Dah lama rasanya tak menaip tentang thread yg aku pernah buat suatu ketika dulu. Thread ni berkenaan MITOS vs FAKTA. Aku ada jugak post beberapa entry tentang thread ni. Korang boleh baca kat sini..
Mitos vs Fakta : Pantang Larang Melayu
Mitos vs Fakta : Kita dan Alam Sekitar
Mitos vs Fakta : Wanita Menutup Aurat
#yeah
Aku suka tulis pasal benda ni. Bandingkan apa yang kita selalu fikir dengan apa yang sepatutnya kita fikir. Kali ni, aku nak bawak korang semua selongkar apa yang patut kita tahu tentang ANTIBIOTIK, despite of what we know up until now.
"Der, ape kebenda natang Antibiotik ni?? Gua tau ubat2 biasa je. Entibaitik gua tahu ler. Doktor gua selalu bagi.."
Sama la tu der. Cuma sebutan sebetulnya ialah Antibiotik. Benda ni ialah satu ubat yang diberi kepada pesakit oleh Doktor kalau korang ada jangkitan bacteria (bacterial infection). Macam mana nak tahu penyakit tu disebabkan oleh bakteria? Biasanya penyakit yang BUKAN disebabkan bakteria boleh baik sendiri. Maksudnya, korang jaga makan minum korang. Pakai la sweater ke, buat rawatan guna ubat biasa2. InsyaAllah baik.
"Owh. Kalau itu gua tahu la. So, apa kene mengena dengan gua..??"
Nak tahu apa kene mengena dengan lu der..?? Baca ni. Let's go...
#MITOS
- Antibiotik boleh dibagi kepada semua pesakit untuk semua penyakit
#FAKTA
- Antibiotik ni boleh dibagi kepada pesakit yang ada jangkitan bakteria SAHAJA. Kalau nak tahu kita ni ada jangkitan bakteria ke tak, doktor perlu buat ujian makmal (eg; blood culture) dulu. Kalau betul lu ada jangkitan bakteria, baru boleh bagi
#MITOS
- Doktor selalu bagi antibiotik kalau gua demam dan selesema
#FAKTA
- Sila cakap dengan doktor tersebut, "Sila jangan nak auta saya..". Selesema tak disebabkan oleh bakteria. Maka, tak perlulah nak amek antibiotik. Peghabih duit je. Demam pulak adalah satu cara sistem badan nak pulihkan badan kita yang banyak sangat masalah tu. Biasanya akan baik sendiri. Kalau demam lebih dari satu dua minggu, baru lah korang pegi jumpa doktor. Orait..?
#MITOS
- Aku selalu pergi pharmacy nak cari antibiotik
#FAKTA
- Takyah la korang nak susah payah pergi pharmacy cari antibiotik kalau korang tak dapat surat doktor (prescription). Takkan ahli farmasi tu bagi punya kat korang. Kalau dia bagi juga, korang penampar je dia kuat2. Antibiotik hanya boleh diberi kalau korang ada prescription dari doktor. Kalau takde, memang tak akan dapat la.
#MITOS
- Kalau aku makan antibiotik ni, confirm baik punya. Selalu gitu
#FAKTA
- Ambil antibiotik memang akan sembuhkan korang. In fact, Allah yang sembuhkan korang. Bukan ubat tu. Tapi satu masalah akan timbul. Korang akan hadapi masalah antibiotik resistance.
"Apa benda antibiotic resistance ni..??"
Antibiotik yang diambil dengan sewenang-wenangnya tanpa ada keperluan akan menyebabkan bakteria yang ada (tak kisah la yang sedia ada dalam badan mahupun dari sumber luar) akan jadi "power" dan "kebal" daripada kesan antibiotik itu sendiri. Kesannya, kalau korang mendapat jangkitan itu kembali, antibiotik yang lebih kuat diperlukan. Kalau lagi kuat, maknanya lagi "kuat" la duitnya jugak. Dan yang pasti, kesan sampingannya pasti ada. (cth; kerosakan otak dan buah pinggang..) Paham??
#MITOS
- Biasanya doktor bagi je antibiotik kalau aku mintak. Sebab aku rasa lagi banyak ubat lagi bagus. Lagi kuat ubat tu lagi bagus. Cepat sikit baik.
#FAKTA
- Der, kalau ko mintak doktor tu ubat satu klinik, dia pun boleh bagi. Tak kisah punya. Dia pun banyak lagi nak attend patient lain daripada explain kat korang panjang lebar pasal antibiotik ni. Buang masa je. Kalau explain pun bukan korang paham, yedak? So, korang kene ada inisiatif sendiri la untuk ambil tahu pasal antibiotik ni. Lagi satu, tak semua ubat bagus untuk korang. Sama la jugak untuk antibiotik ni.
"WRONG DISEASE + WRONG MEDICINE = TOTALLY WRONG"
Aku rasa cukup kot beberapa mitos dan fakta yang aku da senaraikan kat atas. Takut juling pulak mata korang baca panjang2 ni. haha.
Dan pastinya, antibiotik ni ubat terkawal. Tak boleh bagi sesuka hati tanpa mengetahui sakit itu disebabkan oleh bakteria ataupun tak. Korang kena tahu lah der. Jangan lah mintak antibiotik sesuka hati. Untuk kesihatan korang jugak kan.. Tu je yang dapat aku share based on apa yang aku belajar. Harap semua dapat praktikkan.
notakaki: Kalau doktor bagi jugak antibiotik tanpa mengesahkan penyakit tu disebabkan oleh bakteria, korang question la dia sampai dia give up nak bagi antibiotik. haha.
No comments:
Post a Comment