap. Tapi still kene manfaatkannya. Yedak??
No comments:
Post a Comment