Followers

Thursday, May 24

Mitos vs Fakta : Kita dan Alam Sekitar

bismillahirrahmanirrahim..

Bila pikir2 pasal hidup ni, kita pun tahu yang kita bukan sorang2 je kat bumi Allah ni. Kita berkongsi alam ni dengan manusia2 lain, dan tak ketinggalan juga makhluk Allah yang lain. Tak kisah la sama ada kita nampak depa atau pun tak.. Dan banyak benda yang kita sangka benda tu remeh, tapi memberi kesan pada kita dan alam sekitar.

Aku buka Discovery Channel punya website dan aku jumpa banyak MITOS yang selama ni aku main percaya je. Dan banyak jugak FAKTA yang best2 yang aku nak kongsi dengan korang.

#MITOS
- Apabila lembu kentut, tak ada apa2 yang akan berlaku

#FAKTA
- Menurut satu kajian U.N. Food and Agriculture Organization (2006), haiwan ternakan merupakan antara penyumbang kepada masalah alam sekitar. Bila haiwan2 ni (contoh; lembu) kentut atau sendawa, depa akan keluarkan gas methane yang mana akan menyumbang kepada 18% kesan rumah hijau. Seekor lembu boleh hasilkan 95 - 492 liter methane satu hari. 0.o ~~ Hebat betul depa kentut...


#MITOS
- Beg kertas memang mesra alam

#FAKTA
- Walaupun beg kertas boleh dikitar semula, depa ni guna 40% lebih tenaga untuk dihasilkan berbanding beg plastik. Dan ini akan menyebabkan lagi banyak pencemaran air dan udara

#MITOS
- Bila kita switch off perkakas elektrik, tiada elektrik yang mengalir

#FAKTA
- 10% bil elektrik rumah korang tu datangnya daripada depa ni la. Sebab apa? Macam TV, mereka perlu elektrik untuk dalam standby mode. So, kalau nak jimat letrek rumah korang tu, cabut terus plag TV tu. Senang cerita

#MITOS
- Lemak binatang tak boleh digunakan sebagai minyak enjin

#FAKTA
- Rudolf Diesel yang mengasaskan minyak diesel menggunakan lemak tumbuhan dalam ciptaannya. Biodiesel tak menggunakan petroleum, tapi menggunakan lemak haiwan atau minyak tumbuhan yang telah diproses sebagai bahan bakar kereta.

#MITOS
- Kalau kita tembak dengan pistol ke tangki minyak kereta, kereta akan meletup

#FAKTA
- Peluru pistol tak memercikkan api, so kereta korang takkan meletup. Jangan takjub sangat apa yang korang tengok kat movie tu.


#MITOS
- Guna telefon bimbit di stesen minyak boleh menyebabkan letupan

#FAKTA
- Setakat ni, tak ada lagi kes2 yang pernah berlaku melibatkan letupan disebabkan telefon bimbit. Walaupun ada yang pada mulanya telefon bimbit, at last sebab letupan itu berpunca dari benda lain juga.

So, kita merupakan sebahagian dari alam sekitar dan kita patut tahu apa yang berlaku disekeliling kita.

notakaki : Fuh.. Lembu kentut kaw2 dowh.. Tu belum tambah manusia punya lagi. Mesti lagi KAW...

1 comment:

Unknown said...

LOL~ hebak lembu2 tu~.. sruh la lembu kentut bnyk2~ hahaha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...